BILA MUSUH
MENYERANG
JANGAN RISAU
ADA HIKMAH
AMIN
DI PANTAI TIMUR
SEMUA PAKAI
LOGO PARTI PAS
AMIN
DI PANTAI BARAT
SEMUA PAKAI LOGO
BARISAN NASIONAL
KHALAS
'Pengharaman PN tindakan luar biasa, ia berlaku sehari sebelum kes dibawa ke mahkamah' - Ahmad Samsuri
KUALA TERENGGANU: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mempersoalkan masa tindakan pembatalan pendaftaran gabungan itu oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS), yang disifatkannya sebagai luar biasa.
Beliau berkata, ini kerana tindakan yang berlaku itu sehari sebelum kes dibawa ke mahkamah, selain dibuat menjelang pengisytiharan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, menimbulkan persoalan mengenai motif di sebalik keputusan berkenaan.
"Apa yang berlaku sehari sebelum kes dibawa ke mahkamah adalah satu tindakan luar biasa...memang luar biasa, yang boleh jadi luar tabii.
"Semua tindakan yang selari dengan garis masa sebelum pengisytiharan calon PRN Melaka, dalam keadaan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baru dua hari lalu menghantar surat kepada PN untuk memberi respon penggunaan logo 'PN' adalah jelas bermotifkan ketakutan kepada gabungan ini," katanya dalam kenyataan dimuat naik di laman Facebooknya hari ini.
Pagi tadi, RoS mengesahkan pembatalan pendaftaran PN selepas mendapati penjelasan dan representasi dikemukakan gabungan itu pada 12 Oktober lalu gagal menyangkal asas pembatalan seperti dinyatakan dalam notis terdahulu.
RoS berkata, keputusan itu dibuat mengikut subperenggan 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) selepas meneliti keseluruhan dokumen dan penjelasan dikemukakan PN.
Sebelum itu, notis bertarikh 22 September dikeluarkan kepada PN mengikut Subseksyen 13(2) akta sama bagi memberi peluang gabungan itu mengemukakan penjelasan berhubung perkara dibangkitkan.
RoS memaklumkan alasan dikemukakan tidak memberikan justifikasi kukuh untuk mengekalkan pendaftaran PN, selain menegaskan setiap pertubuhan berdaftar bertanggungjawab mematuhi peruntukan undang-undang serta perlembagaan masing-masing.
Sementara itu, Ahmad Samsuri turut memberi amaran tindakan itu tidak akan memadamkan sokongan rakyat terhadap gabungan itu.
"Ingatlah, gelombang rakyat tidak akan mudah padam dengan tindakan orang politik yang berselindung di sebalik kuasa.
"Apatah lagi mana-mana individu politik yang menjadikan 'usaha pengharaman ini' sebagai petunjuk prestasi (KPI) untuk bersama pihak yang kami hadapi dalam pilihan raya," katanya.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan