Khamis, 21 Januari 2010

SATU L:AGI SANDIWARA



KAPAL TERBANG JET HILANG DIMAKAN OLEH IKAN INI




SIASATAN BERMULA DENGAN BAU KURANG MENYENANGKAN - malaysiakini

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini memanggil wakil Kementerian Pertahanan untuk memberi penjelasan berhubung kes kehilangan dua enjin jet pejuang F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Antara yang dilihat hadir pada mesyuarat pertama PAC mengenai isu enjin jet tu bagi mewakili Kementerian Pertahanan ialah Ketua Setiausaha Abu Bakar Abdullah dan Panglima TUDM Jeneral i Rodzali Daud.

"Hari ini kita bermula dengan sesi penerangan mengenai prosedur-prosedurnya sahaja," kata Pengerusi PAC Azmi Khalid kepada pemberita selepas esyuarat itu yang berlangsung di bangunan Parlimen.

KAH KAH KAH… KAH KAH KAH…

nota:
tunggu dan lihat
dengar dan baca

akhirnya :
berak dan ketawa kah kah kah


SILA IKUTI TULISAN DARI MERDEKA REVIEW

Enjin jet Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hilang telah "dihilangkan" dengan tercetusnya kontroversi penggunaan kalimah "Allah", sebermulanya tahun 2010.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC), Azmi Khalid (gambar kanan) hari ini menggilap ingatan rakyat Malaysia terhadap isu ini, apabila memanggil mesyuarat untuk mendengar taklimat daripada Kementerian Pertahanan berhubung prosedur penyelenggaraan kelengkapan tentera.

Walau bagaimanapun, beliau enggan mengulas secara mendalam, malah meminta agar "jangan membuat kesimpulan terlebih dahulu", apabila diajukan soalan sama ada Perdana Menteri Najib Abdul Razak, yang juga Menteri Pertahanan ketika kejadian itu berlaku, akan dipanggil untuk menghadap PAC.

Bahkan, Azmi Khalid berterus terang bahawa pihaknya tidak akan memanggil pihak-pihak tertentu untuk menghadiri mesyuarat ini, sebaliknya menyerah kepada Kementerian Pertahanan untuk mengaturkan segala-galanya.

Analisis Gong Zheng Bao

Kehilangan enjin jet yang bernilai kira-kira 100 juta ringgit Malaysia ini digemparkan pada hujung tahun 2009, bagaimanapun berakhir dengan pendakwaan terhadap seorang sarjan dan seorang pengarah syarikat sahaja di mahkamah, pada 6 Januari tahun ini.

Satu analisis yang tersiar di Gong Zheng Bao, atau Suara Keadilan edisi bahasa Cina (keluaran 15-30 Januari 2010), telah menyenaraikan 10 soalan yang tidak terjawab sehingga kini berhubung misteri kehilangan dua enjin jet pemintas F-5E TUDM ini. Antaranya,-

1. Iran menyelidik model pesawat F-5 ini mulai tahun 1995. Model asal ini ditampilkan buat kali pertama pada Julai 2004, malah cubaan penerbangan dilakukan pada September 2007. Menurut laporan, enjin jet TUDM hilang pada tahun 2007, iaitu tahun yang sama dengan cubaan penerbangan yang berjaya di Iran. Persoalannya, apakah ada hubungan antara kedua-duanya?

2. Setelah isu kehilangan enjin jet ini terdedah, Amerika Syarikat meminta agar laporan dikemukakan. Menteri Pertahanan Malaysia pula menjawab bahawa laporan akan diserahkan. Persoalannya, mengapa Amerika Syarikat begitu cemas dengan kes kehilangan ini, dan mengapa pula Menteri Pertahanan "cukup bekerjasama" kali ini?

3. Pendedahan ini dilakukan lidah rasmi, iaitu Berita Harian dan New Straits Times. Perkara ini cukup meragukan, memandangkan pendirian kedua-dua akhbar ini amat konservatif, dan biasanya hanya melaporkan apa yang positif terhadap kerajaan. Persoalannya, mengapa pula media ini membuka pekong di dada kerajaan?

4. Sekali imbas, kejadian ini berlaku pada tahun 2007. Mengapa Berita Harian dan New Straits Times memilih untuk mendedahkan kejadian ini dua tahun kemudian, apabila orang sudah tidak ada pada tempatnya? Bahkan, wartawan New Straits Times mendedahkan kejadian ini setelah menemuramah Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi (gambar kanan), selepas tamatnya persidangan mesyuarat Dewan Rakyat musim ini. Persoalannya, mengapa wartawan tidak mengajukan soalan ini dalam tempoh ketika dewan rakyat bersidang?

5. Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi adalah orang kanan Perdana Menteri Najib Abdul Razak, yang sepatutnya tidak akan mengaibkan PM dengan mendedahkan skandal yang berlaku ketika zaman beliau menerajui kementerian tersebut. Namun, setelah Zahid Hamidi melontarkan sesuatu yang menggemparkan, berita ini pula dikendalikan secara sambil lalu. Persoalannya, apakah tujuan beliau sebenarnya?

6. Kedua-dua Menteri Pertahanan dan Perdana Menteri tetap menafikan penglibatan pegawai tinggi dalam kerajaan atau TUDM dalam kejadian ini. Tetapi, dari peringkat mengeluarkan enjin, mencari pembeli sehinggalah dibawa ke luar negeri, kesemuanya memerlukan tandatangan pegawai tinggi sebagai lampu hijau. Malah, pembelian dan penjualan enjin jet yang sebesar ini semestinya akan menarik perhatian perisik antarabangsa. Persoalannya, apakah pegawai bawahan dapat bertahan untuk menanggung risiko yang sebesar ini? Betulkah tiada pegawai tinggi yang terlibat?

7. Penyelenggaraan pesawat dipertanggungjawabkan kepada syarikat tempatan. Jadi, semua kerja penyelenggaraan dilakukan di dalam negara. Menurut laporan Berita Harian pada 28 Disember 2009, syarikat penyelenggara pesawat mudah menggunakan sesebuah pengkalan tentera, malah tidak perlu membuat pengisytiharan kastam ketika dibawa keluar negara. Tetapi, kelengkapan tentera adalah maklumat sulit untuk negara. Persoalannya, sejauh manakah benarnya kejadian enjin hilang ini hanya melibatkan Kementerian Pertahanan, tanpa melibatkan kementerian yang lain?

8. Menteri Pertahanan mendakwa bahawa enjin jet telah diseludup ke Amerika Selatan pada 20 Disember 2009, dan dilaporkan oleh Berita Harian. Pada 4 Januari 2010, Peguam Negara, Abdul Gani Patail (gambar kiri) pula mengumumkan bahawa enjin jet yang hilang telah diseludup ke Uruguay.

Perbincangan di alam siber pula menyatakan bahawa model pesawat F-5 ini adalah pesawat utama yang digunakan di dunia Barat, semasa zaman perang dingin pada tahun 1980-an. Pembelinya hanya Malaysia, Singapura, Korea, Taiwan dan Iran. Menurut laman tentera China, Argentina sudah tidak menggunakan model pesawat ini sejak tahun 1990-an. Malah, Singapura, Taiwan dan Korea juga merancang agar model pesawat ini tidak digunakan lagi. Persoalannya, apakah benar enjin ini telah diseludup ke Amerika Selatan?

9. Pasaran enjin pesawat terbatas kepada Kementerian Pertahanan negara, dan hanya Kementerian Pertahanan yang mampu menampung kos penyelenggaran pesawat ini. Jadi, pembeli hanya akan mengangguk apabila enjin telah melalui ujian keselamatan. "Jual-beli" sebesar ini hanya akan dicapai apabila kedua-dua pihak saling mempercayai. Persoalannya, bagaimana sindiket jenayah melakukannya?

10. Ahli parlimen Indera Mahkota-PKR, Azan Ismail pernah mempertikaikan mengapa Laporan Audit Negara 2008 tidak merangkumi laporan dari Kementerian Pertahanan? Ketua Audit Negara Malaysia, Haji Ambrin bin Buang menjawab pihaknya tidak menerima laporan daripada Kementerian Pertahanan. Apa yang berlaku di sebaliknya?

*Tulisan Lim Hong Siang Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Melayu.




KEPALA BANA PUNYA MALAON



TANGKAP SEMUT INI SOROK GULA DALAM LUBANG




BERTINDAK WALAU PUN NAIK 5 SEN - melayau

Bertindak membuat laporan segera walaupun 5 sen! Demikian gesaan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam negeri, Hasim Rusdi kepada pengguna jika mendapati harga barang termasuk gula dijual melebihi harga kawalan iaitu RM1.65 sekilogram.

Kata beliau, aduan pengguna perlu kerana ia akan memudahkan usaha pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas peniaga yang ingkar.

“Kita sudah menasihatkan peniaga supaya jangan sewenang-wenangnya menaikkan harga barang terutama barang kawalan, jika ada peniaga yang ingkar kita tidak akan berkompromi.

KAH KAH KAH…

woit… MALAOAN INI CUKUP HEBAT… kah kah kah..

woit… AJAK PERGI SAMA BELI BARANG DENGAN MALAOAN INI… kah kah kah..

kah kah kah… AJAR MALAON INI SIKIT CARA KE PASAR… kah kah kah..

kah kah kah… JANGAN NAK SURUH MINAH INDON KE PASAR…kah kah kah..

woit… NAK LAPOR PADA SAPA?... kah kah kah..

woit… KES DUA BELAS BILION LESAP DARI PERLABUHAN KLANG LAGI TAK ADA SIASAT… kah kah kah..

woit… INI NAK SIASAT HARGA GULA NAIK LIMA SEN… kah kah kah..

kah kah kah… KEPALA BANA PUNYA MALAON… CAKAP IKUT SEDAP… kah kah kah…




Rabu, 20 Januari 2010

TERBARU - TER NOW !!!




GEREJA : 8 LELAKI DITAHAN BANTU SIASATAN
- berita hairan


Polis menahan lapan lelaki semalam yang disyaki suspek utama bagi membantu siasatan kes menyebabkan kebakaran gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati dua minggu lalu.

Perkara ini diumumkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mohd Bakri Zinin, pada sidang media di sini sebentar tadi.

Tangkapan pertama membabitkan penghantar surat berusia 25 tahun yang ditahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) hasil maklumat awam jam 3 petang semalam.

Berikutan itu, tujuh lelaki lain ditahan.

Semua mereka ditahan reman selama seminggu untuk membantu siasatan.




TERKINI – TER NOW – TER BARU




POLIS AKAN MENDAKWA PETANG INI


Polis akan mendakwa beberapa orang dituduh terlibat dalam kes kebakaran Gereja Metro Tabernacle


MALAYSIAKINI


Police to charge several suspects today at KL court over Metro Tabernacle Church arson attack

The police have detained eight people to facilitate investigations concerning the arson attack on the Metro Tabernacle Church in Kuala Lumpur.

It is believed that Federal CID director Mohd Bakri Zinin is scheduled to hold a press conference at noon over this matter.

According to a news report, the eight, who are expected to be remanded today, were picked up during an operation last night.

The Metro Tabernacle Church was attacked on Jan 8, leaving the first floor of the three-storey building completely razed.




PROGRAM PROGRAM MENIBAI GEROMBOLAN



SEMUA DI JEMPUT MENGAMBIL DATANG - TAK ADA NASI BUNGKUS





FORUM MALAM KHAMIS INI 21HB JANUARI 2010


JAM: 7.30 Petang

TEMPAT : Dewan Perhimpuan China/Chinese Ass.Hall Kuala Lumpur

TAJUK : MANA KPI KEADILAN , TUAN NAJIB

AHLI PANEL :
Saudara V. Sivakumar YDP Dun Perak
Saudara Tian Chua
Saudara Dr. Dzulkifli
Suadara Tonay Pua
Saudara Razak Ismail
Saudara Khairul Anwar

PROGRAM MALAM AHAD INI DI HULU KELANG

PIDATO RAKYAT BERSAMA ANWAR IBRAHIM

Tarikh : 24hb Januari 2010 ( Ahad )

Masa : 9.00 malam

Tempat : Dewan Serbaguna MPAJ AU2, Taman Keramat, Hulu Kelang

Pemidato Lain :
1- Saudara Dr Hatta Ramli
2- Saudara Shamsul Iskandar Mat Akin
3- Saudara Anthony Loke
4- Saudari Puan Hajjah Zuraida Kamaruddin
5- Saudara Ustaz Nasarudin Tantawi
6- Saudara Dr Badrul Amin
7 – Saudara Anwar Ibrahim

BERSEDIA DI KOTA BAHRU 28 JANUARI INI

PERHIMPUAN RAKYAT TUNTUT ROYALTI MINYAK

Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Minyak Rakyat Kelantan (GEGAR) memberi jaminan perhimpunan 100,000 rakyat Kelantan yang dijadual diadakan pada 28 Januari nanti, telah mendapat kebenaran pihak keselamatan.

Pengerusi GEGAR, Dr Abdul Halim Yusof berkata perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa induk penganjuran yang akan diadakan di Kota Bharu Khamis ini.

Menurutnya, jawatankuasa itu melibatkan semua pihak, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak polis dan agensi pihak berkuasa kerajaan tempatan

BULAN FEBRUARI NANTI

MAT BUNDLE DI SELATAN SILA AMBIL PERHATIAN


SENI ANAK MUDA PADA 13 FEBRUARY


Salam,pade semua photographer2,indipendent designer,pengusaha bundle dan pada semua yang involve dengan kesenian dan indy scene ..especially yang dari Batu Pahat dan sekitar Johor bahru.. yang ingin mempromosikan artwork piece kamu dan buat jualan.. kerana kami ingin mengadakan Program "Seni Anak Muda". di Batu Pahat,Johor pada 13hb february ini dari 10am -11pm..dan kami akan menyediakn booth2 untuk kamu setup perniagaan kamu pada hari tersebut..harga2 booth,tempat2 dan sebagainya..boleh menelefon kami di num:

SILA TALIPON ABANG ABANG BUNDLE INI:

Pauzi: 012 7228004
Mohd Faizal: 012 7924555
Mohd Khidir: 017 7557318
Daim: 012 6284924
Dayat:017 7639290




ORANG MELAYU KENA KELENTONG LAGI



NAK TAHU SEMUA TANYA TOWKAY INI




700 LORI ANGKUR PASIR SILIKA KE SINGAPURA SETIAP HARI – MADEY - mStar

Mahathir Mohamad beranggapan bahawa ada pihak yang tidak bercakap benar apabila sebanyak 700 lori dengan muatan pasir silika didapati keluar dari Johor ke Singapura setiap hari.

Dia berkata, walaupun Menteri Kerja Raya, Shaziman Abu Mansor memberitahu terdapat 500 lori membawa pasir itu ke seberang Tambak Johor setiap hari tetapi jumlah sebenar adalah lebih daripada itu.

"Saya ingat kita dah hentikan penjualan tanah kita kepada Singapura.

"Seorang teman memberitahu saya bukan 500 lori tetapi 700 buah. Itu jumlah yang banyak," .

KAH KAH KAH … KAH KAH KAH..

woit… MACAM MANA TAK JUAL … TELO KENA PEGANG LEE KUAN YEW…kah kah kah..

woit… BUKAN SAJA PASIR… TANAH JOHOR TU DAH HABIS KENA REMBAT…kah kah kah..

kah kah kah… KALAU TAK BAGI PASIR NANTI GAMBAR AKAN KELUAR…. kah kah kah..

woit… GAMBAR APA PULAK NI?.... kah kah kah..

kah kah kah..GAMBAR APA LAGI ... GAMBAR MAIN KONDA KONDI…. kah kah kah

nota:
pelik yang paling totok ketuanan melayu orang johor
yang paling banyak kena kelentong orang johor juga kah kah kah