Khamis, 18 September 2008

PARLIMEN 23 SEPTEMBER - TERBARU

Laman web Malaysian Insider telah memberitakan yang Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim akan mengadakan ‘undi tidak percaya’ kepada Perdana Menteri.

Persoalan – bukankah parlimen sedang berehat di bulan puasa ini.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dalam bulan puasa ini mana ada persidangan Parlimen. Apalah yang dimengarutkan Anwar tu? Beliau nak usul undi tak percaya terhadap Pak Lah dalam Parlimen 23 September? Minta tolong kepada penyokong-penyokong Anwar yang ramai tu, tolong kejutkan pemimpin kesayangan korang tu. Kesian kat dia, tak sedar dari mimpi-mimpi beliau lagi...
Persoalan, takkan dalam ramai-ramai penyokong Anwar takde sorang pun yang kejutkan beliau?...Hehehehe...

Dhani berkata...

kena tunggu lepas raya jugak nampak gayanya baru parlimen bersidang.

Tanpa Nama berkata...

Malaysian Insider mabuk kot!

Tanpa Nama berkata...

adakah Anwar bakal berjaya dalam mengusulkan undi tidak percaya kepada Pak Lah?

sebelum ini undi tidak percaya ditolak.kali ini belum tentu lagi.

namun Pak Lah pasti ada penyokongnya yang tersendiri di dalam parlimen.takkan dengan mudah sahaja Pak Lah akan menyerah kalah! :P

Tanpa Nama berkata...

parlimen uganda bukak sekarang...
kakakakaka

Tanpa Nama berkata...

Dalam sidang akhbar tersebut DSAI minta Pak Lah memanggil sidang Perlimen tergempar pada 23.09.08 ni. Dalam sidang tersebut akan berlaku cross over dan seterusnya pertukaran kerajaan.

I dont think Dolah will call urgent Parliment meet!

Tanpa Nama berkata...

Pak Lah setuju ke? Anwar,Hadi dan Lim semuanya the big guns.Mau tak mau kena mau.Ini suara rakyat.Pak Lah jangan tunggu lama-lama,nanti diambil orang.

Tanpa Nama berkata...

Saudara Isham,

Persoalannya: Bila masanya MP buat kerja? Setahu saya mereka hanya tahu main politik. Bulan puasa, bulan tak puasa, itu bukan penghalang. Di mana rakyat?

Kenapa sekarang MP menjerit?

Sekarang rakyat sudah bangun. Rakyat pula ajak bermain. Sudah baligh. Mata sudah celek. Internet dan bloggers kawan akrab. Terpekik dan terlolong siang dan malam. Suara rakyat sudah serak!

Tahu ke nak bayar bil letrik?
Tahu ke nak pandu kereta?
Tahu ke nak servis kereta?
Tahu ke nak naik bas?
Tahu ke beli petai?
Tahu ke beli cencalok?
Tahu ke tahu?

Saya tahu nak ke Taiwan!
Saya tahu nak ke Hong Kong!
Saya tahu nak ke Shanghai!
Saya tahu nak ke Haadyai!
Saya tahu nak ke Phuket!

Kenapa sekarang MP menjerit?