Isnin, 6 Oktober 2008

HOT !! PM TUNAI JANJI SEBELUM BERUNDUR – U.malayau

KUALA LUMPUR 6 Okt. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berjanji beliau akan menunaikan semua janjinya selama ini sebelum berundur daripada kerajaan.

Perdana Menteri berkata, reformasi badan kehakiman umpamanya akan tetap diteruskan walaupun bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim telah meletakkan jawatan.

``Ada perkara yang perlu dibuat dan saya akan pastikan ia disiapkan,'' katanya di sini hari ini.


kah kah kah….. lawak besar pak dolah ni….. tahun 2004 dia kuat…. dia zzzzzzz…. sepanjang hari dia zzzzzzzzzz…..ni dah kena sekeh…. dah kena kencing…. dah kena biawak…..dah kena tendang …. baru nak buat…..kah kah kah…. 4 tahun tak buat apa-apa … ni dah tinggal 4 bulan baru nak buat kerja…..kah kah kah….. kalau betul nak buat kerja ….. mansuh ISA…. laporan polis terhadap madey mula siasat….. cari bala…. mana mamat ni dah ilang…… baru betul…. baru bukan dolah zzzzzzzzz…. baru rakyat suka hati dan minta dolah sambung terus jadi perdana menteri…… baru orang panggil pak dolah superman....kah kah kah



17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bila Pak Lah dah kata nak tunaikan janji, kita tunggu dan lihat jelah. Ini tidak, baru Pak Lah bagitau macam tu, pun nak mengata dan mengkritik Pak Lah. Bagi peluang beliau tunaikan janji beliau dalam masa yang dah ditentukan sebelum Peralihan Kuasa 2010. Jangan asyik mengkritik Pak Lah. Bagi peluang untuk beliau tunaikan janji beliau.. Baru adil...

Tanpa Nama berkata...

Pak Lah tak buat keja korang bising, Pak Lah buat keja pun korang bising juga.
Biarlah Pak Lah buat kerja dia, walaupun sesingkat mana pun masa. Yang penting dia bukan main lepas tangan sahaja.

Fazrulls berkata...

Salam Tuan,

Biarlah... tu mungkin wasiat tu.. kena hormat..

Tanpa Nama berkata...

Den tak tahu apo nak dekato. cukup benggong dibuat kerana pak lah akan menunaikan janji. sama juga hairi kata dia tidak bergantung pada pengaruh bapo mentuanya dalam mencapai dan mengejar cita-citanya.malaysia boleh. berito tak kualiti selalu disajikan, kito pun macam orang bangan pula.

Tanpa Nama berkata...

Kah..kah... Kalau Pak Dolah nak jadik superman..kena pakai spender kat luar le...kah...
Dolah-dolah dah nak bungkus baru nak buat keja..

Memang cemerlang la engkau wahai dolah...Kah..kah..
apa punya tur..la kau dolah..

Pewaris Melayu berkata...

suka sangat mengata kat orang...
huduhnya perangai..

Tanpa Nama berkata...

Bro,

Rasanya elok kalau Pak Lah tunaikan janji sebelum dia jadi PM dulu..masa mula-mula peralihan kuasa mahadir ke pak lah..apa janji-janji dia?
memajukan industri batik untuk negara...hehehehe...apa dah jadi? mentang-mentang la dah dapat yang lain..janji kat kak endon dilupakan..mm...

JD 0610

Tanpa Nama berkata...

kah!kah!kah!kah!Ho!ho!ho!ho!
macam orang gila!

Life2110 berkata...

Bro,
selama 4 tahun kecemerlangan yang telah dibawa oleh sorang LAH :-
1. UMNO convert to islam hadhari
2. Every corner have their own corridor
3. Lemang terpanjang kat sintok
4. 5 negeri dibawa lari
5. Hari2 citer pasal isteri
6. Kuasa menteri besar lebih power dari Perdana menteri
7. Menubuhkan syrkt Lah & Son & son in laws Pte Ltd

itu jelah yg aku ingat...kah kah kah

Amirul Syafiq Mahadi berkata...

kahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkah

Tanpa Nama berkata...

Pak Lah buat apapun mesti ada je yang marah dan bengang.bukan kerja salah dan tak buat kerja lagilah salah.

apapun,all the best to Pak Lah juga.harap-harap dia dapat tunaikan janji sebelum berundur.jangan berundur tapi tinggalkan masalah sudah lah :)

Tanpa Nama berkata...

Mereka-mereka yang marah dan bising sangat dengan Pak Lah ni kenape?

Mungkin percaya sangat dengn DSAI. Tapi kalau dah teratuk baru tengadah. Padan muka. Nasi dah jadi bubur...baru menyesal....

Sabar Pak Lah...

Tanpa Nama berkata...

farouk dan milo...memang hangpa tak paham...dah 4 tahun pak lah jadi pm...apa yang dia buat? tanya rakyat, depa kata pak lah pandai bawak naik harga minyak...dalam 4 bulan boleh buat apa?...hangpa boleh dok pecaya lagi apa pak lah kata...heran aku...baru mangkit tidoq kaa hangpa dua ni? atau memang mangkuk...milo oii orang dah lama biaq kat pak lah...dah 4 tahun...lama ooo orang biaq kat dia...nak biaq lama mana lagi?

Life2110 berkata...

kepada tanpa nama yang benci DSAI tu..
kalau DSAI naik pun tapi perangai macam sorang Lah ni, aku pasti akan kutuk/menentang/melawan/mengkecohkan...
kah kah kah kah

kanda lekir berkata...

haha.. lain kali berjanjilah untuk tidak berjanji... kan lagi mudah... bila2 masa boleh tunaikan janji tu...haha...

Tanpa Nama berkata...

Sdra,

Dalam bab `janji` ini saya teringatkan satu kes polis yg dibuat oleh seorang malaun di selangor kononnya kerajaan baru selangor tidak menunaikan janji dalam pilihan raya.

Riuh segala media sampah sarap termasuk letronik memberikan publisiti kepada pengadu itu.

Sekarang di mana malun itu ?
Tak kah dia nak saman kerajaan BN pulak ?

Haiii...kalau janji pilihanraya boleh saman....agaknya berjuta orang nak buat saman. Saya pun ada berbelas saman nak kemukakan.

Malaun tu dulu lupa kerajaan PR ketika itu baru berusia beberapa minggu dan ada banyak lagi masa nak laksanankan janji.

BN yg dah lebih setengah abad ini pun banyak lagi janji yg tak tertunai sedangkan segala wang dalam kongkongan mereka.

adnan M

Tanpa Nama berkata...

Bagi peluang kepada Pak Lah untuk tunaikan janjinya sebelum peralihan kuasa 2010. Biarkan beliau buat kerja beliau setakat mana yang beliau mampu. Beri sokongan kepada beliau supaya mengekalkan kedudukan sehingga Jun 2010 supaya janjinya dapat ditunaikan.