Khamis, 18 Disember 2008

1,036 KES KEMALANAGAN DI LEBUH RAYA UTARA SELATAN -melayau


JOHOR BAHRU 18 Dis. - Sebanyak 1,036 kes kemalangan membabitkan 203 bas dilaporkan berlaku di lebuh raya Projek Lebuhraya Utara Selatan Berhad sejak Januari hingga November ini di seluruh negara.

Walaupun jumlah tersebut jauh lebih rendah berbanding tahun lalu yang membabitkan 1,134 kenderaan berat, namun pihak PLUS Expressway Berhad (PLUS) percaya ia boleh dikurangkan lagi menerusi kempen kesedaran.

Pengurus Operasi PLUS, Mohammad Fuad Khusairi berkata, keselamatan di jalan raya bukan sahaja terletak di tangan pihak penguatkuasa, tetapi ia bergantung kepada pemandu.

kah kah kah…. ini perang ke apa?.... ini lebih bahaya dari jalan dari baghdad ke falujjah… kah kah kah…

kah kah kah…. dari kabul ke kandahar pun tak bahaya macam ini….. macam ambil tiket maut bila masuk ke jalan raya…. kah kah kah




2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Isham, aku rasa tidak ada apa-apa patut diketawakan mengenai isu ni krna aku percaya walau sesiapapun yang memerintah dinegara ni pasti jumlah kemalangan maut tidak dpt dikurangkan selagi 'SIKAP'pengguna-pengguna jalanraya diMalaysia masih tidak mahu berubah. Bila aku sebut 'pengguna jalanraya, sudah pastilah ianya merangkumi semua pengguna-pengguna jalanraya tanpa mengambilkira fahami politik mereka. Fikir-fikirkanlah ......

- Peminat F1

Pelan Cap Ayam berkata...

kehkehkeh..ini zaman gelojoh..suma nak cepat..