Khamis, 26 Februari 2009
JANGAN LUPA 7 MARCH JAM 2.00 PETANG ISTANA NEGARA
BERHIMPUN 100,000 7 MARCH DI ISTANA NEGARA
Gerakan membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) menerima lonjakan sokongan apabila Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) pula menyokongnya.
Gabungan nasional PIBG tidak rasmi kira-kira 8,000 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara pertama kali hadir ke mesyuarat Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) di pejabat Persatuan Penulis Nasional (Pena) di ibu negara, Isnin lalu.
Pengerusi PIBGN Datuk Mohamad Ali Hassan berkata, sokongan majlis tersebut terhadap GMP bagi mendesak pemansuhan PPSMI, termasuklah sedia terlibat dalam perhimpunan raksasa 100,000 orang di Istana Negara pada 7 Mac.
GMP menganjurkan perhimpunan besar minggu depan bagi menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon campur tangan baginda berhubung dasar itu.
INI JAWAPAN MENTERI
PPSMI: NAK DEBAT APA LAGI?
Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menolak cabaran Dewan Pemuda PAS untuk berdebat berhubung Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
INI JAWAPAN GMP
“Kita minta kerajaan membuat keputusan segera. Jangan sampai ibu bapa turun buat demonstrasi, termasuklah di jalanan secara haram.
“Sekarang ini trend penduduk tidak lagi khuatir (berdemonstrasi), seperti juga amalan bangsa-bangsa lain (di seluruh dunia).
“Kita mahukan keadaan aman, (kerajaan perlu) buat keputusan segera. Jangan tunggu selepas perhimpunan Umno (24 – 28 Mac ini) atau tahun depan baru hendak buat keputusan,” katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
9 ulasan:
nampak sangat takut.. tu pasal tak berani!
memang amenda pon diaorg akan tunggu pas abis perhimpunan nanti...
Lidah kontot goyang lah tu nak debat...
abang isham (bukan ko)
isham muntri laa
kecot perot tengok org nak serang dia
angkat keris lagik ke isham???
Bro kau Ajak la orang ramai datang naik basikal, skateboard, rollerblade dan jalan kaki. Kita bagi penuh jalan raya depan Istana penuh dengan basikal. Kita main willi lagi depan istana apa macam..
Baru gempak beb..
Budak-budak skate bila lagi korang nak hollie ke atau buat grind depan istana. inilah masa nya..
bawak gitar nyanyi ramai-ramai depan istana..?
baru la meriah skit malaysia ni..
bila lagi nak tunjuk depan agung dan pada dunia..
kah kah kah
menteri takut sahut cabaran debat...
nak debat apa lagi???
bunyi cam bapok blakang mati...
kah kah kah...goyah ker mat keris???
kata anak jantan...sahut la...apsal goyang...???
takde telor ker????
xpun telor dh kasi anjing makan??
kata anak melayu...
anak melayu suma pantang di cabar yope....!!!
kata pantang di cuit...
nie wakil pakatan dh cuit nie...so, ape crita??....takkan nak tunggu bontot bini yg cun tu kena cuit baru taring nak kuar...
kami rakyat x sabar nak tgk mulut yope kuar buih cam menteri penerangan kesayangan kami tu...
blah la hishamuddin....
gua tak caya la sama lu...
Gembiranya hati madey.....
Madey sukacita dapat melaga-laga rakyat atas dasar ciptaannya....
hisham auuu..tak kuasa nyah nak debat. apa debat2 nih, tak mainlah. one plus one equal two laaaa. baik ajak dia main guli lagi baik.
UMNO akan pastikan ketuanan melayu mesti dipertahankan dalam bahasa asing. jangan sesiapa cuba cabar, nanti dianggap menderhaka kepada mahafiraun
Ntah apa2 la..tak habis2 lagi?
Bagi aku la, setakat nak ajar budak2 sekolah rendah dan menengah rendah..ajar la dlm BM aje, yg penting paham dan boleh guna kaedah manual utk mengira ( tanpa calculator), setakat tolak campur bahagi darab tu..bila keja esok, bukan nak guna sangat, habih kuat pun, nak kira bayar balik loan bank yg ada bunga, riba.
Penggunaan BI dlm Matematik ngan Sains, sesuai guna waktu depa dh masuk kursus sains medic ka, engginering ka..baru la sesuai.. Org cakap..kaedah dah faham, cuma tukar2 main istilah jer..
Sebab aku cakap camni, sbb...kat kilang aku kalau nak comfirm jawatan, atr syarat kena pass matematik dan Add Math dgn markah 86%, yg silibusnya adalah dtg dari US sana.
Walaupun aku ni operator cabuk ja..dan SPM aku BI fail, Matematik Lulus atas pagar, tapi aku boleh follow.
Bagi aku, biar faham konsep, pas tu, hang nak guna bahasa Uganda campur mexico pun takdah masalah.
Catat Ulasan