Khamis, 26 Februari 2009






Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia


25 Februari 2009






JIKA MAHU TERUS JADI LEMBU, SPRM PERLU ISYTIHAR JADI PARTI KOMPONEN BARISAN NASIONAL

Hari ini, Rabu bersamaan 25 Februari 2009, Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) mengambil keputusan untuk menghadiahkan seekor lembu khusus buat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai tanda 'penghargaan yang tinggi' di atas 'kebebasan dan integriti' yang telah diamalkan oleh badan tersebut.

Sepanjang dua bulan berlalu sejak SPRM dinaik taraf menjadi sebuah suruhanjaya, pelbagai kecelaruan telah pun timbul. Dalam keadaan puluhan malah ratusan laporan rasuah yang dikemukakan kepada badan tersebut telah dibakulsampahkan tanpa siasatan.

Penyelewengan yang dilakukan oleh SPRM ini, sebagaimana yang telah ditegaskan oleh AMK beberapa hari lepas, sangat bertepatan dengan kronologi usaha untuk menjatuhkan kerajaan-kerajan negeri Pakatan Rakyat.

Kalau ada kes rasuah dalam Umno , kes kes ini akan disurukkan dari pengetahuan umum.

Sebagai contoh dalam kes yang melibatkan rasuah oleh ADUN Umno-BN Lenggeng, Mustafa Salim.

Kes rasuah politik pemilihan Umno yang melibatkan Ahli MT Umno, Norza Zakaria.

Kedua-dua kes ini disorokkan identiti daripada pengetahuan umum. Bukan ini sahaja, malah banyak lagi kes yang telah dikemukakan baik oleh AMK mahupun komponen Pakatan Rakyat lainnya yang mempunyai asas yang kukuh dipinggir begitu sahaja tanpa sebarang status.

Justeru, lembu yang 'dihadiahkan' oleh AMK kepada SPRM akan menjadi batu tanda dan pengajaran buat SPRM agar mereka tidak berterusan menjadi 'lembu yang dicucuk hidung' khususnya oleh Umno.


Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia



8 ulasan:

jebatderhaka berkata...

S = suruhanjaya
P = penyelamat
R = rosmah
M = mansor

Tanpa Nama berkata...

Apa yang nak diharapkan sangat, pembentukan SPRM diihlamkan oleh sang pengantuk, tak ada idea lalu diambil orang yang tiada kredibiliti menjadi persuruhjaya, jawabnya jadi macam lembulah. Lembu sana, lembu sini, atas lori dikirimkan lembu, amat memalukan. Apo nak dikato? Dah diajar dengan begitu simbolik lembu SPRM tidak faham, faham lagi. Sikit punya lembulah.

Tanpa Nama berkata...

Kalau ada SPRM sendiri mengamalkan rasuah camner?..

ZACKARAS berkata...

BPR telah ditukar namanya kpd SPRM
rupa2nya ada sebab untuk penukaran jenama....kita baru 2 bulan ambilalih kes-kes yg dilaporkan kpd SPRM...jadi tidak timbul kes yg tidak disiasat ...kes sebelum ini dilaporkan kpd BPR ...pegawai yang berbeza jadi kita kena dapatkan laporan semula jika ada pihak yg tidak puashati bolehlah buat aduan terus kpd pegawai SPRM yang lebih telus, mulus dan pulus...begitulah agaknya jawapan yg ada dlm kepala otak Ahmad Said.

Tanpa Nama berkata...

mat said kaki blue..

tgk budak kecik bogel pon nk
"pak chu ching" ke??

suda laa... diaorg nih kasik babi pon, diaorg buat x reti jgk..silap2 di gulainyer babi tu..

aicehh!!!

Tanpa Nama berkata...

hahahha...dah name tukar jadi suruhanjaya=suruh aje. jebatnye akronim aku suke/sokong...

Tanpa Nama berkata...

Oit Ingat tukar namer boleh buat kejer bagus ker...bodoh .........Org dalam tak tukar samer jer lah, aper beza SPRM ngan BPR ha ha ha ha ha ha .......Apahal suker sangat bodoh kan orang ha ha ha ha ha ha ha ha.. Jawap jawap jawap

Tanpa Nama berkata...

Selalunya rasuah yg besar2 pakai transfer akaun2 samada antrabgsa @ dalam... Try bodek ( rasuahkan geng ni) org yg jlnkan transfer mentransfer nei.. supaya tunjuk bukti urusniaga...haha..hanya cara rasuah boleh selesaikan kes rasuah.. Nak potong permata pun, kena guna permata jugak..hahaha!!!