Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Isnin, 2 Februari 2009

YANG HILANG DAN DI HILANGKAN


"One should ask Najib on where the two PKR excos from Perak are, and also about Bala. After all, he is an expert in handling missing persons," Anwar, the Permatang Pauh parliamentarian, told newsmen after meeting six Perak PKR assemblypersons for an hour in a closed-door session at Yayasan Aman complex in Penanti, Penang mainland. - MalaysiaKini


Balasubramaniam telah hilang tahun lalu, sehari sesudah dia membuat Pengakuan Bersumpah.

Hingga ke hari ini tidak ada khabar berita tentang Bala. Kehilangan Bala ada sangkut paut dengan pembunuhan gadis cun Altantuya Shaaribu dari Mongolia. Pembunuhan Altantuya ini juga bersabit dengan Razak Baginda. Razak Baginda ialah ‘jurifikir’ Najib Razak.

Pengakuan Bersumpah Bala menerangkan bahawa Najib Razak ialah kekasih awal Altantuya – sebelum gadis cun ini menjadi ‘kekasih’ Razak Baginda. Justeru pertalian ini menjadikan umum mempercayai bahawa kehilangan Bala ada bersangkut paut dengan Najib Razak.

Justeru apabila dua Adun PKR yang menghadapi tuduhan rasuah di Perak hilang maka Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang telah meminta para wartawan pergi bertanyakan hal ‘hilang’ ini kepada Najib Razak. Menurut Anwar Ibrahim Najib ialah ‘juru hilang’.

Belum pun sempat wartawan menemui Najib – dua orang wakil-wakil rakyat dari Perak yang ‘hilang’ ini telah di beritakan akan berhenti dari menjadi wakil rakyat. Tuan Speaker Dewan Undangan Perak telah menyatakan bahawa beliau telah menerima fax dimana dua orang wakil rakyat ini akan berhenti.

Surat berhenti dari menjadi wakil rakyat ini telah di tanda tangani pada bulan March dahulu. Ini ketika wakil-wakil rakyat ini baru saja di lantik menjadi wakil rakyat. Jadi TIDAK MASUK AKAL jika tiga atau empat hari sesudah menjadi YB mereka didesak atau dipakasa untuk membuat surat berhenti ini.

Tiga empat hari sesudah menjadi YB pastilah mereka tersenyum hingga koyak ke telinga. Justeru kenyataan yang mengatakan mereka ‘dipaksa’ untuk membuat surat ini akan menjadi ‘ lawak bodoh senario’ kerana tidak masuk akal.

Hakikatnya dua orang wakil rakyat ini telah berhenti.

Hakikatnya perlu diadakan pilihanraya kecil untuk kerusi yang telah dikosongkan.

Tidak perlu ada ooook. Tidak perlu ada eeeek. Mereka telah berhenti. Maka dua kerusi - di Behrang dan Changkat Jering telah kosong. Pilihanraya kecil wajib dijalankan 60 dari tarikh pemberhentian itu. Ooook ooook dan eeek eeek ini hanyalah alasan.

Parti politik – Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional – tidak perlu berdolak dalik lagi. Kerusi kosong wajib di isi. Pilihanraya kecil wajib dijalankan.

Mana–mana parti politik yang berdolak dalik tidak mahu pilihanraya kecil di adakan maka akan terbukti bahawa parti ini TIDAK ada keyakinan untuk menang.

Parti yang takut untuk menyokong pilihanraya kecil adalah parti yang sedar bahawa mereka TIDAK lagi mendapat sokongan rakyat.

Jika Pakatan Rakyat tidak mahu mengadakan pilihanrya kecil maka ertinya Pakatan sedar bahawa mereka tidak ada sokongan orang ramai.

Jika Barisan Nasional tidak mahu mengadakan pilihanraya kecil ertinya Barisan Nasional sedar bahawa mereka tidak ada sokongan orang ramai.

Kerana TAKUT kalah maka mereka akan beroook dan bereeek.

Langkah paling terbaik ialah membubarkan dewan negeri Perak dan mengadakan satu pilihanraya untuk negeri Perak. Kita lihat siapa yang akan mendapat sokongan rakyat.

Najib Razak tidak perlu berkek kok dan berkuntau lidah untuk mengelakkan diri dari pilihanraya kecil atau pilihan raya Dewan Undangan Perak. Wakil-wakil rakyat tidak perlu lari larau atau dihilangkan macam Balasubramaniam. Tugas wakil rakyat bukan untuk ‘hilang bercuti’ ke Pekan. Tugas wakil rakyat ialah mewakili rakyat dalam Dewan Undangan.

Orang ramai semuanya menunggu pilihanraya kecil atau pilihanraya untuk semua kerusi negeri Perak.




13 ulasan:

dollah yankee berkata...

betulll...satu idea yang cukup baik, bubar dewan undangan dan buat pilihanraya semula, kita tengok siapa rakyat nak pileh.

jabsp berkata...

1.Sokong DUN Perak dibubarkan.
2.Kalau DUN tak bubar,2 kerusi akan kosong.SPR akan terima dan sah surat perletakan jawatan kerana bagi bn jerat depa juga dah mengena.Minta minta dua bekas adun tu wau,wal hasil balik hasal.habuk pun tak dapat kerana kerja bodoh depa sendiri.
3.bn pun tau,walaupun depa ni lubuk rasuah,dua adun yang ada tuduhan rasuah ni pun depa tak mau.yang depa mau adalah kerusi.olih itu SPR akan kosongkan kerusi ini dan adakan prk.
4.cantiknya kerja MB Nizar,lepas ni tak ada siapa lagi yang berani main ding dong termasuk di Kedah.
5.SPRM tunggu apa lagi.2 adun kata depa ada MC,tapi ada dalam majlis nak lompat.orang sakit mesti duduk diam diam,relax.Sah MC palsu

Alias Mohd Yusof berkata...

Sesebuah parti politik itu wajar memboikot piliharaya jika mereka percaya pilihanraya yang akan dijalankan itu tidak boleh berlaku adil, tidak telus dan tidak bebas. Mungkin BN dah tak percaya SPR akan dapat berlaku adil, telus dan bebas, sebab itu mereka bercadang nak boikot.

Tanpa Nama berkata...

Logik sekali, harus bubarkan DUN PERAK sebagai satu cara menuntaskan masalah yang bagaikan cerita bahlul ini. Sekejab PR tak stabil,sekejab BN tak stabil.Tak lestari langsung. Kan dalam politik yang LESTARI itu anya kepentingan.

Tanpa Nama berkata...

Oops!...Najib Did It Again

Critical Thinker berkata...

ooookkkkk eeeeekkkk... cam bunyi kambern kah kahkah..kemungkinan wakil ini makan otak kambing bnyak sangat kut...


layari blog saya http://malaysianscrap.blogspot.com

uncle_abubakr berkata...

yup,yg TAKUT adalah mereka2 yg tidak yakin akan mendapat sokongan RAKYAT.

PRK kedua2 DUN harus diadakan...!!

dino_yp@yahoo.com (kalau berani!) berkata...

sudahlah kau, kaki temberang, kaki kelentong! cuba cermin diri sendiri dulu baru cakap pasal org.

Tanpa Nama berkata...

LOST AND FOUND IN PERAK
Notis
HILANG 2 ADUN DARI PKR, TERNAMPAK AKHIR 2 MINGGU LALU.

TERJUMPA
2 ANJING GILA YANG HILANG PERIUK NASI, JENIS ANJING PARIAAAAAH- TIKAM RAKYAT, KAKI SEDEKAH PEREMPUAN TAK HALAL- PEMAKAN BABI- CHINA DOLLS, Suka berrasuah.
sekarang bukan adun, takdah kerja, cari makan pun susah, INI LAH ORANG SESAT MARUAH, PERANGAI PARIAH DAN BIADAP, BAGUS KENA TENDANG KELUAR DARI PAKATAN. Kita rakyat tak kisah apa bangsa warna kulit atau agama, kalau tikam rakyat, kita rakyat memang tak layan.
LAGI SATU kepada isteri rosmah,
CHECKMATE BABe Najib
SEKARANG LETAK MUKA DI MANA, DALAM TONG SAMPAH. kekekekekek hahahaha BODOH TERKENA SODO-MEE DARI PAKATAN.

shahrul berkata...

jangan bubar ADUN plk.. nanti ksian kt kerajaan pusat. sbb ingat lagi kata BN masa kak wan azizah letak jawatan dlu.. membazir duit rakyat kalau ada pilihanraya. hehehe... so just buat PRK utk kerusi yg kosong sudah. bagi depa dapat rasa duit turun dari langit sama...

Panglima Perang Cyber berkata...

macam macam laaa...

apa kata hishamduin rais buat filem tajuk :

lompatan katak dari negeri sembilan ke Perak...

hihihi

cakap-lepas berkata...

ekkk...okkkk....kah kah kah...najib juruhilang....kah kah kah...suar dalam najib hilang tak?kah kah kah

Sameon berkata...

Memang tak dinafikan, banyak kes yang telah dikaitkan dengan Najib sejak kebelakangan ini termasuklah kes terbaru ini. Semuanya boleh menjatuhkan kredibiliti beliau sebagai bakal PM dan Presiden UMNO. Ia juga merupakan 'point' yang kuat bagi pembangkang untuk menjatuhkan UMNO. Maka dengan 'point' yang ada ditambah pula dengan perencah tambahan, maka jadilah isu itu lebih sensasi...