Jumaat, 13 Mac 2009

KAJIAN DASAR PPSMI DIBEANTANG SEBELUM AKHIT MAC




KUANTAN 12 Mac — Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata hasil kajian mengenai dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dijangka dibentangkan ke kabinet sebelum berakhir bulan ini.

Beliau berkata kementeriannya perlu membuat kajian terperinci termasuk menerima maklumbalas daripada kementerian lain sebelum membentangkannya ke jemaah menteri.

Beliau berkata semua pihak perlu rasional apabila memperkatakan isu itu tanpa melibatkan emosi atau mempolitikkannya.

“Kalau kita hendak membuat perubahan kepada dasar ini, kita perlu mengambilkira seramai 6.1 juta pelajar yang telah melalui dasar PPSMI, 126,000 guru-guru terlibat dan jumlah hampir RM3 billion yang kita laburkan dalam melaksanakan dasar ini, jadi ianya bukan satu perkara yang perlu dengan sewenangnya membuat keputusan,” katanya.



kah kah kah…. MASA BUAT DASAR DULU MADEY ADA BINCANG KE ?....kah kah kah…

woit…. MADEY BUAT DASAR IKUT SUKA HATI…. TAK ADA BINCANG PUN….. kah kah kah…

woit…. TAKUT DENGAN MADEY ATAU SAJA NAK BODOHKAN ORANG MELAYU ?..... kah kah kah…

kah kah kah…. ATAU TAKUT HILANG PROJEK RM3 BILION… PROJEK OH PROJEK !! ….kah kah kah



3 ulasan:

ZACKARAS berkata...

Sepatutnya ayat diperenggan akhir berbunyi begini.." KALAU KITA HENDAK MEMBUAT PERUBAHAN KPD DASAR INI, KITA PERLU MENGAMBILKIRA 1.6 JUTA PELAJAR YG TELAH MELALUI DASAR PPSMI, 1,260 KONTRAKTOR DAN KRONI SAYA TERLIBAT DENGAN JUMLAH HAMPIR RM300 JUTA ...JADI IANYA BUKAN SATU PERKARA YG PERLU DGN SEWENANG2NYA UNTUK SAYA BUAT KEPUTUSAN...DEMI MEMPERTAHANKAN
KRONI2 SAYA.

tamanmelurbarrios berkata...

Hahaha siot aa lu zackaras...

Yup2 sebenarnya kalau diikutkan logik.Group2 gerombolan nih tengah gelabah sebenarnya.Boleh aja dasar nih dimansuhkan sbb mmg Gerombolan nih dah takda point untuk teruskan PPSMI nih.

Tapi mengenangkn buku2 atau projek2kroni PPSMI nih dah pun dicetak dan get ready tuk budak sekolah.Gerombolan2 terpaksa aa mempertahankan dasar PPSMI.

Lagi best da aa mak bapak kita xde pilihan, semua kena beli kat kroni2 tuh jer.Hampessss

Yeahh kaya kroni2 tuh tapi sampai bila beb??

Kesian kat koperasi2 sekolah yang dah tak leh hidup sbbkan projek kroni2 nih.

Tanpa Nama berkata...

Syarikat kami GEROMBOLAN SENDIRIAN TANPAHAD yang sudah bertapak lebih 50 tahun menawarkan jawatan BARUA kepada pemohon yang layak.

JAWATAN : BARUA
GRED : C (otak dan perangai)

SYARAT KELAYAKAN

1. lulus Bahasa Melayu tapi tak reti bahasa

2. boleh mengira duit dalam Bahasa Inggeris

3. kulit muka tebal (kegemaran bersongkok tinggi diutamakan)

4. sanggup mempertahankan boss bermati-matian walaupun terpaksa mengebom

5. bijak mencari tanah-tanah untuk dijual kepada pemaju

6. kaki karaoke dan kaki tonggang

7. petah mencarut dan suka bersumpah

kuota 90% Bumiputera dikekalkan dan selebihnya untuk kroni saja. Kalau darah Melayu takde tapi nak mengaku Melayu boleh asalkan disertakan dengan duit kopi dalam briefcase. Hantarkan borang ke cawangan syarikat Gerombolan yang berhampiran. CEPAT sebelum cawangan-cawangan tutup!