Khamis, 23 April 2009

BEKALAN AIR DI UMP TERPUTUS SEJAK TUJUH HARI LALU - bernama


KUANTAN: Hampir 5,000 warga Universiti Malaysia Pahang (UMP) terputus bekalan air sejak tujuh hari lalu, dipercayai akibat loji air di Lepar Hilir yang dikatakan menghadapi masalah.

Naib Canselor UMP, Profesor Dr Daing Nasir Ibrahim yang kesal dengan kejadian itu berharap Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang dapat menanganinya segera.

"Tambahan pula pelajar akan menghadapi peperiksaan, keadaan ini amat membeban dan memberi tekanan kepada pelajar," katanya di sini, hari ini.

Dr Daing Nasir berkata, kejadian bekalan air terputus itu bukanlah perkara baru yang berlaku di UMP.

Beliau berkata, pihaknya berkali-kali membuat laporan kepada JBA Pahang berhubung perkara itu, namun masih belum ada sebarang tindakan segera dibuat.

"Pelajar terpaksa mendapatkan air dari tempat tertentu dengan menggunakan baldi.

"Perkara ini perlu diselesaikan segera kerana kita bukanlah negara ketiga yang menghadapi masalah bekalan air," katanya.


kah kah kah…. CUBA SELIDIK… SYARIKAT YANG BUAT LOJI AIR NI MESTI SYARIKAT KRONI…. kah kah kah..

kah kah kah… BILA PROJEK DAPAT… MUNKEE NI JUAL PROJEK ..BUAT DUIT ATAS ANGIN… kah kah kah…

woit… NI MESTI KERJA SUB CON ATAS SUN COM ATAS SUN CON….kah kah kah…

kah kah kah…. AKHIRNYA SEMUA RUNTUH…kah kah kah..

woit…. PAK MAN TELO LEBIH JUJUR DARI SUB CON INI…kah kah kah..



1 ulasan:

Tok Uban berkata...

Jadi ke Pahang nak jual air kat Selangor?....macam katun....rakyat negeri sendiri pun tak cukup air...nak jual kat orang lain pulak...macam johor...Siapa MB yang sain kontrek dengan Singapura pasal air....cuba teka...kahkahkah