Sabtu, 11 April 2009

SATU MALAYSIA TUNGGU JAWAPAN 5 SOALAN


AZILAH DAN SIRUL DIGANTUNG – ANTARA PERSOALAN
– harakah daily


Berikut adalah beberapa persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Majlis Tertinggi KeADILan Badrul Hisham dalam blognya mengulas keputusan dua anggota UTK, Azilah dan Sirul yang dihukum gantung sampai mati dalam kes Altantuya Sharibuu iaitu :

1.Azilah dan Sirul tidak pernah kenal Altantuya, apa motif pembunuhan ? Rogol, Rompak..? Mereka ialah anggota UTK yang berdisiplin dilatih mengikut arahan.

2.Mana senjata pembunuhan, dalam kenyataan beramaran yang dibuat Sirul dia mengaku menembak Altantuya tetapi kenapa senjata pembunuhan tidak wujud dalam perbicaraan?

3.Bagaimana rekod kemasukan Altantuya tidak wujud dalam rekod imigresen sebaliknya ada orang dihukum mati dalam negara yang tidak ada rekod Altantuya masuk ?

4.Mengikut penulis dari Perancis dia mengatakan maklumat pembunuhan Altantuya yang dibunuh kerana melindungi transaksi melibatkan wang besar hasil jual beli kapal selam lengkap tersimpan ditangan agen perisikian Russia.... apa sebenarnya berlaku ?

5.Kenapa Azilah dan Sirul diberi keistimewaan tidak memperlihatkan wajahnya sepanjang keluar dan masuk mahkamah ?




8 ulasan:

Hanggokan berkata...

kes misteri lagi?...kahkahkah!

Tanpa Nama berkata...

jawapan no 5:
kerna senang nak tukaq org lain..
itu pun tah sapa2 yg dok naik turun
mahkamah hari2...

Tanpa Nama berkata...

Agaknya kesemua soalan itu diguna oleh Madey untuk mengawal Najis. Semasa Pak Lah dulu dia tak layan Madey, kini Najis pula kena layan kehendaknya. Seperti yang kita tahun Madey memang licik untuk mengawal UMNO khasnya pemimpinnya. Lihat bahasa tubuh Najis, saat berdepan anak buahnya(orang UMNO/BN/Ketua jabatan/Ketua Bahagian/Pembangkang kemain hebat, kepalanya berpusing dari kiri ke kanan 180 darjah, tapi selepas itu lihat pula bagaimana dia sulit nak buang pengaruh Madey.Madey sudah pegang sama dia walaupun Madey sentiasa puji Najis sebagai 'the best UMNO leader in the world'. Tunggu projek jembatan senget akan dibian sebaik ekonomi global membaik!
5 soalan itu Madey boleh jawab bukan orang lain.

azhar berkata...

usah biarkan kehidupan anda diselubungi misteri...

Enche' Eyezoodean berkata...

pak isham.
jgn lupa tambah satu lagi.

berapa berat terkini bik mama?

kah kah kah

Puan Ainon Mohd. berkata...

Orang kampung semua sudah tahu.... (senikata lagu)

karat ijau berkata...

BERHATI-HATI,BERJAGA-JAGA,

lepas ni kita jumpa hantu kambing plak..Ha..Haa..

Tanpa Nama berkata...

-Gugurnye Dua Pejuang Negara-
demi menyelamatkan pemimpin yg
d sanjungi mereka sanggup berkorban jiwa dan raga!!
semua spatutnye mencontohi pejuang negara kita ini.haha.ha..
pemimpin yg dilindungi sudah berjaya tersenyum d takhta manakala pejuang ini berair mata d penjara malah ke pusara!!
tinggalkan ayah
tinggalkan ibu
serta sanak saudara
namun munkin berganjaran.. haha.ha
Kita mesti abadikan kisah mereka berdua kedalam lipatan sejarah haha..ha.
kisah epic mereka ini patut d bukukan malah patut d layar perakkan..
Semangat juang yg d tunjuk harus menjadi iktibar kepada anak muda negara kita di masa hadapan.
mereka tidak gilakan populariti (bertopeng), cekap menjalankan tugas dan arahan (membabi buta), bertanggungjawab (tali gantung).
inilah pejuang sebenar...

-WR-