Jumaat, 29 Mei 2009

LANUN DARAT




AUDIT : KOS BOLEH CECAH 12 BILION
- mkini


Laporan audit Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) menunjukkan bahawa kos projek tersebut boleh melonjak kepada RM12 bilion berbanding RM1.96 bilion ketika ia dilancarkan pada 2001.

Menurut laporan tersebut - yang disediakan oleh PriceWaterhouse Coopers (PwC) yang diumumkan hari ini - jumlah tersebut meliputi kos faedah pinjaman.

Kesimpulan utama laporan audit tersebut menyatakan bahawa kos projek yang tinggi, kelemahan urustadbir dan kelemahan pengurusan projek, telah menjejaskan kejayaan PKFZ.

Oleh itu, laporan itu menegaskan adalah amat penting bagi PKA mengambil tindakan segera bagi menstrukturkan semula pinjaman mudah dari Kementerian Kewangan sebanyak RM4.632 bilion untuk mengelak kegagalan pembayarannya pada 2012.

woit…. RAMAI NYA DUIT …. kah kah kah..

kah kah kah… MACAM MANA NAK KIRA…. TERLAMPAU RAMAI…kah kah kah..

kah kah kah…. BERAPA JUTAWAN SEGERA MUNCUL DARI SINI?... kah kah kah…

woit… SATU LAGI PROJEK KELENTONG…. kah kah kah…

kah kah kah… INI LAH MONDUS OPERANDI….. BELI TANAH YARAKT MURAH….. KEMUDIAN MINTA KERAJAAN BELI DENGAN HARGA YANG MAHAL… kah kah kah..

woit ..MACAM MANA BOLEH BERLAKU ?... kah kah kah…

kah kah kah… SENANG SAJE… YANG MENCADANG SUPAYA KERAJAAN BELI TANAH….. ADA ORANG YANG MEMILIKI TANAH…. ORANG INI JUGA YANG MEMBUAT KEPUTUSAN BELI TANAH…kah kah kah..

woit… SUSAH NAK FAHAM KE ?... ini MACAM KES RAFIDAH… MENANTU DIA MINTA AP…. DIA JUGA YANG MEMBUAT KEPUTUSAN…kah kah kah..

woit… INI BUKAN RASUAH… INI NAMA NYA PERNIAGAAN A LA BUMIPUTERA…. kah kah kah




8 ulasan:

Khun Pana aka johanssm berkata...

gembira 1malaysia , dah bayar (ragut / samun/ rompak/tipu/ ikut hatilah) hampir 12 beliyion untuk habuk pon tak ada.

Syiok nya di tipu , happy nya orang felda.
Eurokopter bila nak beli?
tak mahal chuma beliyion -beliyion.
pasti makcik felda gembira dapat lihat eurokopter .
Jambatan ke singapora dan labuan bila nak buat?tak mahal chuma beliyion-beliyion.

hebat betul project bn tipu wang rakyat.

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah..

12 billion tuh.. kalo dibahagikan sama byk kat sume penduduk m'sia.. penduduk kat m'sia ni dah jadi top 26 juta orang terkaya di dunia.

ini taakkk.. sume masuk poket makhluk2 yg tamak habola. duit dah disembah pagi petang siang malam. macam mane la ekonomi negara ni tak lingkup?

pengundi2 kat m'sia ni pon 50% bodo telo. nak jugak mengundi makhluk2 yg korup ni. ape igt duit billion2 tu boleh guna utk timbus kubur korang bile dah mampos nanti ke?

kah kah kah..

Tanpa Nama berkata...

Bang Isham,

Kalau lanun ni ditelanjangkan di:-
a)Jepun - Letak jawatan dan makan racun.
b)Korea Selatan - Terjun gaung.
c)Taiwan - Ditangkap, bicara dan dihukum sekiranya terbukti bersalah.
d)Singapura - Satu dunia tahu dan dihukum (sudah tak boleh cari makan).
e)Malaysia - Ada ke? Mana ada? Berita ini tak tepat, tipu, tak soheh...siapa kata 12bilion, kita cuma songlap 21bilion itu pun tak cukup untuk kita share...jelasnya sambil tersengeh-sengeh.

Anda masih ragu2 kenapa Malaysia menuju ke zaman kegelapan..??

Kucing Parsi berkata...

mak ai ramai nya duit... tu nak bagi bangkrap malaysia ke pa?! subsidi untuk rakyat 5 billion pun tak nak kasi

Tanpa Nama berkata...

Bukan ala bumiptera la beb! Ala Melayu yang betulnya.

Tanpa Nama berkata...

DEB ala umno

Penanggah berkata...

silap tu bro. bukan ala bumiputra atau ala melayau tapi ala umno.. tu namonyer saudagar buluh kasap.. untung diorang yg dapek.. yang kito dapek asap... hampehh...

sarawakian berkata...

BARANGKALI PERIOD KOT - DATS Y BACA NI SEDIH SIKIT..TAU TAK DI SARAWAK RAMAI LAGI YG DAIF...UNIFORM SEKOLAH SEPASANG PAKAI SAMPAI KOYAK RABAK, PENSIL SEBATANG DITATANG MACAM MINYAK YG PENUH..KANAK2 MERENTAS SUNGAI, BERJALAN KAKI BERJAM2 UNTUK KE SEKOLAH, YG DUDUK DI ASRAMA PUN TAK ADA KELENGKAPAN SEPERTI TILAM, BANTAL & SELIMUT. BILA MENGINGATKAN PERKARA INI DAN JUMLAH DUIT YG DISIA-SIAKAN UNTUK GOLONGAN YG BERADA & TIDAK MEMERLUKAN SAYA SANGAT SEDIH..BAYANGKAN JIKA $ TERSEBUT DIDERMAKAN UTK GOLONGAN TERSEBUT...IMAGINE..INI PERTAMA KALI SAYA MENITISKAN AIR MATA APABILA MEMBACA BLOG TT, SELAMA INI GELAK TAWA, RASA GERAM & MARAH YG DITIMBULKAN OLEH TULISAN BLOG TT..TAPI KALI INI...ENTAHLAH...MUNGKIN ADA KEADILAN JUGA AKHIRNYA..TAPI TIPIS..HARAPAN TIPIS... SEMAKIN MENYAMPAH RASANYA TERHADAP PENTADBIRAN NEGARA.