Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Jumaat, 8 Mei 2009

MENGENAL MENGENAL BAHASA MELAYUI




MENGENAL BAHASA MENGENAL DIRI



Ramai yang menggunakan perkataan Melayu tanpa mengetahui sejarah dan urutan perkataan tersebut.

Banyak yang hanya mengikut-ikut tanpa tahu makna perkataan itu.

Daulat Tuanku : daulat dari daulah urutan Arab bemakna negara – bermakan state bukan negeri.

Tuanku : bermakna Tuan Aku.

Duli : bermakna tapak kaki.

Pacal : bermakna anak anjing. Jangan tersilap dengan pecal.

Pecal : ini sayur yang di celor dan dibubuh kuah kacang – berasal dari Jawa sedap dimakan kah kah kah.




15 ulasan:

PM Yang Ke 6 berkata...

Alamak!
Takkan aku pacal yang hina? Terkena aku.

Che berkata...

dah lama x makan "pecal" wakakaka..

Tanpa Nama berkata...

Ada makcik pecal kat pasar malam putra height...bessstttt....

jd.

Tanpa Nama berkata...

Saudara,

Petikan dari buku "A Manual of the Malay language With an Introductory Sketch of the Sanskrit Element in Malay" karya William Edward Maxwell, boleh dibaca di: http://www.gutenberg.org/files/25604/25604-h/25604-h.htm

"Paduka (a title of respect used in addressing persons of rank)" diambil dari perkataan bahasa Sanskrit pâduka, yang bermakna kasut atau sepatu.

Jika digandingkan dengan perkataan Seri (Seri Paduka), mungkin membawa makna sepatu Seri Rama, yang diletak di atas singgahsana oleh Bharata (sepertimana yang di ceritakan oleh Hikayat Seri Rama)

"Duli (a title used in addressing royalty)" diambil dari perkataan Sanskrit dhuli yang bermaksud habuk

Kedua-dua perkataan ini masih digunapakai di dalam Bahasa Tamil.

Wassalam

Khun Pana aka johanssm berkata...

daulat Itu bukan bahasa melayu.
Itu bahasa arab.
Bungalow bahasa punjap
Kow tim-bahasa tionghua
bumiputar / menteri / perdana - bukan bahasa melayu tapi dari bahasa entah mana
Bahasa melayu pon tak ada kopi dan teh.

Ganti kan lah hospital dengan Rumah Sakit
Ganti kan lah ambulan dengan kereta sakit
Ganti lah umno dengan perkembar
ganti kan unibesiti dengan sekolah tinggi.
Ganti lah geografi dengan ilmu kaji alam.
ganti kan nama khir toyo yang bahasa jawa entah mana dengan nama melayu.
Akhir sekali, perkataan melayu terbaru ialah ' jarjis , lingam dan altantuya ".

Danielle_Corleone berkata...

hahaha. bro. profesor sejarah aku cakap Duli itu habuk tapak kasut. :-p tapi maknanya kurang lebih juga.

Tanpa Nama berkata...

RM itu apa? Rumah murah ke Rumah mayat ke rumah mari...kah kah kah.

Did berkata...

kahkahkah...
aku maseh tercari2 kamus asal-usul bahasa melayu nih...ada cadangan??

Tanpa Nama berkata...

Ganti kan lah hospital dengan Rumah Sakit
Ganti kan lah ambulan dengan kereta sakit
Ganti lah umno dengan perkembar
ganti kan unibesiti dengan sekolah tinggi.
Ganti lah geografi dengan ilmu kaji alam.

correct, correct, correct!
er, tapi satu je tak correct & aku bangkang:
Ganti lah umno & kuncu2 bn nya dengan pakatan rakyat! :-)

reformasi!

3viL X eIjI berkata...

kahkah!!

rajen bro isham bukak kamus!!

cayalah bro..

kita sume bukan lagi 'pacal' yg hina..

manusia suma sama saja..

Tanpa Nama berkata...

khun pana johanssm said:-

ganti kan nama khir toyo yang bahasa jawa entah mana dengan nama melayu.
________________

nama melayu khir toyo ialah 'PENYAPU'.

Perumpamaan baru melayu yang berkaitan ialah 'umpama sial penyapu lekat dibadan' memberi makna, 'seseorang yang berbuat durja seperti khir dinegeri selangor'.
moralnya, seseorang yang berperangai buruk tapi mencerminkan mukanya sebagai bersih suci dan putih berkilat.

sekian. harap maklum.

--------
qariah kg bermban

Sudin berkata...

Bahan utama atau sayuran yang selalu di gunakan untuk membuat pecal adalah kangkung dan tauge.

Kangkung banyak terdapat di Sintok daerah utara Malai sia(Malay sia)

Tauge bukan tauke.
Tauke kawan baik gerombolan.

Kuah kacang lagi sedap dimasak menggunakan dapur kayu api yang bertungku batu.

Batu dan manusia adalah bahan bakar api neraka.

Gerombolan menggunakan batu api yang menyamar ber t-shirt hitam di ipoh pada 7 mei untuk menangkap mereka yang sedang bersarapan pagi.
Bukan makan tengahari.

Apakah bahan yang paling keras telah di jadikan Tuhan pada tubuh manusia ?

A.Hati Batu
B.Kepala Batu
C.Keras Kepala.
D.Kepala Keras.
E.Batu Api.

Jawapan A,B,C,D,E adalah betul semuanya dan menjadi bahan bakar dalam neraka.

Api neraka menjulang tinggi tetapi tidak berapa tinggi,cuma hidung akan mendengus kemarahan bila tindak balas batu-batu ini.

Woit.....isham!...baju yang aku rendam seminggu dan tak basuh-basuh dah bau pecal.

pijak tengkuk berkata...

jarjis ? hehe

ainon mohd berkata...

Tuan Tukar Tiub yang selalu diingati,

Perkataan 'tuanku' ada sejarah fonetiknya.

'tuan' adalah bentuk baru kepada perkataan yang lebih tua iaitu 'tuhan'. Jadi 'tuanku' itu dulu-dulu bunyinya adalah 'tuhanku'. (Dulu-dulu raja-raja mengaku mereka 'tuhan' ataupun 'wakil tuhan'.)

Bunyi 'h' itu gugur dalam bahasa Melayu hari ini.

Banyak bunyi 'h' yang kini sudah hilang:

hangin - angin
hayam - ayam
tuha - tua
sahaya - saya

...dan banyak lagi.

Jadi, patutkah kita terus membahasakan raja-raja Melayu dengan menggunakan perkataan 'tu(h)anku'?

Sabri Yaacob berkata...

Gitu rupanya... payah juga jadi orang Melayu yang tak tahu bahasa sendiri. Thanks for info.