Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Rabu, 10 Jun 2009

TUKAR TIUB PEMECAH BERITA - BERITA DARI SELATAN



SATU LAGI PROJEK TIPU RAKYAT
-suaram

Dua minggu selepas MB Johor Datuk Abdul Ghani melancarkan penanaman anak pokok bakau di Penjana kuasa Tanjung Bin, penebangan seluas 913 hektar untuk memberi laluan kepada pembangunan industri petrokimia telah bermula sepertimana yang telah dirancangkan. Tindakan pihak berkuasa yang tidak pedulikan suara penduduk sekitar mukim serkat sebelum ini jelas apabila mereka mula menebang pokok bakau secara senyap-senyap. Ini juga jelas bahawa pelancaran penanaman anak pokok bakau hanya satu provokasi pihak berkuasa untuk menipu rakyat bahawa kononnya kerajaan negeri Johor mencintai dan memelihara alam sekitar.

Pada 8 Jun 2009, jam lebih kurang 5:30pm, kira-kira seramai 50 orang penduduk kampong telah turun dan menjalankan perarakkan sepanjang 500 meter ke tempat penebangan pokok bakau untuk membuat pembantahan. Mereka yang sertai himpunan aman bukan sahaja orang dewasa, namun anak-anak sekolah turut sertai. Muka mereka dilukis dengan pelbagai spesis hasil lautan seperti ikan, kuda laut, turtle dan sebagainya. Ada juga yang memakai kad-kad dengan gambar dugong, sea-grass dan juga ada kad yang member messega supaya jangan tebang pokok bakau. Banner dengan perkataan “Kami sokong tanam Pokok Bakau, Kami BANTAH tebang pokok bakau” sekali lagi dirambai-rambai oleh penduduk kampong. Tujuan supaya suara mereka dapat didengar oleh pihak berkuasa.



6 ulasan:

Kucing Parsi berkata...

ni biar betul

owh takut nanti takder pokok bakau lagi kat negeri johor

tak per UPM serdang kan ada

ha ha ha

banyak la benih bakau kat situ

sekarang balak takder bakau pun jadi lah

sapa kerajaan kat johor

Media Siber berkata...

ooo .. yang ini harus dipelihara.. :) kerajaan negeri takleh nak biarkan ..

silencescreamer berkata...

dulu sbelum danga bay wujud namanya lagun puteri, pantai lido. ada hutan paya bakau, jeti, tmpt jogging beriadah..cool.

skang kalo jogging kt danga bay rasa mcm bodoh. tanah kene sodok jd parking kereta luas lebih padang bola. nk main bola sini ? haha..pak guard halau ada lahh..

telan asap makan plastik. warga terus jd bodoh...apa nk jd ngan malaysia ni ntah..

Tanpa Nama berkata...

kah! kah! kah! kah! kah! kah!

bijak sungguh kepala hotak gerombolan nih!!
bijak! bergeliga! pandei sungguh!

mungkin org kat situ tak lulus inggelis PMR kot.
asyik kene tipu jer...
tak kan diorg tak bace...
"PROJEK KERAJAAN GEROMBOLAN"....
ini bukan bahase jawa sembab kan??

kah! kah! kah! kah!
bijak! bijak! bijak!

...kita minum susu dulu....

kucingsiam berkata...

meow~

tengoklah ... tebang bakau di johor, zambry dah ajak kapitalis amerika selatan buka kilang besi di manjung ... EIA tak payah, buat je. habislah hutan bakau kita dipotong begitu saja.

Tanpa Nama berkata...

Apalah nak jadi dgn malaysia ,mana karangsing tv3 dedah jangan tak dedah. tubuhkan persatuan cinta alam sekitar ,buat demo 100,000 org ,50 org apa lah sangat.media perdana ashik berpolitik jer.sedar2malaysia dah butak ,macam saudi padang pasir.kesian malaysia ,gerombolan bermaharaja lela,,,,,