Khamis, 27 Ogos 2009

HUJAN PETANG LAGI



PETANG INI


hujan yang gugur petang ini
menyedihkan hati penjaja kueh
hujan yang gugur petang ini
mengusar hati pemandu teksi

hujan yang gugur petang ini
mengembirakan hati penanam sayur
hujan yang gugur petang ini
mengembirakan si penjual payung


MALAM KELMARIN


malam kelmarin aku makan di sebuah kedai makan orang acheh. hanya ada dua masakan - satu gulai itik dan satu gulai kambing – tidak ada sayur atau ulam – inilah restauran pertama di kota kota ini yang menjual gulai itik.

kemudian aku ke pasar sayur chow kit – jam sembilan tidak berasak-asak. aku membeli kangkung untuk Marang dan tulang Jai. tugas aku selesai untuk mereka.

di batu road singgah membeli dukong.

aku terserempak dengan gerai menjual buah kurma – ada berbagai-bagai. ada yang 40 ringgit sekilo – ada yang 25 sekilo – ada yang muda – ada yang datang dari negeri cina – lubnan dan entah mana lagi. ada yang di rendam dengan air gula. ada yang kering dan ada yang basah.

paling menarik ada yang di jual dengan harga 15 ringgit untuk 100 gram –ini kurma nabi. aku tersenyum dan berjanji akan datang untuk merakamkan imej kurma nabi. orang meniaga – apa boleh jual – jual.

gerai dan warung sudah mula terpasang. masih banyak yang kosong. ini minggu pertama – hujung minggu ini lihatlah hebatnya – gaji telah dapat dan sakan berbelanja.

peminta sedekah semakin ramai – dari seluruh asia tenggara mereka datang berkumpul ke kuala lumpur – ada dari bangla, ada dari rohingya , ada dari kelantan, ada dari burma – ada duduk tepi masjid – ada datang dari meja ke meja – ada datang menjual kertas – ada datang memungut derma - macam macam seribu satu macam.

anak anak kecil telah mula kembali digunakan sebagai peminta sedekah. lalu aku teringat berita ini :

242 budak hilang Jan-Mac 2008

Sebanyak 242 kes kanak-kanak hilang dilaporkan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini dan hanya 114 kanak-kanak berjaya ditemui semula, kata menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.

Datuk Dr Ng Yen Yen berkata, 1,168 kes budak hilang dilaporkan tahun lepas, manakala 1,478 kes pula pada 2006 - malaysiakini


di curi di siam di hantar ke kuala lumpur – di curi di kuala lumpur di hantar ke paris - di curi di burma di hantar ke bangkok di curi di medan di hantar ke penang – bila besar jadi pelacur –

nanti bila nampak ada peminta sedekah kanak-kanak – tampar muka budak ini biar polis datang – inilah cara budak ini akan selamat.

selamat berbuka puasa.



14 ulasan:

Cob Nobbler berkata...

paling menarik ada yang di jual dengan harga 15 ringgit untuk 100 gram –ini kurma nabi. aku tersenyum dan berjanji akan datang untuk merakamkan imej kurma nabi. orang meniaga – apa boleh jual – jual.


beb,kat mesir dah ada kurma obama pulak.harga dia satu kilo US$15.

lagi up dari kurma nabi.

Tanpa Nama berkata...

mana ada budak kelantan bohhhh....

Tanpa Nama berkata...

Akum bro?

Puisi bro hari ini berkisar pada penipuan peniaga dan sikap pemimpin yang tidak ambil pusing.

Masih sama, tapi nada kali ini sepatutnya dibaca dengan "tegas" dan bukan melangkolik. Pengulangan baris digunakan dengan meluas dan mengutamakan unsur anafora.

Perbezaan jelas, bro isam memasukkan "catatan sebenar" dari akhbar. Ini sesuatu yang baru dalam penghasilan kerja puisi.

Syabas. Ampun juga kerana telah mengumpulkan 7 buah sajak bro. Mungkin berguna bila bro dah tak ada nanti. Salam.

bangunberdiri berkata...

kuih jual..
sayur jual..
payung jual..
itik jual..
kambing jual..
kangkung jual..
dukong jual..
kurma jual..
tak cukup dengan tu manusia pun dijual..

asal barang jadi duit...

Kucing Parsi berkata...

kalau lelaki kita tampar jugak ke

memang dia boleh tamparan kita

budak lelaki pun jadi pelacoq jugak ke??

ha ha ha

visit

http://www.melodymockers.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

jangan ditampar budak mintak sedekah tu.. polis tak pandang pun kat budak kecik yang menangis, apatah lagi kalu budak pemintak sedekah...

Tanpa Nama berkata...

Begging big business oh.Di gujerat saja,Rs10 crore!!Tenggok gambar tamil "naan kadaval",utk mengethaui dgn detail pasai begging bizniz di india.

Tanpa Nama berkata...

Agak2nya kalau nabi SAW sendiri yang jual kurma tu, tentu dia jual murah supaya lebih ramai boleh makan!!

lumut berkata...

bgos gak cedangan kau tuh..

Kieng Meng berkata...

suka cadangan tampar tu..aku up lagi bagi tampar laju-laju..
boleh jadi gak budak2 tu yg kena culik utk dijadikan kambing hitam utk bisnis minta sedekah

Fa-T berkata...

Taipan menarik.... Dh lama ikut tulisan pak isham... Gud

OKK - orang kuat kentut berkata...

Yg bapak segala MahaRasuah senyum kambing aje bila melihat telatah anak2 buahnya dok mengkelai berebut harta rompakan .....mcm perompaklanun nujum pak belalang .... kau satu .... aku satu ... kepala bapak kau aku ambik ... kepala bapak aku kau ambik ..... kau ambik yg pendek ... aku ambik yg panjang .... dan lagi dan lagi....

Jebat Musibat berkata...

baiklah.. mulai hari nih.. saya akan menampar semua kanak2 pemintak sedekah yang datang ke meja makan saya.

ada yang konon2 buta dan diheret yang celik jual tisu la, kalendar la tuh macammana pula?

patut saya tampar yang butakah, yang celikkah, atau... kedua-duanya sekali? :D

Haji Kepala Lembu berkata...

burung Tiong sarawak pun ada juga dijual. mahal ..