Khamis, 6 Ogos 2009

MELIHAT KEMBALI




MEMBINA NEGARA BANGSA


Sebuah negara atau satu negara bangsa pada hakikatnya hanya wujud didalam fikrah warganya. Ianya hanya wujud didalam imijinasi. Negara dan bangsa wujud apabila ada imijinasi kolektif yang di kongsi bersama oleh warganya.

Imijinasi kolektif ini juga wajib di bantu dengan cita-cita, mimpi dan harapan bersama. Tanpa perkongsian imijinasi – tanpa mimpi dan harapan bersama - tidak mungkin negara bangsa boleh wujud dengan kompak.

Di negara kita ini pada hakikatnya masih belum wujud lagi satu negara bangsa yang boleh dipanggil Bangsa Malaysia. Ini bermakna identiti negara bangsa kita belum mengenap dan membatu.

Kita boleh memahami kenapa ini berlaku. Pertama - Malaysia ini adalah satu konsep yang baru. Malaysia wujud sebagai satu projek kolonial. Kedua - selama 50 tahun lebih ini upaya untuk membina negara bangsa telah gagal. Kegagalan ini adalah hasil dari falsafah dan pandangan dunia parti politik yang memerintah. Ketiga – patahnya pandangan dunia yang cuba melintasi konsep negara bangsa melalui takrifan agama dan kaum.

Sebagai sebuah projek kolonial – British telah memastikan kumpulan/parti politik yang menggantikan kuasa mereka tidak akan melihat penjajah sebagai musuh. Tidak dapat tidak badan politik yang dipilih oleh British untuk mengambila alih pentabiran Tanah Melayu dari British adalah badan politik yang akan terus bersetia dibawah payung British.

MCA, MIC dan United Malays National Organisation dipilih oleh British pada tahun 1956 bukan kerana mereka mendapat sokongan menyeluruh atau organisasi mereka kuat tersusun. Badan-badan politk ini diangkat, disokong dan didukung kerana kesetiaan mereka kepada British.

Kumpulan yang memanggil diri mereka Perikatan ini menggunakan kaum sebagai asas gerakan dan sokongan mereka. Sekali imbas memang dilihat amatlah lojik badan politik ini berpandukan kepentingan kaum masing-masing. Lojik ini bergerak untuk jangka masa pendek dalam usaha menyediakan ruang selamat ketika British berundur dari diserang oleh rakyat yang menuntut merdeka.

Untuk jangka panjangnya kita sedang melihat dan merasa musibah garis politik yang silap. Garis politik yang berasaskan perkauman ini mula dimunculkan dan dipupuk oleh British pada tahun 1946 dahulu. Garis politik inilah yang mengcengkam kita hingga ke hari ini.

Harus disedari bahawa tiga badan politik ini bukan protoganis awal yang bangun menentang British dan menuntut kemerdekaan. Mereka ini dalam istilah teater hanyalah pelakon tambahan dipermulaan pejuangan melawan British.

Kesatuan Melayu Muda, Parti Kebangsaan Melayu Malaya, Parti Komunis Malaya, Angkatan Pemuda Insaf, Angkatan Wanita Sedar, Hisbul Muslimin – adalah diantara protoganis awal. Protoganis-protoganis ini telah mengambil dasar melawan British dan telah mengajukan garis politik yang progresif.

Pandangan dunia yang progresif dari kumpulan ini telah cuba memandu warga Tanah Melayu pada ketika itu untuk lari dari asas kaum kepada asas kebangsaan. Ini terbukti dengan draf Perlembagaan Rakyat PUTERA/AMCAJA 1947 yang mentakrifkan sesiapa sahaja yang ingin bermastautin di Tanah Melayu pada ketika itu akan dipanggil Melayu.

Projek politik ini cukup radikal. Ianya bertujuan untuk memastikan kelahiran satu negara bangsa. Tanah Melayu yang berbagai-bagai bangsa tetapi satu warga negara bangsa. Projek ini telah digagalkan oleh British. British melihat projek meMelayukan semua bangsa ini amat merbahaya dan bertentangan dengan kepentingan ekonomi kuasa imperial Anglo pada ketika itu. Jika semua ditakrif sebagai Melayu maka strateji – pecah dan perintah – kantoi.

Apa yang berlaku pada 8 March tahun lalu adalah tanda jelas bahawa warga negara kita ini mahu menghidupkan kembali semangat yang terangkum dalam projek Perlembagaan Rakyat 1947. Selama lebih dari 50 tahun projek untuk mendirikan negara bangsa ini telah tergelincir dari landasan.

Lima puluh tahun dalam sejarah tamadun manusia hanyalah sedetik. Dalam pembinaan negara bangsa 50 tahun juga telalu singkat Tetapi dalam kehidupan seorang insan - 50 tahun mungkin lebih dari setengah hayatnya telah berlalu. Justeru kejayaan mengembalikan projek negara bangsa ini wajib dijaga dikawal rapi agar ianya tidak tergelincir sekali lagi.

Konsep yang diajukan oleh PUTERA/AMCJA pada tahun 1947 dahulu kalau diamati nyata asasnya masih kukuh dan boleh digunapakai walau pun Tanah Melayu telah menjadi Malaysia. Kalau dahulu cadangannya adalah untuk melahirkan Bangsa Melayu - hari ini kita berniat untuk melahirkan Bangsa Malaysia.

Jangan silap faham – Bangsa Melayu atau Bangsa Malaysia ini – hanyalah imijinasi yang dikonstruk. Ianya hanyalah konsep. Negara bangsa ini juga konsep yang boleh dikonstruk. Konsep ini wajib disepadukan dengan konsep Ketuanan Rakyat.

Ketuanan Rakyat adalah serampang dua mata. Pertama ianya bertujuan untuk membunuh konsep Ketuanan Melayu yang diwarwarkan oleh United Malays National Organisation. Kedua Ketuanan Rakyat sebagai satu sosial konstruk imijinasi dalam usaha kita bersama untuk melahirkan Bangsa Malaysia.

Sayugia diingati – membina negara bangsa bukan satu yang mudah. Manusia bukan batu bata yang boleh disusun dengan senang. Tetapi bukan satu yang mustahil jika pemimpin badan-badan politik dalam Pakatan Rakyat memiliki pandangan progresif berjangka panjang.

Kesilapan dan musibah durjana api perkauman yang kita hadapi selama 50 tahun ini wajib kita jadikan pedoman. Badan politik – malah badan atau kumpulan apa sahaja – yang berasaskan satu kaum telah dibuktikan sebagai jalan salah untuk melahirkan negara bangsa.

Malaysia sebagai sebuah negara majmuk – pelbagai suku bangsa, kaum , bahasa, agama – wajib menampilkan pemimpin politik dan pembuat pandangan yang memiliki pandangan dunia yang luas yang dapat melintasi batas-batas sempit.

Selama lebih dari 50 tahun yang lepas kita telah berada dalam kereta api yang gerabaknya bukan sahaja berkelas- kelas dan dipisah-pisah malah landasannya pun salah. Menuju entah ke mana.

Sesudah 8 March dahulu semua warga telah masuk kembali ke dalam gerabak kereta api Pakatan Rakyat. Sesiapa yang sedang berada di dalam gerabak kereta api ini tidak banyak memiliki pilihan melainkan belajar untuk kembali mengenali satu sama lain sekali lagi.

Kali ini kita tahu Pakatan Rakyat ini sedang bergerak untuk melahirkan projek negara bangsa yang telah disabotaj oleh British pada tahun 1947 dahulu. Di luar landasan kereta api pasti ada anjing yang akan terus menyalak tetapi kereta api ini akan terus meluncur mara.(TT)



25 ulasan:

Penanggah berkata...

satu artikel yg CANTIKKKK..!!! mudah paham.. tahniah bro..

Tanpa Nama berkata...

terima kasih bro..

Tanpa Nama berkata...

UMNO = United Malays National Organisation

MCA = Malaysian Chiness Associate

MIC = Malaysian Indian Congress

DAP = Democratic Action Party

PKM = Parti Komunis Malaya

PKR = Parti Keadilan Rakyat

yg mana pro penjajah, yg mana BUKAN..!

jab sp berkata...

Isham,aku nak ucapan tahniah bukan kerana artikal/posting ini,kerana ia memang sah padat dan tepat mengikut citarasa kebanyakan pengunjung blog anda.Tetapi ucapan tahniah kerana kejayaan anda mengawal catatan dan tatabahasa ikut kemahuan semasa.Lagi mengkagum ini adalah catatan untuk sekian kali daripada seorang yang telah merantau hampir kesemua sudut dunia dan memahami beberapa bahasa,tetapi masih bertegas dengan bahasa kita tetap berguna.Aku rasa inilah produk mahasiswa tahun 1970an yang maha sensitif dengan bahasa kita,satu daripada bahasa dunia yang dinafikan olih pemerentah Malaysia.

ajeeib berkata...

tahniahh..bro,1 cntoh mudah,bgaimana kalo keretapi berkembar plak?

awangnoi berkata...

EMMM...banyak ilmu arini,xiexie brother Sham

-thethinker- berkata...

kalau laa draf Perlembagaan Rakyat PUTERA/AMCJA berjaya ..100% laaa Malaysia nii milik Melayu.. tapi apakah daya , dihalang oleh Ameno keris karat ..

FreDDy O7eRmaRS berkata...

ada satu nama parti yg memperjuangkan nasib melayu katanya.tp nama partinya dlm bahasa inggeris..sudah nampak sgt disitu

matstim berkata...

bravo bro isham, anda telah menulis artikel yang cuba dipendam oleh sejarah kebangkitan rakyat golongan biasa. rakan-rakan saya yang bukan melayu apabila berada diluar negara mereka dipanggil melayu dari dulu (zaman 60'an)lagi!

Awang berkata...

Rakyat Malaysia ok la. Bangsa Malaysia adalah satu delusi...ia semacam makhluk jadi-jadian. Hentikan lah projek ini!

Kalau benar projek ini menjadi pasti kita akan berbuih mulut kita untuk menjawab kepada generasi akan datang apa ke jadahnya Bangsa Malaysia ini.

Kita kena tau yang negara bangsa wujud di dalam sempadan-sempadan negara yg wujud hasil dari kapitalisme tak kira projek penjajah atau tidak. Iaitu wujud dari aktiviti-aktiviti ekonomi dan politik warganya. Tetapi sempadan-sempadan ini semakin hancur kerana oxymoron pascamoden yang semakin rancak. Negara bangsa yang sedia ada di dunia pun semakin hancur tapi kita masih menyalak mahukan negara bangsa lagi?

Aku lebih suka dipanggil Melayu, Cina, Tamil atau Punjabi seorang rakyat Malaysia kerana ia berdiri di atas sejarah yang panjang.

Hentikan lah projek ini! Aku tak mahu jadi makhluk jadi-jadian!

Kilimanjaro berkata...

Bang isham, ingin kilimanjaro mohon kebenaran untuk menterjemahkan artikel abang kepada bahasa cina, untuk paparan umum yang berbahasa cina, sayang kalau bahagian rakyat malaysia yang lain tak dapat informasi ini. minta izinkan. sekian tk.

kilimanjaro

Tanpa Nama berkata...

Artikel cun! Malam ni jom mabuk-mabuk?

cahaya malam berkata...

salam..

ya,

padat isinya,

tahniah.

1 malaysia..;)

Tanpa Nama berkata...

Well says, TT

Politicians always never learn.

Anyway , The novel "Animal Farm" has been described well about Malaysia politics.Those interested about the story of "Animal Farm" can search from http://www.google.com.



Maybe , it's time to promote Saya Anak Bangsa Malaysia

"Civil Disobedience : Project Irrelevant"
http://harismibrahim.wordpress.com/2009/08/05/civil-disobedience-project-irrelevant/

and

http://mt.m2day.org/2008/content/view/25312/1/




SAYA ANAK BANGSA MALAYSIA

Sudin berkata...

Gerombolan lanun Umno ni muka melayu...tapi kerja jadi CIA,FBI......

Muka melayu tapi hati perut macam orang putih.....
Muka melayu tapi hati perut lebih teruk dari binatang ternak.........

Amerika,British,Zionis ada dalam perut puak gerombolan Umno/bn ni.......tak payah pergi Israel,Amerika,England untuk jadi rakan sekutu menjadi penjajah....dalam perut puak-puak gerombolan setan pukimak ni dah siap ada !!!!!!!!

woit......hisham !....kenapa tak bongkar pertemuan bangsat Tun Dr.Ismail dengan Rockefeller 1 Mei 1958 perbincangan penubuhan Bank Pusat dan akhirnya dengan Dana Washington (Rockfeller)tertubuhnya Bank Negara pada 26 Jan 1959........

dana pukimak setan siapa tubuhkan bank negara Malaysia ?

Siapa meluluskan Ordinan Bank Negara Tanah Melayu pada 23 Okt 1958 ?

Ni,ni.....setan pukimak babi gerombolan Umno/bn punya kerja jadi anjing orang putih jual tanah melayu !!

Lagi se-ekor setan pukimak anjing British,Amerika.....Mahathir mamak pukimak dah tipu orang melayu hidup-hidup !!!!!

woit...mamak mahathir piku setan awat hang tarik balik 'judicial review ' ?
Hang nak jadi One Eye Jack ?
Atau Dajal mata atu ?

Kah,kah,kah......Constitutional Monarchy,Rule of Law and Good Governance kepala enkorak kamu azlan !

Bila Jepun Masuk....Raja-Raja Melayu pergi kemana ?
Makan angin ke London atau nyorok bawah dapur ?
Memang pukimak setanlah lu orang..!!... bila habis perang dengan Jepun dan orang putih...ewah,ewah boleh claim negeri masing-masing pulak......!!!!!!!!

Azlan !!!!!
Panglima Sungai Gente siapa....????????
Warisnya ada lagi !!!!!!!!!!!


Kalas.

Tanpa Nama berkata...

"Tetapi bukan satu yang mustahil jika pemimpin badan-badan politik dalam Pakatan Rakyat memiliki pandangan progresif berjangka panjang"

tepat sekali. pemimpin yang berfikir sempit dan hanya mengejar kuasa tak patut ada dalam pakatan. contoh paling jelas ialah - 3 katak di perak.

sekarang ini hasan ali dan mamat zulkifli nordin dah menunjukkan sikap dan cara gerombolan.

yang paling dikesali pastilah si Bapak katak - ibrahim ali - entah macam mana boleh menang pakai tiket Pas.

noel berkata...

wow..terasa mcm sedang menonton filem..dan kisahnya diadaptasi dari KISAH BENAR.

Dan 'penonton' yg akan menjadikan filem ini kisah benar yg sebenarnya, bukannya pengarah 1malaysia.
Dan sebenarnya tiada pengarah dalam filem ini, semua penonton adalah pelakonnya, skripnya walapun belum tertulis namun pelakonnya berkongsi kefahaman yg sama..

Terima kepada 'mentor' pelakon itu, bro isham.

Bersama kita jayakan filem ini..jom

weber berkata...

artikel yang sangat menarik... tapi idea untuk mewujudkan satu bangsa malaysia ini sangat jauh dan ditakuti tidak kecapaian...
lagipun tiada masalah sebenarnya kalau rakyat Malaysia kekal seperti sekarang ini berbilang bangsa..

kalau mahu menjayakan idea bangsa malaysia.. maka perlu difikirkan juga budaya,ayat,bahasa,agama, yang berkaitan dengan cara diri dan peradaban sesuatu bangsa...

crewradix berkata...

Ayuh kita BINA KEKUATAN DARI PERBEZAAN...

Syed @ Don berkata...

satu malaysia ni mengarut je.. kalau nk masuk sarawak pun kena pakai passport lagi.. satu malaysia kejadah ah

Cob Nobbler berkata...

Bro Isham,

Cuba nko tanya diri sendiri,asal-asal manusia ni bernegara ke tak?

Negara ini memecahbelahkan manusia.

Ada yang ikut agama(macam India dengan Pakistan),ada yang ikut ideologi(macam Korea Utara/Selatan),ada yang mengikut bahasa(Eritrea/Etophia),kebanyakannya negara bangsa.

Apa bangsa kita ni?

Kita bangsa manusia.Tak payah nak berbangsa Arab lah,Melayu lah,Punjabilah.

Hari ni ulang tahun ke 64 letupan Hiroshima.Kita dah tak boleh ada lagi letupan Hiroshima.

Kita ada satu je planet.Untuk kita.

bangsa malaysia berkata...

kalu jd bangsa malaysia kan bagus, semua sama rata, kalau disisi allah, cina muslim ke, india muslim ke, melayu muslim ke, hatta berbangsa arab sekalipn...semua sama cuma yg berbeza keimanan nyer. adakah bangsa melayu lebih tinggi darjat dr kaum2 lain? adakah bangsa cina dan india begitu juga?
fikir2kan lah...allah tidak membeza bezakan umat nyer...apa hak kita untuk merasa perbezaan itu...kita semua sama...manusia...manusia yg dijadikan allah...

SL Chan berkata...

Bravo Bro...satu artikel yang cun sekali!

@zk@m berkata...

untuk awang, knapala ssh nak cerita plak??? yg ko malas nak citer apsal??? knapa mesti ada bangsa melayu,cina india, punjabi....... pernah kat indon orang dipanggil cina indon??? semua indon kan??? rilek jer xder kecoh2pn..... ko pikir sempit sgt...

Tanpa Nama berkata...

Saya suka artikel ini. Terharu pun ada.