Sabtu, 26 September 2009
KAH KAH KAH
RASUAH : MALAYSIA MERUNDUM LAGI, NEGARA ISLAM TERCOROT - harakah daily
Ketika Pulau Pinang diiktiraf kerana usahanya memerangi rasuah oleh Transparency International (TI), Malaysia terus merudum dalam Indeks Persepsi Rasuah apabila berada pada kedudukan ke-47 pada tahun 2008 berbanding tangga ke 43 pada tahun 2007.
Malah, kedudukan Malaysia lebih buruk dari Israel yang dilabel sebagai entiti haram pengganas dan negara yang dianggap kurang membangun seperti Botswana dan Bhutan. Israel berada pada kedudukan ke-33, Botswana ke-36 manakala Bhutan berada pada kedudukan ke-45.
Paling mendukacitakan ialah apabila indeks yang dikelaurkan oleh TI itu menunjukkan negara-negara umat Islam tidak mengamalkan ajaran Islam yang memerangi rasuah.
KAH KAH KAH…
woit… NAK BUAT MACAM MANA ? … kah kah kah…
kah kah kah.. PEMIMPIN NEGARA ISLAM BELI IJAZAH… kah kah kah..
kah kah kah… PERJUANGAN BUKAN MENENTANG RASUAH… kah kah kah…
kah kah kah… PERJUANGAN MELAWAN KONSERT….kah kah kah..
Labels:
KENA BANTANG HIDUNG SENDIRI
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
10 ulasan:
bukan setakat ijazah.... Drs. Dato', Tan srikaya, pjk pun boleh beli, asalkan ada rmmmmm!!!!
wahai pemuda PAS,sila buat bantahan..ni lagi teruk dari konsert wei kahkahkah
Nak kutuk Islam semua penganutnya akan bangkit perang sabil dengan kita, akan dituduh kita hilang akidahlah, menganut ajaran sesatlah, kita berguru dengan syaitanlah sedangkan ajaran Islam kita anuti itu tidak pernah dikaji kecuali kita mengaji saja. MENGJAJI samalah seperti taklid bukannya untuk ijtihad sedangkan kita tahu agama Islam yang bermaksud membawa kesejahteraan, yang kita perolehi adalah daripada pedagang ARAB, turun pada ulamak pro kerajaan, turun pada ustaz, mufti yang petah dengan membeber hadith.
Pemimpin Islam kita mengamalkan ritual atau upacara Islam saja seperti sembahyang, puasa, zakat, dua kali masyhadah dan mungkin naik haji. Upacara itu betapa tekun dan teliti kita amalkan dan mereka percaya akan menjadi passport ke syurga yang mengalir air anggur atau susu tidak boleh memerangi rasuah. Rasuah kena dihapuskan dengan undang-undang sekular seperti yang diamalkan oleh negara maju bukan Islam baik di Sweden, Jepun, Singapura, New Zealand. Pemimpin-pemimpin pada negara-negara ini menghapuskan rasuah bukan kerana Allah Taala tapi kerana kepentingan bangsa dan negara moden. Mereka mungkin tak kira bulu siapa rasuah akan dihukum mengikut undang-undang sekular bukan undang-undang Wahyu. Negara Islam jangan sangat diharapakan akan diungkit atau dibangkitkan bahawa Islam pada zaman kegemilangnanya tiada rasuah. Nak buat macam mana? Sabar? Yakin? dan percaya bahawa 'Allah itu maha pengampun dan Penyanyang!'Kesihan banyak negara Islam kecundang dalam menangani rasuah kerana mereka dipengaruhi oleh globalisasi, Yahudi, Kebaratan dan gedebak-gedebuk. Ada reaksi dari para mubaligh, mufti, imam, ustaz dan pakar motivasi Islam yang lain?
Kita harap pejuang dan pendekar Islam dari seksyen 23 yang akan usung kepala lembu utk perangi rasuah...hidup rasuah..hidup rasuah...hidup rasuah..."barang sesiapa yang tak makan rasuah, maka dia bukan rakyat 1Malaysia"
salam, bang tt
betoi ... bantah konsert, haramkan beer, etc etc ... penyakit rasuah dan riba' yang jauh lebih bahaya buat tak tau je ... pemuda pas! apa punya cerita ni?? sedih ... sedih ...
-jinpakaituncit-
bagi tatapan Tanpa nama 16.05 dan yang bersekutu dengannya.
Ini contoh Pemuda PAS bantah rasuah. Sila tengok dan baca. Heh Heh Heh!
http://detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=3811
http://pemuda.pas.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=516&Itemid=2
http://jiwokelate.wordpress.com/2007/08/21/belia-anti-rasuah-bergema-di-pejabat-mb-selangor/
Ini pula berita pemuda parti lain bantah rasuah:
http://perisik-rakyat.com/2008/09/timbalan-ketua-umno-seremban-didakwa.html
http://www.google.com.my/search?hl=en&rlz=1R2ADBS_en&q=timbalan+pemuda+umno+rasuah&btnG=Search&meta=
Lain-lain boleh tanya lebai google
alahh..link2 yg kat atas tu berita pemuda Pas zaman Salehudin Ayub...Tantawi dah tak minat lagi dah...pemuda Pas nak jadi Taliban...mudah saja arak tu punca kejahatan, sama seperti konsert...
takder arak
takder konsert
takderlah kejahatan - termasuklah rasuah.
Salam buat Tanpa Nama 2009 September 26 19:15.
Kalau setakat buat kenyataan akhbar dan laporan polis, mamat2 berkot hitam tie merah tu tak angkat port pun.
Lihat sajalah dah berapa banyak laporan polis dibuat. Action PM nothing.
So, apa perlu kita buat?
Jangan beri rasuah. Ini tidak. Kontraktor orang PAS pun beri rasuah sebab nak dapatkan projek.
Bole tak tuan punye blog nie jamin buat konsert tuh tak mendatangkan maksiat, tiada anak melayu/islam minom arak...khayal hingga tinggal sembahyang...kalau bole jamin tuh semua .. halal ajer la konsert tuhhh...
Biasala... umat islam sekarang kan bagai buih dilautan. Banyak...tapi bila dicucuk pecah. Sifat buih itu sendiri... ia boleh kecil..ia boleh besar... tapi tak kuat.. boleh hanyut..boleh berpisah dari kumpulan.. Sama macam pemimpin..sama macam ulama.. sama mcm bijak pandai..sama mcm rakyat biasa..
Catat Ulasan