Khamis, 3 September 2009

LAWAN YEOP LAWAN



PERJUANGAN UNTUK KEADILAN DITERUSKAN



TINDAKAN SIVAKURANR PANGGIL SIDANG SAH : ANWAR - mStar

Ketua Umum Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim berkata, tindakan Speaker Pakatan Rakyat, V. Sivakumar memanggil "Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak" hari ini adalah sah.

"Bagi kita Speaker yang sah adalah Speaker yang dilantik oleh DUN secara sah bukan speaker yang dilantik secara haram dari lantai.

"Soal negara ini hendak menjadi negara hukum kita kena ikut hukum. Kalau bila soal pembangkang sibuk bercakap soal hukum tapi bila Umno, dia langgar hukum pun diterima juga," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai tindakan Sivakumar mengadakan sidang DUN Perak hari ini.

SIDANG DI HOTEL: GANESAN DAN HEE DIHUKUM PENJARA - malaysikini

Sidang DUN Perak yang dipanggil oleh Speaker Pakatan Rakyat, V Sivakumar mengesahkan keputusan jawatankuasa hak dan kebebasan menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM500,000 ke atas Speaker BN, Datuk R Ganesan and ADUN Bebas pro-BN, Hee Yit Foong.

Laporan jawatankuasa tersebut yang dilantik oleh kerajaan negeri Pakatan tahun lalu, dibentangkan dalam sidang DUN hari ini yang berlangsung di Hotel Heritage Ipoh, selepas polis menghalang mereka masuk ke bangunan Sekretariat Kerajaan Negeri (SUK) Perak pagi tadi.

Perbahasan hangat berlangsung mengenai tindakan Ganesan mengengkari perintah Sivakumar supaya keluar dari dewan dalam persidangan pada 7 Mei lalu.

Wakil Pakatan berkata, Ganesan, yang bukan ADUN, juga dilihat duduk di meja BN. Pemimpin MIC itu kemudiannya 'dipilih' sebagai speaker dalam suasana yang penuh kontroversi.

Satu lagi ialah tindakan Ganesan yang mengarahkan anggota polis supaya mengalih Sivakumar dari kerusi speaker.

Hee pula dihukum kerana mengambil alih peranan Sivakumar sebagai speaker dan membenarkan wakil rakyat BN mengundi memilih Ganesan sebagai speaker baru.

Selepas laporan jawatankuasa itu disahkan oleh dewan, Sivakumar berkata beliau akan mengarahkan polis untuk mengambil tindakan berdasarkan laporan tersebut.

nota:
perjalanan demokrasi yang diganggu
gugat.rakyat sedang menyaksikan pertembungan
ketuanan rakyat melawan ketuanan lekeh mekeh.
yang dipertahankan ialah kepentingan kroni, syarikat kroni
dan kepentingan projek anak bini. yang bagun melawan ialah
mat bunga , mat jiwang , yeop bola, minah karan, mat sapana
lee nasi ayam, amoi nasi itik, abeng dvd dan mutu roti prata.
ini pejuangan berjanga panjang dan berlarutan. rajagopal boleh
pergi main gasing tepi sungai sayong kah kah kah.




9 ulasan:

sham berkata...

thanks bro isham .ko telah membuka minda ku yg selama ini kkusut......kah kah kah

cahaya malam berkata...

salam..

x nak bawak kepala naga pula?

hadoi..

salam ramadhan..

Tanpa Nama berkata...

Kalu benar rakyat didahulukan, mengapa tidak dikembalikan kepada rakyat agar rakyat membuat pilihan. Kalau seterusnya benar rakyat didahulukan, akur dan hormati pilihan rakyat.

Tok Ketua berkata...

Kah..kah..kah..
RajaGopal dah bangun tido ke?
Semalam stim apa?
Ketum ke Chivas...
kah..kah..kah...

Woi RajaGopal...
Lu jangan berak tepi sungai sayong.
Orang Kuala nak berkelah tepi tebing...kah..kah..kah...
Kalu lu nak cirat lu gali lubang la..kah..kah..kah...

Woi RajaGopal lu tau ke main gasing?..kah..kah..kah..
Baik lu main konda kondi..atau galah panjang...kah..kah..kah..

Woi balik je lah...
Orang kampung dah benci...
kah..kah..kah..kah...
Woi..lu bila nak bagi amanat?

Anak RajaGemuk dari utara dah bagi..lu bila..? Daddy dah bagi wasiat ke..?

Woi blah la...
orang Sayong dah menyampah...
kah..kah..kah...

tupingera berkata...

Apa gaduh-gaduh???

Bubar DUN, buat pilihanraya.

Siapa menang tubuh kerajaan.

Susah sangat ker???

Johan berkata...

mat underground pun sama turun melawan!

Jebat Musibat berkata...

Rajagopal main telur la bro...

Kucing Parsi berkata...

ha ha ha

tak payah nak sibok la dengan perak ni

ha ha ha

menyusah kan sultan je

nanti sakit pulak sultan perak

ha ha ha

daulat tuanku

ha ha ha

kelakar gila...

p/s: kemelut di perak tidak akan selesai kecuali ada pembubaran dun... peluang 50-50!!! tapi apakan daya sudah lah bacul penakut dan bodoh pulak tu

visit

http://www.melodymockers.blogspot.com/

ableedingmalaysian berkata...

Aku ni bukanla lawyer betul-betul tapi loya buruk je tapi aku nak tanya boleh ke si Siva tu jatuhkan hukuman penjara dan denda.

siapa yang nak kuatkuasakan hukuman itu?

Polis ke? Jabatan Penjara ke? Setahu aku, polis dan penjara semuanya berpihak kepada kerajaan BN.

Atau nak penjarakan mereka di rumah si Siva tu?

Entahle. Semakin kusut kes Perak ni. Tapi yang nyata BN dalam kedudukan yang lebih selamat - tak kisahlah kerajaan siapa yang sah dan kerajaan mana yang haram. Pokoknya Siva dan PR tidak bleh berbuat apa-apa.

Akhirnya bila kuasa (walaupun haram) berada dalam BN, tiada apa yang PR boleh buat walaupun ia kerajaan yang sah.

Kesian...kesian.....