Selasa, 15 September 2009

SEBUAH SANDIWATRA BARU SEDANG DI PENTASKAN



SPRM SIASAT KHIR TOYO 6 JAM
- mStar

Khir Toyo disoal siasat kira-kira enam jam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung rumah mewah beliau di Seksyen 7, Shah Alam dan penggunaan dana Badan Kebajikan dan Amal Isteri Wakil-Wakil Rakyat Selangor (Balkis).

Beliau berada di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya sejak pukul 8.30 pagi dan meninggalkan bangunan suruhanjaya itu kira-kira 2.30 petang tadi.

Toyo diambil keterangan berhubung isu rumah mewah miliknya yang didakwa mencecah berjuta-juta ringgit dan penggunaan wang Balkis untuk tujuan bercuti di Amerika Syarikat.

Toyo berjaya mengelak daripada diburu wartawan dan jurugambar yang menunggu beliau di lobi Ibu Pejabat SPRM sejak 8 pagi dengan menggunakan laluan paras bawah tanah.

Toyo tidak menggunakan kereta beliau tetapi datang dengan menaiki sebuah kereta Proton Wira bagi mengelak dikesan wakil-wakil media.

nota:
sandiwara perlu dipentaskan untuk menjadi hiburan.
aksi menyorok jalan bawah tanah dan bertukar
kereta adalah elemen yang penting untuk sandiwara ini.

sandiwara perlu dipentaskan untuk melalaikan mata
satu malaysia. kejar mengejar dengan wartawan
dan juru gambar hanyalah cara untuk
memeriahkan lagi dailok sandiwara ini.

ini unsur dan elemen dramatik yang
terbaik untuk menipu orang melayu

dibabak akhir sandiwara ini nanti satu habuk pun
taraaaaak. tak percaya sila tunggu kah kah kah.




12 ulasan:

Keliwontron berkata...

Dialog siasatan Toyo dan SPRM :

SPRM : Toyo ...selamat datang ke bangunan kami ...dah makan ke belum ?

Toyo : Terimakasih jemput saya walaupun saya tak sudi sangat datang ...saya posa hari nie ...tapi dah makan dah tempe masa Sahur tadik ...produk baru TempeBesta dgn DHA , AHA dan OmegaFattyAcids24Juta Molecule

SpRM : Bunyi sedap tu Dato'Seri ...lain kali kami interview lepas bukak posa Dato Seri bawak la skit

Toyo : Insyallah walimatulUrus wabarakatuh

SPRM : FUhhh alimnya Toyo nie ( dalam hati ) Tak Mungkin rasuah nih!!

SPRM : Dato ..kami nak tanya ...Dato buat istana tu amik duit kat mana ?

Toyo : Dulu Dato ada klinik kat Kajang ...tiap2 hari Dato cabut gigi ..macam2 gigi ada gigi geraham susu , geraham kopi , gigi taring jadian , gigi kacip depan , gigi kacip fatimah ...semua dato cabut siang malam ...satu gigi Dato charge 30 ringgit ...campur ubat ponstan dan kapas Dato charge 50 ringgit satu pesakit ...habis dekat satu Kajang tu Dato cabut ....sebulan masuk 60,000 kali 12 ....dah berapa banyak ...dah 20 juta kan kan ?

SPRM : Kejap Dato ...60,000 kali 12 ( kalkulator tak bawak ) ...Hmmm ye ye ye Dato ...betul tu 20 juta .

SPRM : Dato ...kes Dato nie susah skit ilmu hisab dia ..kes Teoh tu senang skit 2400 ...kira guna biji kurma pun dapat

Toyo : Tau pun ...!Ini dah habis la siasatan nie ...saya nak pi Sengama opss salah Segamat ada meeting jawatankuasa ahli fikir angguk angguk geleng geleng 2x5 10 opss...ternyanyi pulak hehe ! korang cakap la korang siasat 6 jam kat surat kabar ...diaorang bukan bule conpirm pun ...Dato datang naik Wira tadik , ramai tak nampak ...

SPRM : Okk Dato ...timakasih banyak2 ...kalau2 ada ape2 hal kami bukak la Fuckbook ops Facebook Dato nanti okeh!

Dik Nur Rawatan Alternatif berkata...

bagus n lucu betul dailog toyo dgn sprm ni...otak bergeliga yg buat ni,boleh buat batu cincin...teman setuju bebenor dailog ni kerana inilah sandiwara terbaru yg sedang d pentaskn....

Tanpa Nama berkata...

sprm: dato apa dibuat dengan gigi dicabut?
..dato baru balik dari mecca ya?

toyol: tq. recycle la. buat kapur dan jual bagai gigi palsu..he he he dapat duit lagi. gigi palsu jual 250. sebulan dah 750,000 dalam 12 bulan dpt 67milion dah. bawa keluarga dan maid cukup belanja melawat dicneyland; dybai; beli belag. belih rumah 23juta tak kisah le.beberapa keping tanah banyak jua tapi atas nama...ta perlu sebut nama lah ok?

sprm: ya dato. orang lain tak perlu tau dato. last sentence ta rekod dato. dato last question..boleh ta dato?

toyol: kalau question ta menyulitkan boleh la!

sprm: ta susah dato. nang je. begini. pm kata jangan soal banyak banyak..boleh soal yang ada kaitan dengan Kerajaan PR diSelangor kata beliau.

toyol: ok go ahead sya setuju fire.

sprm: dato ini soalan berkaitan perancangan menjatuh Kerajaan PR Selangor.
apa rancangan rancangan agak nya?

toyol: banyak tapi jangan tulis ya. ini hany untuk buang masa supaya sprm dipandang public sudah jalankan tugas dengan teliti dan ambil mas banyak mcm siasatan Teoh. ok?..dato dah fitnahkan Elizabeth Wong nanti ada lagi sedang dirancang sampai beliau hancur..Teoh sudah lenyap dan bossnya Ean memang tidak senang hati..banyak lagi lembu akan dikorban kan..dan untuk meneruskan rancangan Ezam kita akn gunakan untuk menjatuk Anwar Ihbrahim gan Khalid Ibrahim.

sprm: dato mcm Ezam sudah senyap senyap ni?

toyol: dia disorok supaya lama lama rakyat tak kenal. ezam dipakai sebagai umpanan supay akan binasa sendiri jadi tak menjadi duri dalam daging.

sprm: baik rancangan tu dato..teruskan.

toyol: soal siasat ni mcm wayang suspense je. kalau buat filem banyak orang melayu nonton nya..lebih hebat daripaya wayang terbitan TAYANGAN UNGGUL SDN BHD...he he he. gurau je ya?

sprm: ya dato ngerti la.
sprm: dato dah enam jam sudah. kami percaya dato ada official engangement lagi di Segambut. be rest assured dato semuanya beres..kami disprm pandai dan dato ngan suash hati. have a good day dato. bye.

toyol: thank you very much for your hospitaliti..appreciate very much..bye.

(geranti ta ada hasil penyiasatan ini. mungkin ta ade rekod pun..hanya omong omong biasa je..untuk mata dan telinga orang awam..Tetapi Tuhan Mahakuasa dan Maha adil..Tuhan akan belasih yang pembohong, penipu, penipulasi dan pembelut. Tuhan akan perkuatkan hajat Rakyat yang ingin kan KEADILAN!!. Allahuakhbar Allahuakhbar.

Unknown berkata...

apabila penyamun bertemu dgn pengkhianat.. maka berlaku satu episod lakunan yg paling hebat untuk disaksikan.. toyol oh toyol.. toyol pandai ngko menyorok.. kenapa ngko perlo menyorok toyol.. ngko kan ex MB.. banyak berjasa kpd rakyat selangor.. tau pulak si Toyol ni jalan bawah tanah.. jgn silap jalan nanti masuk dalam tanah.. tak perlu ngko masuk kereta wira.. apasal tak naik kete jaguar ke, merc ke, korang2 pun kete harier.. sandiwara oh sandiwara... toyol oh toyol sandiwara ngko... MACC tak keluar statement ke... dah boleh baca .. kita tengah siasat.. kita tengah siasat.... oh MACC.. hancur, lebur , basi, memualkan..

Tanpa Nama berkata...

bole caya ke lawak mstar tu?

DurianKampung berkata...

Itupun sebab nak PRK kat Bagan Pinang...

Pas ni kempen kononnya SPERM telus.. BeerEnd disiasat, PR pun siasat.

Takyik lama.

Tanpa Nama berkata...

Sandiwara Semasa: Rumah Besar Di Lereng Bukit.
Pelakon:
Anak Toyol (AT)
Wak SPRM (WS)
Big Mama (BM)
Babak I....jengjengjeng

WS: Salamualaikum AT.

AT: Walaikum salam.

WS: Sihatke hari nie?

AT: Kureng skit...Raya thn ni tak meriah coz duit takde. Dulu aku petik je,berkarung duit datang. Tapi le ni payah...

WS: Tapi kan rumah kat Shah Alam tu boleh let go sebijik buat tampung bajet raye,,??

AT: Itu tak rock le. Kalu boleh rembat tanah kat tpt lain baru best.Betul cilaka le Pakatan Rakyat.Dia dedah kow kow aku punyer hal.

WS: Takpe bro, kitaorang ader...kitaorang backup lu punyer..

AT: Jgn backup wa aje, wa punyer famili dan kroni pun kena backup gak...heheheh...

WS: Hissshhhh, lu ni. Ok ok, gau tanye, itu duit buat rumah berjuta kat shah alam tu lu mana dapat?

AT: Alllllaaaa..itu soalan budak TASKA pun tau, mestilah duit wa rembat ...projek. Ape lu ingat duit gaji gua jadi MB cukup ke nak beli rumah juta juta RM? Kalau gaji gua, nak cucuk botox pun tak cukup!!!
WS: Abis tu takde orang bising ke...maksud gua ...PM ke, ADUN ke, atau orang-orang gerombolan UMNO sendiri.
AT: Aperrr la lu ni, dia orang tu semua dapat habuan masing-masing.Tu sebab diam. Gua punyer geng macam Mohd Taib, Dato Rahman Palil itu pun sama hebat macam gua. Dato Rahman Palil tu, menang kerusi DUN di Sementa tanpa bertanding..ape lu ingat tak bayar ke???Itu semua kita orang dah kira.

Tiba-tiba..kringkringkring

WS: Hello...siaper sane?

BM: Big Mama le. Eh lambat lagi ke nak siasat Anak Toyol tu?

WS: AAAAAaaaa kejap je lagi.

BM: Apelah bodohnya kau nii...kau rekalah cerita sendiri, skrip sendiri, sidang akhbar sendiri...itu pun tak tau ker?

WS: Ok BM. Sorry..

BM: Cepat sikit, kita orang ada appointment nak gi top up botox ni.AAaaa jgn lupa suruh Anak Toyol tu bawak sen lebih sikit, sebab lepas tu i nak gi shopping , kasut raya i baru ada 318 pasang. Baju raya i pun baru ada 12 almari...mana cukup....

WS: Ok BM..

...bersambung....

...oleh Megat Ulong..

Tanpa Nama berkata...

hahaha.. TERBAEKKKK!!!
sinetron dr keliwon mmg champ! gua pun pikir camtu gak.. bukan siasat pun.. ntah2 lepak kat vip lounge sambil karaoke dgn bos sprm.. kahkahkah..

toyo, ko tunggu je bila PR dah ambik alih mcm kat Jepun tu. pastu ko kene seret mcm ex-presiden taiwan.. dgn pegawai2 sprm skali kita seret.. tu lg byk songlap duit tu.. patut ler kaver baekk punyer.. cit pooodaaahhh

Johan berkata...

kahkahkah si Toyo dtg nak tumpang tido kat sofa SPRM tuk 6 jam pastu blah..kahkahkah

orang kite berkata...

GEMPAR! KEPUTUSAN SIASATAN SPRM THDP KES KHAIR TOYO SONGLAP DUIT

KHAIR TIDAK BERSALAH, SEMUA FINAH PEMBANGKANG - SPRM.

- cadangan tajuk berita hairan2 & utusan meroyan untuk tarikh 2 oktober, sehari sebelum mengundi.

the world longest fart berkata...

samb:

SPRM: hish busuknya bau.. dato kentut ke?

Toyo: saya terkincit tadi..

SPRM: ooo... minta maaf dato.. kami hormat dato sebab dato berterus terang..

Toyo: biasaler.. pemimpin berjiwa rakyat la katakan..

Haji Kepala Lembu berkata...

Proses siasatan SPRM ke atas YB Toy

SPRM : Assalamualaikum dato (sambil bersalam dan mencium tangan)

YB Toy : Walaikumsalam.

SPRM : Dato apa khabar.

Dato Toy : Apa yang bodoh sangat ni, tak nampak kah saya masih hidup sihat walafiat ni.

SPRM : Maaf dato. Dato..kami tak mau lah tanya apa-apa tentang rumah 24 juta tu..cuma kami nak orang tau yang dato telah datang untuk siasatan. itu je.

Dato Toy : Bagus. Sempena raya ni saya nak sedekah kat engkau orang semua dalam pejabat ni RM 5000.00 seorang. cukup tak ?

SPRM : Alhmdulillah. Dato lah sebenarnya pemimpi berjiwa rakyat. (sambil tersengih)

Dato Toy : Ada tak kat sini sapa-sapa ada Play Station. Nak main Winning Eleven kejap sambil tunggu waktu berbuka.

SPRM : Ada dato (sambil megarahkan pengawai menyediakan tv dan paly station)

Proses main play station berakhir selama 6 jam