Jumaat, 23 Oktober 2009

BAHAYA AMAT BESAR AKAN SAMPAI



ANAK KECIL MANGSA RADIO AKTIF TENAGA NUKLEAR




ANAK TENAGA NUKLEAR YANG TAK ADA TENAGA



INI DIA SEOARNG LAGI



KERAJAAN KAJI PEMBANGUNAN NUKLEAR UNTUK JANA LETERIK MENJELANG 2025
– berita hairan

Kerajaan sedang meneliti opsyen penggunaan nuklear bagi penjanaan elektrik sebagai salah satu penyelesaian jangka masa panjang bagi memenuhi keperluan bekalan elektrik negara menjelang 2025, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Peter Chin Fah Kui, berkata berdasarkan analisis awal yang dijalankan, negara tidak lagi dapat bergantung kepada sumber-sumber penjanaan elektrik sedia ada seperti gas, hidro dan arang batu.

"Oleh itu, opsyen penggunaan nuklear bagi penjanaan elektrik tidak dapat diketepikan kerana ia dapat menawarkan opsyen yang menarik untuk memenuhi keperluan elektrik negara," katanya menjawab soalan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai).


ARKIB – 15 Oktober


MALAYSIA CACAT 40 GEMPA BUMI DALAM TEMPOH DUA TAHUN – berita hairan –


Dalam tempoh hampir dua tahun, sejak penghujung 2007, Malaysia mencatatkan 40 gempa bumi lemah, tetapi yang ketara 37 daripadanya berlaku di sekitar garis sesar (garisan gempa bumi) Bentong, di Pahang.

Tiga lagi gempa bumi itu berlaku di Manjung (Perak) dan Jerantut (Pahang).

Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Rosaidi Che Abas berkata sejak November 2007 sehingga Mei tahun lepas sebanyak 29 gempa bumi dicatatkan di kawasan Bentong itu.

Kes terbaru pada 8 Okt lepas bagaimanapun mencatat gempa bumi paling kerap, sebanyak lapan kali dari pukul 4.45 pagi hingga 12.05 tengah hari, bermagnitud di antara 1.1 dan 2.8 skala Richter.

Kesemua gempa bumi itu dikesan di sekitar Bukit Tinggi dan Janda Baik yang mempunyai garis sesar berukuran 15 kilometer lebar dan 70 kilometer panjang.

Bagaimanapun hanya sekali, iaitu pada Mei 2008, jabatan berkenaan mengesan gempa lebih kuat berukuran 3.5 pada skala Richter.

nota:
ini telah diramalkan oleh tt.
rosmah dan isterinya pergi ke peranchis bukan lawatan
resmi walau pun di kelentong sebagai resmi. pergi
ke sana untuk cari loji nuklear. ini sama seperti beli kapal
selam. pasti telah ada penjual loji nuklear second hand
yang telah mula melobi rosmah.


tak percaya?

baca berita seterusnya

KENAPA PERLU MELOBI SUAMI NAJIB

ROSMAH GANTI KHAIRY

(TV Antara) - Dulu Khairy, sekarang Rosmah menjadi kepala "Tingkat 4" pejabat Perdana Menteri.

Pegawai kanan Kementerian Kewangan dikatakan semakin gusar dengan campurtangan Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri, dalam urusan Perbendaharaan Negara, termasuk penyediaan Belanjawan 2010 dan pemberian kontrak dan tender kerajaan.

Sumber-sumber kerajaan berkata campurtangan itu sudah di "tahap kritikal' dengan Rosmah mempertikaikan keputusan tertentu Muhyyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Mohd Sidek Hassan.

Campurtangan Rosmah itu tidak menerima sebarang teguran daripada Najib walaupun beliau adalah juga Menteri Kewangan.

Sumber-sumber memberitahu Suara Keadilan, Rosmah menaruh minat yang amat mendalam terhadap penyediaan Bajet 2010 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri di Parlimen pada sesi Persidangan Dewan Rakyat 23 Oktober depan.

Isteri kedua Najib itu dikatakan mempunyai akses kepada semua bahan-bahan serta dokumen yang berkaitan dengan belanjawan tersebut sehinggakan menimbulkan rasa gelisah dan tidak senang hati di kalangan pegawai tinggi kementerian.

Campurtangan Rosmah dalam keputusan pada peringkat tertinggi kerajaan meletakkan pengurusan negara dalam keadaan bahaya dan kewibawaannya di kompromi.

Sumber juga memberitahu Rosmah memperlihatkan keghairahan beliau terhadap semua aspek perbelanjaan setiap kementerian terutama yang berkaitan dengan pembelian atau "procurement" serta pemberian kontrak-kontrak.

KAH KAH KAH…

woit… WASPADA… TAHUN 2025… kah kah kah…

woit… TIDAK LAMA LAGI AKAN SAMPAI PENJUAL LOJI NUKLEAR… kah kah kah..

kah kah kah… PADA KETIKA INI …MEDIA SEDANG MENDODOIKAN ORANG RAMAI…. kah kah kah…

kah kah kah… TIDAK LAMA LAGI PASTI AKAN KELUAR CERITA MOLEK MOLEK TENTANG TENAGA NUKLEAR… kah kah kah..

woit… JANGAN TERMAKAN KELENTONG… kah kah kah..

nota:
tenaga nuklear amat merbahaya.
eropah telah menolak loji loji ini.
banyak loji akan ditutup.
loji nuklear sellafield di england sampai hari
ini terus bermasaalah. loji three miles island di amerika
telah pecah. loji chernobyl di russia telah pecah.
semua mengeluarkan radio aktif hingga ke hari ini.


paling penting anak anak muda hari ini
untuk memahami bahaya radio aktif.
bayangkan stadium runtuh.
bayangkan bagunan sekolah runtuh
banyangkan hospital di johor berkulat
bayangkan lebuh raya mrr2 retak
bayangkan masjid baru buat di kt retak


percayalah taktik ini akan digunakn sekali lagi :

taktik yang sama akan digunakan sama seperti di papan ipoh dahulu
kawasan majoriti china akan dipilih
ini untuk menjauh kan tentangan orang melayu
kemudian tabung haji, bank islam, kooperasi tentera akan di beri sham
ini untuk memastikan dilihat orang kafir menentang kepentingan ekonomi islam

tipu helah ini telah digunakan oleh syarikat jepun rare earth
yang ingin membuat kilang amang di papan ipoh. tabung haji adalah
salah sebuah syarikat yang telah dipilih oleh syarikat jepun ini untuk
memjadi rakan niaga. hasil perlawanan kilang ini gagal didirikan.

dimana hendak dibuangkan air penyujuk loji ini?
dimana hendak dibuangkan sampah kumbahan dari loji ini?
ke sungai pahang? habis kita semua makan ikan patin berradio aktif
ke sungai perak ? habis kita semua makan siakap berradio aktif
ke selat melaka? habis semua rakyat semenanjung dan sumatra makan ikan berradio aktif

kesedaran patut bermula sekarang.
sila baca dan kaji bahaya
loji tenaga nuklear – sebelum terlambat
kerana najib tidak dapat melarikan diri dari
penjual barang second hand dari peranchis kah kah kah.




19 ulasan:

tupingera berkata...

Sabelum buat loji nuklear, siap kan laporan bumbung stadium runtuh di KT.

Tanpa Nama berkata...

protes.. tunggu lagi.. ,,\/ ( yg nih peace :p )


~akarstaksuci~

Tanpa Nama berkata...

aah anjing anjing belum biasa jilat taik perisa laki mat mongol kerna selama ni dok biasa ngan perisa khinzir jantan! Woit! orang gomen jangan hipokritlah, terimalah perisa baru, kan kamu dah biasa? ptuuuiii....

Yong berkata...

Memang tenaga nuklear amat bahaya. Mula dari melombong uranium hinggalah ke kaedah buang sisa. Semuanya berisiko yang amat tinggi yang tak boleh dibayangkan. Mari kita ramai2 tentang program ini. Kita ada matahari dan angin. Gunakan sistem ini.

Lagipun, tenaga nuklear ni sama macam minyak petrol gak. Dia non-renewable. Akan habis. Bila habis sumber asasnya, reactor tu kita nak buat ape?

tujuh76satu berkata...

radio aktif tu apa ha..??? setau aku kalau akaun tak aktif maknanya tak boleh membuat urusan atas akaun tu. kalau radio tak aktif maknanya tak ada siaran la.... jadi aku suka RADIOAKTIF barula dapat dengar siaran hot fm,asik fm, selangor fm, fly fm, mana ada bahayanya?? maaf akalu salah, aku melayu tak sekolah... bodoh betul aku.!!!! macam rais yatim

Tanpa Nama berkata...

Pentadbiran Kerjaan pimpinan Najib, jika betul campurtangan RM (ringgit malaysia) dalam persedian Bajet 2010..amat bahaya. Ini tidak ada secrecy sudah. Kucar kacir sudah pentadbiran Kerajaan Pusat! Tingkat4 sudah diduduki oleh RM..wow KJ sudah hilang sumber pendapatan kerana RM sudah ambilalih..tidak lama lagi RM akan menduduki Putrajaya..habis 1Malaysia dikongkong oleh RM..bahaya bahaya.

Biasanya bajet Kerajaan adalah di classified "EMBARGO" sehingga ia diluluskan oleh Dewan dan seterusnya Senate dan diperkenankan oleh DYMM Yang DiPertuan Agong. Sekarang dalam Pentadbiran Najib ini process tak perlu kerana bajet adalah wang dan wang Malaysia ialah Ringgit Malaysia=RM (Rosmah Mansor).

Ya Allah Tuhan tolong lah 1Malaysia jauhi daripada melapataka RM.

Allahuakhbar Allahuakhbar.

Tanpa Nama berkata...

btul tuh. nak cuci loji nuklear tuh airnya nanti mengalir kat perairan msia. pastuh diminum org2 biasa. Org kaya mana minum air tuh nanti, diorang minum air sedap2 jeeee.. beli kat luar negara naik jet.

berkire betulla org2 camtuu nii..

bolehla afdlin sauki buat filem cuci 2, cuci loji nuklear.

tak kelakar pun.. kuikuikui

Tanpa Nama berkata...

Malang sekali bagi rakyat 1 Malaysia. Bakal menerima musibah angkara perbuatan MUSIBAAAAAAAAT!!!!!!...... Marilah kita sama2 memenuhi masjid2 dan surau2 untuk meningkatkan amalan soleh, bukan untuk sok-sek2 yang laqha.

seliparjepun berkata...

salam...

1) Setiap kejadian alam ada sebab musabab mengapa ia berlaku.Kejadian alam yang berlaku adalah untuk memperingatkan manusia@khalifah kerana manusia melakukan kemusnahan alam kurniaan Allah. Allah akan tunjukkan kebenaranNya...beringatla kita.

2) Sila tunjukkan fakta kenapa NUKLEAR perlu bagi negara kita...sedangkan kesannya amat dasyat. Adakah sumber alam negara sudah tidak lagi mampu untuk bekalan yang diperlukan...adakah untuk hanya mendapatkan tender?? untuk menampung berat badan...

3) SILA JAUHI SERANGAN TINGKAT 4...IA LEBIH DASYAT DARIPADA KEKURANGAN BELACAN!

TOLONG!!! jangan hancuussskan rakyat dengan janji manis.

LembuKenyang berkata...

Evita dan Imelda versi baru: Dont Cry For Me Malaysia...

Nantikan kemunculannya...Secara Explicite. Dulu malu2 main C4, skrg hehe...Aku rasa Khairi pun dah tobat la skrg ni. PakLah mesti nyesal giler skrg dapat menantu. Kene telanjang depan 1Malaysia.

tujuh7satu berkata...

woit!... radioaktif tu apa ha??? citerla kat aku, aku mana tau. aku suka dengar asik fm, radio era, selangor fm, johor fm, klasik fm..... kalau tak ada radio yang aktif macamana aku nak dengar berita ngan lagu??? tolongla jangan halang depa nak bawak radioaktif kat malaysia.... plis 3x. bagi lacan semua rakyat melayu mendapat radio yang aktif.
melayu bodoh siot!!!!

Tanpa Nama berkata...

aku rasa kalo najib berdegil gak nk buat loji tu, terpaksalah kita turun ke jalanraya skali lg.. dan hopefully lg ramai ngo2 dan rakyat jelata yg trun bersama menyokong demo ni..

sebarkan plak kempen ni kt seluruh dunia melalui media internet biar semua tahu rakyat Malaysia membantah tenaga nuklear ni.. cuma najis dan suaminya, dan kuncu2 macai dia je yg sokong.

para blogger patutnya mulai skrang dh kempen dgn keburukan2 tenaga nuklear ni.. sebarkan supaya rakyat sedar kesan buruknya.. flyer2 dh spread kt masjid n port yg strategik.. sekian.

Tanpa Nama berkata...

kena buat protes ni woi, tak kan najib dah mula buat baru nak protes itu ini. Kita kena pantas!

Al Mahadaya berkata...

Hamba ceritakan sejarah bangsa melayu di www.terjah.com di forum agama bertajuk asal usul melayu. Sila lawati jika berkesempatan.

ha ha ha berkata...

Ha ha ha..

Bro Isham..apa nak takut..Mau bikin Loji Nuk kat Malaysia...hang pi pakat dengan Greenpeace buat Piket, garenti depa sponser baik punya...Ni baru boleh kira Berpiket orang sponser...lagi pun Greenpeace tu Hardcore...he he he

Baru betul..Piket di sponser oleh Orang putih..jadi agen orang putih..ha ha ha ha..I don't think Najib that stupid but Suami dia aku tak tahu ....ha ha ha ha..

Sudin berkata...

Isham....!pertama kali gua jumpa anak kecil seperti gambar teratas sekali ialah dalam tahun 70an....di hospital batu gajah,perak.....gua merasa ganjil atas kejadian......sedih hiba atas nasib anak kecil itu........

30 tahun berlalu.......meletupnya loji chernobyl barulah di sedari ini adalah perbuatan kapitalis dan kuasa besar yang tak berhati perut......di chenobyl rakyat yang terkena kesannya umur mereka tidak dapat melebihi 40tahun..........

pemerhatian di buat ke atas hospital Batu Gajah Perak...mungkin sama juga hospital daerah yang ada di seluruh malaysia.....rakyat yang miskin,tak ada cangkuk atau kroni akan menjadi mangsa para doktor untuk membuat kajian penyakit....seperti pasar-pasar awam mereka melapah dan mencincang lumat daging-daging manusia untuk di beri pada doktor pelatih baru.......dasyat....!!!!
Apabila keadaan kritikal,tanpa ada pakar dan peralatan yang mencukupi mereka transfer pesakit ke hospital Ipoh untuk lepas tangan...........

Yang miskin tanpa duit di biar telantar......menunggu nasib mereka di tangan doktor haram jadah.....!!!!!

Peristiwa berlaku keatas emak gua sendiri pada 2004......jadilah gua anak yatim piatu.......mereka biarkan emak-emak kita yang tua-tua bergerak sendiri-sendiri untuk keperluan diri dalam keadaan yang tak stabil akibat darah tinggi,demam,kencing manis...serba kemungkinan boleh berlaku tanpa pemerhatian yang rapi......jururawat hanya bersembang,mengait,menyulam......
Apa nak heran,rumah dah ada,anak dah besar panjang,laki makan pencen....apa pesakit ? lantak pi mampuslah depa....cukup time akau balik,cukup bulan ambil gaji....

Ini yang kepala setan mahathir mahu....bila segala kemudahan rakyat di swastakan.......menteri-menteri berniaga atas kementerian masing-masing.....

Selagi Umno/Bn...cukong-cukong MCA....kepala penyamun melayu Umno tak di hapuskan jangan mimpi rakyat akan mendapat keadilan...

Dalam diri mereka hanya ada perkataan DUIT....darah yang mengalir dalam tubuh mereka membawa perkataan duit.....
Kamus hidup mereka hanya ada satu perkataan iaitu DUIT.....!!!!

Selagi mahathir,najib,rosmah dan ahli-ahli lanun gerombolan Umno/Bn dan anak-beranak mereka tak dihapuskan selama itu hidup kita akan di selubungi mimpi ngeri melihat nasib anak-anak bangsa malaysia........

Raja dan Sultan janganlah kita harapkan lagi untuk menjadi payung.......mereka dengan dunia mereka.

Dari hari ke sehari kita berdepan dengan bahaya hasil nafsu serakah pemimpin Umno/BN haram jadah ni..!

Sesuatu perlu di lakukan untuk menyekat nafsu mereka yang tiada batas ni.....

Isham....!kemana dibuang....?
Dah buang pun dari hulu sungai johan masuk ke sungai kinta mengalir ke sungai perak....dah ada yang mati atas pencemaran ini......hasil kumbahan dari kawasan industri pengkalan,lahat,papan,batu gajah,pasir puteh......
Hasil ikan yang gua pancing sekitar lombong berhampiran sebiji macam gambar yang atas sekali..........ikan tersembul biji mata......cacat yang berbagai rupa terjadi pada ikan....kalau manusia..???

Dah tak selamat apa pun sekarang ni.....

Tanpa Nama berkata...

Bro TT.. Drpd permerhatian bro la kan, Bik Mama tuk mungkin ada kena skeet kesan radioaktif tak? Sbb tuh jadi bik tuh. Kah kah kah.

Tanpa Nama berkata...

Buat la sembahyang hajat.. geng sejadah ( sejadah berdiri sendiri) dah buat..kat Malaysia dah merata diorang buat, siap masuk berita TV..hehehheeeee..jemaah manusia bila nak lagi????

Sepukal berkata...

"As far as nuclear technology is concerned, I believe that on balance there are more negative aspect to it. The argument that nuclear energy is safe, clean and cheap is disputable. First of all, it is not safe or clean. We still do not know of a safe way to dispose of radioactive waste and there is always the serious risk of an accident like Chernobyl. Radiation from plutonium, for example, will last for thousands of years. The half life of plutonium is 24,400 years. We are therefore talking about radiation for 240 centuries which is forever. Nuclear energy is also not cheap. We must take into account not only the initial cost of building nuclear reactors but also the enormous cost of decommissioning reactors when they are no longer in use." - Dr.R.S.McCoy
http://www.nuclearmalaysia.gov.my/mns/Articles/BNM%20Special%20Guests/Dr_McCoy/dr_mccoy.htm