Rabu, 18 November 2009
CUBA SAMA SAMA KITA FIKIRKAN
BILA AGAKNYA MELAYU AKAN SEDAR MEREKA DITIPU
PROJEK PEMBODOHAN ORANG MELAYU
United Malays National Organisation berkhayal bahawa gerombolan mereka sahaja yang mewakili Orang Melayu. Ini sebenarnya satu dongeng. Kesah dongeng ini sengaja disebarkan untuk membodohkan fikrah orang Melayu.
Projek pembodohan Melayu ini adalah sebahagian dari strateji politik United Malays National Organisation. Selama lebih dari 50 tahun proses pembodohkan ini telah dilakukan. United Malays National Organisation amat amat sedar tanpa projek pembodohan ini mereka akan hilang kuasa untuk memerintah.
Kalau di zaman fedual dahulu – orang-orang Melayu dibodohkan dengan pelbagai dongeng tentang daulat raja, tentang hikmat raja, tentang kehebatan raja, tentang ilmu raja atau tentang raja yang mewakili tuhan di bumi ini. Ini semuanya dongeng. Semua ini adalah sebahagian dari projek membodohkan Melayu.
United Malays National Organisation tidak mahu orang Melayu memiliki fikrah dan berkeupayaan untuk berfikir secara bebas. Susuk yang memiliki fikrah dan berkeupayaan berfikir secara bebas pasti akan menjauhkan diri dari gerombolan ini. Manusia yang berfikir akan berkeupayaan untuk melihat tipu belit yang sedang dijalankan oleh gerombolan ini.
Projek pembodohan ini ada yang dijalankan dengan licik sehingga tidak dapat dilihat. Ada pula projek ini yang amat jelas dapat dilihat. Projek pembodohkan yang licik dan yang terang berjalan serentak untuk membonsaikan akal fikrah manusia Melayu.
Cara Pertama:
Menakut-nakutkan Melayu tentang bahaya orang asing. Orang asing yang dimaksudkan oleh gerombolan ini tidak lain dan tidak bukan ialah orang China. Orang-orang China akan dijadikan ‘hantu’ untuk terus menakut-nakutkan orang Melayu.
Akan ditimbulkan pelbagai cerita untuk membuktikan bahawa ekonomi negara ini dimiliki oleh orang China. Racun bencikan China ini telah memandulkan fikrah orang Melayu untuk melihat dengan jelas bahawa wujud persekongkolan yang maha intim antara kroni gerombolan United Malays National Organisation dengan para cukong China.
Para cukong China yang membuat harta kekayaan sebenarnya bekerjasama dengan gerombolan United Malays National Organisation. Kerjasama mereka seperti Abang dengan Adik.
Cuba kita kembali kepada kes Bank Bumiputera yang lingkup pada tahun 80’an dahulu. Nama seperti Hashim Shamsuddin dan Lorraine Osman akan muncul. Ini akan diikuti dengan nama George Tan. Siapakah Loraine Osman ini? Maloan ini tidak lain dan tidak bukan ialah bendahari gerombolan sendiri.
Ini hanyalah satu contoh dari bejuta juta contoh yang lain. Ini belum lagi diambil kira kes PKFZ, Bakun , Pewaja, Formula 1, Moonson Cup, KLCC – dimana wujud kerjasama antara gerombolan dengan ‘orang asing’ untuk menjarah negara.
Cara ke dua:
Menyebar berita dongeng bahawa sesiapa yang menentang United Malays National Organisation bererti menentang raja dan monarki. Ini bukan sahaja dongeng tetapi cerita lawak.
Orang-orang Melayu sengaja dibodohkan dan tidak diarifkan untuk memahami bahawa melawan/menentang/mengkrtitik sistem monarki ini bukan sesuatu yang pelik atau menghairankan.
Dalam sejarah negara Arab banyak raja-raja dalam telah dichampakkan ke dalam tong sampah sejarah. Raja Feisal dari Iraq, Raja Farouk dari Mesir, Raja Idris dari Libya, Raja dari Segala Raja Ahmad Reza Pahlevi dari Iran – semuanya dihumbankan. Justeru – menentang monarki bukan sesuatu yang asing dalam sejarah tamadun manusia. Malah menentang monarki adalah tindakan progresif dan maju.
Tetapi orang Melayu sengaja dibodohkan agar terus terperangkap untuk tunduk melutut tanpa berfikir. Orang Melayu tidak diberi kefahaman yang jelas bahawa : menjunjung ke bawah duli itu ertinya menjunjung tapak kaki. Orang Melayu tidak diberitahu bahawa : pacal itu ertinya anak anjing.
Patek pacal yang hina menyembah duli tuanku bermakna : saya ini anak anjing yang hina menjunjung tapak kaki kamu. Bukan kah ini kerja bodoh dan memperbodohkan diri sendiri. Kenapa orang Melayu dibodohkan sebagini. Kenapa orang Mealyu mahu menjadi bodoh dan terus dibodohkan.
Cara ketiga:
Sesiapa yang menentang United Malays National Organistion di katakan menentang Islam. Ini juga adalah projek membodohkan orang Melayu. Bagaimana menentang gerombolan ini disangkut pautkan dengan agama tidak pula dilakar dengan jelas.
Islam ialah agama kepercayaan. Manakala United Malays National Organistion adalah satu gerombolan politik. Islam telah wujud 1500 tahun dahulu. Gerombolan yang beroperasi hari ini hanya wujud semenjak tahun 1988 dahulu. Manusia Melayu telah menganut Islam 500 tahun dahulu dan tidak ada sangkut paut dengan United Malauys National Organisation.
Manusia Melayu menganut Islam bukan kerana United Malays National Organisation. Mereka menganut Islam kerana satu kepercayaan agama.
Tetapi orang Melayu di Malaysia ini terus ditakut-takutkan seolah-olah gerombolan ini adalah wakil tuhan di atas bumi ini. Ini karut. Tidak ada sesiapa yang mewakili tuhan diatas bumi ini. Menentang United Malays National Organisation bukan menentang agama, bukan menentang Islam dan bukan menentang Tuhan.
Yang Maha Esa tidak pernah melantik United Malays National Organistion untuk menjadi wakil. Malah Yang Maha Esa tidak juga melantik Pope, Sami, Dalai, Ayahtollah, Padri, Rabbai – untuk menjadi wakil.
Apa yang terjadi ialah para agamawan ini adalah orang-orang yang beramal dan beribadat. Mereka mengikut selurus dan setepat mungkin ajaran-ajaran dari kitab-kitab suci. Semua mereka adalah manusia yang sama seperti Mak Cik dan Pak Cik di Felda Sungai Rokan – bezanya mereka boleh befikir dan berilmu.
Ahkirnya:
Projek pembodohan Melayu ini telah dibudayakan. Ini bererti ianya telah menjadi sebahagian dari proses budaya pemikiran Melayu. Lembaga-lembaga daulah yang wujud telah diarahkan untuk terus menjalankan projek pembodohan ini.
Kaedah pembelajaran dan media adalah dua lembaga yang digunakan untuk projek membodohkan Melayu. Media Melayu jika dibandingkan dengan media yang bukan Melayu amat ketara bezanya. Tahap laporan berita, tahap tulisan rencana, tahap soal jawab agama dalam media Melayu – semuanya memiliki nilai bodoh yang amat tinggi.
Bagitu kaedah permbelajaran dan keilmuan. Anak-anak muda Melayu terus diperbodohkan dalam sistem pembelajaran yang sedia wujud. Justeru kerana itu ibu bapa dalam masyarakat China tidak mahu anak anak mereka masuk ke sekolah aliran Melayu. Mereka tidak mahu anak anak mereka jadi bodoh. Dalam masa yang sama , makin ramai ibu bapa Melayu telah mula menghantar anak-anak mereka ke sekolah aliran China. Di sekolah aliran bukan Melayu masih ada peluang untuk anak-anak sekolah ini diajar untuk berfikir bukan diajar untuk menjadi bodoh.
Kemelut politik hari ini adalah hasil dari projek pembodohan orang Melayu. Masih ramai lagi orang Melayu yang bodoh sehingga mereka gagal untuk membezakan apa yang betul dan apa yang salah. Apa yang hak dan apa yang batil. Projek bodoh ini telah juga memesongkan nilai budaya orang Melayu.
Orang Melayu yang telah dibodohkan gagal melihat bahaya rasuah malah mereka dengan bangga akan mengangkat pemimpin pengamal rasuah. Orang Melayu yang telah berjaya dibodohkan gagal melihat bagaimana sistem kehakiman dan keadilan dalam negara ini boleh dijual beli. Mereka ini terus ingin menjadi bodoh.
Orang Melayu yang ingin terus menjadi bodoh ini gagal melihat pembunuh, pencolek, pengambil rasuah – bukan satu pekerjaan salah. Budaya songsang lagi bodoh ini melihat kejahatan itu baik dan suci kerana ianya dilakukan oleh manusia Melayu beragama Islam yang memiliki kad gerombolan United Malays National Organisation.(TT)
Labels:
MALAYsIA MERDEKA,
PAKATAN RAKYAT LAWAN ISA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
38 ulasan:
di sekolah,budak2 sekolah akan dimarah oleh cikgu jika banyak bertanya..diherdik sebagai "bodoh","lembab" jika menunjukkan sifat mahu bertanya utk mengetahui lebih lanjut..budaya dengar dan angguk bermula di saat ni..
dah hampir 60 tahun proses pembodohan ni berjalan..macam ni,sudah masuk generasi ke-3 projek ni digunapakai..
mereka yg dibodohkan secara sistematik ni tak sedar apa yg berlaku..lihat betapa ramai yg mendapat keputusan peperiksaan yg "cemerlang" tapi bila memerlukan pemikiran "out of the box" atau kreativiti,brape ramai yg mampu?
tema2 propaganda seperti "pembangunan","hak melayu","keamanan","patut bersyukur","mengenang budi",semua ni ayat2 magik untuk terus mendodoikan dan membodohkan melayu..
nak bandingkan mutu akhbar melayu dengan akhbar cina memang mcm langit dan bumi,ni memang gua tahu sebab gua mampu membaca bahasa cina walaupun tak lancar..kalau banding dengan akhbar inggeris pun,akhbar melayu tetap macam sampah..dan gua yakin akhbar tamil pun jauh lebih bermutu..
selagi gerombolan ni memerintah,jangan harap melayu akan dibenarkan berfikir..malaon2 yg mentadbir ni tak mahu diancam oleh rakyat yg mampu berfikir kerana ni akan menggugat nikmat dan kerja senang yg dirasai oleh mereka..apa yg membodohkan lagi keadaan yg dah cukup bodoh,malaon2 ni sendiri bodoh2 belaka dan hanya pandai bodek sebab ramai dah dicantas terutama ketika zaman Mahafiraun..
The existence of fascist,either religious or race based is started with one entity,like a mass party.
When Likud was formed and aligned themselves with Zionist fascism,so does Nazi with Aryan supremacy,and here we come,UMNO with Malay supremacy fascism.They will bring race and religion together with their agenda to control and conquer people under them.
People in the end didn't realize that they're still live in poor,in supressive condition and just like Marx told us,"they're being drugged".
Those religious fascist who bombed Mumbai last year.Those religious fascist blast World Trade Center on September 11.And those religious fascist who triggered Nidal Malik Hasan in Fort Hood Texas to shoot his own colleague.
Religious fascist either in al-Qaeda,in evangelist groups in States,or Jewish Defense League who promoting right wing Zionist extremism to murder people in West Bank or Gaza.
And in the end,the victims are actually race and religion that they're represented.Muslim community outside Muslim world suffers when al-Qaeda attacked US on September 11,including me in Calgary.In States,on 2001 they couldn't open their business as usual because they're been attacked by another religious fascist group.In the end,these religious fascist group fight each other and the victims is the people who doesn't want to involve with their war.
Fascism brings war to the ordinary people.And slowly,the hatred between Malays and non-Malays grows as these moronic people looking their way to gain more power to oppress people.
gua pun dok pikiarq....
Ini agen2 sosialisasi yang tiada pernah henti memperbodohkan pemikiran bangsa melayu..
media :
utusan
berita harian
tv3
rtm
Nak atau taknak, nyahkah segera gerombolan dari bumi ini dan kita bebaskan pemikiran bangsa kita dari segala sifat kedurhakaan ini...
johan, aku setuju dengn ko. aku mengajar tapi bukan cikgu, aku sangat bengong melihat anak2 murid mengaku yang dimarahai dan di caci bila bertanya. apakah?
projek pembodohan ini di selenggarakan dengan efisennya oleh BTN (Batang Tak Naik)......
Apa barang??.....patutlah melayu tak naik naik.....kendur terus....nama pun meLAYU.....
KAH KAH KAH KAH KAH KAH .......
nasib baik aku jawa..........
hari hari bacha berita hairan dan utusan malingsia , macham mana orang melayu bolih berpikir?
tapi, tak ada berita hairan susah jugak..nak balut ikang , nak buang tahi kuching .
Patek pacal yang hina menyembah duli tuanku bermakna : saya ini anak anjing yang hina menjunjung tapak kaki kamu. Bukan kah ini kerja bodoh dan memperbodohkan diri sendiri. Kenapa orang Melayu dibodohkan sebagini. Kenapa orang Mealyu mahu menjadi bodoh dan terus dibodohkan.
Osah insaf den baco artikel nih tambah laie ayat dokek ateh nih haaa...
siapa kena bodoh dgn orang bodoh, dia bangang.. jangan jadi bangang.
well said.
artikel ini memberikan beberapa point yg betul dan tepat.
Gerombolan UMNO memang bangang kerana merasakan rakyat terutama orang melayu akan terus bodoh dan ditakut-takutkan. Mereka tidak sedar sudah ramai orang melayu kita (apatah lagi warga lain) yang sudah mula mempunyai fikrah untuk berfikir ke arah pencerahan.
Raja, Islam, Pendidikan dan Media adalah antara senjata yang digunakan untuk mendiamkan para pengkritik kepada orang melayu dan juga UMNO.
Tetapi agak malang juga pakatan rakyat juga sudah dibonsaikan akibat daripada hemegoni pemerintahan UMNO.
Lihat sahaja akhbar harakah, suara keadilan- juga tidak ada bezanya dengan utusan dan berita harian. Jadi untuk berubah- parti pembangkang juga perlu menghasilkan akhbar parti mereka yang lebih bermutu daripada akhbar melayu sekarang dan juga akhbar inggeris. Barulah cool dan bijak.
Pakatan juga perlu lari dari garis politik bangsa dan agama. Jangan cepat nak respond, melatah setiap kali isu agama dan bangsa dimainkan.
Tapi nak buat macam mana ramai juga wakil rakyat pakatan yang cakap pun tak tumpah macam wakil gerombolan. Mungkin ini lagi satu kesan daripada hemegoni UMNO.
UMNO memang patut ditolak. Tapi Pakatan kena juga tunjukkan diri mereka pengganti yang lebih baik. Kalau sama je- baik tak payah.
At last, rakyat juga yang merana..
Artikel patut di ambil dan di sebar di semua bloggs supaya 'membuka' minda semua orang melayu terutama lembu lembu umno!
hallo johan...aku raser memang reasonably tepat komen hang tu...baru2 ini, kebetulan aku sempat singgah sekolah rendah tempat anak sedara aku belajar...sbb abang aku outstation, jadi aku kene look after la 2-3 hari bebudak tu…cool
kelakarnya aku tengok cikgu disiplin dia berucap masa assembly...macam pukimak jer ucapan dia, tengking sana tengking sini dengan pembesar suara...bayangkan hari2 ada assembly, patut la cikgu kita rata2nya produk dari maktab saja...budaya budak tidak cemerlang dibawa ke sekolah...budaya budak cemerlang sumer pergi mampus jadi dokter, engineer, penyamun berkolar putih dan lain2 kerja yang lebih berfaedah selain dari menjadi guru...
bukan aku nak hina sangat menjadi guru ini..tapi mentaliti pukimak ini sudah menjadi terlalu merosot..hinggakan kerjaya guru2 pondok yang tidak bergaji langsung, jauh lebih professional dari mereka. maka satu dongeng mula mentahyulkan kerjaya guru ini adalah pelita hidup dan pukimak apa cibai lancau lagi lah...dodoi sikik jer...orang melayu mudah lena dan terus menganga...
cubalah kita luangkan masa ke sekolah2 melayu, pergi tinjau sekolah 8.00am-11.00am...tengok apa sebenarnya berlaku di sekolah. cikgu2 ini mengajar anak2 kita menjadi ayam katik...manakala budak2 pintar saja, diberikan hadiah...hasil hadiah ini diambil dari duit pemberian ibu bapa anak2 yang tidak bernasib baik diperbodohkan...dikutipnya duit atas nama mencemerlangkan anak2 dari ibu bapa satu sekolah...mungkin satu kepala budak rm5...kendian hadiah ini dicipta untuk beberapa murid cemerlang di dalam kelas yang mendapat no 1-5..ada sesetengan sekolah, pada hari penyampaian hadiah, dibuatnya di luar sekolah dengan menyewa dewan, hanya pelajar cemerlang saja dibenarkan hadir untuk menerima hadiah..lain2 budak yang resultnya macam pukimak lancau, diberikan cuti sehari...sesiapa yang datang ke majlis tersebut, akan diberikan amaran kerana mengacau daun...mentaliti mendesign, mempattern, membodohkan melayu ini tidak akan berhenti selagi orang melayu tidak mahu membangun menentang...macam mana nak menentang, dari kecil lagi fikrah bonsai ditanam..tu la pasal bengap tahap gaban tu….
cuba kita lihat senario ini...guru2 ini bukannya orang tempatan sesebuah sekolah…jika sekolah mrsm dan sekolah khas, bistari apa ke pukimak lancau, mungkin ramai muridnya adalah orang luar. kita ambil kata sekolah kampong ataupun bertaraf bandar, 80% guru2 orang luar manakala muridnya adalah orang tempatan… ibu bapa melayu biasanya tidak berani menyuarakan kebimbangan terhadap kelakuan guru2 yang bongkak (biasanya guru yang kurang cemerlang pendidikannya, akan menjadi kadok naik junjung bila diberi tugas lebih sikik, tak boleh multi-tasking dia orang ni, maklumlah kelembapan otak tahap gaban telah diasah sejak kecil lagi), yang mana boleh memberi kesan pembelajaran hasil dendam apabila guru tersebut ditegur.
sbb itulah janganlah kita hairan yang banyak makhluk2 aneh cybertrooper dan lain2 bentuk makhluk berada di sekeliling kita akan terus ditahyulkan dengan budaya pemikiran bonsai ini. budaya lihat string sijil, budaya mementingkan bahasa inggeris yang melampau2 (tapi cakap inggeris slanga melayu, apasal tak cakap inggeris slanga england? atau us? lawak la, ini berapa punyer pukimak tahap tongong punyer broken la ni. namun baca muqaddam, boleh pulak ikut slanga arab! apasal tak ikut slanga melayu malaysia?) dan budaya “hang sapa?” akan terus mekar dalam dunia pemikiran susuk gerombolan dijelmakan. jangan kita hairan juga, banyak pemimpin dan penyokong pr pun masih sebegini, tunggu masa nak swing. jangan hairan kenapa orang melayu tidak mampu berjuang secara konsisten. pegang telur sikik, sudah takut jubur terkemut. tu la..nak kemut pun takut...cakap hang jawa...orang jawa hebat...tapi kenapa jawa boleh jadi penakut???
SALAM....
DULU + KINI + = MELAYU TERUS DIBODOHKAN...!
SELAMANYA? = BELUM TERLAMBAT...MELAYU BANGKIT
gua tidak akan dibodohkan oleh Anwar nama bapanya Ibrahim.
ha ha ha ha...
la tade kah3 lagi ke?
ke"bodoh"an ini terbukti jelas sejak kebelakangan ini contonya;
1) membangkitkan isu rasuah & pemilikan saham oleh bekas2 pemimpin umno yang kononnya berlaku hampir 20 tahun yang lalu sedangkan begitu banyak kes2 baru yang patut diberikan tumpuan & diselesaikan. ini adalah kerana pemimpin2 ini sekarang bangun menentang umno.
2) disalurkan "royalti" kepada Trengganu, Sabah & Serawak, manakala "wang ehsan" kepada Kelantan sedangkan Kelantan diwakili lebih 90% orang2 melayu.
3)kenyataan2 bodoh para cendikawan2 agama mereka yang takut untuk menyatakan kebenaran.
dan banyak lagi jika hingga tak termampu nak dicatatkan....
salam 4 all...
pendapat aku selagu melayu masih pegang prinsip DULU KINI SELAMANYA selagi itu melayu tak akan berubah..
Agama menjadi modal untuk berpolitik.seseoranag itu boleh berkhutbah tentang agama dengan hebat hinggakan tewas dalai,sami,rasul,rabai dan paderi. Berimejkan agamawan mengenakan identiti agama tapi apa gunanya niat tidak suci dan mulia.Ada yang bermuntah2 berdebat tentang keagungan agama mereka tapi mereka bukannya mempraktikan apa yang dinyatakan dalam ajaran mereka contohnya segolongan itu tidak makan khinzir kerana haram tapi gemar makan rasuah.Konsep penebusan dosa menjadikan penganutnya tidak gentar membuat dosa kerana dosa mereka boleh ditebus kelak hari.Setiap agama mengajar untuk saling hormat-menhormati dan tidak mengutuk dan memandang hina anatara satu sama lain.Tetapi dalam senario masa kini islam kutuk islam,hindu kutuk hindu,kristian kutuk kristian.Masing2 mempunyai tafsiran agama tersendiri ini kerana setiap golongan hendak keselesan agama yang dianuti.Puncanya munculah pelbagai mazhab dan kasta.Manusia lebih percaya kepada agamawan dimana agamawan juga dalah manusia2 yang biasa.Sesiapa yang ingkar agamawan adalah seperti memurkai tuhan itu sendiri.Ini bukannya satu konsep agama yang mulia ini adalah konsep firaun yang dipraktikan pada zaman dahalu.Sepatutnya manusia boleh berfikir yang mana baik yang mana buruk,manusia tidak perlu orang tengah untuk mendekati tuhan.Kerasional seseorang itu medekatkan diri mereka dengan tuhan. Di sebabkan setiap ajaran mempunyai kelemhan wujudnya agama2 baru di dunia sekarang.Kelemahan ini bukan disebabkan agama tapi transformasi dan tafsiran agama yang diberikan golongan agamwan yang mereka selesa dengan konsep itu.Sesiapa pun boleh jadi dalai,rasul,paderi atau sami kalau pernyataan atau ajaran mereka diterima oleh sekumpulan masyarakat.Lebih2 lagi dengan unsur2 tahyul dan karut dalam agama. Tiada mana2 agama mengajar ajaran seperti ini tapi ada yang masih percaya tentang unsur malah ada media2 yang menceritakan tentang pekara karut marut yang mengeruhkan fikiran manusia.Agama sepatutnya menjadikan seseorang itu bijak,rasional,celik dan menjadikan sesorang berkelakuan murni bukanya menjadikan mereka bodoh,tiada daya fikiran dan bertindak dengan melulu tanpa berfikir. Nyawa mangsa perang dipalestin sama harga dengan nyawa mangsa perang di Sri lanka,namum di sebabkan mangsa perang di palestin adalah beragama islam oleh itu pelbagai bentuk bantuan disalurkan tapi mangsa di Sri Lanka tidak di hiraukan.Nyawa tetap nyawa tapi ia dipisahkan oleh agama.Masa kini segala perbuatan keji dibuat dengan nama tuhan.Tiada mana2 agama pun megajar penganutnya berbuat demikian.Musuh utama dan penhinaan untuk sesuatu agama itu adalah penganutnya sendiri.
Hasta La Victoria Siempre...
Lone Ranger
KALAU PR DAPAT MEMERINTAH NEGARA INI...PAK LONG TT PATUT DILANTIK MENJADI SENATOR...kah kah kah kah
SETERUSNYA DILANTIK JADI MENTERI PENERANGAN
MENTERI PENERANGAN SEKARANG AKAN DILANTIK JADI 'DRIVER' VAN JABATAN PENERANGAN SG PETANI...kah kah kah kah
Orang kebanyakan Melayu memang banyak masih bodoh. Sejak jadi rakyat kepada Parameswara lagi mereka taat setia tuli pada raja, ada segelintir yang berani dan dihukum habis, rata-ratanya seperti Hang Tuah. Dengan perkembangan masa bertambah kurang Melayu yang bodoh tetapi yang terikat dengan ajaran agama yang kolot masih banyak lagi. Mereka ni tak boleh fikiak asyik berdenggung dengan ajaran bodoh yang dibawa oleh ustaz, guru agama, mufti, ulamak, motivasi agama seperti di Forum Perdana itu yang makan gaji. Satu contoh bodoh ialah jika mereka ke Mekah mereka nak sangat cium makam Nabi yang telah dicium berjuta orang sebelum itu. Mereka tak tahu apa sebenarnya pengertian Haj itu. Ajaran Nabi yang menjurus kepada memerdekakan mereka tidak masuk dalam perbendaharan mereka. Jenuh Dr. Asri nak jelaskan. Betul kata TT minda orang Melayu dah terkunci, jenuh nak bukakan, penuh dengan pemikiran emosi, khurafat, ilogical dan tak ada intelektual, berserabut dengan rasa tak selamat. TT kena cuci otak orang Melayu kebanyakan.
mlm tadi (tv9) pak agus pening dengan zul4kulim.sronok gak.zul4kulim confiden betul,kilasnya memang menjadi.cedok punyer cedok,pkul atas bawah kiri kanan selamber jer zul patahkan...tahniah pak agus terima kasih tv9
Kenapa abang Tukar Tiub
diorang mau bina lagi satu punya pusat pameran, exhibition center, yang besar di KL, sudah ada banyak mau bina lagi?
Kenapa begini... kalau tanah itu digunakan utk taman ke atau tempat main sukan untuk orang orang biasa bukankah baik
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/business/43780-huge-exhibition-centre-planned-in-kl
kan bagus kalau khutbah jumaat camni...
daripada dgr khatib baca teks yang disediakan..contohnye..HARI GURU,HARI KEMERDEKAAN, MARI JADI BAIK,MARI JADI CEMERLANG...dan mcm2 lagilah...ntahape2...
macam 'tukang kata' atu bird old sister.."isi" dan kesungguhan yilek!!..baik lagi oprah winfrey
kahkah
orang melayu suke bergaduh pasal hal cabang (furu')..memang bosan..
Bro Isham..
Ada baca berita tentang Pesawat MIG-29N yang hendak di tamatkan perhidmatanya kerana tak boleh di baikpulih lagi...yang peliknya pesawat tersebut barujer 10 tahun dah kena timbang kati...Tetapi memang ade masalah dengan MIG ni kerana Syarikat kroni yang di pertanggungjawab untuk menyelengara MIG tetapi tak boleh buat..harap TT boleh selidik...ha ha ha ha..
Jika MIG di tamatkan garenti TUDM akan dapat K/terbang baru ...dan komesyen baru ..ha ha ha ha..
BILA AGAKNYA MELAYU AKAN SEDAR MEREKA DITIPU
Tajuknya bagus...!
Yang tak bagus sejarah melayu ditulis oleh Khoo Kay Kim.....
....kah,kah,kah..........
Orang melayu akan sedar mereka ditipu bila sejarah melayu ditulis oleh orang melayu sendiri....!!!
kah,kah,kah............
Langit berpintu dan berkunchi.
Bagaimana untuk membuka kunchinya?
Jawapan : Soalan
Jawapan : Tanya
Jawapan : Menyoal
Jawapan : Bertanya
Hidup tanpa soalan hati mati,
Mungkar Nangkir tak datang......
PURTAN bolehkah bertanya ?
kah,kah,kah..........
kah,kah,kah..........
Saya sokong
Kalau PR jadi kerajaan
Abang Hishamuddin Rais dijadikan senator dan dijadikan Menteri Penerangan
Sebab apa yg dia tulis itu terang dan terbuka bagi semua
Tolong sikit bru Sungei Rokam Bukan Felda Itu Taman Perumahan yang di beri taraf kampong nak tolong melayu bayar assesmen rumah murah sikit itu kerja ghazali jawi tahun 1960 Tapi Ahmad Said dapat nama lepas itu Wan mMohammad copy cat buka Tman Meru sama konsep Kpg Sungei Rokam . Tapi itu anak Ghazali jawi Tajol rosli mahu jadi raja Tapi tak boleh jadi tukar jadi lanun negara rampas hart rakyat tanpa kira
salam tuan TT,
mohon saya salin tampal artikel ini di blog saya
Salah satu pepatah Rusia mengatakan, " Tunjuk saya seorang ahli politik dan saya akan tunjukkan kepada kamu seorang pembohong" (a popular Russian saying "show me a politician and I'll show you a liar").
Kita, orang yang selalu ditipu dengan berbagai-bagai cara oleh ahli politik. Kita ini menjadi mangsa ahli politik. Sesiapa di antara kita yang punyai fikiran terbuka dan jujur selalu dihukum dengan berbagai-bagai undang-umdang negara. Boleh dikatakan 98% rakyat dewasa negara ini adalah orang jujur, berkerja keras untuk menampung perbelanjaan keluarga, dan baik tngkah laku. Tetapi yang perolehi banyak publisiti itu adalah baki 2%.Yang 2% itulah ahli politik yang mengawal segala kehidupan kita selain dari Allah s.w.t. Orang Melayu sebenarnya mudah lupa, dengan sebab inilah kita masih lagi melantik mereka kembali ke parlimen sebagai wakil rakyat atau pun wakil kita.
Biaqlah T.T lebam jari jemari nasihatkan orang Melayu dengan berbagai-bagai bukti, namun golongan ini tidak akan berubah. Benih yang ditanam pemerintah selama 51 tahun itu sudah menjadi pokok dan pula mula menghasilkan buah dan benih. Pokok seperti ini akan hasilkan benih yang baru dengan sama klon. Nak tukar kerajaan baru bukan macam tukar kereta. Tidak ada sejarah didunia KETIGA bertukar kerajaan yang memerintah boleh tukar kerajaan melalui Pilihan raya umum!. Ambillah iktibar Negara Thailand, Filipina atau Indonesia.Kalau Transperansi International semalam mengatakan Malaysia telah turun tangga ke-56 dan skor CPI cuma 4.5 (tahun lepas 4.8)bukankah kita mengalami keadaan yang terburuk sekarang. Dengan skor begini masih lagi harapkan PRU13...mintak maaflah kita kan lihat satu PRU yang terburuk di PR13 nanti.Maka fikirlah bagaimana nak menang dalam PRU13 nanti.Kita ini akan menjadi bahan kelakar besar dalam sejarah suatu hari nanti.Eloklah kita ketawakan diri kita dari sekarang denga Kah..kah..kah...memang tepat T.T ketawa itu.
AKu rasa org yg paling pandai dalam bab menipu org lain adalah .....jatuh kepada
Ustaz Arieff , Mahaguru Cakra Putar Alam hahaha ...
apa nak buat orang melayu ubn cukup suka... jadi bodoh... tapi bila orang cakap dia bodoh marah pulak... raja kita buat pa... main kuda perabih duit rakyat, main golf, melancung sana-sini, potong reben, melawat kat tabung haji dapat duit dapat hadiah... tu ajelah yang boleh... lepas tu claim elaun bulan-bulan keja tarak.. orang yang minta sedekah tu pun lagi mulia sebab ada hati nak usaha cari makan sendiri.. tak makan wang rakyat.. bila la melayu nak sedar...
satu cara yg baik untuk counter proses pembodohan ni adalah melalui seni..sebab anak2 terutama yg melayu sejak kecil hanya dilatih untuk mendengar dan melihat,tak guna nak suruh dorg membaca..seni2 terutama muzik dan filem amat berkesan untuk mencorakkan dan liberalise minda dan cara berfikir dan bangun melawan pembodohan..
gua sendiri pun akui muzik counter-culture dan filem2 banyak mengubah fikiran dan persepsi gua terhadap banyak perkara..kesinambungan dari minat2 zaman remaja ni,gua mahu terus bertanya,mahu terus mahukan jawapan2 lantas gua pun banyak membaca..
mungkin pembaca2 di sini pun ramai yg mcm ni..dan dah tentu ramai lg yg anggap anak2 muda mcm ni sebagai 'sampah'..apepun nak diperkatakan tentang kami tapi satu perkara tak boleh disangkal,kami melawan dr dibodohkan dan kami bersikap jujur..
AWAS! Proyek-proyek membodohkan rakyat seMalaysia sedang rancak dijalankan!!
http://www.asiaone.com/News/AsiaOne%2BNews/Malaysia/Story/A1Story20091118-180780.html
http://www.straitstimes.com/BreakingNews/SEAsia/Story/STIStory_455979.html
Melahirkan jenerasi baru yang no Spik Inglis... no pil pom.
...uk!uk!ak!ak!...memang melayu sampai bila pun akan tongong dan terus menjadi tongong setongongnya...uk!uk!ak!ak!...
...uk!uk!ak!ak!...siapa nak tipu melayu, tipulah, kami tak kesah...uk!uk!ak!ak!...
...uk!uk!ak!ak!...sbb budaya "malas berfikir" dan "malas membaca" ini sudah tertulis sejak azali lagi...uk!uk!ak!ak!...
...uk!uk!ak!ak!...cuba cari dalam surah2 dalam qur'an, ntah2 ada ke pa...aku rasa ada dia bitau juga yang orang melayu ni memang tongong macam pukimak...uk!uk!ak!ak!...
...uk!uk!ak!ak!...kalo takder, mujurlah...tapi aku rasa macam ada...sbb dah tongong sampai tahap gaban ni, camana?...uk!uk!ak!ak!...
Tukartiub.blogspot.com users come from these countries:
71.0% Malaysia 24.2% Japan 2.9% Sweden 1.2% Singapore 0.7% OTHER
Traffic Rank in Malaysia
Tukartiub: No. 435
Tranungkite: No. 232
Chedet: No. 347
Mykmu: No. 1,252
Cayalah TT.
~tut tut~
Beasts of England, beasts of Ireland,
Beasts of every land and clime,
Hearken to my joyful tidings
Of the golden future time.
Soon or late the day is coming,
Tyrant Man shall be o'erthrown,
And the fruitful fields of England
Shall be trod by beasts alone.
Rings shall vanish from our noses,
And the harness from our back,
Bit and spur shall rust forever,
Cruel whips no more shall crack.
Riches more than mind can picture,
Wheat and barley, oats and hay,
Clover, beans, and mangel-wurzels
Shall be ours upon that day.
Bright will shine the fields of England,
Purer shall its waters be,
Sweeter yet shall blow its breezes
On the day that sets us free.
For that day we all must labour,
Though we die before it break;
Cows and horses, geese and turkeys,
All must toil for freedom's sake.
Beasts of England, beasts of Ireland,
Beasts of every land and clime,
Hearken well and spread my tidings
Of the golden future time.
Catat Ulasan