Ahad, 15 November 2009

KENYATAAN MEDIA



KENYATAAN FITNAH VIGNESWARAN LANJUTAN SERANGAN PERIBADI SEJAK 1998


Kenyataan bekas ketua pemuda MIC, Vigneswaran yang mendakwa saya dan isteri memiliki saham bernilai RM 8.5 juta dari tahun 1992 sehingga tahun 1994 adalah tidak berasas sama sekali. Saya belum melihat dokumen yang didakwa oleh Vigneswaran tetapi saya percaya dokumen itu dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengaitkan dengan saya dan isteri saya. Semenjak tahun 1998, saya dan keluarga sering menjadi sasaran fitnah bertujuan untuk mengaibkan saya dan keluarga. Saya diburu oleh pihak berkuasa seperti polis, Badan Pencegah Rasuah dan juga Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk menjalankan siasatan mengenai perolehan harta saya. Malahan, alasan yang sama digunakan untuk menangkap dan menahan saya pada 16 September 1998 sehingga 22 September 1998. Saya telah memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa termasuk butiran lengkap aset kami.

Saya merasa kesal kerana apa yang berlaku hari ini menunjukkan Barisan Nasional tidak akan berhenti dari melancarkan serangan fitnah yang jahat untuk mengganggu keamanan dan ketenteraman saya dan keluarga. Saya melihat tindakan jijik yang terancang ini adalah untuk mengaibkan dan mencemarkan nama saya dan isteri. Kenyataan berunsurkan fitnah dan berniat jahat itu jelas mempunyai motif politik bertujuan merosakkan reputasi saya selaku Ahli Parlimen Gombak serta Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat.

Saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang dilemparkan oleh Vigneswaran. Saya telahpun mengarahkan peguam saya untuk bertindak segera prosiding perundangan yang sewajarnya terhadap pihak yang membuat kenyataan dan melaporkan kenyataan fitnah tersebut.

MOHAMED AZMIN ALI
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat
Ahli Parlimen Gombak
Tarikh: 14 November 2009




5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah takut dgn bayang2 sendiri, tanda kati kat payung dlm gambar pun dipadam habih.

sketsa sebuah perjuangan berkata...

Kah Kah Kah Kah

Woit! Apa nak heran.
Budaya fitnah adalah budaya BN. Budaya Rasuah adalah budaya BN. Budaya korek3 adalah budaya BN. Budaya propaganda adalah budaya BN. Budaya baling batu sembunyi tangan semuanya budaya BN

cuma ada satu jer bukannya datang dari budaya BN. nak tahu apa pebendanya.

Budaya main bola padang pakai kain pelekat kah kah kah kah

Keliwontron berkata...

Saudara Azmin Ali ir truly one of the most respected politicians ...i dont mind you being PM one day !

sue mereka cukup2 jangan kasi chance kepada org yg cuba merosakkan kerjaya anda

Tanpa Nama berkata...

Memang UMNO saja nak kasi nama busuk pada Azmin malah pada semua pemimpin PR. Dulu Anuar Ibrahim ada 3 bilion, ada liwat Azizan dan beberapa lagi jubur membernya. Begitu hebat sekali UMNO/Madey nak gagalkan PR dari mengambil pentadbiran negara termasuk mengambil 'telur' Ketua Polis, Ketua Hakim, Ketua SPRM, Ketua SPR. Semua Ketua berkenaan dah hilang telur mereka. Memang sulit dibuatnya tapi ada lagi ruang yang rakyat boleh bergerak dmi mencapai cita-cita kita untuk membebaskan negara daripada pemerintahan bobrok. Ingat banyak negara dah tukar kepimpinan zalimnya dan Malaysia mungkin negara terakhir melakukan itu.
Azmin punya kes tak berapa teruk, ada lagi teruk. Lihat Nizar di Perak, AI dengan kes liwat keduanya yang direka tapi bandingkan dengan kes Najis dan wanita Mongolia itu.Jika kes itu meletup lagi oleh RKP nahas UMNO.

Tanpa Nama berkata...

aku salute org cam ni..bila org lain tuduh,berani jawab..xde la kecut t**** mcm PM mesia yg x guna tu..sori to say..sampai skrg langsung x berani nk nafikn skandal2 dia yg b'lambak2 tu..huh..