Ahad, 10 Januari 2010

SATU MALAYSIA WASPADA



SOROKAN JUARA - NANTI DI REMBAT GEROMBOLAN





UMNO LANCAR PROGRAM DEKATI SEMULA RAKYAT – malaysiakini

Najib Razak hari ini melancarkan program Juara Rakyat yang menurutnya, sebagai tanda UMNO menerima isyarat daripada rakyat supaya kembali mendampingi rakyat selepas ditolak pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) lepas.

"Kita pilih Juara Rakyat sebagai tema kita kerana UMNO dan rakan dalam Barisan Nasional (BN) dengan segala perasaan rendah diri menerima keputusan pilihan raya umum lepas, yang mana rakyat telah memberi isyarat kepada UMNO dan BN.

"Kami dengar dan kami terima bahawa rakyat telah memberi teguran kepada UMNO dan BN, teguran itu kami akan hayati bukan saja kami dengar tapi kami insaf bahawa dalam sistem demokrasi berparlimen, rakyat ialah kuasa keramat dan mutlak,” katanya.

KAH KAH KAH…. KAH KAH KAH…

woit… RAKYAT BERJAGA- JAGA… WASPADA… BERHATI HATI… kah kah kah..

kah kah kah… SELAMA INI GEROMBOLAN JAUH… RAKYAT TERSEKSA…kah kah kah..

woit… BAYANGKAN KALAU GEROMBOLAN MAKIN DEKAT….kah kah kah..

kah kah kah… SERIBU KALI GANDA KESUSAHAN YANG AKAN DI RASAKAN…. kah kah kah…




14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Juara entot-entot boleh laa..

Tanpa Nama berkata...

Baru nak insaf??? I rest my case.

Tanpa Nama berkata...

salam,

Nak jadi juara ?
Juara apa ?
Juara rasuah ?
juara Kronisme ?
Juara pembohong ?

ingat,
selagi dia terus memperkosa sistem kehakiman, memperkuda PDRM dan memperkosa SPRM..usah mimpi kami percayakan kamu lagi.

Juara rakyat akan dijadikan bahan jenaka dek anak2 muda......

Tanpa Nama berkata...

Ini Mat Monggol cakap tak serupa bikin. Jangan caya sama ini Mat Monggol mari kita tentukan dia tergolek PRU akan datang.
Buang tendang semua Gerombolan pengkhianat negara!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Cerita tentang Juara gusti WWF:
Memang juara!
Juara apa?

Juara pelingkup
Juara menipu
Juara naik-menaik
Juara bodek-membodek
Juara berlakon-lakon

Juara apa lagi?
Juara rasuah-merasuah
Juara kumpul sedia bas
Juara hadiah kain batik
Juara bagi mak cik $$$
Juara bawak cikgu sekolah

Macamana nak jadi juara?
Ajak ahli sukan
Ajak ahli artis
Adakan cabutan motor bertuah
Kempen di tiwi 3 1/4
Kempen di berita hairan/ melayau

Boleh jadi juara
Juara tutup bawah carpet
Juara tutup isu besar
juara melebong-lebong
Juara 1kampong

Orang Lama berkata...

Cakap lah Wak terus terang nak buat kempen pilihan raya...

Kan senang !

Tanpa Nama berkata...

jgn jd bodo la.
Bila dah dekat, nanti2 jauh balik.
Ini bukan jaman Jepunlah...
kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

juara rakyat negara mana?
aku rasa rakyat Msia yg pegi sekolah dah xmo dah kot..
pegi jahanam arr dgn umngok/BN..
buat mcm rakyat kelate.. time sogok ambik.. time pangkah, tarakkk..
sebelum tu nk tanya dlu.. lepas ni apalagi yg naik?? minyak petrol? tol? gst? cukai2? bil letrik/air? yuran sekolah? tambang bas??

najib.. fuck you very much!

KAH..KAH berkata...

mat nak jadi juara
nafsu mat kuat tapi takde tenaga..
kah..kah

mat nak cium bunga
hidung mat ok tapi takde rasa..
kah..kah

Tanpa Nama berkata...

Juara ?? Juara kelentong rakyat kot !!

woit Najib, hang ingat ni 'Malaysia Idol' ke !!!!

Kah..kah..kah...

Tanpa Nama berkata...

Apabila rakyat berkumpul menunjukkan kuasa dalam konsep demokrasi untuk menukar sesuatu undang-undang atau menunjukkan ketidak kepuasan hati terhadap kerajaan, rakyat yang berkumpul dengan aman itu dipukul, diheret, di pancut dgn air asid, ditangkap dan dirembat masuk dalam lori berpagar mcm haiwan, dikenakan undang-undang zalim ISA dan Akta Hasutan yang di tinggalkan oleh penjajah British dipraktikan dan dimakamah keadilan hak demokrasi tak dipraktikan, hakim di Makamah tinggi dan hakim di Makamah rayuan yang tak sehaluan dari pembacaan Undang-undang; bagaimana rasanya UMNO boleh berubah dengan konsep "Juara Rakyat"?...Maksud UMNO "juara rakyat" bagi kerajaan adalah konsep "Bodek Rakyat" Untuk Menang dalam PR13 Akan datang tidak lebih dari itu. Kempen "Satu Malaysia" kini telah gagal dalam cuma dengan satu saja ujian dengan isu "menggunakan Nama Allah", oleh kaum minoriti kristian.Sudah tidak bermakna lagi.

Sejarah telah menunjukkan setiap kerajaan "Draconian" atau pemerintahan kuku-besi akan akan ditentang oleh kuasa rakyat cepat atau lambat. Rakyat Malaysia boleh dikatakan selama atau kini ini telah diperintah seakan "Fahaman Komunis' yang mana setiap rakyat dinegara ini takutkan kerajaan dan lebih lagi pada Pasukan Polis hadir ke Mahkamah yang amat condong pada Kerajaan. Undang-undang yang dibuat dalam negara demokratik untuk menjaga Rakyat dimana melalui kuasa rakyat dilantik wakil rakyat untuk mengwujudkan satu-satu undang-undang yang difikirkan untuk menjaga kepentingan majoriti rakyat untuk hidup dalam harmoni dalam negara. tetapi undang-undang negara ini dibuat untuk menjaga kepentingan penguasa kerajaan. Wakil yang dilantik berkhidmat untuk Pemimpin atasan mereka bukannya untuk rakyat bawahan untuk menjadi bakal Menteri. Apakah negara ini berdemokratik?.

"Civil disobedience" atau Demonsterasi secara aman banyak memberi kesan dan akan boleh beri kejayaan dalam menunjukkan kuasa rakyat dan konsep Demokratik seperti "The Boston Tea Party", Mahatma Ghandi menentang penjajah British di India, US Civil Rights Movement di ketuai oleh Dr.Martin Luther King Jr., Gerakan Pelajar-Pelajar US menentang peperangan Di Vietnam. Tetapi malangnya dinegara ini rakyat terlalu takut menghadapi rejim UMNO yang begitu berkuasa mengawal Insititusi Raja, Insitusi Penghakiman, Polis, Tentera dan Pegawai-Pegawai Civil yang sepatutnya memberi perkhidmatan yang baik untuk menyelesaikan masalah rakyat tetapi cuma berkerja untuk pemimpin-pemimpin UMNO!.

UMNO akan terkubur sendiri dengan kubur yang mereka sedang gali sendiri seperti mahu menjadi lebih Islamik dari Parti Pas dimana ramai orang Melayu telah sedar kepentingan Islam dalam politik dan UMNO kini ingin berjuang untuk kuasa Rakyat dalam kempen "Juara Rakyat" lebih dari Pakatan Rakyat. Dengan bantuan UMNO sendiri Ramai Rakyat akan sedar kuasa sebenar mereka punyai di negara ini.

Walau bagaimanapun kita sebagai rakyat Negara ini perlu ucapkan terima kasih kepada Parti Pas yang menyedarkan kita konsep Islam dalam Politik dan Perlu juga Terima Kasih kepada Pakatan Rakyat yang menyedarkan "Kuasa Rakyat" atau "Juara Rakyat" atau "Makkal Sakti"....dan juga tidak lupa pada Tukar Tiub yang tak pernah rasa penat, takut, tak terasa sakit jari-jari yang menaip, tak takut ugutan demi untuk menyedarkan anak bangsanya. Prinsip perjuangan amat dikagumi...niat baik adalah pancaran nur dari jiwa yang baik..jiwa yang baik akan memberi kehidupan yang baik...kehidupan yang baik akan menjadikan orang itu sentiasa dekatkan hati dengan Allah.Ucapkan terima kasih dgn Kah...Kah..kah...

Tanpa Nama berkata...

Dalam nak insaf dan sedar, masih bongkak nak jadi juara? Gila!!

Setelah berapa lama bumbung perumahan di Bandar Bukit Sentosa roboh, baru hari ini rasa perlu berbakti kepada rakyat? Kalau bukan kerana nak meraih simpati, isu ini depa tak lihat pun. Pemaju lari, KERAjaan buat tak tau, rakyat beli rumah ribu-ribu tapi tak boleh duduk. Bank macam setan tuntut duit! Atas derita rakyat yang sekian lama, hari ini kamu meraih simpati....

Aduh!!!, Kalau ada lagi manusia yang masih nak pangkah ameno, memanglah kamu lembu!!

AKU TIDAK PERNAH LUPA! TIDAK PERNAHHHHH LUPA!

Tanpa Nama berkata...

salam,

juara rakyat macam pesta sure heboh saja.

tapi yg bestnya...

sekali najib meneropong...penduduk situ dapat berjuta RM...

namun,

aku sudah tidak percaya lagi pada PM itu...

adnan m

Tanpa Nama berkata...

Baru seminggu lepas dia datang mengeringkan poket kita dengan kenaikan harga gula.

Hari ini dia datang minta simpati supaya kita memberi dia gelaran sebagai juara.

Esok dia akan datang lagi dan memberitahu kita bahawa harga minyak dan elektrik akan naik semula.

Dia hanya tahu untuk datang meminta simpati dan menaikkan harga.

Begitulah sang juara.