Khamis, 25 Februari 2010
DEMO TELAH MENJADI BUDAYA KITA
HANYA BERDEMO AKAN MENGUBAH KEADAAN
ISU TANAH KENA REMBAT : 30 ORANG ASLI BERDEMO DI GOMBAK - malaysiakini
Sekumpulan 30 Orang Asli menyertai perhimpunan di depan Hospital Orang Asli Gombak tengah hari ini kerana membantah apa yang mereka dakwa salah guna kuasa oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), melibatkan layanan hospital seliaan jabatan itu.
Dalam satu petisyen berkaitan perkara itu, hospital di bawah seliaan jabatan berkenaan didakwa melakukan penganiayaan kepada masyarakat berkenaan.
Perhimpunan itu diketuai Sokyen Man, 40, yang mendakwa mewakili penduduk kampung tersebut. Mereka sebelum itu mengutip tandatangan penduduk kawasan penempatan Orang Asli di situ bagi menyokong petisyen tersebut.
Mereka turut membawa poster yang antaranya berbunyi "Akta 134 kami dicabul," "Mana ubat kami di kampung?," dan "Kami orang miskin di bumi sendiri tapi kami ada maruah dan bukan bodoh."
Kumpulan itu juga turut melaungkan slogan "Jangan rampas hak kami" dan juga "Bunuh kami dulu jika mahu tanah kami" ketika berdemonstrasi di hadapan hospital seliaan bahagian kesihatan dan perubatan JHEOA.
Bercakap kepada media, Sokyen turut menimbulkan pemilikan tanah mereka - tanah kategori saka dan rayau - yang dikatakan tidak akan diberi milik kepada mereka selepas ini.
"Kami dapat maklumat ada dasar tanah baru yang akan digubal di parlimen. Dasar ini digubal dengan tidak mengambil kira Orang Asli dan dibantah oleh Orang Asli pada keseluruhannya.
"Apabila ia dikuatkuasakan kami akan hilang hak ke atas tanah saka dan juga tanah rayau kami," tambahnya.
KAH KAH KAH...
woit... INI BETUL BETUL DAHULUKAN MEREMBAT TANAH RAKYAT... kah kah kah..
kah kah kah... INI PRESTASI YANG BETUL.... TANAH ORANG ASLI DI JUAL PADA CUKONG.... kah kah kah...
nota:
demo telah menjadi budaya orang asli
demo telah menjadi budaya gerombolan
demo telah menjadi budaya eee
demo telah menjadi budaya anak muda
demo telah menjadi budaya politik
kesian mahafiraun
menangis siang malam
dia kena humban kerana demo reformasi kah kah kah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
ini baru betul...
semua orang kene demam demo...
KUALA LUMPUR 25 Februari 2010. Pemberita UtusDemo melapurkan, rakyat semakin sihat dan cargas sejak kebelakangan ini kerana banyak melakukan demo senaman. Senaman ini mula diperkenalkan secara meluas bermula pada tahun 1998.
Ketika itu media nasional telah membuat promosi setiap hari untuk mula memperkenalkan satu jenis senaman baru. Ramai diantara peserta melahirkan perasaan gembira kerana kualiti kesihatan mereka bertambah baik sejak mengamalkan senaman baru ini.
-Tanpa Bernama
Bilalah orang asli ni nak pandai?
Time undi dulu pangkah dacing
bukankah ada pepatah orang asli kita
"kerana sehelai pelikat, hilang tanah sekampung" dan;
"kerana rm 30, habis tanah berelung"
Tak sedar jugak?????
belajarlah jadi pandai
Tu lah pasal
Lain kali undi PR
Catat Ulasan