Selasa, 30 Mac 2010

BERSATU BERTAMBAH KUTU



UTARA SEKOLAH BARU LIMA TAHUN RETAK
– berita hairan

Sebuah sekolah yang baru berusia kira-kira lima tahun dan dibina dengan kos RM15 juta, terpaksa menjalani kerja baik pulih dipercayai menelan belanja yang agak tinggi disebabkan mengalami kerosakan serius pada strukturnya.

Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu, di sini, yang menempatkan kira-kira 700 murid Tahun Satu hingga Tahun Enam mengalami keretakan serius di beberapa bahagian dinding, selain lantainya mendap dipercayai akibat tanah tapak bangunan itu tidak stabil. Selain itu, struktur bumbung bangunan sekolah itu juga bermasalah.
Tinjauan Berita Harian di sekolah itu mendapati, kerja membaik pulih bangunan sekolah itu giat dijalankan selain beberapa bahagian bumbung dipasang alang besi bagi memastikan ia lebih kukuh dan selamat.

Ibu bapa yang datang menghantar atau menjemput anak mereka ke sekolah itu tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah oleh pihak pengurusan.

Seorang bapa yang enggan dikenali mendakwa, kerosakan bangunan sekolah itu dikesan sejak setahun lalu.
"Kita hairan bagaimana sekolah yang baru lima tahun dibina sudah mengalami pelbagai kerosakan teruk hingga terpaksa dibaik pulih dengan kos yang tinggi.

"Kita mahu pihak berkuasa membuat siasatan terperinci supaya tidak berlaku pembaziran wang rakyat," katanya.

Beliau juga mendakwa, kerosakan bangunan sekolah itu boleh menjejaskan pembelajaran murid di situ.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Amran, 43, berkata berlaku kejadian tanah jerlus di dalam dewan sekolah itu bagaimanapun lubangnya sudah dikambus bagi mengelak kejadian tidak diingini.

"Kita bimbang kerosakan itu boleh membahayakan murid yang sedang belajar dan berharap pihak berkuasa memastikan perkara ini tidak berulang,” katanya.

KAH KAH KAH…

woit… SATU LAGI PTROJEK KRONI….kah kah kah..

kah kah kah… JAMIN INI KONTREKTOR BUMIPUTERA…kah kah kah..

kah kah kah… KALAU TIDAK PUN…BUMI MAIN CON…. CHINA BUAT SUB CON…. kah kah kah..

kah kah kah… HIDUP MELAYU…. RUNTUH BANGUNAN SEKOLAH…. kah kah kah

kah kah kah... BERSATU BERTAMABAH KUTU !... kah kah kah




5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jahanam 1 Malaysia.
bila tuhan dh marah, dia akan tunjukkan 'kecelakaan' yg dicipta oleh lahanat umno.
kesian.. masih ramai 'bijak pandai' kononnya.. yg tak celik2 hati lg.. damn.

Tanpa Nama berkata...

Tunggu runtuh, walaupun projek BN yang gagal, mesti MB Azizan kene pancung punyer...

Takkan kontrekter tak paham kot nak buat sekolah camana kalau kawasan sawah padai area Kola Kedah ni????

Lang berkata...

Aku tak hairan dengan berita tu... di tempat aku sekolah baru berumur lima tahun tapi bumbung sudah melengkung sana sini. Laporan sudah dihantar kepihak berkuasa, tapi sampai la ni hampeh... agaknya tunggu bumbung tu hempat murid-murid baru nak buat kerja baik pulih.

Sudin berkata...

Diperhatikan dari awal pembinaan sesebuah bangunan sudah berlaku kerja rasuah dan penyelewengan.
Akibat kerajaan yang korup nyawa dipandang enteng.

Duit bagi mereka adalah segalanya.
Nyawa belakang kira.
Bermula dari perancangan,pelan dan seterusnya rasuah di kalangan kaki-tangan kerajaan sudah berlegar.

Apakah dalam siasatan cerucuk(piling) pun akan digali ?
Samada kayu bakau atau konkrit yang pasti tidak mengikut spesifikasi.
Bayangkan cerucuk yang sepatutnya 30kaki cuma tinggal 15kaki.
Macam mana tak retak dan runtuh...setengah telah hilang kerana rasuah.
Belum lagi hal campuran bahan binaan.
K/Tangan yang menyelia perut boroi...duduk kedai kopi tunggu duit kopi.
Ada yang makan bulan...hujung bulan duit kopi masuk.

Tapak yang telah digerudi(bore)menunjukkan berapa kedalaman sesuatu cerucuk....
Paling menyedihkan kawasan perumahan awam kos rendah.

Kontrektor AliBaba ni kalau tak buat kerja rasuah macam mana nak tanggung bini 8,anak 35 orang,malam karaoke.....

Perkara ini tak akan berlaku kalau pemimpin negara sendiri tidak korup.
Bila rasuah dah tukar jadi komisen maka tunggulah kehancuran.

K/Tangan kerajaan yang masih bertahan cuma mereka yang percaya balasan di akhirat kelak,biar sebesar zarah akan dihitung.

Tanpa Nama berkata...

Encik TT. Kita amat berbangga kerana bangunan itu hanya retak

Keretakan berpunca drp "kecuaian budak-budak" di sekolah itu

Tambahan pula bangunan itu SUDAH berusia 5 tahun. Sepatutnya bangunan yang berumur setua 5 tahun seperti itu sudah jahanam teruk, tetapi oleh sebab kontrektor yang membinanya dahulu amat berkualiti maka bangunan itu hanya retak sahaja

biasalah tu

Projek baik pulih sedang berjalan lancar oleh kontrektor bumi kelas F. Dijangka struktur yang dibaiki boleh bertahan lama iaitu setahun 2 bulan kerana menggunakan teknologi nano terkini.