Isnin, 5 Julai 2010

KESAH PAGI SENIN




SEBUAH KANDANG LEMBU YANG BARU DI BINA DI SHAH ALAM



REBAN AYAM JADI TEMPAT TINGGAL - melayau

Akibat kesempitan hidup, sebuah keluarga di Kampung Pauh Dalam, Pengkalan Chepa di sini menjadikan bahagian bawah sebuah rumah yang tingginya hanya kira-kira satu meter sebagai tempat tinggal mereka.

Bahagian kolong rumah itu yang keluasannya hanya kira-kira tiga meter persegi dan didiami oleh Fatimah Jalim, 36, bersama suaminya Yusuf Wahab, 35, sejak tiga tahun lalu, asalnya merupakan sebuah reban ayam.

Dengan hanya menggunakan jaring besi sebagai dinding, di situ jugalah pasangan tersebut membesarkan tiga anak mereka iaitu Nor Atikah, 6, Mohd. Haikal, 5, dan Mohd. Aiman, 3.

Fatimah berkata, kesempitan hidup yang dihadapi termasuk suaminya yang tidak mempunyai pekerjaan tetap menyebabkan mereka tidak mempunyai pilihan yang lebih baik.
"Setiap hari kena merangkak, sudah tiga tahun macam ini. Terpaksalah terima walaupun sedih.

"Kalau diberi peluang siapa yang tidak mahu rumah lebih baik berbanding hanya tidur beralaskan tikar getah di bawah kolong yang dulunya merupakan sebuah reban," demikian ujar Fatimah dengan wajah sayu.

Fatimah ditemui sewaktu menerima lawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil di rumahnya di sini semalam.

Turut bersama dalam lawatan berkenaan ialah Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, Md. Noor Chik dan Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Dali Hussin.

NOTA:
mari kita fahami berita ini :
ianya membuktikan masih ada di kalangan kita
yang tercicir dalam kehidupan. hidup dalam penuh
kemiskinan. ada pelbagai sebab kenapa kemiskinan
melanda keluaraga ini.

siapa hendak kita salahkan?
diri kita sendiri.
kita benarkan ini berlaku
dihadapan mata kita sendiri.

masalah ini sebenarnya adalah tanggung jawab kita
semua jika kita mengakui diri kita sebagai warga yang bertanggung jawab.

para politkus kita – dari parti apa pun – sering menggunakan
kemiskinan ini sebagai kerja dan budi baik mereka. ini salah.

kemiskinan bukan dilawan dengan memberika beras dan ikan masin.
kemiskinan lahir dari struktur masyarakat itu sendiri. agihan kekayaan
yang kurang adil adah penyebab utama.

beri beras , beri gula, beri telor , beri duit – memang boleh melegakan kesusahan
sang keluarga. ini langkah betul. sesiapa yang
melakukannya telah membuat amal yang baik.

tapi untuk berapa lama?

disinilah seharusnya gedung-gedung ilmu kita mengeluar kan pandangan
dan pendapat. mengeluarkan cadangan dan thesis. mengajukan cara
menyuluruh untuk memastikan tidak ada sesiapa yang tecicicir jatuh
miskin.

kita bersedih bila membaca berita ini.
kita bersimpati apabila menghayati berita ini.
tapi bersimpati dan menghayati hanya pembuka mata.
kunci nya pada diri kita sendiri.

dalam dunia ini yang jahat bukan ramai
kejahatan dan kebebalan muncul apabila orang baik tidak melakukan apa-apa.


22 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

banyak betulnya ambillah dia sebagai penggerak pemurnian oleh pemburu-pemburu akhirat....pengorbanan perjuagan untuk anak semua manusia!

Tanpa Nama berkata...

tuan tt kasi saya sayu di pagi senin...

anyway...

tt tengok bola piala dunia tak?

sokong team apa?

jangan lak ko cakap world cup nie sistem ekonomi kapitalis pulak...hehehehehehe

Pak Oncu berkata...

Bro,,,,, gua cadangkan kepada NGO`s yang ghairah sangat nak hantar bantuan perubatan atau wang hengget ke negara asing tu, mengkaji semula cadangan mereka itu,,,, !!! di malaysia ni masih ramai yg susah,,, !! sendiri mau hinngat laaaa hahahahahahah

Tanpa Nama berkata...

mengikut Undang-Undang 3 (23) kanun tukar tiub, kenyataan Utusan moloya mesti dibaca dengan nota kaki, sila baca nota kaki :"Turut bersama dalam lawatan berkenaan ialah Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, Md. Noor Chik dan Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Dali Hussin".
Melayu nak kena tipu, mana ada org berumur 35 tahun boleh tinggal dlam reban ayam. Tapak rumah atas reban ayam, bukan dalam reban ayam.

Sivakumar berkata...

Tukartiub cakap: "kejahatan dan kebebalan muncul apabila orang baik tidak melakukan apa-apa"

INI SAYA SETUJU HUNDRED PERCENT 100%!!!

Yang pakar fikir dan buat PhD semua harus kaji cara memperbaiki hidup rakyat pada tahap yang basic dulu! Bukan nak buat formula matematik yang berjela-jela dan tiada kaitan dengan benda praktikal!

Tanpa Nama berkata...

betul bro...sedih la artikel hari ni..
Ya Allah! Kau hapuskanlah gerombolan!!
Amin

KTB berkata...

Lebih baik beri mereka joran dan kail daripada beri mereka ikan setiap hari.

Tanpa Nama berkata...

aku nk pow yg ni "kejahatan dan kebebalan muncul apabila orang baik tidak melakukan apa-apa"

Tanpa Nama berkata...

Isham, ko dah tanya ka kat Pak Ungku Azit hal ni? Dia dah beratus2 thesis disiapkan untuk kerja2 membasmi kemiskinan. Buku2 yang dia tulis ajerpun, telah ber-rak-rak tak sempat nak publish. KDN tahan rasanya kot?

Buku2 dia sumer pasal membangunkan ekonomi orang2 miskin. Anak2 dia pun masih hidup miskin, zeti akhtar tu miskin sungguh, nak beli tudung tutup aurat pun tak mampu... inikan pulak nak membantu orang2 miskin.

umar al khattab berkata...

"Turut bersama dalam lawatan berkenaan ialah Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, Md. Noor Chik dan Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Dali Hussin"

..nak jugak ambil pot tu. budaya bangsat si hipokrit yang tak mengerti langsung erti ikhlas. ada apa lagi nilai yang ada pada diri kalian..????????

Tanpa Nama berkata...

"dalam dunia ini yang jahat bukan ramai
kejahatan dan kebebalan muncul apabila orang baik tidak melakukan apa-apa."

Sangat setuju dengan ayat ini ;)

Tanpa Nama berkata...

"REBAN AYAM JADI TEMPAT TINGGAL - melayau"

Rumah siapa ini ?!

Bukan ke ini rumah "Penyamun yang HALAL" ?
Kah.kah........Kah...

Bukan ke ini rumah " Penjudi yang HALAL" ?
Kah.kah........Kah...

Bukan ke ini rumah "Ayam bapa yang HALAL dan Suci" ?
Kah.kah........Kah...

Kah...kah...kah...
Kah...kah...kah...
Booo....bot...bot...
Oopss.....solli....boss.mengebom lagi...
Kah...kah...kah...


"He that first cries out stop thief, is often he that has stolen the treasure."
William Congreve, Love for Love (1695)
English dramatist (1670 - 1729)

Tanpa Nama berkata...

Dan kalau ada orang yang cuba nak tolong mesti ada yang memekik terlolong yang orang-orang sedemikian hanya boleh ditolong oleh orang sebangsa.

Lang berkata...

kalau zakat diagihkan pada yg berhak... petaka ini takkan melanda... kalau zakat tak dilanyak untuk bina bangunan tinggi2 beli kenderaan mahal2... satu hari nanti pasti tiada lagi kefakiran dimesia ni...

kita sering melihat kepapaan diluar yg jauh dari mata dengan jelas tetapi membutakan mata pada kefakiran di depan bijik mata sendiri.... apa peranan mereka yg diamanahkan mengendalikan tabung oramng islam di pusat zakat dan baitulmal?

Tanpa Nama berkata...

tersentuh saya,, istiqamahlah tuan dengan ulasan2 yang menaikkan bulu tengkuk!

Tanpa Nama berkata...

Reban Ayam jadi rumah kediaman di negeri serambi mekah???Mana pergi wali selipar tak nak bantu ke...Kat Pulau Pinang buah pala dah gugur sekarang ni pokok asam pulak nak kena tebang...mana pergi wali selipar and the gangs
Kadang-kadang malas nak cerita pasal orang Pulau Pinang ni..Biasa le keturunan pengkhianat besar melayu orang Pulau Pinang,bapak Yahudi Melayu pun dari Pulau Pinang dan Pulau Pinang di hadiahkan oleh Inggris oleh Sultan Kedah masa dulu...Kerabat ni jugak yang bagi bagi Singapura keluar dari Malaysia dan isu Limbang bagi ke Brunei Blok L dan M yang bagi orang Pulau Pinang jugak...Boria Melayu Pulau Pinang ni le yang paling banyak buat taik....Citer pun tak guna jalan terpantas dirikan Kem Askar Melayu terbesar Malaysia di Pulau Pinang dengan kadar segera....melayu Pulau Pinang oh melayu Pulau Pinang.....Biak pi la....dah lagu tu ...lantak pi la weeiiii....

nak kaya masuk ameno, sebat jangan tak sebat berkata...

Orang dulu2 kate, kalau nak kaya kena bela toyol, jadi tak hairanlah kalau orang yang bela toyol tu kaya.

Orang dulu2 kate, kalau tak nak bagi toyol masuk rumah, kena peliharan ikan puyu atau taburkan kacang hijau dekan pintu rumah. Tapi kalau nak lagi power letak Penyapu secara bediri dekat pintu rumah, sebab tu anak2 toyol suka kat penyapu.

betul ka?
tau tak pe!!

blogenstarz berkata...

"para politkus kita – dari parti apa pun – sering menggunakan
kemiskinan ini sebagai kerja dan budi baik mereka. ini salah."

Hisham..
Jangan keperihatinan anda disalah letak.... bro....
Buat lah yang terbaik untuk:-
=TANAH MELAYU=

mampukah kita melaksanakannya berkata...

MACAM-MACAM CARA KITA BOLIH MEMBASMI KEMISKINAN, TAPI RAMAI JADI TEWAS, BILA PEGANG JAWATAN TINGGI DAN MEMEGANG AMANAH.

KAKITANGAN AWAM YANG SERAMAI 1.2 JUTA ORANG BOLIH MEMBANTU KERAJAAN UNTUK MEMBANTU KEMISKINAN, CUBA KITA BAYANGKAN, SETIAP SEORANG KAKITANGAN AWAM MEMBERI SUMBANGAN RM1 BAGI TUJUAN MEMBANTU KEMISKINAN, JADI KITA MEMPEROLIHI SEBANYAK RM1.2 JUTA SETIAP BULAN DAN SETAHUN KITA MEMPUNYAI RM12.6 JUTA.

RUMAH PPRT KOS LEBIHKURANG RM25 RIBU SEBUAH, SEBULAN KITA DAPAT SUMBANGKAN LEBIH 50 BUAH, KALI SETAHUN DAH 600 BUAH RUMAH PPRT, KALAU 20 TAHUN.

KALAU NAK BANTU TAK PAYAH BANYAK RM1 SUDAH CUKUP, TAPI AMANAHKAH MEREKA YANG DIBERI AMANAH INI. FIKIR-FIKIRKAN LAH.

HARAP-HARAP KALAU PKR MEMERINTAH MALAYSIA, PERKARA INI DAPAT DILAKSANAKAN, HANYA RM1 SEBULAN KITA DAPAT MEMBINA LEBIH 50 BUAH RUMAH PPRT SEBULAN.

lau betol beri alamat penuh kakak ni berkata...

ni trick lama nih, trick umno tahun 1970-an dan 80-an dulu masih pakai lagi untuk abad ke-21 ni!

kenapa tak tanya tuan rumah, kenapa sanggup biarkan kakak tu tinggal bawah rumah???

apsal tak jumpa dan wawancara dgn tuan rumah sekali, biar dia cerita, baru boleh kita semua 1Malaya percaya.

dan beri nombor telefon tuan rumah/handset dan nombor akaun bank jika ada...ataupon alamat penuh biar semua rakyat 1Malaysia jika berkunjung ke kelantan boleh melawat kakak yg duk bawah rumah (reban ayam buat bawah rumah??? busuk woi ayam letak bawah umah)supaya dpt sama2 beri bantuan dan sebagai mengambil iktibar kisah dia, kalu nk menipu pun biarlah logik wahai wanita umno...
mcm lah rakyat malaysia bodoh sgt mcm pembodek umno.

muak dah berkata...

aku nak kau orang semua berfkir..atas fakta mamat ni..umur 35 tahun,lelaki sehat sebab boleh kerja jadi pemandu lori,badan mesti kuat dan sihat.anak ramaikan mesti masih power.duduk bawah kolong dah 3 tahun...
1)macam mana pendatang asing tanpa izin lagikan boleh hidup senang mewah di negara kita.mamat ni warganegara bib.
2)umur 35,akal waras,kenapa tak guna tenaga yang ada untuk cari lebih.kerja sambilan bawa lori 2 trip sebulan,lagi 28 hari mamat ni buat apa?.main telor aje ke kat rumah?.( marah ni ).
3)entah-entah mamat ada penyakit mim alif lam sin tak?, gila burung tak,asyik naik haji aje tak,atau suka jadi doktor dalam semak tak,atau suka buat rumah batu yang tak siap-siap tak.
4) tak pun memang sengaja nak cari publisiti tak, sebab ni memang trick hampeh yang selalu berlaku tambahan lagi kelantan,selangor,kedah maupun.penang.
5) mana pergi TV3 BERSAMA MU ?.dah 3 tahun tak jumpa benda ni,alih-alih keluar surat khabar.

Tanpa Nama berkata...

Nak tolong tak yah nak bagi alamat email or akaun pe hal le macam tu plak....mana pergi jkk kampung wakil rakyat dll pe hal le ni tak kira parti yang penting kenapa orang melayu kelantan tu duduk dalam reban...bodo..bodo...wali selipar wat apa..sekurang2nya menantu wali selipar tulung le bodo bodo