Isnin, 26 Julai 2010
LIMA PULUH TAHUN - UNDANG UNDANG ZALIM
BILIK SULIT
MALAM TAHAN TANPA BICARA SARAT MESEJ BENCI ISA - harakah daily
Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mencipta sedikit kelainan dalam menyampaikan mesej bantahan terhadap akta itu dengan menyalurkannya melalui seni dan hiburan.
Meneruskan kempen 50 Tahun ISA: Mansuh Sahaja! Bukan Pinda!, GMI dengan kerjasama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Damansara, Dr. Nasir Hashim, menganjurkan Malam Seni Tahanan Tanpa Bicara malam tadi yang diisi dengan pelbagai persembahan menarik termasuk deklamasi puisi daripada beliau sendiri.
(ini sajak yang dibacakan malam itu )
JANJI LELAKI ITU
SATU
mereka datang tidak di jemput
mereka sampai tidak memberi salam
mereka masuk tidak mengetuk pintu
mereka datang ditengah tengah gelap yang hitam
mereka datang dengan muka tertutup
mereka datang dengan menendang pintu
datang untuk menangkap
datang untuk mencekup
datang untuk menggempar
datang untuk menakutkan sesiapa saja yang akan takut
ayah itu di gari
isterinya memandang
anaknya menangis
tentangga mengintai intai
lalu dia di bawa pergi
sang isteri bingong
sang anak meraung lagi
tetangga menjauhkan diri
takut telibat berimplikasi
kemana agaknya sang suami di bawa lari
kemana agaknya sang ayah di bawa pergi
kemana agaknya polis ganas itu membawa dia pergi
heboh
heboh
heboh satu negeri
ada pengganas sedang beroperasi
untuk menjatuhkan kerjaan negeri
dua bulan kemudian sang ayah mucul kembali
dari kuala lumpur dia naik lori
waktu malam dinihari
dia dipindah ke sebuah penjara lagi
DUA
di kamunting kami dipertemukan
di kamunting kami di raikan
di kamunting kami di kurung dan di rayakan
di kamunting kami di kunci agar tahu harga kebebasan diri
satu hari dibilik bacaan
aku bertemu dengan si ayah
ianya seorang musliman yang warak
jantan yang berjanji kepada allah dan nabi untuk menjadi insan yang soleh
jantan yang berjanji kepada sang insteri untuk menjadi suami yang berbudi
jantan yang berjanji kepada anak untuk menjadi ayah yang sering memberi
jantan yang berjanji kepada alam untuk membawa kebajikan ke dunia ini
lalu kami bertegur sapa
lalu kami menjadi mesra
lalu kami bertukar cerita
tentang si anu
dengan si anu
tentang si polan
dengan si polan
sang isteri tidak datang melawat
sang anak jauh sekali
mahal harga tambang bas
dimana nak tidor
dimana nak bermalam
akhirnya tak perlu datang
akhirnya tak perlu bertandang
TIGA
dibilik bacaan kami bertemu sekali lagi
aku bertanya khabar
bertanya khabar seolah olah
kami baru pulang dari luar negeri
mukanya sedih tidak berseri
dia bercerita tentang anaknya ke sekolah
dia bercerita tentang bayaran hutang rumah
dia bercerita tentang isterinya yang susah
aku hanya mendengar
berat telinga mendengar
berat hati merasa
berat lagi sang isteri di rumah
berat lagi anak ke sekolah
lalu dia bercerita tentang rayuannya ditolak
lalu dia bercerita tentang semua tuduhan
lalu dia bercerita tentang malam dia di tahan
dia bercerita tentang pukulan dan tamparan
dia bercerita tentang tendang dan api rokok
dia bercerita tentang sumpah seranah yang diterima
dia bercerita tentang ancaman kepada anak dan isteri
kemudian dia mendongak ke langit
matanya memandang ke luar jendela
memandang ke arah bukit hijau
memandang ke alam bebas
EMPAT
ramadan pun sampai
maka kami pun beramal
sebulan kami berkhalwat
sebulan kami melihat hidup
sebulan kami bersendirian
ketika ramadan
aku juga mencuba menjadi lelaki yang baik
aku juga mencuba menjadi anak yang soleh
aku juga mencuba menjadi manusia yang membawa kebajikan
bila hari raya sampai
maka kunci itu pun di bukalah
pintu penjara luas terbuka
agar sanak saudara datang melawat
agar kaum keluarga berjabat mesra
pagi itu aku pun diziarahi keluarga
tidak aku sangka sangka
di meja hadapan aku
si jantan itu juga di kelilingi oleh anak dan isteri
ku lihat mukanya gembira ria
anak dipangku kiri
anak diriba kanan
isteri dihadapan
aku pun gembira sendiri
milihat kawan bersenang hati
mata aku liar memerhati dan mencari
mengintai bekalan jaudah hidangan mereka
aduh ! aku terperanjat tak percaya
apa yang aku lihat di pagi raya
bukan ketupat
bukan satay
bukan udang
bukan ayam
bukan lemang
bukan rendang
yang terhidang hanya mee goreng dan biskut kering
dan sebotol ayer lemonade
lalu aku mengalih mata
memandang ke atas bukit yang hijau
memandang ke alam bebas
LIMA
jam 7 pintu itu dikunci
maka aku pun terkurung
hari raya pun selesailah
malam pun datang
sehari telah berlalu
maka aku pun berjanji untuk menjadi manusia yang berbudi
maka aku pun berjanji untuk menjadi menusia yang memberi
maka aku pun berjanji untuk membawa kebajikan
untuk kau yang tidak tahu penjara
untuk kau yang belum ditahan tanpa bicara
untuk kau yang memiliki segala gala
kau dengar surah aku ini
di bumi ini orang orang baik lebih banyak dari orang orang jahat
di bumi ini orang orang baik lebih banyak dari orang orang jahat
jika kau ingin menjadi manusia yang baik
jika kau ingin menjadi manusia berbudi
jika kau ingin menjadi manusia pemberi
lakukan sesuatu untuk mengubah diri
kezaliman yang ada ini
sedang menunggu kau
menunggu kau yang baik hati
menunggu kau yang berbudi (TT)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
21 ulasan:
aku baik dalam jahat
baik pada baik
baik pada jahat
jahat pada jahat
yb
yaaa hapuskan ISA....ya termasuk ISA PENDEK SEKALI dan siapa2 ISA dalam gerombolan,,,kah...kah..kah
Tersentuh naluri kewanitaan ku TT dengan sajak itu..membaca tulisan mu Isham menjadikan aku beragam..satu cerita membaca tawa, satu cerita membawa tangis..
Memang kau wahai Hishamuddin rais, manusia yang punya keistimewaan luarbiasa. Memang padanlah kau menjadi siswa dulunya, otakmu bergeliga hingga ke usia senja!
Ha ha ha..
Ask..sajak Shahdula pulak Isham...kita Layannnnnnnnnnnnnnn..
:) ISA melahirkan pemikir. syabas ISA. dan pemikir ini akan menoggengkan ia menyembah bumi.
aku menangis membaca puisi ini. Tuhan akan membalas kezaliman mereka.
aku suka ayat kau yg selalu kau ulang2 ini..
'dalam dunia ini lbh ramai org baik dr org jahat,malangnya yg baik2 itu,ramai yg tidak buat apa2'
mmg btl...cuba lihat rakan2 disekeliling kita,cuba lihat abang2,kakak2,makcik2 di sekeliling tempat kita bekerja...berpa ramai ramai yg hanya sekadar 'oh kesiannya'...berapa ramai yg sekadar 'asalkan jgn kacau idup aku sudah'...berapa ramai yg berkata 'bangsa kita dlm bahaya..(sambil menghadam mcdogal)'...
tapi,kiralah berapa org yg berkata 'u fucking shit gerombolan'...
KAH KAH KAH
-madey kimak-
mohon di salin sajaknya,
ku harap semua penzalim2 menerima balasan yg setempal dgn apa yg mereka lakukan walaupun dgn tanpa kerelaan atau dgn erti kata sudah tugas nak buat macam mane!!!!
ALLAH ITU MAHA ADIL
ISA & ISO SATU AKTA @ UNDANG2 YG ZALIM
HANYA KERAJAAN SEPERTI ZIONS @ ISRAEL SAHAJA YG MENGUNAKANNYA, JIKA ADA NEGARA YG MENGUNAKAN IA SAMA SEPERTI MEREKA...
aku amat tersentuh dengan para ini:
ketika ramadan
aku juga mencuba menjadi lelaki yang baik
aku juga mencuba menjadi anak yang soleh
aku juga mencuba menjadi manusia yang membawa kebajikan
inilah tt,inilah manusia yang dikatakan komunis olih beberapa komunis upahan.
DR.BUDIMAN HASRUL SANI:
ISA tidak salah...yang SALAH ialah si pemimpin yang GILA KUASA, penguatkuasa yang terpedaya sang pemimpin berkuasa...Yang nyata pelaksanaan ISA itu tidak betul...asalnya objektif untuk anasir surversif KOMUNIS, CHAUVINIS dan yang melanggar PERLEMBAGAAN negara.Yang amat aku sedih, semasa pengaruh Lee Kuan Yew mengancam Malaysia pada era 1960-an dahulu, PM Tunku Abd.Rahman tidak pula berani menangkap LKY dengan ISA..apakah TAR sudah kena pau?Yang ironisnya kini anak watan semua bangsa yang berjuang menentang kezaliman,ketidakadilan sosial dan menentang korupsi politikus yang ditahan ISA tanpa bicara. lni yang menyalahi objektif ISA...sekarang rakyat China Komunis bermaharajalela di merata tempat dalam Malaysia..tidak perlu memburu di hutan seperti dahulu. Kah..kah..kah..tidakkah lucu?Tidakkah kita terfikir bahaya dan ancaman jangka panjang? Janganlah guna ISA untuk kepentingan politik BN. lSA patut dikekalkan demi keselamatan negara masa hadapan. Cuma penyalahgunaannya yang wajib kita BANTERAS!!!!
kau baca sajak yang terhebat kurun-21 ini. hingga sesak napas, terhenti degup jantung, kluar air dari segala lubang yang aku punya & akhirnya segala apa ku miliki telah SELARAS;
"Sajak Melayu Mudah Lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa.."
...Tun Mahadey
lupa, melupakan, kelupaan, terlupa, pelupa.. TOLONG SELARASKAN
Sajak Tukar Tiub memang menyentuh dan menggegarkan hati.
Thank you for it, brother.
Semoga tulisan you menggerakkan kita rakyat Malaysia untuk bertindak melawan kezaliman dan cuba mendirikan dunia yang caring dan prihatin.
aku pun menangis membaca sajak ini.Terasa diri hampeh sebab tak segagah Isham dan mereka yang pernah di ISAkan....semoga Allah terus memberi kekuatan dan pelindungan kepada mereka dan diberikan petunjuk yang selaras.
nak bagi sajak ni kek najib leh x?
TERBAIK TT
tersentuh lg hatiku wahai tuan tt,, rase cm dok dalam pulak,, dlm sajak tu mcm mne nasib yg dok lua tu lg sedih sbenarnye,,
hahaha..gua terpancut jua akhirnya... entot pun dah puas... apalagi? pancut ajerlah...
sajak terhebat? ya.. aku rasa sajak ini mungkin menjadi sajak umat melayu terhebat yang hanya akan jadi bahan sejarah setelah ISA tiada lagi...
di sini aku mahu bersurah...
bila melayu sudah hidupnya hilang kecerdikan..maka bodeklah menjadi pilihan
aku lihat, cina2 juga membodek rajagopal...lebih teruk dari melayu membodek rajagopal..
tapi melayu membodek tiada istimewanya.. menjadi cina pacal untuk rajagopal, terlalu speSIAL...
rajagopal boleh rembat lagi banyak yang melayu bodek boleh bagi...
rajagopal anak beranak hidup sudah kembung perut.. melayu pula membodohkan diri menyembah rajagopal yang tidak berbuat apa2..
hanya hidup mengabihkan boreh...rakyat sanggup meninggalkan kecerdikan, menggelupor menjunjung kebodohan..
akhirnya kebodohan menjadi raja... disukainya pula membodohakan diri sendiri menyembah rajagopal..
walaupun dirinya hanya tinggal pelir dua butir... masih mengharap dihargai rajagopal..
yea..yea.. nak raya pulak dah!!!
tersentuh hatiku...layannn
thanks TT
Tersentuh hati saya membaca sajak ini.
Catat Ulasan