Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Jumaat, 23 Julai 2010

SIAPA SUDAH KANTOI MANTOI




SIAPANG MIMPANG NAK JADANG MENTERANG BESANG KERAJANG PERPADUANG SELANGANG







PAK KHALID?


PAK ABU ?


PAK ROCK



HARUSSANI ENGGAN DEDAHKAN NAMA PEMIMPIN UMNO PAS
- minsider

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria tetap dengan pendiriannya tidak akan mendedahkan nama pemimpin Umno dan PAS walaupun dakwaan mengatakan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali telah menemuinya untuk membincangkan mengenai kerjasama antara kedua-dua parti Melayu itu Mei lalu.

Harussani ketika dihubungi The Malaysian Insider terkejut dengan laporan yang dikeluarkan oleh sebuah portal mengenai khabar angin itu.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini saya tidak akan sesekali dedahkan nama pemimpin Umno dan PAS yang menemui saya.

“Ia tidak akan keluar daripada mulut saya, biarlah empunyai diri yang mengaku,” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan sebuah blog iaitu Malaysia Waves yang secara terang-terang mengatakan pemimpin yang dimaksudkan Harussani ialah Hasan.

“Seperti saya kata sebelum ini, ada video yang diambil perjumpaan Harussani dengan Hasan Ali (dan mungkin Khairuddin Othman sekali),” katanya penulisnya Abdul Rahman Talib.

Khairuddin Othman merupakan setiausaha PAS Selangor.

Abdul Rahman yang lebih dikenali sebagai “Tulang Besi” bagaimanapun berkata beliau bersangka baik dan “kemungkinan Hasan cuma mahu berjumpa untuk mendapat maklumat sahaja”.

“Mereka yang mengambil video itu tidak mahu mendedahkan video ini kecuali Hasan Ali sendiri menafikan pertemuan ini,” katanya.

Menurut sumber, pertemuan antara Harussani dan Hasan memang berlaku dan ia diadakan di sebuah hotel di Ampang pada penghujung bulan lalu.

“Ya, pertemuan ini memang berlaku dan mereka (Harussani dan Hasan) membincangkan mengenai cara untuk menyatupadukan Umno dan PAS.



KHALID SAMAD BANGKIR ISU PEMIMPIN PAS JUMPA MUFTI PERAK AHAD INI
– minsider

Isu pertemuan pemimpin PAS dengan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, dipercayai Mei lalu berhubung soal kerjasama dan perpaduan dengan Umno akan dibangkitkan pada sesi munaqasah PAS Selangor Ahad ini, kata Yang Dipertua PAS Shah Alam Khalid Samad.

Khalid yang juga Ahli Parlimen kawasan itu menambah, jika tiada pihak yang membangkitkan isu berkenaan beliau sendiri akan membawa perkara itu untuk mendapatkan penjelasan.

“Kalau tak ada orang bangkit, saya akan bangkitkan,” kata beliau pada sidang media di pejabatnya di sini pagi ini.

Sesi munaqasah atau perbincangan itu diadakan oleh PAS negeri untuk menghalusi ucapan dasar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada muktamar tahunan yang berlangsung bulan lalu.

Sebelum ini, Harussani mendedahkan terdapat pemimpin Umno dan PAS yang menemuinya berhubung usaha mewujudkan kerjasama antara kedua-dua parti Melayu itu.

Dalam blognya semalam, Khalid menggesa PAS bertindak tegas terhadap pemimpinnya yang mengadakan pertemuan dengan Mufti Perak itu.

“Berhubung isu perjumpaan pemimpin PAS dengan Mufti Perak k pula, ianya amat mudah untuk dirumuskan. Sekirangnya ada mana-mana pemimpin PAS, walaupun atas kapasiti peribadinya, bertemu dengan Mufti Perak untuk meminta beliau mengusahakan kesatuan Umno dengan PAS, maka pemimpin tersebut tidak wala kepada parti.


KAH KAH KAH

woit…. KANTOI…. kah kah kah..

kah kah kah…. ADA VIDEO…. kah kah kah..

kah kah kah…. MANTOI…. kah kah kah…


( sekali lagi ulang baca )

Dalam sistem ekonomi kapitalis ini ada pemimpin Pas yang akan , yang telah dan yang sedang tewas dengan kuasa dan harta kekayaan. Contohnya kes cerai berai bekas Adun Pas dengan isteri keduanya. Sang isteri sedang menuntut berjuta-juta ringgit. Ini kerana sang isteri tahu – ketika bergomol mesra - bahawa sang suami ketika berkuasa dahulu pasti ada tanah disana dan tanah disini - ada saham ini dan saham itu. Ini realpolitik. Ianya tidak pula bermakna kita merendahkan keyakinan mereka terhadap Yang Maha Esa.

United Malays National Organisation sedar hal ini. Pas bukan mengajukan sistem ekonomi alternatif kepada kapitalisma. Pas seperti PKR dan DAP hanya berjanji untuk menguruskan kapitalisma dengan lebih baik. Asas sistemnya masih kapitalisma. Ini hakikat. Ini realpolitik.

United Malays National Organisation tahu siapa yang bercita-cita hendak menjadi Menteri Besar dalam Pas. Gerombolan mengetahui siapa dan siapa yang boleh di ‘makan’ di dalam Pas. Gerombolan juga tahu siapa yang bermimpi siang dan malam – pagi dan petang - untuk menjadi menteri kabinet dalam kerajaan Najib Rosmah.

Ini juga hakikat realpolitik. Menafikan ini adalah menafikan bahawa manusia, haiwan dan tumbuhan hidup di alam ini kerana ada cahaya matahari.

United Malays National Organisation akan terus mengasak untuk ‘berunding’ dengan Pas. Akan terdengar suara suara lantang menolak. Akan terdengar suara-suara pimpinan Pas menafikan itu dan ini. Dalam realpolitik semua berkemungkinan. Dalam realpolitik yang dicita-citakan ialah kuasa. Dengan kuasa manusia berpelung menobatkan dirinya dan mengumpul harta.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak baik mengutuk Yg Amat Berbhg Tan Sri Harussani. Bukan saja dia memperjuangkan Islam tetapi juga beliau bersungguh-sungguh mengajak kita umat islam bersatu padu. Sebagai seorang yang mulia, insaf saya percaya alasannya merupakan sesuatu yang kita perlu dalami.

Tanpa Nama berkata...

United Malays National Organisation hanya berminat pada PAS saja untuk bina kerajaan perpaduan..?

Perpaduan diwujudkan diatas penyatuan bangsa melayu tanpa agama..?

Kalau United Malays National Organisation ingin bersama PAS atas kepentingan bangsa melayu, kenapa bangsa melayu PKR tidak diajak bergabong bersama, apakah bangsa melayu dalam PKR itu akan dihapuskan kerana mereka dianggap bukan melayu tulen...?

Tidakah ini adalah tipu muslihat yang jelas United Malays National Organisation terhadap bangsa melayu keseluruhannya..?

Sanggupkah ahli PAS bersubahat bersama Hassan Ali yang bercita-cita mahu bergabong dengan United Malays National Organisation hanya untuk khianati bangsa melayu PKR demi memuaskan nafsu bawah perutnya bersama pemimpin United Malays National Organisation...?

Penyokong Pakatan Rakyat boleh melayan kerenah ini tapi jangan leka bahawa kakitangan Suruhanjaya Pilihanraya adalah lebih jahat dari Hassan Ali.

"Sediakan payung sebelum hujan..."

Tanpa Nama berkata...

tu lah Hassan.... dulu dah bagus2 jagi motivator nak jadi ahli politik... bila dah jadi ahli politik nampak kekayaan Selangor hilang hijau jadi pijau bijik mata..... ama cam...apa barang....sendiri mau ingat beb....

Khun Pana aka johanssm berkata...

Cakap nak padu madu tapi jumpa dalam hotel....cari ChinaDolls ke?
Dalam masjid tak boleh jumpa-jumpa ke?

memang ufti dan bukan nya mufti.

Tanpa Nama berkata...

Hahahaa, kocak dalam PAS Selangor dah nampak riaknya. Khalid akan bawa isu ni ke atas. Nampak tak agenda sebalik kejadian. Bagi aku, umno dah berjaya membongkar satu lagi perkara. MUNGKIN KHALID TAK NGAM DENGAN HASAN ALI. Siapa tahu?

ha ha ha berkata...

Uweeeeeekkkkkkkk..

Loye aku ..tak habis lagi ke..berpadu madu...

Just nak ingatkan YBhg Tan Sri Hj.Harussani..kalau setakat untuk berpadu madu Melayu baik tak payah kerana kerja Mufti untuk orang Islam bukan untuk Melayu ...ha ha ha. full stop.

kingkonglee69@gmail.com berkata...

hai hicyam,
gua cakap sama lu.
Pak Kalid Samat sangat berani & hebat bekas ISA.
Pak Abu sangat hebat berani & bekas ISA
Pak Rock sangat hebat ' heavy metal slowrock

Dr Hasan gavenor pas selangor sangat hebat cakap pakar motivasi

Harumsani mupti - gua tatak kenal

teganu kite berkata...

hisamudeng tukor tiub,

tulung gune base baku;
" KERA-JAANG PERPADU-WANG,
KERA-JAANG PERPADU-WANG,
KERA-JAANG PERPADU-WANG,.."
menurot geng teganu kite dari kawang2 nelayang; kera-jaang perpadu-wang tu same la dengan sekor ikang yang segor tapi doh jadi ikang burok lagi kohong, happok, busuk bbangor kerane ppeng llalat..

guane gamok teganu kite,.. dok kang gittu sokmo

Lang berkata...

perang saraf udah menampakkan kejayaan...

Tanpa Nama berkata...

DIDI KOTA BELUD BERKATA ; BEGINILAH JADINYA BILA DOCTOR HAIWAN DIPELAWA UNTUK MENGUBATI ORANG SAKIT.