Sabtu, 28 Ogos 2010

SELAMAT BERBUKA PUASA




TANYA LAH DIRI


hujung minggu ini
sibuk dan sibuk
membeli itu dan ini
melihat kasut menelek kain
memesan daging mengukur langsir
ibu membawa anak ke pasar
ayah membawa ibu ke pasar
abang membawa adik
adik membawa ibu
sibuk dan sibuk

setahun hanya sekali
setahun tak berulang lagi
berbuka petang ini
adalah berbuka petang ini

detik dan masa terus beredar
masa berjalan – hari berganti
daun daun gugur
padi di tanam akhirnya menguning masak
tahun bergantu tahun

petang ini ketika melihat juadah hidangan
maghrib ini ketika melihat detik detik sampai
tanyakan pada diri
kenapa aku disini
untuk apa aku kemari

bila kau tahu jawapanya
tenanglah hati mu
setenang hari seorang syahdu

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ku di sini utk merayakan khidupan dunia dan akhirat..

Sivakumar berkata...

Nik Aziz cakap apa salah Teo Ni Ching masuk surau atau masjid.

Katanya zaman Nabi ramai orang bukan Islam masuk tinggal dan buat aktiviti dalam masjid.

Dia kata kita ni jahil agama Islam.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/nik-aziz-pertahan-anggota-parlimen-teo/

The Clown berkata...

Damai rasa hati membaca entri tuan kali ini. Jauh dari tohmah dan fitnah.

Tanpa Nama berkata...

..saya jumpa yang ni bukan setakat masuk masjid tapi siap belajar sembahyang lagi...eee' mana fakwa ni..encik harun bin sani?

http://kedahlanie.blogspot.com/2010/08/ini-lagi-teruk-bukannya-buat-tazkirah.html

Tanpa Nama berkata...

TT, acara buka puasa Reunion UBU dan buat, tahniah dan tk, acara hari raya Reunion UBU tak mau buat ka? boleh aku bawak lemang dan rendang beli tepi highway..ka..ka..ka..

mosabit berkata...

woitttt....orang yg pertama masuk mesjid dari belum siap..sampai siap dibina adalh cina..bangla..india...

ada yg plaster..ada yg pasang tingkap..ada yg wiring...ada yg mengecat...ada yg pasang sound system.....

last sekali dia orang pasang karpet......

nak harapkan orang islam buat masjid?...

kah kah kah kah kah kah ....

salam omar berkata...

semoga dimana2 pun.