Rabu, 22 September 2010
SALUT UNTUK MEREKA YANG BERANI
ANAK MUDA BANGUN MELAWAN !
BINI PUAKA : MAHASISWA ADAKAN PERHIMPUNAN – harakah daily
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menyeru seluruh mahasiswa turun ke Mahkamah Jalan Duta 24 September ini bagi mendengar keputusan perbicaraan kes "bini puaka" melibatkan lima pelajar Universiti Malaya (UM).
Setiausaha SMM, Mohd Ridzuan Othman berkata, himpunan itu sebagai menyatakan harapan keadilan di peringkat seluruh mahasiswa kepada institusi kehakiman di Malaysia.
Ridzuan dalam kenyataannya kepada Harakahdaily berkata, beliau yakin akan kreadibiliti Mahkamah di Malaysia sebagai telus, adil dan bijaksana dalam menilai setiap fakta kes.
"Saya mengharapkan seluruh mahasiswa, aktivis dan masyarakat untuk sama-sama berdoa bagi kemenangan kes ini", kata Ridzuan.
SMM juga meminta seluruh mahasiswa Islam agar mengadakan solat hajat untuk kemenangan kepada mahasiswa yang ditindas di dalam kes tersebut.
KENYATAAN MAHASISWA
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) memandang serius terhadap semua kes melibatkan mahasiswa sepanjang tahun ini terutama dua kes berprofil tinggi – ‘Rosmah Puaka’ dan ‘UKM 4′ – serta menyeru mahasiswa bangkit memberi sokongan.
“Kebanyakan kes melibatkan pertembungan di antara mahasiswa dan pentadbiran universiti serta pemerintah,” kata Ahli Majlis Pimpinan SMM Hilman Idham dalam satu kenyataan media hari ini.
Keputusan ‘prima facie’ kes ‘Rosmah Puaka’ akan didengar pada 24 September manakala penghakiman kes ‘UKM 4′ akan dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 September ini.
Dalam menghadapi dua kes tersebut katanya, SMM menyeru seluruh mahasiswa, anak muda serta rakyat Malaysia menyatakan sokongan dan memberi semangat serta kekuatan.
Menurut beliau, kedua-dua kes ini adalah pemangkin kepada kebangkitan seluruh mahasiswa di Malaysia.
“Kes ‘Rosmah Puaka’ dan ‘Kes UKM 4’ adalah kes yang melibatkan penindasan dan kezaliman terhadap mahasiswa. Atas nama perpaduan pelajar, SMM mengesa seluruh mahasiswa bersatu, biar dari pelbagai latar dan fahaman, agar menuntut keadilan buat mahasiswa.
Justeru itu, SMM akan memobilasi mahasiswa, berkumpul di Mahkamah untuk mendengar keputusan bagi kedua kes ini. Kita juga menyeru agar seluruh mahasiswa, anak muda dan rakyat Malaysia hadir untuk menyatakan sokongan mereka,” ujar beliau.
nota:
panggilan untuk anak anak muda:
bagitu lama anak muda kaum pelajar
ditindas – masanya telah tiba untuk mereka
bangun melawan. anak muda tidak ada pilihan
anak muda jangan benarkan diri dituakan
anak muda lakukan apa yang muda
anak muda jadi mudalah kamu
anak muda peta kan hari ini
untuk hari esok
anak muda dunia ini akhirnya
milik kamu
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
Mereka - mereka ini belum kenal erti warna kehidupan sebenar .... Yang ada dalam jiwa mereka - mereka ini adalah keyakinan berpaksikan jiwa anak - anak muda ...
Dunia akademik, buku & teori tidak ajar tentang barisan jalanan ....
Dunia akademik, buku & teori ajar kita tentang berfikir guna akal, buka minda & berjuang atas landasan yg mengikut hukum.
Jangan jd hamba jalanan .... kelak nanti perjuangan anda semua tidak kemana.
Aku bukan org UMNO, PAS, DAP atau PKR.
Salut untuk mereka yang berani.
Itu untuk mahasiswa Malaysia.
Mahasiswa harapan bangsa.
Salut untuk Tukar Tiub.
Ini untuk Bro Isham.
Sebab tak delete atau edit komen-komen yang kadang-kadang boleh menyenakkan perut.
Syabas Bro Isham!
saya sambung sedikit...
Anak muda jangan hampakan harapan orang tua.
Anak muda jangan sekadar cari ilmu tapi cari keadilan.
Anak muda jangan jadi anak muda yang dibonzaikan minda.
Catat Ulasan