Isnin, 18 Oktober 2010
MEI 68 SEKALI LAGI
DARI PARIS KE KUALA LUMPUR
nota:
bakal pemimpin anak muda
che gu badrul meneruskan
tradisi turun ke jalan raya !
LA JEUNESSE DAN LA RUE – ANAK MUDA NAK MUDA DI JALAN RAYA
Sekali lagi Peranchis dilanggar oleh kekuatan anak anak muda. Kali akhir tahun Mei 1968 dahulu. Mei 68 di panggil - revolusi yang hampir – the almost revolution. Ketika itu berjuta anak muda, mahasiswa , kaum buruh, kaum proletar bangun memberontak di seluruh Peranchis.
Kerajaan de Gaulle hampir runtuh. Nixon di Amerika. Mao di Tiongkok. Perang Dingin turun ke jalan raya.
Kali ini (2010 )sejarah berulang lagi. Kerajaan kanan Sarkozy atau nama cilakanya Sarko sedang di dobrak di jalan-jalan raya di seluruh kota kota besar Peranchis.
Sarko dilawan kerana memperkenal agenda anti kaum buruh, anti gulungan kiri, anti kaum imigran dan anti anak muda.
Tarikh umur pencen di panjangkan. Kini buruh dan kaum pekerja hanya boleh pencen apabila umur mereka 62 tahun – di tambah dua tahun lagi. Ini menjadikan kaum buruh naik angin dan keluar ke jalan raya.
Semenjak menjadi Presiden – Sarko telah membuat dasar-dasar pro kapital – melahirkan dasar dan polisi untuk menyokong kaum pemodal dan menindas kaum buruh. Langkah-langkah yang di perkenalkan oleh EU dan Sarko semuanya tidak meringankan beban kaum pekerja.
Peranchis masih kukuh dengan tradisi kesatuan buruh kiri dan kesatuan kaum buruh komunis – merasa di cabar – lalu kaum buruh turun ke jalan raya.
Apa yang berlaku di Peranchis ini akan mengombak ke Eropah. Keadaan ekonomi Eropah semakin meruncing. Greece, Iceland, Ireland – pada hakikatnya telah bangkrap. Ini akan diikuti oleh Italy, Sepanyol dan Portugal.
Ekonomi EU kedua terbesar sesudah Amerika sedang menguncup. Jika Eropah tidak membeli dan memakai barangan buatan negara dunia ke tiga maka pasaran jual beli dunia akan merundum.
Malaysia adalah rakan niaga EU yang penting.
Justeru krisis ekonomi Erolah ini akan datang melanda kita.
Anak muda dan kaum buruh di Malaysia juga tidak ada pilihan melainkan turun ke jalan raya.
Bukan pilihanraya tetapi pilihan jalan raya.(TT)
TRADISI REVOLUSI DI TERUSKAN
JOHN DUA TAHUN AWAL BEREVOLUSI
PEMIMPIN PELAJAR PEGGERAK MEI 68
KOTA PARIS MEI 68
nota:
kaum kapitalis mula merasa takut
apabila anak anak muda turun ke jalan raya !
Labels:
anak muda berani bangun melawan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
13 ulasan:
hai hicyam,
Evening in PARIS,
LA JEUNESSE DAN LA RUE – ANAK MUDA DI JALAN RAYA
Cilaka lahanat lu Sarko Ze,
lu punya kawan di Malayzie pon sama:- SPR, SPRM, PDRM, JUDICIARY & cukong naga kepala bapak lu punya - Sarko Ze anti marhen, anti revolusioner, anti reform,antidemokrasi, anti demontrasi, eksploitasi agama, anti orang muda, anti proletar, anti media, anti akademik & anti lu sendiri punya sajarah.
Hancor lu Sarko Ze,
Le Diamant
Le diamante brille
Sur de velours sombre
Pourtant, les cristaux aussi
Berne tout le monde
Mais ce n’est pas le roi bijoutier
MAKNANYA
Jauhari mengenal manikam
Bersinar di atas baldu
Kaca memancar lagi manikam
Menyusuk hati palsu
Jauhari tidak tertipu
Reform & Revolt !!!
Selagi hidup selagi itu melawan.
harap anak muda tidak mudah kena beli....haramjadah kepada pembeli maruah...
satu peringatan untuk pemimpin.Tak mustahil perkare ini akan berlaku dimalaysia kalau pemimpin melihat tapi tak nampak,yg ader mulut tapi tak ndak bercakap benor dan yg ader otak tapi dipakai utk menyusahkan rakyat.Rakyat tengah sabor ni,esok kalau demer ilang sabor,macam2 bulih jadi,Sejarah telah membuktikannyer...
KUALA LUMPUR:
Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dianugerahkan gelaran Ulul Amri Keempat Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) pada perhimpunan pertubuhan itu di Kepala Batas, Pulau Pinang, 20 November ini.
NOTA:
AGAK2 MAT SEMBAB NIE TAHU KE NAK SILAT LINCAH?
LA LUTTE CONTINUE!
la cotey el pundek
ken wilbur one of the architects?..eh..mmm..pasai tu lah revolusi mei 68 ini separuh gagal...wilbur's version of integral philosophy based on buddhism,advaita "waaaak ptuih"!
Wei Tanpa Nama 19:34 di atas
Awak "waaak ptuih" kat agama Buddha tu apasal?
Kalau orang "waaak ptuih" kat agama kau ramai-ramai kau suka tak?
"Waaaaaak ptuih" kat lu agama lu jugak skang, camana ko rasa skang?
BODOH DAN BANGANG.
Kamu yang suka kepada demotrasi jalanan adalah manusia yang JUMUD.
Manusia yang tiada apa2.Yang ada hanyalah JIWA YANG KACAU yang memusnahkan sedikit warna putih dihati kamu,
Merana dan derita adalah peninggalan kamu kepada anak2 dan isteri kamu yang terbiar.....
PKR akan kekal jadi pembangkang kalau syok sangat nak ke jalanraya.
Menguruskan negara tidaklah semudah turun ke jalanraya. Ia memerlukan skillset yang lain. Skillset ini yang perlu diyakini pada pengundi.
rajin sangat ke jalanraya, pengundi tak dicari.
menang sorak genggam penumbuk. time election, kalah.
ahli sendiri pun tak tau berapa orang. ahli AMK pun tak tau yang dia jadi ahli PKR.
amende ni ?
//Wei Tanpa Nama 19:34 di atas
Awak "waaak ptuih" kat agama Buddha tu apasal?
Kalau orang "waaak ptuih" kat agama kau ramai-ramai kau suka tak?
"Waaaaaak ptuih" kat lu agama lu jugak skang, camana ko rasa skang?//
yo stupid mofo!!not at buddhismlah..chow cibai lu..waak pthuih at wilbur integral mumbo jumbo!..u taukah wilburs falsampah?ada pi masok laman/blog integral community?sudahlah bodoh campur bangang..woi fokker..u cannot create a grand metahpyshical philosphy based on intellctual,mental jingosimlah..moron!!u can only creat a higly distorteded version,if one doesnt expereince anything spiritual..there r western scholar,mystics(in modern times) that deserve respect..for example aldoux huxley..lain kali,moron,swith on ur brain!and what aspect of the absolute does buddhism represnet?can u answer that mofo!!??
Bila lu mau siarkan apa gua tulis? Lu kata lu dokong kebebasan bersuara. Tapi apa hal lu x siarkan hisam? Gua cuma kata lu cuba aturkan amk letak proksi lu.
Tulisan awalnya mana?
Catat Ulasan