Isnin, 8 November 2010

DARI KLUANG DENGAN INGATAN




KAMI YANG TIDAK MERAJUK



nota:
inilah gambar kami kami
yang tidak merajuk
pada malam itu
ini gambar sejarah
100 tahun dari hari ini
orang akan bertanya:
siapa yang merajuk malam itu ? kah kah kah



INI DIA KESAHNYA


program malam itu tidak berjaya digagalkan oleh hujan renyai.
program malam itu tidak berjaya di gagalkan oleh samad said yang tak sampai.
anak muda tak akan gagal.

lewat petang sebelum malam sampai berpuluh puluh anak muda yang cool dan counter culture meloncat dan mengambur bermain papan luncur – aku hanya mengintai – ini bukan genre aku. kalau aku ingin mencuba wajib ada red cross dan bomoh duduk berhampiran

penganjur memang pandai cari lubang dan wilayah yang stratejik – ramai yang berkumpul bila nik mula memetik gitar dan melagukan suaranya. siapa yang tak pernah mendengar nik berlagu sila dapatkan albumnya – ini anak muda yang hebat – lagu dan petikan gitarnya cukup hebat – suaranya lunak kasar dan jelas, suaran jantan dan mengancam.

nota: bila aku sampai seorang wanita yang baik hati telah menghadiahkan aku kueh putu bamboo – aku terperanjat lalu terlupa untuk bertaya nama – dia datang dengan anak dan suami – sang ibu ini pembaca tukar tiub. disini sekali aku aku nyatakan terima kaseh aku pada sang ibu.

lewat jam 8.30 aku ditemui bual oleh minah cun sebagai salah satu dari pengisian malam itu. tajuk : yang skema dan yang cool - yang jadi mangsa feshen dan yang berilmiah - yang poseur dan yang tulin - yang rock dan yang jiwang

lalu aku terangkan genre lagu jantan bodoh yang mendayu dayu bila ditinggal kekasih

munkin ada yang hairan kerana aku terus membuatkan anak anak muda ketawa.
nah ! aku bergerak diantara lawak dan revolusi.

emma goldman berkata: kalau aku tidak boleh menari dalam gerakan revolusi kamu
maka aku tak mahu masuk campur !

tukar tiub berkata : palat laaa… revolusi apa kalau nak ketawa pun kena lesen kah kah kah

kemudian satu band dari kota klung – betul betul cool. nama band ini JB RIANA bukan baby rina kah kah kah. ini band BOB n THE GENG – cukup hebat dan cukup cool – anak anak muda sila pasang telinga untuk mendengar desas desus dimana bob n the geng akan bergig nanti.

kemudian filem gaduh ditanyangkan – aku mengundur diri dan minum kopi – lalu di kelilingi oleh anak anak muda generasi kedua dari felda. mereka datang dari mersing untuk berkenal suai dan berbincang – panjang kesahnya – sepanjang cinta sita terhadap rama

pesta tamat setelah selesai penayangan gaduh dan sesudah sessi perbicangan tentang gaduh – aku rasa lebih sadikit jam 12.00 pesta secara resmi pesta tamat.

tapi aku dan anak anak peneroka masih berlabun panjang – mereka bertanya ini dan itu sambil sambil minum kopi sambil kami ketawa mengutuk penipuan yang sedang dilakukan oleh felda kepda peneroka.

kemudian lewat jam 1.00 kami mengucap selamat tinggal dan selamat jalan pada mereka yang datang dari luar kota. yang masih tidak ingin bergerak kami mengundur ke kedai makan.

hasilnya aku tidoo hampir jam 4.00 pagi.


SELAMAT TINGGAL KLUANG

ahad petang jam 2.00 kami meninggalkan keluang sesudah aku minum dan membeli kopi dari kedai kopi yang tidak jauh dari hotel aku

aku gagal untuk ke kedai kopi di stesen – ertiny satu hari nanti aku wajib ke kluang lagi untuk datang minum kopi. aku ingat lagi tiga kali aku ke india – setiap kali aku tidak ingin melawat taj mahal – sengaja aku tinggalkan – agar aku akan terus teringat berahi untuk kesana – jadi kluang aku rasakan sama – biarlah kali ini aku gagal – aku berjanji akan datang lagi.


TANGKAK

ini kota fabrik – kota kain baju – entah macam mana ianya bermula maka disinilah segala macam jenis kain akan ditemui – tapi awas bukan dari kapas atau linen – semua nya fabrik yang dihasilkan dari bahan bakar petrolium.

dari sejarahnya – tangkak ini satu wilayah pengeluar sayuran satu ketika dahulu – dan di daerah ini kaum kiri cukup kuat. ini sejarah pasti tidak pernah diajar di dewan kuliah.

kami makan tengah hari di sebuah kedai makan di tepi perhentian bas – aku mengambil dua jenis gulai IKAN MASAK ASSAM , dengan gulai pisang muda, ulam pucuk burung duduk, ikan goreng. aku minum air suam.

untuk yang tidak tahu assam pedas – jangan risau – warna nya merah membakar tapi tidak pedas - lada kering ini hanya menjadi ‘ art décor’ untuk menarik perhatian – akusendiri tidak suka masakan apa sahaja yang pedas – pedas untuk aku betul betul potong stim. aku dengar assam pedas di melaka betul betul pedas ! entah betul entah tidak aku belum mencuba.

setelah makan tengah hari aku meleser ke dlam pekan lalu bertemu kedai cendul. kedai cendol ini betul di dalam pekan – terperangkap diantara kedai kedai kain. nah ! cendol ini terbaik – agak susah untuk aku membezakan mana yang lebih baik – di tangkak atau di kuala kangsar.


JASIN

dari tangkak kami menuju ke jasin – apabila memasuki wilayah melaka hujan mula turun – tapi tidak kuat – kami melintasi kampong kampong melayu yang indah dan permai –
sesekali kami melintasi pekan kecil – bila aku melintasi pekan kecil aku selalu bertanya bagaimana anaknya anak muda hidup dalam pekan kecil ini. apakah mereka cool atau poyo ? jam berapa warga pekan ini tidur? apa aktiviti budaya mereka? soalan soalan ini timbul tapi tak pernah aku temui jawapan.


MELAKA

inilah kali pertama aku sampai ke wilayah sejarah peninggal penjajah portugis dan belanda. akhirnya sampai juga ke hadapan gereja katholik sang portugis ini – ertinya aku telah membuat satu lingkaran penuh - tahun 1992 dahulu aku telah berdiri ditepi sungai lisboa dimana para pelaut portugis diberikan doa selamat - 500 tahun dahulu oleh para paderi - untuk belayar menjelajah dunia – di tepi sungai lisboa ini ada peta dunia dan tercatit nama malacca.

untuk aku ini adalah sejarah diri aku sendiri – lalu aku ke tepi sungai melaka dan duduk di sebuah café – aku memesan sebotol guiness untuk merayakan kejayaan aku membuat satu putaran sejarah dan sempat berdiri di tembok bangunan merah buatan portugis dan belanda.

kemudian aku terfikir - seperti anak raja bentak - aku ingin mencari ikan segar lalu kami ke klebang dan pantai puteri - diwilyah ini aku sempat membeli buah mangga dan ikan merah. kemudian kami terus mara ke hadapan menuju ke port dickson – aku tahu ada sebuah warung di gigi air di kampong nelayan berhampiran dengan teluk kemang – aku teringat akan udang goreng yang aku pernah rasai di warung ini.

hujan telah berhenti – hari semakin gelap – rumah rumah kampong telah mula terpasang lampu – berjalan di waktu malam begini agak membosan kan.


TELOK KEMANG

sampai di kampong nelayan – dalam bayangan yang samar samar diantara perahu perahu kecil aku cuba mencari dimana warung yang pernah aku datangi dahulu.

angin laut kuat. ombak menggila. perahu yang terikat berhempas pulas.

aku ternampak bayang manusia, lalu aku hampiri mereka dan bertanya. sayang ! warung ini telah ditutup dan hari ini nelayan tidak berani ke laut – angin agak kuat dan laut akan terus bergelora.

lalu kami bergerak ke batu empat dimana ada banyak warung dan kedai makan.


BATU EMPAT

wilayah ini telah aku kenali zaman berzaman – tahun 1968 aku pernah berkhemah selama 3 hari di pantai ini – ketika itu aku masih anak sekolah - tempat warung makan yang wujud sekarang ini ketika itu masih belukar dan semak samun

aku makan roti canai yang di bakar oleh seorang kakak – nah ! aku perhatikan roti canai ini bukan lagi monopoli sang mamak - satu pekara yang aku perhatikan jika dibiarkan bercampur aduk tanpa gangguan seperi makanan maka ianya akan melahirkan jiwa rasa anak semua bangsa

tadi i lebuh raya ke tangkak – aku ternampak iklan gambar kakak dan mak cik bertudung sedang senyum dihadapan bakul dim sum – malahdihotel hoteal telah ada juga bakuteh , ham dan beef bacon yang diminati.

apa yang paling menarik d batu empat ialah sebuah gedung bundel yang besar dengan jutaan pilihan dan termurah pula. entak berapa kali aku masuk ke gedung ini – ada saja yang aku beli – dari baju kasut dan sepatu – cuma yang tidfak pernah aku beli ialah seluar dalam kah kah kah.


KOPI KLUANG

dari seremban kami mengambil lebuh raya lekas yang baru tersiap justeru masih kosong untuk pulang ke kuala lumpur - kami tidak diganggu gugat oleh kesesakan jalan tol di sungai besi – hampir tengah malam aku sampai ke rumah.

sesampai di rumah aku mesak air kerana aku ingin minum kopi yang baru saja aku bawa dari kluang kah kah kah !

31 ulasan:

sampan berkata...

gila bro tahun 1868 ko di alam roh lagi la wakakakaakkaaaaaaaaa

Tanpa Nama berkata...

Sama-sama. Nanti datang lagi saya belanja sate pulak. Lupa-lupakanlah guiness tu. Kopi kluang lagi mengasyikkan!

Sang Ibu

Ketua Wira PERKASA berkata...

kau ni anak muda ke?? perasan..

kah kah kah kah..

Tanpa Nama berkata...

haduh guiness tu yang suwei la mat. yang lain lu dah rock, tapi sampai tang guiness memang balada jiwa tanpa lagu.

haduh-haduh, harap cerita tidur je.

generasi bundle

Tanpa Nama berkata...

johor sudah. kelantan sudah. melaka sudah.

bila bro nak ke tranung pulak. saya boleh tunjukkang tapak bekas runtuhang stadium dan steseng bas tinggalang penjajah tahun 2009.

lepas tu kita boleh lepak di losong makang keropok lekor atau mencari ikang segar di kuala besut dan kemamang. kalau kena masanya, kita turung mencandat sotong. sotong sini ori dan bukan macang sotong di mahkamah tinggi kl.

Jom! sementara nafas masih ada!

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah..........aku tak tahan pengakuan berani lu bro...guiness tu lebih kurang kopi jugak hitam dia kan? hahahhaha datang PD napa tak carik Mizan? Mizan ngan aku adik beradik bro hahahhahah syabas syabas

Jarvis berkata...

kah kah kah
akak bg putu bambu tu da masuk komen
lu kena bro...

mr7 berkata...

Jwapan org jasin
Org Jasin x kool..masih minda gerombolan.

Jam berapa warga pekan ini tidur?
pukul 10 mlm bole letak meja mkn tgh jln raya..kmform xde org lggar..kah3

Apa aktiviti budaya mereka?
hari2 kena tipu dgn ali ketam melaka dh maju..kah3

Tanpa Nama berkata...

gua suka baca catatan pengembaraan lu...memang syok.puitis.ibarat gua berada sebelah lu.mengembara bersama lu..cheers..

Tanpa Nama berkata...

cendol tangkak lg best bro..
lg best daripada guiness..

~dahlia~

Ehwan berkata...

Waduh. A Samad Said tak sampai ke Program.Maknanya dia merajuk balik semula ke KL sesudah sampai di Kluang Station.Telahan aku memang menjadi kenyataan bila aku melihat riak mukanya sebelum train aku berlepas pulang ke selatan

Tanpa Nama berkata...

Hoi TT,
Minum arak (Guiness) ko ehh? Haram la bodoh...
MATI nanti camner la ko yer?...

kirana berkata...

guiness air si kapitalis

Tanpa Nama berkata...

Guiness - Di Tanggung Sendiri..keh3...kalau baca Tapai, confirm ramai lagi yang terkedu...anyway, like your writing..

Tanpa Nama berkata...

bro, wa tahu lu order sja guiness tu n ketuk kat dinding, lu tak minum sebab gua nampak lu itu hari..lu saja mahu kasi panas kat sini la beb..kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

guiness ya...guiness... ko tunggu je time nak mati besok... meraikan pesta anak muda laa time tu...


sori isham... arak tu dah terang2 haram beb... bukan aku yg ckp...tapi tuhan yg cakap.

kecualilah kalau ko minum guiness malta tanpa alkohol. tapi yg tu pun tetap haram...sebab company arak jugak yg buat.

kool memang kool... tapi kalau dah terang2 buat maksiat langgar agama pekejadahnya sham...



Udin CM.

Tanpa Nama berkata...

siapa yang merajuk beb? samad said ke?

Tanpa Nama berkata...

kdg2 lucu dgn bro isham ni...
semoga guiness tu bkn bro minumlah..
tp sebagai sindiran yg melaka mmg sng dpt (negeri maju lah katakan)..hehehe

fazleena berkata...

tima kasih abah hishamuddin. :)

Tanpa Nama berkata...

Nama melayu dah tentu 99.9 peratus Islam aku anggap..Hisamuddin satu lagi dah tentu minum pasal ada gambarnya. Aku harap kau tak minum ttpi kenapa kau order minuman haram jadah tu?
Seketika dulu ada terbaca bangkit tidur jam 9.30 pagi..solat subuh tak?

wakmeli berkata...

aiseh bro...tatau la bro singgah tangkak.. pekena cendol mamak-kedai yg terselit dicelah banggunan kedai kain.. klau tau dah tentu sambut bro kat sana. busten tu memang port minum kawan.senang2 nanti dtg la lagi k.smingu lepas memang kawan port tangkak, la ni balik batu pahat.

Tanpa Nama berkata...

korang ni bodoh ker aper...dah tentu la hisham ni agnostik..die pernah wat pengakuan kot...yg korang sebok maen haram halal kat die wat per...

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...
korang ni bodoh ker aper...dah tentu la hisham ni agnostik..die pernah wat pengakuan kot...yg korang sebok maen haram halal kat die wat per...

2010 November 9 10:15


Gua Jawab:

Wei Bahalol, apa kena mengena agnostik dengan minum guiness bodohhh!!!

Memang lah kena cakap bab Agama, sebab Allah cipta engkau atas dunia ni untuk apa?

Kau dah mampos nanti nak jawab apa akalu bukan tentang agama?

Kimakkk laa lu...

Tanpa Nama berkata...

aku ker yg bahalol ker nko....dah die x prcaya kat tuhan..pastu ko citer pasal hukum hakam,tuhan,ape lancau...wei bro...cuba ko citer kat orang kristian kebaikan menunaikan ibadah haji,,,,bodoh,,,bangang,,,

Tanpa Nama berkata...

yg bahalol tuh aku ker nko...da tntu la die x percaya kat tuhan..pastu ko nak citer kat die dosa pahala,alam kubor,tuhan pelancau....ko crita plak kat orang kristian kebaikan ibadah haji......bangang punye melayu,,.........dah la melayu bodoh plak tuh..

big bear berkata...

tukar tiub,

cendol lembah adalah terbaik. lima tahun melayan cendol lembah, sampai bila-bila akan teringat cendol itu.

ha2...

Tanpa Nama berkata...

dah besar bai pandai2 fikir.Nak pikir dunia,agama,bangsa,falsafah ko punya hal sendiri.

rambut sama hitam hati lain color,ckap sama manis hati hanyir2

mati kubur lain-lain cuma

Jgn kubur sebelah aku,aku nak tido hahaha.kah-akah-akah-akah

generasi bundle

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...
yg bahalol tuh aku ker nko...da tntu la die x percaya kat tuhan..pastu ko nak citer kat die dosa pahala,alam kubor,tuhan pelancau....ko crita plak kat orang kristian kebaikan ibadah haji......bangang punye melayu,,.........dah la melayu bodoh plak tuh..

2010 November 9 16:06


Gua repeat balik:

Wei babi nanak haram! apa kes ko nak main tuduh2 isham tak caya dengan Tuhan? Lu sapa nak kafirkan org? Lu ingat lu dah cukup bagus?

Memang lah kena cerita pasal dosa pahala bodohhhh!
Itulah dipanggil dakwah namanya... ko ingat dulu Nabi Muhammad citer apa kat Abu Jahal? Citer pasal ekonomi dunia? Memang sah ko bahalol.


Lagi mau cakap melayu bodoh. Melayu cam ko ni lah jenis bodo piang bebal lancau.

Dua kali kimakk la lu... takyah nak bisinglaa, pi melancap dalam bilik mandi laa...

Tanpa Nama berkata...

big bear..cubalah cendol tangkak plak..


~dahlia~

Tanpa Nama berkata...

cendol lembah terbaik,laksa kuah nipis n beras lagi terbaik di lembah.

sampai sekarang aku teringat lagi.huih raya haji konform singgah makan.

Tanpa Nama berkata...

TT....saya orang Tangkak....lahir masa zaman Lim Tong Keng jadik ADUN....cendul yang kat celah kedai kain tu memang terbaik...sepanjang 20 tahun saya menetap di KL ni...tak pernah saya jumpa cendul selazat itu...kalau saya balik kampung sah kena 2 mangkuk....saya rasa bangga kerana TT ada buat ulasan tentang Tangkak....terima kasih TT....