Selasa, 16 November 2010

SEMUA DI JEMPUT MINUM KOPI PETANG INI




SELAMAT HARI JADI




nota:
makan kueh dan minum kopi
tal alan ini pun tak boleh
kalau tak boleh ... terok
sangatlah negara ini kah kah kah




ANTI MENARA 100 TINGKAT ANJURAN KEK HARI JADI HARI INI - mkini

Sebuah laman sesawang di Facebook yang didedikasikan untuk mendapatkan sejuta peminat bagi menentang pembinaan sebuah menara 100 tingkat oleh kerajaan persekutuan akan menyambut genap sebulan ia ditubuhkan hari ini.

Pentadbir halaman itu menggesa orang ramai supaya berkumpul di enam lokasi di seluruh Malaysia untuk menjamah sepotong kek dan 'meraikan' kejayaan laman itu setakat ini.

"Kami raikannya kerana rakyat biasa Malaysia, bererti bukan pemimpin politik atau NGO, buat pertama kali menganjurkan satu bantahan besar-besaran secara teratur. Jika laman itu boleh dipertimbangkan - mewakili suara ramai yang menentang projek gergasi yang tidak popular dan tiada justifikasi.

"Ini bukan projek mega yang pertama tetapi ini adalah pertama kali projek mega menghadapi rintangan dari bawah. Tiada mega projek dari sekarang boleh dibina tanpa mengambil pendapat awam. Atas sebab itu, kita raikannya,” tulis pentadbir laman yang tidak mahu dikenali itu.

Lima lokasi itu adalah di pancutan air di KLCC dan Stadium Merdeka di Kuala Lumpur; Dataran pidato di esplanade, Pulau Pinang; Coffee Bean di Wisma Merdeka, Kota Kinabalu, Secret Recipe di Lunas, Kedah dan McDonalds di Kampar.

Peserta dijangka akan berada di lokasi tersebut secara bersemuka untuk dua jam dan secara simbolik menjamah sepotong kek yang dibawa oleh masing-masing.

NOTA:
semua warga sudah bosan dengan projek mega
semua warga di jemput untuk tunjukkan bantahan
sila berkumpul minum kopi dan makan kueh di:

KUALA LUMPUR:
1. KAWASAN LAPANG STADIUM MERDEKA KUALA LUMPUR (5pm-8pm)
2. DEPAN PANCUTAN AIR DI KLCC (6pm-8pm)


KEDAH:
3. KEDAI KOPI SECRET RECIPE NO 5 JALAN SAUJANA ALOR STAR KEDAH (7pm-10pm)

PERAK:
4. McDOGAL KAMPAR (8pm-11pm)

PULAU PINANG:

5. SUDUT PIDATO , ESPLANADE PULAU PINANG (8.30-9.30pm)

SABAH:
6. COFFEE BEAN WISAMA MERDEKA , KOTA KINABALUu (9pm-10.30pm)

SINGAPURA:
7. HAN”S CAFÉ , CITY HALL SINGAPORE (6pm-8pm)

AMERIKA :
8. PANERA BREAD ON KATY FREEWAY (1-!)) WESR HOUSTAN, TEXAS, US (11.30 am waktu tempatan)

nota:
tak cukup info sila buka laman : http://www.facebook.com/NoMegaTower

5 ulasan:

shahmetal berkata...

Menentang projek mega Menara Warisan:

Lokasi simbolik bantahan:
KLCC (Bekas projek mega yang pernah ditentang rakyat jugak? aik? simbolik la sangat kan meraikan kat situ)

Waktu:
6-8mlm (tak rasa boleh miss maghrib ke mcm ni?)

Event:
Makan2 sambil terpancut2 hahahahahhahahahahahaha

apa pun, memang patut ada bantahan. memang patut ada suara. walaupun kerajaan dakwa dana datangnya dari PNB, tapi takkannnnnnnnlah tak guna duit rakyat langsung. Pro-kerajaan pon dah ada yg bangkang. kalau depa masih degil pon at least kita sudah beri suara kita

Tanpa Nama berkata...

agak2 tim TT akan datang?

Cetusan berkata...

Kalu bina KLCC, Tada peniaga? Wat apa? Alamanda?

PakcikHOT berkata...

tapi.. pasal banyak nak port coffee house jer ni?? mapley ker.. restoran cik kiah ke.. pak meon ker.. takde??

armouris berkata...

info tentang kopi di SIHAT SELALU - Kopi Mahkota Dewa