Selasa, 16 November 2010

RAKYAT DIDAHULUKAN BUKAN DI TIPUKAN




BANJIR DI ALOR STAR



nota:
jangan korek korek korek
sampai kawasan tertimbus
ini salah satu dari punca
aliran air tersekat







ARAH HENTI LANDASAN BERKEMBAR DEMI RAKYAT – harakah daily

Kerajaan Pulau Pinang mengarahkan MMC Gamuda menghentikan serta merta pembinaan landasan keretapi berkembar di negeri ini kerana lebih sayangkan rakyat yang berkemungkinan besar terpaksa mengharungi banjir teruk sepertimana di Kedah.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, bagaimana pun arahan itu akan ditarik balik jika syarikat berkenaan memberi jaminan bertulis bahawa mereka akan mengorek laluan air serta membayar pampasan kepada rakyat yang ditenggelami air.

Baginya, kepentingan rakyat perlu diutamakan daripada syarikat kroni Barisan Nasional (BN) yang meneruskan kerja pembinaan tanpa membina sebarang laluan untuk air mengalir dengan baik.

"Biarpun saya dihentam oleh orang yang berkepentingan dalam projek berkenaan biarkanlah sebab bagi saya dan kerajaan ialah menjaga kebajikan rakyat. Buat apa pembangunan yang berlipat kali ganda tapi rakyat merana kerana terpaksa tanggung kesan pembangunan terbabit," jelasnya.

Beliau tidak menafikan terpaksa berhadapan dengan kritikan termasuk pimpinan BN ekoran arahan itu walhal mereka sepatutnya mengambil iktibar kejadian banjir teruk dalam sejarah Kedah baru-baru ini yang berpunca daripada halangan timbunan yang tinggi tanpa ada saluran air keluar.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

nota:
ini baru kerajaan yang mendahulukan rakyat
bukan kerajaan yang mendahulukan kontrek kroni
bukan kerajaan yang dahulukan rajagopal
iniah kerajaan yang tak perllu slogan tapi melakukan dasar pro rakyat
bukan hanya cakap tapi rakyat bukan didahulukan
rakyat di korbnkan kah kah kah


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bagus..inilah yang kita mahu.. bukan hanya kata2..tapi perlaksanaan...

Tanpa Nama berkata...

kalau gitu, TT dan kita patut suka dengan kerajaan Pulau Pinang.

Kenapa nak tuduh DAP tu komunis?

Kita sepatutnya undi parti atau kerajaan yang dahulukan dan utamakan rakyat.

Jadi, undi lah PAS, DAP dan PKR ok?

Aku memang harap BN/UMNO boleh di tumbangkan!

Insyallah

orangkampung

Tanpa Nama berkata...

Brother TT,
Aku rasa arahan LGE tak praktikal langsung.
Dia telah menutup periuk nasi Shahrizat Jalil.
Kerja-kerja mengaut nasi untuk mangsa-mangsa banjir tiada lagi. Hanya kerja itu yang dia mampu buat apatah lagi kerja itu amat glamo kerana mendapat liputan yang meluas dari TV1 TV3/4. utusan merayau. Berita Hairan. ...

Kejam betul lah LGE ni.....kah...kah...kah...

cicit ngah layor berkata...

Lepaih arahan itu dikeluorkan olih LGE minggu lepaih,ader lagi org Bagan Dalam Butterworth yg komplin,kater LGE bagi arahan bodoh.Katernyer maser bah besor dulu,ayor naik sampai kepaghaih pinggang diKg Peghelih tu maner ader projek keretapi berkembor pon...tapi bah juger.Bagi teman,org mcm ni,dunier dier hanyer dikampong dier jer.Pader dier,Pulau Pinang tu Butterworth dan Butterworth tu Pulau Pinang.Maklom sajer ler...dah lebih dr setengah abad dididik supayer jadi bodoh.Heghan teman.