Rabu, 9 Februari 2011
DARI DATARAN TAHRIR
LEBAI DAN IMAM SEMUA TURUN
nota:
jangan lupa jumaat ini
jam 2.00 petang
di kawasan sekitar masjid klcc
semua dijemput datang
untuk bersetiakawan dengan
warga mesir yang ditindas
anak anak muda dari kampus kampus
sila datang untuk bersama malakar sejarah
BERJUTA MEMBUAT BIADAP
MENGINGATI YANG GUGUR
BUKAN KLINIK SATU MALAYSIA
BIADAP BERKHEMAH
HARI KE LIMA BELAS
TUNTUTAN BARU
pagi ini sms/blog/fb memanggil turun
beribu ribu anak muda turun
kelas penjenayah dan lanun mesir
sedang dalam kelam kabut
tetapi mubarak masih berdegil
1 – mubarak letak jawatan
2 – adakan piliharara yang adil
3 – hapuskan undang-undang darurat
ini adalah 3 tuntuan awal
hari ini telah muncul satu lagi:
1 – tangkap dan bicarkan mubarak
dengan tuntuan baru ini kelihatan jelas bahawa
rakyat mesir telah merasakan bahawa nyawa kuasa
mubarak telah sampai ke saat akhir !
40 warga kenamaan mesir telah menulis surat
kepada hakim negara mesur meminta sisatan dijalankan
tentang harta mubarak dan harta first lady dan
harta gamal mubarak yang dikatakan lebih dari 70 bilion dolar
harta harta ini tersimpan diluar negara
nota:
ini bukan 70 bilion rupiah indon
in 70 bilion dolar amerika
ini 210 bilion ringgit malaysia
MESIR
tengah hari ini beribu ribu warga cairo
datang masuk ke dataran tahrir
kali ini semuanya kelihatan ceria dan gagah
hari ini telah masuk hari ke 15
kali ini dataran tahrir telah didatangi oleh pendatang baru
muka muka baru telah mula dilihat
mereka ialah:
guru
kaki tangan kerajaan
peguam peguam
dan pekerja syarikat minyak dan gas nasionakl mesir
ini seperti pekerja petronas turun bersama menentang najib
GUMBIRA
ramai yang ingin datang
semua nak merasakan nikmat berkumpul dan membuat sejarah
ada yang datang dari luar cairo
ada yang datng dari kampong
ada yang datang dari pekan kecil
di suez dan iskandariah beribu ribu orang seang berkumpul
SEJARAH DUNIA
apa yang berlaku sekarang ada satu detik dalam sejarah dunia
inilah kali pertama dalam dunia ini
semenjak dunia ini wujud dimana
berjuta juta manusia berkumpul
dan bangun menentang seoarang presiden
dan saekor first lady
pada khamis dahulu 8 juta telah keluar berkumpul
pada jumaat lalu 11 juta berkumpul
kali akhir 1 juta umat mansusia berkumpul ialah
ketika rakyat acheh bangun menuntut merdeka
ini 6 tahun dahulu - di bandar acheh
8 juta dan 11 juta adalah angka yang menjanjikan untuk
menghumbankan mubarak dan first lady suzanne
11 juta ini adalah setengah dari rakyat malaysia keluar ke dataran
merdeka dan menuntut flom dan isterinya undur!!!
ISKANDARIAH
beribu turun
ada orang tua
ada orang dewasa
ada kanak kanak
ada yang membawa anak anak
OMAR SULEIMAN
naib presiden omar suleiman ialah tukang seksa
malaon ini adalah kepala muhkabarat atau sb mesir
malaon ini bekerjasan sama dengan mossad
malaon ini bertanggung jawab menangkap – menyeksa dan
menghilang ramai tahanan politik d mesir
malaon ini telah bekerjasama dengan amerika
untuk menyeksa ramai para tahanan dari pakistan
dan afghanistan sebelum mereka di hantar ke guantanamo
PARTI ISLAM ADIK BERADIK
kritikan semakin banyak didengar di dataran tahrir
parti islam adik beradik atau ikhwan musliman ini
secara opurtunis telah cuba membajak revolusi yang
sedang membuka sejarag baru untuk kaum buruh
dan kaum tertindas mesir.
WAEL GHONIM
seorang blogger
pegawai google
tetiba pada 27 januari anak muda ini hilang
seluruh dunia internet bergegar
akhirnya baru di ketahui bahawa
wael telah ditangap oleh sb mubarak
kelmarin – wael telah dibebaskan
kerana seluruh dunia fb
seluruh dunia tweet
seluruh dunia blog
telah berkempen
tetiba anak muda menemui che yang baru
nota:
di dataran tahrir semua semakin tersusun
ada bantuan doktor dan klinik
ada air minum
ada makan 2 atau tiga kali sehari
ada khemah untuk rehat
solidariti dan setia kawan cukup ketat
dari mana datan semua ini ?
sedekah jariah dari rakyat
semuanya mahu first ladu berambus
HARTA FIRST LADY
berita harta kekayan mubarak semakin
menjadi isu untuk para demonstran
tuntutan untuk menangkap dan merampas
kembali harat ini.
berita harta mubarak dan first lady ini
mula mula muncul dari akhbar GUARDIAN LONDON
semenjak berita ini muncul berita ini telah merebak luas
TERKAYA DI DUNIA
hari ini berita tersebar di mesir
bahawa mubarak adalah manusia ke dua
terkaya dalam dunia
siapa yang pertama?
sila teka kah kah kah
Labels:
anak muda berani bangun melawan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
8 ulasan:
flom..kah kah kah...
flom kah kah kah
..."PARTI ISLAM ADIK BERADIK
kritikan semakin banyak didengar di dataran tahrir
parti islam adik beradik atau ikhwan musliman ini
secara opurtunis telah cuba membajak revolusi yang
sedang membuka sejarag baru untuk kaum buruh
dan kaum tertindas mesir......"
SHAM,
MEKAH & SELURUH JAZIRAH ARABIA HAMPIR 1500 THN DULU BERADA DLM KEADAAN SANGAT-SANGAT GAWAT DGN SEGALA MACAM KRISIS (baca DR Israel Velonson & Hasan Ali AnNadwi on Sirah Nabawiyah).SELURUH UMAT ARAB KETIKA ITU HAMPIR PUTUS ASA & SECARA DIAM AMAT MENGHARAPKAN SATU PANDUAN 'PENYELAMAT'.
JADI, ISLAM DITURUNKAN SEMASA KEGAWATAN MAKSIMUM TERSEBUT BERLAKU KE ATAS UMAT ARAB. Dari 1 sudut, boleh dilihat sbg 'opurtunis' juga, kan? Tapi lihatlah hasilnya 23 tahun selepas KERASULAN/NUBUWWAH Muhammad SAW. The ARABs 'turn downside up' for good.
terma 'OPURTUNIS' tak berapa sedap didengar oleh org kebanyakan...jadi, aku tolong teropongkan dari sudut yang sikit berbeza
untuk anak muda diseluruh dunia
http://malaysiaglasgow.co.uk/izani/?p=3292
Kepada TT,
Siapa yang paling kaya di dunia?
Warren Buffet. Tp dia kapitalis bebas, bukan kapitalis kroni.
Siapa yang paling kaya?
Yang paling kaya tentulah yang paling banyakkkkk R...M...nya....
yang lawaknya anak muda malaysia pakat kelam kabut nak balik malaysia..apa punya turrr!
http://malaysiaglasgow.co.uk/izani/?p=3292 <-- Sorry. but it was extremely LAMEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE..
Tujuan yg baik tidak bermakna tulisan itu baik.
booooooooo yah.
inilah anak muda sekarang byk sgt maein fesbuk guna ayat rempit menulis pun mcm budak darjah 1 kahkahkah
Catat Ulasan