Rabu, 9 Februari 2011
DARI DATARAN TAHRIR
NOTA TERKINI
sila ambil perhatian!!!
perhimpunan setiakawan dengan rakyat mesir
yang sepatutnya pada jumaaat ini
telah di tunda ke jumaat 18 haribulan
di tempat dan waktu yang sama
pihak parti politik dan ngo yang menganjur
minta maaf.
JANGAN LUPA JUMAAT INI
nota:
jangan lupa jumaat ini
semua warga dijemput
untuk biadap
berkumpul di sekitar masjid klcc
jam 2.00 petang
jumaat 11.02.2011
DIMANA ADA PENINDASAN – DISITU ADA PERLAWANAN
Sebelum saya berkesah tentang Mesir lebih baik saya buka sadikit tentang sejarah politik yang lebih dekat dengan wilayah kita sendiri. Biar saya surahkan kepada anak anak muda yang masih muda sangat ketika Presiden Marcos dari Pilipina dan Presiden Suharto dari Indonesia berada dipuncak kuasa. Mereka berdua adalah diantara beberapa orang ditaktor ganas yang pernah muncul di arena politik Asia Tenggara.
Di zaman Perang Dingin – perang idealoji sosialis lawan kapitalis - Amerika memilihara berpuluh puluh ekor ditaktor. Di Latin Amerika dan di Afrika bersepah sepah kepala negara yang merampas kuasa dan menjadi ditaktor. Bagitu juga di Assia Tenggara – Vietnam, Laos, Burma , Thailand dan Korea Selatan semuanya dibawah junta tentera dan ditaktor.
Di zaman inilah Marcos dan Suharto wujud. Kedua-dua Presiden ini adalah budak suruhan Amerika Syarikat yang amat setia. Mereka naik tahtha kerana Amerika memerlukan khidmat mereka. Amerika syarikat memberi sokongan politik, sokongan ekonomi dan membekalkan alat senjata kepada para ditaktor ini. Sifat ditaktor ini sama sahaja ketika Perang Dingin : mereka anti demokrasi, anti kebebasan yang bertopengkan anti komunis.
Akhirnya Ferdinand Marcos telah dihumbankan oleh rakyat Pilipina pada tahun 1986 setelah berkuasa selama 21 tahun. Manakala Haji Ahmad Suharto di humbankan oleh rakyat Indonesia pada tahun 1998 setelah menjadi Presiden selama 30 tahun.
Kedua-dua Presiden ini telah dihumbankan ke dalam tong sampah sejarah bukan melalui pilihanraya. Rakyat Filipina dan Indonesia telah memilih jalan raya untuk menghumbankan kedua dua ditaktor ini. Ini fakta sejarah dan bukan berita dongeng yangh direka-reka.
Mari kita kembalai kepada Hosni Mubarak Presiden Mesir yang ketika ini sedang dikepong oleh rakyatnya. Dari segi pensejarahan Presiden Mubarak ini lebih mirip dengan Presiden Suharto. Mereka memiliki latar belakang budaya politik yang sama. Dua-dua berlatarkan tentera. Jangan silap baca – politik moden Mesir sesudah perang dunia ke dua bukan politik pro Amerika. Mesir memiliki sejarah nasionalis Arab yang kukuh, sejarah menentang zionis Israel, dan dasar anti imperialis yang jelas. Ini sama seperti sejarah negara bangsa Indonesia.
Mesir negara Arab yang terbesar dengan 86 juta penduduk. Manakala Indonesia adalah negara penganut Islam terbesar dengan 238 juta penduduk. Dari segi strateji politik, perniagaan dan militer kedua-dua negara ini amat penting untuk kuasa imperial dan kaum pemodal.
Kalau Indonesia moden dilahirkan bersama watak Presiden Sukarno, Mesir moden muncul bersama watak Presiden Nasser. Dua protoganis ini adalah nasionalis hebat yang mucul sesudah perang dunia ke dua. Mereka telah mengemudi tanah air mereka untuk bebas dari pengaruh Amerika mahu pun Russia.
Nasser lahir dari gerakan Free Officers Movement. Ini satu gerakan bawah tanah yang anti British. Sebelum perang dunia kedua, Mesir sebagai saki baki dari Empire Ottoman sedang diperintah oleh Raja Farouk. Mesir adalah tanah jajahan British. Sebagai pegawai tentera Naseer telah melihat bagaimana bumi Arab di racik-racik oleh kuasa kolonial British dan Peranchis. Nasser juga melihat bagaimana negara Arab tewas dan Israel dilahirkan di bumi Arab.
Pada tahun 1952 Naseer dengan gerakan bawah tanah ini telah melakukan satu revolusi dan merampas kuasa. Raja Farouk telah diturunkan dari tahtha dan dilayarkan ke Itali. Mesir kini merdeka dari British. Maka bermulalah dasar Pan Arabism atau nasionalisma Arab yang disebarkan oleh Naseer dari Mesir.
Pengaruh Naseer bagitu kuat sekali. Semangat kesedaran bangsa Arab naik menjulang. Malah Mesir dan Syrian pernah bersatu sebagai Republik Arab Bersatu pada tahun 1958 hingga tahun 1961. Inilah rancangan stratejik Nasser untuk menentang pengaruh zionis di bumi Arab. Ini kerana Naseer sedar bahawa Mesir ialah tembok dan kunci untuk bumi Arab melawan Israel.
Pada tahun 1955 , Naseer, Chao En Lai dan Sukarno telah mengadakan Konferensi Bandung. Konferensi Bandung inilah yang melahirkan blok Negara-Negara Berkecuali. Sekali lagi kuasa imperial Amerika merasa bahawa orang yang bernama Naseer dan kaum nasionalis dari Dunia Ketiga ini amat merbahayakan. Mesir di bawah Naseer dilihat amat merbahaya buat Isreal yang baru bertapak pada tahun 1948.
Kuasa imperial British, Peranchis dan Israel tidak senang tidor dengan Mesir di bawah pimpinan Naseer. President Nasser telah mengambil dasar nasionalis Arab. Naseer telah memilik negarakan Terusan Suez pada 26 Julai 1956. Kuasa kolonial Britaian, Peranchis dan Israel telah menyerang Mesir. Ketika ini muncul kuasa imperial baru yang mencelah masuk dan berusaha untuk menamatkan perang ini. Kuasa baru ini ialah kuasa imperial Amerika - satu kuasa yang terkuat sesudah selesai perang dunia ke dua. Kuasa imperilis Amerika mencelah masuk seolah-olah menyebelahi Mesir kerana ingin mencari kawan dan sahabat di timur tengah.
Pada awalnya – seperti Perjanjian Bandung - Presiden Nasser telah mengambil dasar berkecuali tetapi apabila projek empangan Aswan cuba digagalkan oleh British maka Presiden Nasser telah mula berbaik-baik dengan blok Soviet Russia. Akhirnya Russia telah menjadi rakan setia kepada Mesir. Russia bukan sahaja telah membantu menyiapkan empangan Aswan , malah telah membekalkan senjata terkini dan tercanggih buatan Blok Soviet untuk tentera Mesir.
Semua ini berlaku di zaman Perang Dingin. Pada ketika ini kuasa imperialis Amerika sedang di tentang oleh rakyat dunia ketiga. Di Indo China Amerika sednag dipukul hebat oleh rakyat Vietnam. Rakyat Dunia Ketiga dengan sokongan politik dan persenjataan dari Russia telah berani bangun menentang Amerika. Di era inilah Soviet Union telah berjaya mendapat rakan yang paling berpengaruh di bumi Arab- Mesir.
Di zaman ini tidak ada seorang pun pemimpin Arab yang berani membuat hubungan sulit dengan Israel. Malah banyak negara Arab ketika ini memiliki dasar luar yang tidak pro Amerika atau berkecuali. Saudi yang dijelamakan sebagai raja oleh kuasa British pun tidak berani menunjukan sentimen pro-Israel-nya. Ini kerana sesiapa sahaja pemimpin Arab yang dilihat bersubahat walau pun secara sulit dengan Israel pasti akan digugurkan oleh rakyat.
Dizaman Nasserlah kuasa imperial Amerika terdesak. Kaum buruh di Mesir mula menyusun kasatuan sekerja. Kaum tani di Mesir telah berani menuntut hak tanah mereka. Kaum pelajar dan anak muda bebas berpersatuan. Naseer juga telah memulakan dasar ekonomi sosialis. Melihatkan semua ini berlaku maka kuasa imperial Amerika malalui CIA telah mula menjalankan jarumnya.
CIA telah berjaya menanamkan bibit-bibit Islam yang anti komunis dan anti gulungan progresif. CIA telah memilihara dan mendukong parti Muslim Adik Beradik atau Ikhwan Muslimin. Parti ini pada awalnya bekerjasama dengan Nasser tetapi telah menjadi sebuah parti reaksioner yang anti kaum buruh dan anti gerakan nasionalis Arab.
Dasar-dasar Naseer yang anti Amerika selalu mendapat tentang dari parti Muslim Adik Beradik. Amat jelas di zaman ini parti Muslim Adik Beradik ini telah diperalatkan oleh CIA untuk menentang Nassser. Dokumen-dokumen yang baru ditemui telah membuktikan jelas hubungan CIA dengan Parti Muslim Adik Beradik Mesir.
Ketika ini musuh agung Mesir dan warga Arab ialah zionis Isreal. Amerika bersama Isreal terus merancang untuk menumpaskan pengaruh Nasser dari bumi Arab. Pelbagai rancangan licik dijalankan. Akhirnya perang meletus pada bulan Jun 1967. Israel terlebih dahulu secara mengejut telah menyerang Mesir. Kapal terbang tentera udara Mesir menjadi sasaran pertama Israel. Pertahanan udara Mesir lumpuh.
Perang Enam Hari atau Perang Bulan Jun ini adalah kekalahan yang amat sangat untuk umat Arab. Bukit Gholan milik Syria dirampas Israel hingga ke hari ini. Tebing Barat bumi Palestin di rampas Israel hingga ke hari ini. Sinai wilayah Mesir di rampas oleh Isreal.
Kekalahan ini juga adalah pukulan yang maha hebat secara pribadi untuk Presiden Naseer. Ini adalah pukulan maut dari segi politik, diplomasi dan ketenteraan. Tiga tahun kemudian pada 28 September 1970 Nasser diserang penyakit jantung dan wafat. Maka sekali lagi politik Mesir berubah.
Pengganti Naseer ialah Anwar Sadat. Anwar Sadt juga adalah dari kumpulan Free Officerrs Movement. Malah pernah dipenjarakan oleh British kerana gerakan anti-penjajah. Dari segi sejarah Anwar Sadatlah yang bertanggung jawab menghebohkan berita di radio kepada rakyat Mesir ketika gerakan Free Officer Movement melakukan rampasan kuasa dan menurunkan Raja Farouk dari tahtha.
Sekali imbas, Anwar Sadat dengan sejarah politk yang baik adalah sosok yang unggul untuk menyambung dan meneruskan garis politik dan ekonomi nasionalis President Naseer. Tetapi di zaman Perang Dingin – Mossad dan CIA – terus bergerak untuk memastikan negara Arab yang berpengaruh ini akan mandul. (TT)
nota:
Akan disambung di bahagian kedua
tentang sejarah dan politik Mesir moden.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
39 ulasan:
1. "CIA telah berjaya menanamkan bibit-bibit Islam yang anti komunis dan anti gulungan progresif"...Sham, biar betol..sejak bila pulak CIA ni minat kpd islam ni?
2. "CIA telah memilihara dan mendukong parti Muslim Adik Beradik atau Ikhwan Muslimin"...Sham, tolong la tunjuk referrence kau..kalau tak,aku ingat kau kena buat tesis tentang ni la..sbb aku pun nak respek jugak kat CIA tu..
3. "Amat jelas di zaman ini parti Muslim Adik Beradik ini telah diperalatkan oleh CIA untuk menentang Nassser. Dokumen-dokumen yang baru ditemui telah membuktikan jelas hubungan CIA dengan Parti Muslim Adik Beradik Mesir."...mano tesis yg jadi 'amat jelas' tu?..ke, wikibocor ni Sham?
sebab IM tak sehaluan dengan idealisma komunis-sosialis ke kau tulih tesis tanpa rujukan ni, jang?
yang sungguh2 lawan israel di gaza tu socialis ke? freedom fighter kat gaza tu ada deal dgn CIA ke, Sham?
ekau lawan UMNO/BN dah cukup cantek dah..fokus kek situ jo lah..kah..kah..kah..
dari baca wikipedia, baik singgah tt baca entry baru ni.
Sungguh cool!!! TQ
http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/africaandindianocean/egypt/8309469/Egypt-crisis-Hosni-Mubarak-loses-control-of-state-media.html
Sham, Islamic movements dgn Socialists/Marxists memang ada perbezaan. Kedua2nya blh saling tuduh-menuduh CIA di belakang setiap mereka.
tapi....
kau kenal tak apa makna 'common goal, common enemy' tu Jang..?
sekarang ni maso nak bungkeh ultra-kapitalis laaaaa......
Sham, tolong sangat baca tulisan Mujahid Y Rawa dalam Harakah Online "Mujahid Yusof: Petunjuk dari kebangkitan di Mesir"
lopeh baca habih, mungkin kito buleh stuju skrg bukan maso nak tuduh Islamists or Socialists tu agen CIA yo...
Bro Hisham,
Tabik Bro...tinta anda mampu menyedarkan generasi muda yg tertidur lena dgn kesenangan & kemewahan...
Teruskan Usahamu!
Ops Lalang: Mahathir persalahkan polis
"Ya, saya akan tangani secara berbeza, tetapi polis ingin melakukan hal-hal ini (tangkapan ISA) kerana mereka menyatakan ia perlu...," kata Dr Mahathir ketika diwawancara....
jwpn yg bernas dr tun.
Yg suka mengarah2 polis ni en anwar ibrahim jer. baru jd tpm dh arah polis suruh org buat akuan bersumpah palsu. bagus ler tu masuk jel sbb slh guna kuasa. hahaha
terbaik, tapi kalau har2 TT tulis macam nie, rakyat Malaysia akan menjadi lebih celik.
btw, teruskan part 2 secepat mungkin. kalau boleh buat video sekali.....
MEMANG ADA KELIBAT CAMPUR TANGAN CIA DI INDONESIA DALAM MENGGULINGKAN SOEKARNO,
SOEKARNO DULU ANTI BARAT, PRO KOMUNIS,
TU SEBAB DIA DIGULINGKAN. DAN DIGANTI OLEH SOEHATO(ANJING CIA).
UNTUK JAGA KEPENTINGAN AMERICA DI ASIA TENGARA.
==================
PERHATIKAN NEGARA2 YG BERMASALAH DARI SEGI DEMOKRASI DAN HAK ASASI MANUSIA,
KEBANYAKAANNYA NEGARA YG MELUTUT PADA AMERICA, DI DEPAN RAKYAT BUKAN MAIN BERLAGAK NASIONALIS, DAN ANTI BARAT.
Ha ha ha..
Seronokla hang TT...
Cerita bab tokoh sosialist...ha ha ha...Cuba hang kait kan dengan Islamic Sosialist ..baru ngam sikit ...ha ha ha..
menarik..catatan yg berfakta dan tidak bias..
kalau CIA dah bergabung dengan Mossad, jawabnya THE END
waa bagus la ko punya research tt...mengimbau kembali zaman aku kat middle east,....bukit golan tu kawasan strategik..sumber air...tanah pun subur...tapi perangai arab camtu la..suka buat perjanjian rahsia kalau ada kepentingan...so apa cerita next dia.....
1 lagi entri xde kah,kah,kah....
teruskan
http://www.thedailybeast.com/blogs-and-stories/2011-02-07/google-executive-wael-ghonim-admits-he-was-el-shaheed/
saya tidak percaya apa yang digembar-gemburkan sebagai pertolongan CIA kepada Ikhwan Muslimin.
Dan apa yang dihebohkan CIA sekarang tidak lain hanya untuk menyekat kemaraan Ikhwan yang semakin mendapat sokongan rakyat bawahan Mesir.
kah...kah..kah....mantap!Buat ler apa patut anak muda sebelum tua...sementara ada nyawa..bukan bole bawak balik pun dunia nie...ke dlm kubur...
Tak kiralah agen cia ke tak ke, yang penting pada akhirnya aku harapkan kejayaan buat rakyat mesir menumbangkan regim hosni mubarak melalui kuasa rakyat.
Aku juga harap ini akan berikan signal yg jelas buat pemimpin regime BN-UMNO supaya dengar skit suara keramat rakyat dan kuasa boleh hilang dalam sekelip mata jika Allah mahukan.
Bro TT...
Walaupun cerita pasal MEsir dan Ikhwanul ni agak pelik dan 'surprise', bila diletakkan cerita ini di dalam Bigger Picture, baru nampak ada rasionalnya. Bravo bro! Teruskan usaha murni anda. Tu sbb dikatakan 'Fact is stranger than Fiction'.
Laaa..CIA support grup-grup Islam ni memang dah jadi rahsia umum la. Dah banyak buku dan dokumen yang dah keluar. Ini semua berlaku masa perang dingin dulu.
CIA support grup-grup Islam untuk bunuh pemerintah yang orientasinya nasionalis kiri. sebab nasionalis kiri ni anti-neo imperialism, anti-neo colonization, anti-free market dan anti-amerika.
untuk bunuh gerakan nasionalis kiri secara direct orang akan nampak. so, CIA guna grup-grup Islam (sebahagiannya tanpa mereka sendiri sedari melalui dana yang disalurkan kepada tentera yang menyalurkannya pula kepada organisasi2 islam menerusi pemberian senjata, latihan ketenteraan, latihan kepimpinan, logistik, skill berorganisasi dan sebagainya) ini untuk lawan nasionalis kiri. grup-grup katolik di amerika latin pun dipergunakan juga oleh CIA untuk tumbangkan pemerintahan nasionalis kiri. bukan grup Islam sahaja yang dipergunakan.
cuba baca macam mana suharto menerusi tentera menggunakan organisasi islam di indonesia spt NU untuk bunuh hampir satu juta rakyat indonesia dari parti komunis indonesia. google tengok. dokumen dah keluar. buku, cd filem pon dah keluar.
buku dan dokumen tentang hal ni dah banyak beb. aku dah baca dua buku yang membongkarkan persekongkolan antara CIA dengan grup-grup Islam. satu, tajuk dia "good muslim, bad muslim" oleh professor mahmood mamdani, dan buku kedua, "the clash of fundamentalism", oleh tariq ali.
kedua-dua buku ni boleh dibeli kat borders atau kinokuniya atau gerakbudaya.
harap mereka yang mempersoalkan tulisan hisham ini, baca kedua-dua buku ini dan juga buku-buku lain yang menceritakan tentang hubungan antara CIA dan grup-grup islam ini.
Bukankah PENGGANAS No 1 yang masih dicari gali oleh AMERIKA - Osama Bin Ladin dikatakan mendapat latihan dari CIA? Jadi kenapa harus merasa hairan jika CIA membantu IM demi memenuhi matlamat mereka.... kena lihat bagaimana IM tidak dapat mengambil tampuk pemerintahan Mesir pun...
Memang benarlah kata2 Nabi(s)... ahlul bait... ahlul bait... ahlul bait... Siapa yg setia kpd Nabi, berpegang kepada alQuran dan ahlul bait (sebagai imam dan rujukan Sunnah), maka diselamatkan seperti pengikut2 Nabi Nuh(a) yg masuki bahteranya.... Berkata juga, umat Islam akan berpecah kpd 73 golongan, dan smua golongan adalah tak betul kecuali satu.... Sendiri mau fikir....
Mungkin kah Saudara Anwar Ibrahim sama seperti Ikhwanul Muslimin??? tanpa disedari telah dikudakan oleh CIA !
Ikhwan Muslimin diasaskan oleh Hassan Al-Banna bertujuan untuk menyatukan semua umat Islam di bawah satu sistem khilafah yang sama.
Hassan Al-Banna juga menentang kuasa imperialis.
Tetapi, jangan pula kerana TT mengatakan bahawa IM dipengaruhi CIA,maka ada di antara kalian menganggap Hassan Al-Banna juga dipengaruhi CIA.
Sekadar bimbang takut2 jika gerakan Islam mula disalahertikan. Jadi moral of the story is; selain baca TT, baca juga bahan bacaan lain dan yang penting sebagai Muslim, kita patut benar-benar faham akan usul-usul dan gagasan yang dibawa oleh Hassan Al-Banna kerana kalau kita lihat, gagasan yang dibawa oleh tokoh ini amat besar.
Malangnya, gagasan yang dibawa oleh Hassan Al-Banna ini digelar 'Islamist' oleh Wikipedia.
Jadi berhati-hati.
http://www.youtube.com/watch?v=JOe8Vv58s6M
konspirasi yahudi dalam menjatuhkan islam dari dalam....
minta dilihat dari segi interlektual..
Lagi Illuminati dan Konspirasi Yahudi terhadap islam
http://saudagarnilam.blogspot.com/2010/09/lagi-illuminati-dan-konspirasi-yahudi.html
Bros. TT.
Jamil Khir tu tau ke siapa Gamal Nasser dan sejarah Mesir.
Aku fikir pasti dia tak tau.
Apa yang dia tau pasal nak berdebat dengan Nik Aziz aje.
Kadang-kala kita tanpa disedari mempercayai hal-hal yang tak logik dek akal.Bagaimana CIA mahu bekerjasama dengan kumpulan penegak jihad.Pengetahuan,nota dan fakta kebanyakannya didapati dari membaca.Banyak buku-buku sejarah berhubung dengan Islam yang dipelajari dan digali bagi mereka yang mendapat pelajari sekular hatta hingga peringkat PHD,adalah dasar kajian dan pembacaan mereka adalah hasil karya dan penulisan orientalis.Mereka ini bijak dan halus stretegik hasutan dan pengaruh mereka.Sehinggakan kita tak sedar tipuan dan penyeleweng mereka.
Bagaimana Ikhwanul Muslimin yang berjuang menegakkan perintah Allah dipersetujui dan dibantui oleh CIA.
Semasa pemerintahan Nasserlah ramai ulama dan pejuang Islam disiksa dengan pelbagai cara dan dibunuh.Ada diantara mereka ditembak ditempat awam seperti Hassan Al Bana,dihukum mati ditali gantung seperti Syed Khutub.Dan disiksa hingga telinga bernanah dan berulat dibiarkan begitu saj dalam bilik tahanan.Ada yang dibaham anjing garang di dalam bilik kurungan mereka.Ramai lagi ulama di zaman Nasser,Anwar Sadat dan Hosni Mubarak dibunuh dan disiksa dengan pelbagai cara.Ada yang dilepaskan dipadang pasir yang luas tiada bertepi sehingga mereka mati kelaparan dan kehausan.
Nasser pada mulanya adalah merupakan ahli Ikhwanul Muslimin disamping seorang pegawai tentera.Dia mendapat kerjasama dan pertolongan Ikhwanul Muslimin menentang penjajah dan musuh negara.Tetapi apabila berjaya Nasser mengkhianati Ikhwamul Muslimin dan menangkap beberapa orang pemimpinnya.
Hal-hal sebegini adalah suatu lumpur dan berlaku dibeberapa negara dan disetiap zaman.Khianat,bersekongkol dan kepentingan diri.Nepotisma,kronisme telah berlaku sejak dulu lagi.Kalau di Malaysia ni kita rujuk kepada kerajaan Melayu Melaka.
Dari segi sejarahnya yang otontik berhubung dengan kesedaran dan kemerdekaan dan menentang penjajah ini,ianya dimulai oleh golongan ulama atau agamawan.Baik di Malaysia mahupun Indonesia.Merekalah jadi penggerak dan nadi menentang penjajah.Tetapi apabila kejayaan telah tercapai golongan agamawan dan ulama ini diketepikan.Mereka dikhianati dan cabuli usaha dan perjuangan mereka.Bagaimana begitu mudah mereka dikhianati dan ditipu muslihatkan.Inilah dia kerja CIA atau Emperialis Amerika.Inilah juga yang berlaku di Mesir.Bila negara baru mencapai kemerdekaan memerlukan pelbagai keperluan yang utama keperluan kesenangan jaminan kesinambungan pemerintahan mereka.Kalau tidak takkanlah Anwar Sadat dan Hosni Mubarak berkahwin dengan perempuan Amerika.Bukankah Anwar Sadat dan Hosni Mubarak kesinambungan pemerintahan Nasser.
hmmm...melayu kena banyak baca buku.jnangn bodoh lagi ditipu.asyik2 tgk raja lawak..nanti mandul
A'kum semua...
Mmg x betul... aku sendiri yg ahli Ikhwan x setuju... Ikhwan tidak dipengaruhi oleh anasir2 luar... nak tahu sejarah Ikhwan cuba baca blog2 yg berkaitan yg sahih & rajih (meyakinkan),bermula dgn penubuhannya serta pengasas2 serta Mursyidul Am mereka sehingga ke hari ini... bukan main ceduk terutamnya dari sumber Barat shj... Wassalam.
salam sahabat, tt n gerombolannya n labu2nya sedang masukkan jarum komunisnya.
mana ada cia,amerika,barat atau komunis berbaik dgn islam khusus ikhwan muslimin.kalau ada dah lama pemimpin yg perjuangkan islam(ikhwan muslimin mesir)jd pemimpin yg kaya raya.
cuba tengok pemimpin yg kaya raya semua yg berfahaman sekular,nasionalis,sosialis & kominis
sukarno.suharto,gamal naseer, anwar sadat,raja farouk,shah iran, hosni mubarak termasuk gerombolam msia semua berkiblatkan barat,amerika dan rusia.
negara islam yg d pimpin oleh pemimpin yg hendak menegakkan islam
hancur d serang oleh amerika cth.afghanistan,somalia n yg terbaru turki mula d ganggu oleh amerika lahanat.
pemimpin mesir sejak raja farouk,nasser,anwar sadat n kini hosni mubarak dgn d bantu barat n amerika telah membunuh beribu2 pejuang n pemimpin ikhwan muslimin
ramai pemerhati n pemimpin barat membuat kenyataan jika mubarak down, ikhwan muslimin akan naik.jika ini berlaku israel akan berada d ambang bahaya,
ini maknanya ikhwan muslimin tidak pernah ada pakatan dgan amerika atau yahudi
yg ada pakatan dgn komunis adalah tt n gerombolannya n labu2nya
oh ya..ejaan yang betul ditaktor ke diktator?
sdara TT
umno dan bn amat bernasib baik kerana pemuda pemudi kita masih tidak mampu berfikir ke arah itu.
bang isham..saya lebih suka melihat isu ini dari sudut kemanusian...ada arab baik..ada arab sial..ada cia baik..ada cia jahat...ada yahudi baik..ada yahudi laknat...ada melayu baik...ada yg cam umno..ada muslim adik beradik baik...ada yg bongok...begitula...
hasan
TT dah masuk jarum tu.....
Silalah baca buku "Good Muslim, Bad Muslim" oleh Prof. Mahmood Mamdani dan "The Clash of Fundamentalism" oleh Tariq Ali. Ini buku akademik. Ini bukan wikipedia, wikileaks atau tulisan blog yang boleh diragui kesahehannya. Buku akademik ada peraturan yang sangat ketat khususnya untuk menugutip suber-sumber dan informasi supaya maklumat yang disampaikan mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi.
Sila bezakan antara tulisan blog wikipedia, wikileaks, buku berbentuk pandangan (spt buku TT "Keganasan, Penipuan dan Internet), buku autobiografi dan buku akademik. Tulisan blog, wikipedia, wikileaks, buku berbentuk pandangan dan buku autobiografi, sistem pengutipan data dan maklumat tidak seketat buku akademik. Untuk buku akademik diterbitkan, ia memerlukan verifikasi maklumat, saringan pebagai tahap dan perlu dinilai dahulu oleh beberapa panel referee yang terdiri dari sarjana akademik yang mempunyai kredibiliti sebeum ianya boleh diterbitkan.
So, untuk dapatkan pengesahan yang lebih ada kredibiliti sila cari buku-buku akademik untuk dibaca. Baca buku akademik dari pelbagai sumber dan perspektif. Kiri, kanan, tengah, Islam, sosialis, kapitalis, komunis, sekular, timur, barat, Islam liberal, Islam kiri, Islam kanan, Islam konservatif, Islam progresif, Islam tradisionalis,Islam modenis, Islam reformis, Islam moderate, Islam radikal, Islam status-quo - pelbagai sumber dan perspektif kita baca. Sekurang-kurangnya 2-3 perspektif dan sumber. Lepas tu barulah kita nilai sendiri.Jangan hanya baca dari satu sumber dan satu perspektif sahaja.
Cari buku Mahmood Mamdani dan Tariq Ali yang di atas. Baca dan nilai. Kalau tak bersetuju dgn buku tersebut, cari buku akademik yang lain dan kemukakan hujah tanding.
Jangan hanya tuduh dan label sesuatu tulisan itu sebagai jarum komunis, kapitalis, sekular dan islamist sahaja tanpa kita sendiri membaca dari pelbagai sumber akademik yang lain. Baca dari pelbagai sumber akademik yang ada kredibiliti, baru kepala otak Melayu-Islam ni lebih kritis dan tak bebal!
aku tunggu cerita ini. aku tidak perlukan google jika ada tukar tiub. adakah akan lahir Naseer yg lain di dunia ini? mungkin tidak.
~ sebatang rokok utk cerita ini, salute utk mu org tua berambut panjang.
amerika anti-komunis sebab fahaman tu bertentangan dengan cita-cita dajal. tengok movie dulu, yg jahat je, pakai bendera soviet, yg jahat sosialism etc.
macam amerika anti-islam skarang. tengok movie skarang, yg jahat je, ckap bahasa arab, solat etc. brainwashed!
Catat Ulasan