Isnin, 11 April 2011
BELI KAPAL SELAM KEMUDIAN BUNUH ALTANTUYA
KENYATAAN MEDIA Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
11 April 2011
AKSI MENENTANG
1. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dan badan-badan bukan kerajaan Malaysia ingin mempertanyakan perihal perbelanjaan ketenteraan Kerajaan Malaysia di bawah tadbir Kementerian Pertahanan.
2. Dalam keadaan sosio-ekonomi hari ini, di kala kemelaratan dan kemiskinan menjadi norma, pihak kerajaan tidak sekali pun teragak-agak untuk mengawal perbelanjaan ketenteraan, dan menyalurkan dana yang boleh dijimatkan itu untuk membasmi kemiskinan atau dibelanjakan untuk menyelesaikan masalah-masalah sosio-ekonomi yang begitu menular hari ini.
3. Malah, perbelanjaan ketenteraan itu juga kelihatan seolah semakin galak, dan dilakukan tanpa transaksi yang telus dan punya akauntabiliti; termasuk mengaitkan komisyen berjumlah besar yang melibatkan penggunaan dana awam.
4. Media Perancis pula melaporkan tentang skandal kapal selam yang masih berada dalam siasatan, namun jelas melibatkan dana awam dan penipuan pihak-pihak tidak bertanggungjawab. Sumber: http://www.rue89.com/2011/04/02/sous-marins-malaisiens-la-piste-des-retrocommissions-se-precise-197722?page=1#commentaires diterjemah di: http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/39451-usd100-milion-commission-for-rm41-billion-submarines-contract-paid-by-malaysia-and-not-france-
5. Oleh yang demikian, SUARAM dan sekumpulan badan bukan kerajaan yang prihatin dengan perkara ini akan menyerahkan memorandum kepada pihak Kementerian Pertahanan pada 12 April 2011 jam 11 pagi.
6. SUARAM dan NGO Malaysia lainnya berharap agar pihak kerajaan akan menerima memorandum ini dengan lapang dada tanpa sebarang pertelagahan.
Sekian,
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
7 ulasan:
Brader apa cerita injin jet yang hilang? Tak kan senyap je mana Panglima Angkatan Tentera tak kan masih berada di Dubai menyorok!
Macam mana beli jet dari Italy tanpa injin...hahahha Malaysia beli krangka sahaja apa punya tur dan bodoh! macam mana nak terbang? hahahahhaaa janji bolih dapat fulus.... bangang punya kementerian yang membazir wang rakyat... bila nak tubuhkan RCI?
Salam,
Kapal selam yang di terima 2. Tapi bayaran yang telah di buat untuk 4 buah!!
Bila lagi 2 buah lagi akan sampai yek? jangan tak sampai2 udah!!!!!
Aku akan bersunat sekali lagi jika penghantaran memorandum pada 12.4.2011 ini nanti tidak diganggu oleh polisi.
Siasatan kes video perlu dipercepatkan. Aku amat sokong sekali dengan alasan berikut:
1. supaya yang memiliki video tersebut dapat ditangkap dan dipenjarakan dengan segera.
2. supaya yang menayangkan video tersebut kepada umum dapat ditangkap dan dipenjarakan dengan segera.
3. Supaya mana-mana blogger dan TV yang menyiarkan rakaman video tersebut di La Carcosa boleh ditangkap dan dipenjarakan dengan segera.
4. Supaya mana-mana pihak yang menonton video itu dapat ditangkap dan dipenjarakan dengan segera.
5. supaya ibu ayam atau orang ketiga yang menguruskan rakaman video wseks itu dapat ditangkap dan dipenjara dengan segera.
6. Supaya kita mengetahui mengapa ada alamat siam dalam video tersebut dan kebenaran bahawa adegan itu dibuat di siam.
7. supaya kita mengetahui siapakan sebenarnya pelaku yang tidak berjanggut itu dan seterusnya dapat ditangkap dan dipenjarakan dengan segera.
8. supaya pengugut dalam kes video ini kepada seorang ahli politik dan isterinya dapat ditangkap dan dipenjarakan dengan segera.
9. supaya pesalah berkaitan dengan isu yang melibatkan orang islam itu dapat ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah syariah dan dihukum mengikut undang2 islam dengan segera.
Dengan alasan2 di atas, saya menyokong supaya siasatan kes itu disegerakan dengan seberapa segera.
Kata rakyat France, komisyen kapal selam itu dibayar oleh Malaysia. Apa komen menteri pertahanan zahid?
Betul ke tak betul?
Kalau tak betul sila saman rakyat France tersebut. Sebab dia dah memalukan kerajaan Malaysia.
Db cooper
berkenaan dengan belanjawan ketenteraan, jangan lah kita rakyat malaysia cepat sangat mencari celah keburukan dalam setiap aspek, mesti ada keluar isu-isu tidak ketelusan dari pihak-pihak yang tidak berpuas hati, sedangkan ilmu pertahanan yang ada hanyalah datang dari sumber-sumber yang dipaparkan. sedangkan tok guru nik aziz sendiri ada mengulas tentang belanjawan negara terhadap sistem pertahanan sebanyak 6 billion, beliau menyatakankan " apalah sangat 6 billion itu untuk mempertahankan kedaulatan negara, tetapi urusan perlulah telus". malaysia dengan anggaran penduduk hampir mencecah 30 juta, adakah setimpal jika jumlah 30 juta penduduk ini hanya dipertahankan kedaulatanya hanya sejumlah sedikit belanjawan pertahanan?? sungguhnya, harga nilai rakyat itu jauh lebih bernilai dari segala apa bentuk nilai yanga ada. cara mempertahankannya adalah dengan menjaga kedaulatan rakyat dengan persiapan pertahanan. sejarah dah cukup mengajar kita bagaimana maruah kita dicalul dengan buas oleh penjajahan jepun yang hanya mengambil masa beberapa hari sahaja untuk menawan malaya. tiada mana-mana pihak yang akan belanjakan belanjawan pertahanan kalau bukan datang dari kita sendiri.anda percayakah sekiranya mana-mana kuasa besar dunia mahu menjajah malaysia sekali lagi, dengan mudahnya dilakukan, kerana apa? persiapan ketenteraan mereka yang lebih tajam dan banyak berbanding malaysia. sebagai negara kecil, kedaulatan adalah aset paling gah yang harus dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
kepada yang meninggalkan komen tanpa nama yang mempersoalkan kredibiliti barisan panglima negara, tahukah anda, bagaimana kisah hidup mereka? tahukah susah payah mereka menjaga kedaulatan negara sehingga di angkat menjadi panglima negara. patriotik barisan panglima ini saya boleh jamin tidak boleh ditandingi. jasad, maruah, mereka semua diletakan di barisan hadapan negara. adakah anda boleh memupuk semangat patriotik sebegitu.
berkenaan dengan mana-mana pembelian jentera pertahanan, sedikit informasi saya mahu jelaskan, setiap jenis jentera dibeli sudahpun disusun strateginya dari A sampailah Z. dan jangan terperanjat jika saya berani katakan, bilangan setiap jentera yang dibeli melebihi dari apa yang didedahkan. sumber ini boleh dipercayai, pengakuan sendiri dari orang kuat bahagian pertahanan negara. adakah bilangan kapal selam malaysia hanya 2 sahaja yang beroperasi di perairan negara sekarang? adakah 4? sememangnya jumlah itu lebih dari 4, cuma bilangan berapa banyak itu saya tidak ketahui, ini rahsia negara. adakah jet sukhoi negara hanya sebanyak yang dinyatakan?? tentulah tidak, malah berani saya katakan melebihi dari apa yang kita fikirkan, jumlah sebenar adalah rahsia, adakah jumlah kereta kebal keluaran negara sebanyak 45 sahaja? setuju jika saya katakan hampir 100? untuk menjelaskan konsep ini, amat mudah, adakah kita malaysia akan dedahkan berapa bilangan sebenar jentera pertahanan negara kepada pihak luar. sudah tentu tidak, seperti menggali kubur sendiri, dan ia kekal sebagai rahsia negara berprofil tinggi.
jadi jangalah mana-mana pihak melenting setiap kali transaksi pembelian jentera negara yang dilihat tidak berbaloi dengan jumlah pembelian, sememangnya bilangan pembelian jentera melebihi dari apa yang didedahkan. ya, saya berkata memang tidak mempunyai bukti, bukti macam mana lagi saya mahu keluarkan sekiranya ia adalah rahsia sulit negara, sekiranya saya mengatahui bilangan sebenar jentera pertahanan, sudah tentu semua negara luar sudah mengetahuinya.
kepada tukar tiub, agak lama anda tidak mendedahkan isu-isu dan mempertikaikan isu-isu berkaitan pertahanan negara, saya ucapkan terima kasih, jika sekali sekala perdebatan isu-isu pertahanan negara amat digalakan disebabkan menaikan sentimen patriotik negara, bukan untuk kebaikan mana-mana pihak pemerintah, sama ada PKR ataupun BN, tetapi kebaikan menaikan semangat patriotik anak muda. dan semangat juang anak muda dalam pertahanan. Db Cooper
apa nak kecoh2 video anugerah?
rakyat nak tahu betuk ke tidak anugerah berlakon...tu je
yang lain2 boleh diambil tindaakan lepas tu
apa yang kalut anugerah menepis kalau bukan dia dlm tu?
apa yg belabah azizah bila tanya paaasal omega?
anugerah tu manusia macam kita bro...bukan malaikat
bila kena batang hidung sendiri..pandai pula tk nak rci
kah kah kah sandiwara kelas cekerawala si anugerah ni
pencacai2 junjung macam lah dia maksum...sedarlah melayu2 oiiiii
tau cari salah org, sendiri punya sampai masuk kubur takkan mengaku
soi lek pun ada teloq mengaku
anugerah ada telog ke?
pencacai2 menjilat sajalah..he he
Catat Ulasan