Isnin, 25 April 2011

REMBAT TANAH ORANG MELAYU LAGI



KAMPONG WARISAN DIREMBAT




TEMPOH PAJAKAN HAMPIR TAMAT - meloya

KUALA LUMPUR 24 April - Kesemua baki 66 daripada 131 pemilik lot Kampung Melayu Kepong, Mukim Batu yang masih belum mengemukakan permohonan melanjutkan tempoh pajakan selama 99 tahun diingatkan agar segera berbuat demikian.

Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, pemilik tanah terlibat tidak harus memandang ringan perkara ini kerana permohonan adalah diluluskan secara berkelompok selain boleh menikmati pelbagai insentif menarik termasuk pemberian diskaun bagi pembayaran premium yang ditawarkan Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKTWPKL).

Katanya, secara keseluruhan daripada 131 lot tanah di kawasan ini hanya 65 lot sahaja iaitu 49.62 peratus telah memohon dan diberi kelulusan bagi melanjutkan tempoh pajakan.

"Purata baki tempoh pajakan pemilik tanah di kawasan ini adalah dalam lingkungan berbaki 18 tahun dan 24 tahun yang akan tamat tempoh pajak pada tahun 2029 dan tahun 2035.

NOTA:
pelik kenapa berita tentang tempat lain kita tak pernah dengar
yang kita dengar hanya tanah orang melayu dalam kuala lumpur saja

kita tak tahu macam mana YTL rembat tanah keretapi di sentul?
berapa tahun perjanjian pajak?

berapa tahun pajak kedai-kedai
yang berselirat di kuala lumpur ini

kenapa kita semua tak pernah dengar dan baca

hanya tanah sekangkang kera orang melayu sahaja
yang menjadi buah mulut

ada sesiapa pernah baca berapa lama pajakan kedai-kedai di bukit bintang?

kenapa hanya tanah orang melayu sahaja kena rembat?

tanah- tanah cukong lain kita tak pernah baca
apakah ini kerana lendir china doll semua
berjalan dengan senyap-senyap

NOTA:
disini jelas niat busuk geromboan nak rembat
tanah orang melayu – ini hanya permulaaan
tak percaya sila tunggu

NOTA:
malah di kampong banda dalam – di gombak
rancangan untuk merembat kampong kampong melayu sedang berjalan

sila ikuti perkembangan perjuangan warga banda dalam ini

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Abang TT,
Mudah sahaja jawapannya. Ini kerana orang melayu mudah diperbodohkan dengan ketuanan melayu dan kuasa politik. Yang sedihnya yang memperbodohkan orang melayu ialah orang melayu atau mamak tukong. mereka ini ambil kesempatan untuk kaut keuntungan dengan menjual kepentingan orang melayu kepada saudagar cina dan orang luar. kampung halaman ditukar hak milik dengan nyanyian lagu pembangunan dan seterusnya dijadikan projek mega yang kemudian orang melayu tak mampu beli kah kah kah. bukan setakat tak mampu beli sekadar tumpang minum kopi pun tak dapat kah kah kah. Ketuanan Melayu banyak padahnya....

Tanpa Nama berkata...

Abang TT,
Mudah sahaja jawapannya. Ini kerana orang melayu mudah diperbodohkan dengan ketuanan melayu dan kuasa politik. Yang sedihnya yang memperbodohkan orang melayu ialah orang melayu atau mamak tukong. mereka ini ambil kesempatan untuk kaut keuntungan dengan menjual kepentingan orang melayu kepada saudagar cina dan orang luar. kampung halaman ditukar hak milik dengan nyanyian lagu pembangunan dan seterusnya dijadikan projek mega yang kemudian orang melayu tak mampu beli kah kah kah. bukan setakat tak mampu beli sekadar tumpang minum kopi pun tak dapat kah kah kah. Ketuanan Melayu banyak padahnya....

Shah_Skudai berkata...

Salam, nampaknya TT telah terlepas satu berita menggemparkan!!!!!Sila rujuk The Star hari ini..BIG MOMMA telah bertelur di Ladang ular Pulau Pinang!!!!Minta TT buat ulasan...sebab ulasan TT lawok...

Tanpa Nama berkata...

org melayu tak layak dok di bandar. org melayu hanya layak dok di kampung.. jadi pencacai umno. bila ada p/raya datang laa bantuan

Tanpa Nama berkata...

mana ada tanah melayu kena rembat??? org melayu jual jer....kahkahkah

atok aku punya tanah lagi best! dia bukan jual...dia ambil duit ansuran tiap2 bulan dgn sorang apek...sampai tak bleh bayar...lepas tu automatik tanah tu bertukar milik...kahkahkah

itulah melayu sampai bila2...kahkahkah!

khal berkata...

Satu lagi cerita, ketua gerombolan melayu mat monggol di punchong nak gadai tanah milik melayu pada cukong.http://malaysiawaves.com. Habis semua tanah melayu nak di gadaikannya. Ketuanan melayu nak tipu melayu. Bodohnya si bagral-bagral yang masih menjadi pencacai UmporNO.

Tanpa Nama berkata...

Nama pena miker ader dalam kartun Lat hari ni ...

Tanpa Nama berkata...

Yola polik bin ajaib orang melayu je yang diberi pajakan orang lain hak milik kekal kot..

Tanpa Nama berkata...

bro, apsal lu sekarang suka guna Meloya??? nape tak guna Melayau?

Tanpa Nama berkata...

Rembat tanah Melayu disekitar Kuala Lumpur ni bermula sejak Raja Tanpa Negeri ni jadi Menteri WP.Dia dijadikan senator khusus untuk rembat tanah Melayu diKuala Lumpur.Lagi banyak tanah dia rembat untuk chukon-chukon tempoh senatorship dia akan dilanjutkan.