Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Sabtu, 4 Jun 2011

KENYATAAN RESMI



PDRM DAN PEGUAM NEGARA PERLU JELASKAN KEGAGALAN MEMBERI JAWAPAN DAN KES ALLAHYARHAM SARBIN
I

Kami merujuk kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Ku Chin Wah pada 2 Jun di mana polis akan memohon sebuah inkues dibentuk bagi kes kematian pegawai kanan Kastam Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed. Turut dilaporkan Peguam Negara telah bersetuju agar sebuah inkues dibentuk.

Kami melihat keputusan mengejut oleh PDRM dan Peguam Negara ini sebagai sesuatu yang meragukan, tidak sesuai dan tidak tepat dalam konteks undang-undang.

Sebuah inkues tidak boleh ditubuhkan sewenangnya apabila pendakwaan kes jenayah lebih sesuai dijalankan. Sarbani adalah seorang individu berkeluarga yang sempurna akal dan sihat tubuh badan yang secara sukarela datang ke Pejabat SPRM untuk membantu siasatan; tiada bukti konkrit beliau membunuh diri, dan telah terbukti bahawa beliau tidak mengumpul kekayaan di luar keupayaan dan kemampuan beliau. Motif bunuh diri adalah sangat tidak munasabah dan tidak wujud sekelumit pun.

Beberapa fakta yang wujud secara jelas dan tegas membuktikan kewujudan salahlaku yang membawa kepada kematian Sarbaini, khususnya apa yang diperincikan oleh balu Allahyarham di dalam laporan polis yang dibuat pada 2 Mei 2011, di mana pegawai penyiasat SPRM telah mengakui bahawa 'orang mereka' bertanggungjawab atas kematian tersebut.

Sekiranya terdapat keraguan yang serius mengenai punca kematian, pihak PDRM dan Peguam Negara seharusnya mengarahkan pembentukan inkues pada kadar segera sejurus selepas kematian berlaku.

Adalah sangat mengejutkan dan menimbulkan persoalan yang sangat besar mengapa inkues hendak ditubuhkan hanya selepas dua bulan berlalu.

Lebih memelikkan, sejak kematian berlaku, pihak polis telah memberikan gambaran seolah-olah proses siasatan berjalan lancar dan keluarga Allahyarham serta sekalian rakyat akan mendapat penjelasan lanjut berhubung punca kematian Allahyarham.

Apakah gambaran ini diberikan hanya semata-mata untuk meredakan kemarahan rakyat yang bangkit berikutan kematian tragis ini?

Pada pertengahan April, pihak polis telahpun menyatakan proses siasatan telah masuk ke fasa akhir. Kini, terbukti segala bentuk siasatan yang dibuat adalah 'pemanis mulut' semata-mata dan sebuah inkues terpaksa diwujudkan.

Mengapa rakyat diselewengkan daripada fakta sebenar dalam hal ini?

Lebih menjengkelkan, pengumuman mengejut mengenai penubuhan inkues ini berlaku sehari selepas KEADILAN menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Negara yang mempersoalkan kelompongan PDRM dalam mengendalikan kes ini.

Ini mengundang kepada kesimpulan mudah bahawa tujuan inkues itu ditubuhkan ialah untuk melengah-lengahkan kes ini dan membuatkan rakyat terus senyap.

Kami mendesak agar sebarang bentuk hasil dan kesimpulan siasatan polis di dalam kes kematian Allahyarham Sarbani didedahkan kepada umum.

Rakyat dan keluarga Allahyarham mempunyai hak untuk tahu kenapa masih tiada sebarang jawapan mengenai punca kematian Allahyarham. Pihak PDRM dan Peguam Negara perlu menjelaskan sebab musabab mereka menyarankan penubuhan inkues dan mengapa siasatan mereka gagal memperuntukkan sebarang jawapan kepada kes ini.

Kami juga melihat wujud keperluan mendesak agar satu siasatan dan pendakwaan dibuat kepada semua yang terlibat atau bertanggungjawab ke atas kematian Allahyarham.

N SURENDRAN
NURUL IZZAH ANWAR


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jelas yang SPRM, POLIS dan Jabatan Peguam Negara akan cuba sedaya upaya untuk menutup pembunuh Sarbani semampu mungkin.. kemungkinan juga pembunuh ini adalah orang yang sama dalam kes teoh.

kes aminurrashid dan kugan sudah lama takdak bising2 lagi dah..

Tanpa Nama berkata...

PDRM dan SPRM ada lah pembunuh rakyat yang berlesen yang di tanggung sendiri oleh Rakyat Malaysia.
Pejabat Peguam Negara yang dipimpin oleh Guni Patail ada lah pelindung kepada kedua2 tersebut.
1Malaysia memang hebat dan the one and only in the entire Universe.

Tanpa Nama berkata...

kelompongan PDRM....
memang lopong pun, macam roti bangAli, penuh angin aje.

Tanpa Nama berkata...

ooooiiii kes video anuar bila nak jelaskan?
nurul izah sibuk cari salah kerajaan, bapak dia tu maksum ke?
sedarlah diri puak2PR ni..tak habis cari salah kerajaan, salah sendiri depan hidung buat dek je..
macam ni nak gi putrajaya?
jaga selangor pun tiris..jangan mimpilah
setakat demo haram tu je yang mampu. insaflah TT.

Tanpa Nama berkata...

esok jah jadi kerajaan,
bubarkan PDRM, cari khidmat keselamatan swasta gurkha atau bangla...
MESTI lebih efisyen dan o kes2 pembunuhan.
PDRM dah tak diperlukan dan negara akan aman damai sejahtera dengan kerajaan baru...
Sedarlah diri yang PDRM dah buat mcm2 dari korang lahir sampai la ni, dahlah korang takut n tak layak nak masuk polis, mengutuk pulak tu. nak pertahan negara lagi tak tahu n tak layak. Yang tahu mengutuk, mengumpat, mengkafir, semua kerajaan salah...diri sendiri juga betul. Pooorahlah korang yang buta hati n tak tahu kenang jasa polis. Korang standard pandu puteri je..

aku sayang malaysia berkata...

pada aku,polis2 ada penilaian depa sendiri terhadap apa yg telah,sedang dan akan berlaku.depa cari makan untuk anak bini.depapun mgkn kdg2 rasa terpaksa.nak buat,aniaya org.tak buat aniaya diri dan anak bini.serba salah depa tu.jgn la hentam or mrh polis yg kecik2 tu.kita tukar je kerajaan pada pru 13.yg jht bkn pdrm tp individu.bacala tulisan tt tentang kehormatan bkn pada nama,jwtn or whatsoever tp pada sosok itu sendiri.berilmula skit.bacala walaupun 1 ayat.