Ahad, 7 Ogos 2011
BAGAIMANA GEROMBOLAN AKAN MENANG DI PRU 13
KOMENTAR SIDANG PENGARANG TUKAR TIUB
salah satu dari lapan tuntuan bersih ialah penghapusan undi pos
undi pos ini telah digunakan bagitu lama sekali oleh gerombolan
undi pos ini tidak boleh dipercayai
undi pos adalah undi tipu
sesudah 9 julai bersih 2.0 telah memberi masa tioga bulan
untuk sppr melakukan sesuatu tentang udi pos
tiga bulan ini akan berakhir pada november
kerana bulan puasa tidak diambil kira
suasana politik hari ini jeas menunjukkan
Pakatan Rakyat akan menang besar dalam pru13
semua tanda tanda politik menunjukkan
ahawa pentabiran malaysia akan diganti
TETAPI! AWAS ! WASPADA!
gerombolan akan menipu
undi pos adalah slah satu dari cara menipu undi
hasilnya : pakatan rakyat akan kalah
pakatan rakyat di selangor akan kalah
kerana selangor negeri terkaya sedang dikepong
oleh undi pos dan undi mat bangla dan mat indon
anak anak muda wajib sedar hal ini
kemenangan akan digagalkan
inilah hakikat dan perancangan licik gderombolan
tak percaya?
sila baca apa yang tertulis di bawah ini:
UNDI POS : LAGI BEKAS TENTERA DAKWA SUBAHAT - mkini
Seorang lagi bekas tentera hari ini tampil mendakwa pernah terlibat menyalahguna undi pos semasa berkhidmat atas arahan pegawai atasannya.
Nasir Mohamad (kiri) yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai bekas "kerani" di kem Sandakan, Sabah berkata, kejadian itu berlaku ketika pilihan raya umum ketujuh pada tahun 1986.
"Saya bersama seorang kerani diarah buka karung undi... (kami) diarah pegawai atasan buka uncang undi dan diarahkan memangkah. Kertas undi itu lebih kurang 900 keping, termasuk tentera dan isteri mereka.
"Saya diarah bahagi dua, kawan saya, namanya Ayub Mat ambil 400 lebih, saya ambil 400 lebih (kertas undi). Saya diminta undi ikut citarasa saya," katanya dalam majlis anjuran Pemuda PAS di sebuah hotel di Ampang pagi tadi.
UNDI POS NAIK MENDADAK DI PERAK - mkini
Sejumlah 8,470 nama pengundi baru pos telah dimasukkan dalam senarai pengundi di enam kerusi DUN di Perak tahun lalu - langkah yang didakwa oleh PKR negeri, bertujuan untuk menguntungkan Umno.
Timbalan pengarah pilihan raya PKR negeri, Chan Ming Kai berkata, jumlah teramai adalah dalam senarai pemilih di DUN Pangkor, yang diwakili oleh Menteri Besar, Zambry Abd Kadir.
Menurut Chan, data dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dikemaskini Disember lalu, menunjukkan kebanjiran 5,669 pengundi pos di DUN tersebut.
"Jumlah pengundi pos sekarang hampir setengah daripada 26,000 pengundi di situ," kata Chan, yang tidak memberikan data lengkap dalam pernyataannya.
Pada tahun 2008, Zambry (bawah, kiri) memenangi kerusi dengan majoriti selesa 5,785 undi, menewaskan calon PKR, Pkhrazi @ Pakhrazi Muda, yang memperolehi 5,121 undi.
Kerusi Pangkor terletak dalam parlimen Lumut yang dimenangi calon BN, Kong Cho Ha dari MCA - dengan majoriti tipis 298 pada 2008.
Menurut Chan, kebanjiran pengundi pos di Pangkor boleh menjejaskan peluang Pakatan Rakyat untuk merampas kerusi Lumut.
"Pertambahan (mendadak itu) benar-benar mengejutkan," katanya sambil bertanya bolehkah pangkalan tentera laut di Pangkor menampung jumlah yang begitu ramai.
Sedangkan data, katanya, menunjukkan hanya 368 telah dipindah keluar.
Chan berkata, ada kemungkinan isteri/suami anggota tentera dikategorikan sebagai pengundi pos
BELAJAR DARI SEJARAH : jika pilihanraya boleh mengubah sesuatu
pasti pilihanraya telah lama diharamkan di malaysia!
Labels:
anak muda berani bangun melawan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 ulasan:
Apa sebab anak muda Mesir berjaya tumbangkan Hosni Mubarak..??
Sebab diorg turun kejalanraya dan diorg berkampung terus..!!!
Diorg nekad..
Diorg x pulang selagi Hosni Mubarak x dihumbankan..!!
Ini baru cool..
Tapi..
Apa sebab tuntutan BERSIH dipandang sepi..
Sebab kita turun kejalanraya tapi kita bersurai 4-5jam kemudian..!!
Jadi aku tuntut BERSIH 3.0 kita rakyat turun kejalanraya dan kita berkampung terus!!!
Kita berkampung bukan nak tumbangkan kerajaan melalui jalanraya..
Tapi kita minta tuntutan BERSIH ditunaikan..
Selagi SPR angkuh..
Selagi Umnongok angkuh..
Kita jangan balik..!!!
Ini baru cool..
adakalanya demokrasi bila diteliti dan fahami ianya menjadi "deme keras hati"...
jgn tertipu dengan demokrasi ala malaysia...
jgn mencontohi demonstrasi ala malaysia...
PRU akan datang akan ditambah lagi dengan undi pos dari RELA.Kerajaan UMNO/BN sedang dan telah membesarkan pasukan RELA,ini bermakna undi pos akan bertambah berlipat ganda.
Amat setuju dengan cadangan Anak Jati Kelate.Kita buat macam ni sebab nak pertahankan kedaulatan negara dan khguatir akan terjejasnya keselamatan negara sebab lkebih dari 2 juta PATI akan jadi warganegara.Kalau PDRM tak tau nak kawal keselamatan negara,adalah menjadi tanggung-jawab rakyat menggunakan "kuasa rakyat".
Sokong kita berkampung di jalanraya pada kali ni. Hidup 1malaysia. Ops. Hidup bersih kah kah.
Catat Ulasan