Selasa, 27 September 2011

JANGAN HANYA BERCAKAP - LAKUKAN SESUATU




SATU LAGI MANGSA




SEPERTI BENG HOCK, PEMBUNUH SARBAINI DILINDUNGI? : SHAMSUL – keadilan daily

Keputusan mahkamah koroner bahawa Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbaini Mohamed jatuh sendiri dari Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sukar diterima.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata demikian mengulas penghakiman Aizatul Akmal Maharani, yang menolak unsur bunuh diri, homisid mahupun penglibatan pihak ketiga bagi alasan kematian allahyarham.

Katanya, kes-kes kematian yang berlaku ketika dalam tahanan SPRM seolah-olah dilindungi punca kematiannya seperti kematian Teoh Beng Hock pada Julai 2009.

“Kes ini tidak ada beza dengan Teoh Beng Hock dan kini seolah-olah setiap kematian yang membabitkan pegawai SPRM seperti dilindungi. Ini kerana kita harus ingat dalam penghujahan peguam, dan keluarga si mati, tidak ada bukti arwah terlibat dalam korupsi,” katanya.

Menurutnya, tidak ada sebab untuk allahyarham terjun dari bangunan itu, malah beliau mempertikai mengapa sistem litar tertutup CCTV SPRM dipadamkan ketika inkues berjalan.

“Jangan biar rakyat hilang keyakinan dalam sistem kehakiman. Ini merupakan satu hari malang rakyat malaysia kerana kita lihat kesimpulan mudah dibuat iaitu seolah kemalangan di dalam pejabat dan tiada unsur jenayah,” kata beliau.

Antara penemuan penting inkues itu adalah bahawa sistem litar tertutup CCTV SPRM didapati diganggu dengan 22 jam rakaman termasuk tempoh Ahmad Sarbaini datang ke premis agensi itu yang telah dipadamkan.

Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang, ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM di Jalan Cochrane 6 April lalu.

NOTA:
telah sampai masanya
kita buat laporan polis di luar negara
angkatan pemuda keadilan wajib
memikirkan cara dabn bagaimna
satu laporan boleh dibuat di luar negara

tempat pertama yang boleh dibuat laporan ialah london
caranya cukup senang
cari ngo eropah
minta ngo ini buat laporan polis
buat laporan polis atas

tuduhan : crime against humanity - jenayah terhadap kemanusiaan

nama utama patut dilaporkan
ialah ghani patail dan musa hassan
cuba dua nama ini dahulu

empat hari dahulu kekebalan rumsfled
baru sahaja ditarik kembali
rumsfled tidak akan berani meningglkan amerika
rumsfled dituduh: penjenayah perang

juga

lihat bagaimana ngo swiss
telah memerangkap taib mahmud
bukan saja akan didakwa di swiss
malah akan juga di dakwa di german

lihat bagimana ngo peranchis telah berjaya
membuka kes rasuah najib dan razak baginda
kes ini kan dibuka di paris tidak lama lagi

sekarang zaman global
ini lah tanda malaysia boleh
ini lah tanda melayu unggul


JANGAN LUPA JUMAAT INI


Tiada ulasan: