Sabtu, 5 November 2011
KENYATAAN MEDIA
ANGKATAN MUDA KEADILAN MALAYSIA
ISU AUKU UKM 4: TINDAKAN KABINET MEMBUAT RAYUAN MEMBUKTIKAN BARISAN NASIONAL MENZALIMI MAHASISWA DAN MENGHINA KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
4 NOVEMBER 2011
Tindakan Kabinet pemerintah UMNO Barisan Nasional yang membenarkan Kementerian Pengajian Tinggi membuat rayuan dalam keputusan mahkamah dalam isu UKM4 di bawah undang-undang zalim Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) membuktikan bahawa pimpinan UMNO dan Barisan Nasional takut kepada kebangkitan anak muda dan mahasiswa.
Biro Mahasiswa AMK Malaysia percaya bahawa tindakan yang menekan dan manzalimi mahasiswa ini tidak sama sekali mengentarkan perjuangan anak muda dan mahasiswa di dalam menunutut kebebasan dan keadilan.
Tindakan pimpinan UMNO-Barisan Nasional ini juga bukan sahaja zalim malah menghina mahkamah dan tidak menghormati kedaulatan undang-undang. Mahkamah yang telah membuat keputusan dan menegaskan bahawa AUKU ini adalah tidak mengikut perlembagaan. Undang-undang umpama milik peribadi parti pemerintah.
Biro Mahasiswa AMK Malaysia berpandangan bahawa Mahasiswa seharusnya diberi ruang untuk beraktiviti dan mencurah pandangan mereka selaku kelompok terdidik dalam masyarakat. Mahasiswa bukan lagi pelajar sekolah sehingga segalanya perlu dikawal oleh pemerintah. Ruang untuk aktivisma dan menggarap idealisma serta intelektualisma mahasiswa ini mampu untuk melahirkan generasi muda pelapis kepimpinan Negara yang berkarisma.
Dengan ini Biro Mahasiswa AMK Malaysia mendesak agar dihentikan penindasan terhadap mahasiswa dan menyeru kepada seluruh mahasiswa untuk bangkit menentang penguasa zalim.
MOHD SAIFULLAH MOHD ZULKIFLI
Pengarah Biro Mahasiswa,
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
merangkap
Ketua Penerangan,
AMK Selangor
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
budak pandai hanya tahu tulis surat jer.. inilah contoh binatang ternakan BN/UMNO...
orang kampung, mereka tak tahu tulis surat, mereka keluar kampung, berdemo bawa parang dan golok... polis bawa pistol pun boleh kecut telor..
beza budak pandai macam biji kelepir ni ialah "diam2 mereka boleh merembat" atas nama kebodohan orang kampung..
aku sudah meluat dengan surat2 ditujukan kepada BN-UMNO-KERAJAAN-BADAN2 KERAJAAN dengan tujuan meminta2 itu ini... turun saja ke jalan raya.. bawa golok, sabit tajak atau bijik kelepir.. demo 3-4 bulan.. lihat bangkok, tunisia, mesir... semua bungkus..
harap belajar saja keluaran universiti.. bodoh bangang berlapis2... cerdik sikik lembu kat padang... DASAR ANAK TERNAKAN UMNO!!!!
harap belajar saja keluaran universiti.. bodoh bangang berlapis2... cerdik sikik lembu kat padang... DASAR ANAK TERNAKAN UMNO!!!!
padan muka!!!!!
Cuba beritahu kita apa sebenarnya tujuan disebalik AUKU ini?
Adakah ianya menguntungkan ketuanan Melayu demi anak bangsanya atau memihak bagi kroni dgn agenda tertentu?
Umum mengatakan mahasiswa mesti fokus pada pelajaran tanpa diganggu-gugat oleh hal politik. Tapi jika politik itu satu cabang ilmu, itu dikira tidak berapa logik. Kita tahu mahasiswa pun takut, takut pada ugutan yg boleh memerangkap kesinambungan pelajaran anda. Tapi mengapa mesti pelopori budaya takut ini? Sampai bila? Sampai luncai dibaham kebobrokan agenda Iblis?
Jika dinilai status anda sebagai pelajar, pelajar apa yang anda layak dipanggil terpelajar? Mungkin bila sudah jadi menteri anda layak dipanggil pakar angguk geleng-geleng, lambai keris, tunjuk telunjuk, sumpah-sumpit, maki-hamun, keriau kosong bikin parlimen macam kedai kopi.…
Masalahnya di sini ada pihak yang cuba menunjukkan bijak bistarinya dgn mengawal suara mahasiswa dari lantang menegur kerajaan. Kerajaan itu anda sendiri, anda sendiri yang punya. Itu hak rakyat..Andalah rakyatnya. Ini bermakna suara mahasiswa bukanlah alang kepalang bila membuat teguran.
That's simple logik.
Dalam kata pasarnya: "Jangan sekali bagi muka pada budak hingusan tunjuk pandai pada pemuka rejim yang matang. Kita biayai pelajaran awak, eloklah duduk diam-diam. Mak bapak awak asalnya bukan orang senang. Dapat masuk universiti sudah dikira untung. Yang di luar negeri itu pun sama jugak. Lagipun masadepan awak semua ada hanya pada kerajaan BN. Kerajaan lain tak ujud. Ada faham?"
Akibatnya anda pandanglah sendiri:'... the kind of way-out freedom the have done in this land not exactly to execute for noble causes as trusted leaders but to prosecute real agitators who dare to tie their wings and trip their legs from pecking at peoples' wealth and other adventurous plundering excursions unknown in Malaysian history'.
Jika tidak benar pun fakta ini, apakah ianya boleh menggugah minda anda yang sedang khusuk dilamun cinta pada pelajaran?
Beginilah, jika anda fikirkan menteri anda ini ikhlas lagi benar dengan alasannya maka bersedialah untuk jadi manusia yang tidak pernah dijajah, apalagi bebal, sepanjang zaman.
ps; jgn lupa tulis depan fail
"harap belajar saja keluaran universiti.. bodoh bangang berlapis2... cerdik sikik lembu kat padang... DASAR ANAK TERNAKAN UMNO!!!!"
jgn lupa pd shanon tentang shit dan ternak.
Catat Ulasan