Rabu, 7 Disember 2011
BILA KITA AKAN BERPILIHANRAYA?
RASPUTIN BOMOH CZAR
BOMOH DAN PAWANG PILIHANRAYA
Di Malaysia ini kita tidak tahu bila piliharaya akan dijalankan. Kalau di zaman Mahathir Muhamad dahulu kita berpilihanraya apabila Mahathir telah mendapat ilham. Ini bukan kenyataan fitnah. Orang ramai selalu terbaca tentang ‘menunggu ilham’ yang datangnya dari mulut Mahathir sendiri.
Di zaman Abdulalh Badawi keadaan agak lucu. Ada pemerhati politik berpendapat bahawa tarikh pilihanraya ditetapkan oleh Khairy Jamaludin – menantu Abdullah. Ini tidak betul. Yang saheh ialah tarikh pilihanraya hanya diumum satelah Perdana Menteri Abdullah terbangun dari mimpinya.
Di zaman Najib Razak ini bila pilihanraya akan dijalankan menjadi lagi pelik. Mengikut surah Haji Desas bin Lebai Desus tidak ada sesiapa yang tahu tarikh pilihanraya kecuali Rosmah Mansor. Amat pelik bunyinya. Lagi pelik dari ilham Mahathir. Lagi menakjubkan dari mimpi Abdullah Badawi.
Mengikut surah yang semakin tersebar, Rosmah Mansor akan mendapat tarikh ini dari Guru Ji yang akan menilek bintang-bintang dilangit dan melihat perjalanan carkarwala dialam semesta. Pak Bomoh dari Mumbai ini akan menasehatkan Rosmah Mansor bila saat dan ketika yang terbaik untuk mengadakan pilihanraya. Saat dan ketika yang molek berpilihanraya ialah apabila bintang kelahiran Anwar Ibrahim mula tergelincir.
Ini bukan perkhabaran fitnah. Jangan lupa bagaimana seluruh jatung negara berdebar-debar apabila tarikh 11 haribulan sebelas tahun sebelas hampir sampai. Debaran jantung ini berpunca dari Najib Razak sendiri yang percaya bahawa angka sebelas ini membawa ‘ong’. Najib dikatakan fasik dengan angka 11. Sebenarnya bukan Najib seorang sahaja menteri kabinet yang pecaya ada angka-angka khusus yang akan membawa tuah. Lihat Menteri Pertahanan Zahid Hamidi yang gila dengan angka 38 - hinggakan semua kereta yang dimiliki memakai angka yang sama.
Disini saya ingin menyebarkan maklumat bahawa pengunaan nujum dan bomoh untuk menetapkan tarikh pilihanraya ini bukan hanya amalan di Malaysia. Di Afrika – peranan bomoh dalam politik harian cukup besar. Emperor Bokassa dari Afrika Tengah menggunakan khidmat bomoh siang dan malam. Ini sama seperti apa yang dilakukan oleh Idi Amin Dada di Uganda dan Mobuto Sese Seko dari Congo.
Kita juga jangan buat-buat lupa pada satu ketika dahulu bomoh juga telah memainkan peranan yang penting dalam realpolitik di Eropah. Sila buka kitab sejarah Revolusi Bolshevik 1917. Selain dari nama Lenin dan Trotsky kita akan berjumpa dengan nama Rasputin. Jantan yang berselindung dibelakang agama ini ialah seorang bomoh yang mempengaruhi Emperor Nicholas dan pemaisuri Alexandra.
Mungkin ramai yang akan bertanya kenapa agaknya para politikus ini menggunakan khidmat bomoh. Untuk persoalan ini jawabnya cukup senang. Khidmat bomoh ini diperlukan kerana semua kerajaan dan pentabiran di negara-negara ini tidak mendapat sokongan ramai. Kerajaan yang bersikap ganas dan zalim memerlukan bomoh. Emperor Bokassa dan Idi Amin menjadi pemimpin negara kerana merampas kuasa. Manakala Mobuto dinaikkan oleh rampasan kuasa CIA. Emperor Nicholas di Russia dibenci oleh rakyat hingga berlaku revolusi.
Bagaimana pula dengan Rosmah dan Najib – apa perlunya khidmat bomoh untuk mereka?
Kenapa Najib percaya kepada angka 11? Soalan ini akan membuka persejarahan politik negara kita. Jangan ketawa atau mengeleng-gelengkan kepala apabila membaca apa yang saya surahkan disini.
Di Indonesia 17 Ogos dipilih kerana ditarikh itu rakyat Indonesia yang mengangkat senjata telah berjaya menghalau Belanda. Di Russian 17 Oktober dipilih kerana disaat itu Revolusi Bolshevik telah berjaya menghalau Czar dan Czarina dan Lenin telah mendirikan sebuah republik. Di Tanah Besar China mereka merayakan 1 Oktober kerana dihari itu Republik Rakyat China telah diistiharkan oleh Mao Tse Tung pada tahun 1 Oktober 1949. Tarikh-tarikh ini diambil kerana sejarahnya.
Bagimana pula dengan Tanah Melayu? Untuk warga yang peka pasti akan teringat bagaimana sekali sekala kita terbaca dari media arus perdana tentang sejarah tarikh pengistiharan British memberikan pentabiran ini kepada United Malay National Organisation. Sila jangan ketawa kerana di Tanah Melayu tarikh 31 Ogos telah dipilih oleh bomoh...opss maaf bukan bomoh.
Tarikh 31 Ogos telah ditemui satelah menilek bulan dan bintang. Orang yang menilek bulan dan bintang ini pula tidak lain dan tidak bukan ialah ayahanda kepada Abdullah Badawi. Sayangnya ilmu menilek bintang dan bulan ini tidak turun ke Abdullah Badawi maka terpkasalah Pak Dollah kita tidur untuk memimpikan tarikh pilihanraya.
Justeru, dalam budaya United Malay National Organisation khidmat bomoh ini bukan sesuatu yang asing. Ini bukan fitnah dari saya. Ini bukan cerita dari Haji Desas bin Lebai Desus. Sesiapa yang rajin membaca dan mentelaah akan menyedari bahawa apa yang saya tulis ini adalah fakta sejarah. Ini bukan sejarah silam. Ini berlaku pada tahun 1993 dahulu.
Cuba ingatkan kembali kepada kesah perjuangan seorang penyanyi yang hanya sempat mengeluar sebuah album. Malah klip videonya pernah disiar oleh tv kita. Perempuan cun, langsing dan berambut panjang ini gagal menjadi penyanyi pop tetapi bejaya menjadi bomoh. Khidmatnya amat amat diperlukan oleh orang-orang politik dalam United Malay National Organisation terutama ketika ditahun pemilihan dan tahun pilihanraya.
Sejarah membuktikan betapa ngoknya Datuk Mazlan Harun seorang Adun dari Batu Talam Pahang yang percaya kepada kuasa Tongkat Sukarno. Dengan memiliki rotan pendek yang pernah tersepit dicelah ketiak Bung Karno , YB kita ini berharap dia akan terus dipilih sebagai calon untuk menjadi Adun. Yang terserlah bijak disini ialah bomoh Mona Fendy. Minah cun ini cukup faham tentang keberahian politikus Melayu Islam yang kemarok untuk terus berkuasa.
Mona Fandey akhirnya berjaya ‘membelit’ duit dan tanah Yang Berhormat ini. Rasa saya tidak ada kesedihan atau trajedi dalam kes bunuh ini. Ternyata yang menjadi mangsa ialah seorang yang bodoh lagi bangang. Si YB yang bodoh ini bukan sahaja kena tipu duit dan harta malah YB ini pun telah berpolitik untuk menipu orang kampong dan pengundi. Kebodohan YB ini teserlah apabila dia membenarkan badannya di kerat lapan.
Dari fakta perbicaraan kes Mona Fendy ini orang ramai difahamkan bahawa memang ramai ahli politikus United Malay National yang menggunakan khidmat bomoh. Yang diketahui umum hanya seorang berdua tetapi hakikatnya pastilah lebih ramai lagi.
Apa sangkut pautnya fakta sejaran ini dengan PRU13? Untuk menjawabnya soalan ini para pembaca yang budiman wajib menonton kembali klip video Rosmah Perempuan Puaka di Youtube. Dari klip bersejarah ini kita semua diberitahu oleh adik Rosmah Mansor sendiri bagaimana Sang Kakak telah menggunakan khidmat bomoh sebelum dan sesudah berkahwin dengan Najib. Klip ini juga memuatkan pengakuan isteri bekas Tuan Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan.
Bekas isteri Tuan Speaker ini mungkin tidak sedar bahawa dirinya bukan sahaja membocorkan rahsia Rosmah Mansor. Pengakuan ini cukup jelas membuktikan bahawa dia sendiri pernah bersama Rosmah mencari segala macam khidmat bomoh. Mengikut surah Mak Datin yang pekat dengan lorat Negeri Sembilan ini, Rosmah Mansor telah menggunakan khidmat bomoh untuk mengahwini Najib.
Disini saya ingin menerangkan betapa para pemerhati politik dari luar negara gagal memahami politik Malaysia. Para wartawan dari akhbar dan majalah luar telah beberapa kali memberikan ramalan tentang tarikh pilihanraya. Banyak pemerhati dari luar yang mengkaitkan tarikh piliharaya dengan keadaan ekonomi dunia, dengan harga minyak dan dengan kejayaan Najib membuat beberapa kenyataan yang mungkin dilihat menuju ke landasan demokratik.
Pandangan-pandangan dan analisa politik ini ada salah dan ada benar. Mengikut kajian ilmu politik moden maka pastilah kedudukan turun naik ekonomi yang akan menjadi penentu tarikh pilihanraya. Analisa sebagini amat tepat untuk negara-negara Eropah Barat telah memasuki era pasca Rasputin. Tetapi menggunakan pendekatan ilmu politik moden yang sama untuk memahami keseluruhan politik Malaysia pasti satu kesilapan besar.
Untuk memahami lebih dalam politik kontemperori Malaysia biar saya bawa para pembaca kembali ke zaman Rasputin. Sosok ini hanyalah satu-satunya bomoh yang kewujudannya tercatit dalam sejarah moden Eropah. Malah apa yang dilakukan oleh Rasputin ketika berkhidmat dalam Istana Czar Nicholas juga telah dirakamkan oleh sejarah. Rasputin boleh keluar masuk Istana tanpa larangan. Pemaisuri Alexandra mempercayai Rasputin lebih dari mempercayai penasehat resminya. Ketika Putera Alexei gering Pemaisuri Alexandra bukan mencari khidmat doktor tetapi telah meminta Rasputin mengubati anakandanya. Lelaki berambut dan berjanggut panjang diyakini oleh keluarga Czar Nicholas kerana Rasputin dikatakan memiliki ilmu mistik yang dapat melihat masa depan.
Rasputin wujud didetik detik akhir sebelum monarki dihapuskan di Russia. Ketika itu rasuah dan penyalah gunaan kuasa sedang berleluasa. Siapa yang kaya dialah yang betul. Di Russia ketika itu ada dua hukum – satu untuk yang memerintah dan satu lagi untuk yang diperentah. Tidak ada hukum hakam yang dapat mengusik puak yang memerintah.
Apakah para pembaca yang budiman tidak dapat melihat persamaan diantara Russia sebelum menjadi republik dengan apa yang sedang berlaku dihadapan mata kita hari ini. Jika para pembaca telah dapat menggambar Rasputin keluar masuk ke istana Czar Nicholas dengan menaiki kereta kuda – cuba pula bayangkan Bomoh Ji dari Mumbai yang keluar masuk dengan Mercedez ke rumah resmi Perdana Menteri di Putrajaya.
Kemudian cuba bayangkan rupa bentuk muka Guru Ji yang sedang menilek bulan dan bintang untuk mencari tarikh terbaik untuk Najib mengadakan pilihanraya. Jika masih tidak yakin dengan perbandingan dan tanda-tanda yang saya tulis ini maka sila cari kembali akhbar harian minggu lalu. Buka dan baca berhati-hati. Lihat dan teka berapa ramai agaknya Guru Ji dan Rasputin sedang menjerit-jerit, berdoa dan berbaiah di bangunan PWTC.
Jangan lupa, sebelum Czar Nicholas dan Pemaisuri Alexandra cuba melarikan diri dari Istana mereka juga telah berbaiah dengan Rasputin. Apa yang membezakan Russia di zaman Rasputin dengan Malaysia di zaman Guru Ji hanyalah - lembu di Russia pada tahun 1917 tinggal dalam kandang manakala lembu di Malaysia pada thun 2011 menginap dalam kondo. END
TOK BOMOH KERALA DARI INDIA
NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon : 03-22-72-40-45
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
18 ulasan:
sebenarnya TT tak tahu....Guru Ji dah bagi tahu bigmama, TIDAK ADA tarikh yg selamat.....Guru Ji bagi tahu sudah lengkap RAHMAN maka tamatlah riwayat umnobn
sebenarnya TT tak tahu....Guru Ji dah bagi tahu bigmama, TIDAK ADA tarikh yg selamat.....Guru Ji bagi tahu sudah lengkap RAHMAN maka tamatlah riwayat umnobn
1. pembetulan (jgn marah, kalau marah nanti kena jual).....yg tilek bulan & bintang utk 31 ogos ialah tokwan pak lah zzzz! harta benda boleh diturunkan tapi kebijaksanaan, ilmu, iman, taqwa antaranya tidak mesti dapat diwarisi. 2. marilah kita bersama mendoakan supaya guru ji diilhamkan oleh Allah swt untuk 'tarikh' yg menghancur binasakan pemerintah sekarang dan digantikan dgn kerajaan yg benar2 "amal maaruf, nahi mungkar"
guruji ada cakap... itu tarikh yg paling baguih tok bubar parlimen ialah 30 haribulan februari 2013...
hang tunggulah tarikh tu baru bubar...
kah..kah..kah... mcm pengadil bola kehilangan wisel dipadang... bila nak tiup wisel penamat?...
TOK MO KERELA....
KHAAKKKKKK... PUIIIIIIII....
salam.adun batu talam bukan anak harun.nnt naik makamah oooi.
.
.
.
.
isham, ekau udah panggil bomoh koling -guru ji
Mama Rosmah kenalah dengan status mak ji pulak
Jadi dengan ikhsan Mother India
Ros di transpom ke
Ros Mah Ji le!
Aji Najib tertranspom ke Baba Ji pulak
Lain lain gedebe - Haram jadah Ji ...
Ros mah ji le akan umum tarikh
meletop pilihan raya
tarikh ini memang le eksplosif!!!
baru lah ade oommmmmm ph!!!
Hidup Ros Mah Ji , meletup lingkup lah umno-nok...
Hidup Ros Mah Ji . meletup lingkup
lah mca dan geng
se kapal selam dengan nya
[mic n gerakan dah lingkup pun ,
dah pass nyawa ikan, dah pass
gerhana , pass gabrah
apa jepang cakap -keriyu -dah
masok dalam bumi!!]
pejuang base melayu cakap
mampus/kojol/ kena tendang gol/mati
tegolek /
jawa jarman kata -kapooot
kkk
Sami-sami Hindu di India turut meramalkan melalui ramalannya beberapa tahun lepas bahwa bakal Perdana Menteri Malaysia selepas ini bukan lagi dari kalangan orang politik. Diberitakan bahwa Perdana Menteri Malaysia pernah mengemukakan beberapa nama untuk ditenung sebagai bakal Perdana Menteri supaya dapat dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. Semua nama yang dikemukakan itu ditolak karena diberitahu nama-nama mereka itu tidak ada dalam senarai sebagai pengganti Perdana Menteri. Sahih atau tidak berita ini, tidak dapat dipastikan.
Jelaslah bahwa orang yang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas ini tidak lagi dari kalangan orang-orang politik. Tambahan pula, seorang ulama besar di Malaysia telah baru-baru ini membuat perisytiharan bahwa tokoh agama akan menjadi pemimpin Malaysia pada alaf baru ini. Kebetulan pula, Malaysia ini dikatakan sebagai pusat kebangkitan Islam kali kedua, pada akhir zaman, yaitu zaman kita ini. Jika dikaitkan kedua-dua penyataan ini, bagaikan ada kaitan yang rapat antara kedua-duanya.
kspitslis hancurkan Malaysia...buktinya..klik http://batuditepijalan.blogspot.com/2011/12/harga-petrol-di-malaysiamahalgaji.html
Malaysia negara maju konon.Negara-negara maju semua dah tau bila negara mereka nak PRU.Malaysia - kena tunggu ramalan bomoh dari India.Ini betul-betul negara jakun.
Ana Abdullah,klu begitu,sayalah bakal Perdana Menteri baru sbb sy bkn org politik. ehemm.. tak caya?tak caya takpa..:-)
percayalah.. tiada apa2 akan berubah walaupun 50 kali lagi pilihanraya berlangsung di malaysia.
otak cina muslim, india muslim dan melayu muslim, semuanya sudah beku, malas berusaha, hati penakut dan semuanya jump into the conclusion macam cibai jer.."tak ada rezki" dan "semua itu kehendak Allah"..
buat kerja bangang2, usaha macam cibai, kendian nak serah bulat2 kat Allah? usaha macam cibai pun, serah kat Allah jugak ka? turun la berdemo 6-7 bulan, baru boleh berubah!!!! pilihanraya kita adalah menipu dan terang2 membuang masa saja..
bro, anwar ibrahim tak pakai bomoh ke?..ataupun lu punya tulisan ni dah kena filter by editor suara keadilan..?
Fauzighaz
Saudara Soekarno II, Jangan jadi NATO! (No Action,Talk Only).
Adakan/tubuhkan parti yand bukan macam BARISAN, PAKATAN ataupun KITA.
KAMI mahu sesuatu yang lebih baik; BERSIH,CEKAP dan AMANAH....
The "CLOWN" are not required in this Promised Land!
Naik geli pundi kencing aku baca tulisan bro tt pasal bomoh ni...
Bro...kat tempat aku ada bomoh best! Cakap kat hajah rosmah aku boleh kaw tim harga kalu dia nak...
Tp mark up sikit la...5 percent je...
Hahahaha
tt, lu ingat ini bani tau ke ape lu cakap? kalau bontot dah kena sondol freeloader dan kapitalis oomno, sampai kiamat kepalanya jadi biol. 50 tahun sudah cukup sengget utk menaruh harapan gemilang bn atau kebajikan pr. the story of malays have long gone even as moslem. yg tinggal cuma tt yg bani ini tak mampu nak faham-faham. today is a metamorphosis of a lost race in the hands of alien and geng (termasuk guru ji) and they rather called themselves lembu eee (re:bila shahnon kata bangsa yg telah diternak kita lihat gelagat pewakilan yg terangguk-angguk dek kelentong para eee). dah tu beranggan lak nak beli kondo dgn bela lemboooo kah kah. sedar la bani ini dah dijadikan kambing hitam utk kemewahan elite. kalau ada kereta lembu itu, melayu ini lah dicekak kayu kat tengkuk mereka sambil bontot disebat dgn cemati janji demi janji. maka dijanjikan la bonus petani jika hasil padi bertambah akhirnya duit tu pun kena rembat kah kah kah. maka dijanjikan la daging lembu yg sihat, akhirnya lembu-lembu tu bersantai kat kondo kah kah kah
aper bende ni?? macam gampang jer.. ko pegi sekolah balik lah.. tak logik langsung cerita ni.. kelakar lah lu bro.. cuba buat cerita menarik skit.. macam budak sekolah nyer cerita aRR.. aku rase klu bagi budak sekolah buat 3x ganda lagi baek... percubaan yg bagus.. kesimpulannya lu gagal lah bro.. cuba lagi..
Bro TT,
Adakah arwah Datuk Mazlan Idris adalah anak kepada arwah Datuk Harun Idris ?.
Terpikir aku kalau sedemikian, mengikut sejarah gelap Malaysia, arwah Datuk Harun secara langsung terlibat dalam peristiwa May 13 yang menyebabkan banyak nyawa2 yang tak berdosa terkorban.
Yakni adakah ini yang sering diperkatakan oleh pepatah mat saleh - "God works in mysterious ways" atau Hukum Karma penentu segalanya.
Maka terpikir aku sekali lagi tentang kes mendiang Kugan, mendiang Beng Hock, arwah adik Amirul,arwah Sarbani dan ramai lagi yang telah terkorban.
Apakah alamat di sebalik pergorbanan mereka secara langsung atau tidak suatu amaran dari yang pihak yang paling berkuasa di alam semesta. Adakah itu seruan supaya kita perlu bersatu tanpa melihat warna kulit dan agama supaya bersatu menjadi tentera Dia melawan kuasa Jahat Setan bertopengkan ISLAM UMMNOPorno, MCibAi dan MICibai memperlekehkan dia kekuasasan Dia, pencipta Alam Semesta tak kira Melayu,Cina,India and Mongolia.
Renung2kanlah wahai rakan Melayu,Cina,India,Iban, Jakun, Dayak, Senoi dsbnya.
Marilah kita berdoa bersama2, doalah kita supaya kita diberi kekuatan melawan Syaitan, Setan, Demon, Devil, Evil Barua Nasional !!.
Semoga Allah selamatkan semua rakyat Malaysia dari syaitan yang di rejam.
May the Cosmic Mother Bless Us All.
May God Bless Us all,
Semoga Tuhan Melindungi kita rakyat berbilang kaum dari sihir Guru-ji Setan.
Amin, Amen, Om,
Catat Ulasan