Selasa, 20 Disember 2011
SUDAH KALAH DALAM GERAKAN - MASUK PKR BARU SEDAR
TIKUS GERAKAN
NOTA:
tikus ini kawan baik doktor
yang tak suka lawak rasis
tapi berpuluh tahu dalam
organisasi rasis
waspada warga wangsa maju
ada tikus sedang menyamar!
UMNO TIDAK BOLEH DIPAKAI LAGI – BEKAS PENGARAH PENDIDIKAN – harakah daily
BUTTERWORTH, 20 Dis: Bekas Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Adnan Ibrahim yang juga pelakun bersiri 'Cucu Opah nak kahwin lagi' rasa terpanggil untuk bersama turun padang memberikan penjelasan kenapa perlu rakyat tolak Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum ke 13 nanti.
Jelas sekali ujarnya, Umno dan BN mempunyai kepimpinan yang sudah korup dan tidak releven lagi untuk memegang tampuk pemerintahan ekoran terlalu banyak skandal sehingga boleh membawa negara ke arah kehancuran.
"Saya walaupun tidak sihat, rasa bersalah sekiranya tidak bersuara mengatakan yang hak sebab itu saya datang untuk menyampaikan apa yang terpendam dalam lubuk hati selama ini.
"Umno dan BN tidak boleh pakai lagi apatah untuk kita bergantung harap membela nasib orang Melayu, " ujarnya ketika ditemui selepas program ceramah perdana di Pekan Darat, Butterworth semalam.
Apa guna dirinya yang diberikan kesihatan sihat tinggal diam di rumah padahal penyelewengan terus berlaku dengan memperdayakan rakyat miskin sebagai 'kambing hitam' bagi mengaut undi, katanya.
"Kerajaan BN memang begitu, mereka akan membahagikan harta kekayaan sesama kroni dengan membiarkan rakyat berputih mata terutamanya bagi mereka yang sememangnya mempolopori bidang tertentu.
ASALKAN BUKAN BEKAS BARISAN
NOTA:
ini amat pelik
selalu berlaku demikian
bila sudah pencen hati mula terang
bila sudah pencen kepala mula berfikir
selama berpuluh puluh tahun dalam kerajaan kenapa tak nampak?
ini juga banyak berlaku dalam parti politik
contohnya seorang doktor
dia pernah jadi menteri
tapi bila parti gerakan kalah
doktor ini hilang kerusi
tetiba masuk pkr
malaon ini jadi cerah
malaon ini mula nampak rasuah dalam felda
mula nampak ada rasisma
mula menolak lawak rasis ..konon
konon tak nak dengar lawak rasis.... kah kah kah
berpuluh puluh tahun malaon ini tak sedar pulak gerombolan rasis
tak sedar pulak ada rasuah dalam felda
poooorah...
mata malaon ini cerah mungkin kerana nampak kerusi kosong di wangsa maju
bila wee choo keong jadi mamai
malaon ini jadi lebih cerah
mula bercakap hal rakyat
mula bercakap hal rasisma
mula bercakap hal reformasi
NOTA:
warga wangsa maju berwaspada
dengan malaon macam ini
bahaya malaon ini lebih bahaya dari zul nordin
kalau zul nordin kita nampak
tapi malaon ini sedang menyamar
susah nak percaya malaon macam ini
waspada!
NOTA:
ini termasuk juga dokor ayam di bukit bintang
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
10 ulasan:
damn~~aku orang wngse maju...sape ni?aku xknal~~
syabas cik gu Nan., cik gu Nan adalah bekas guru saya masa di Sekolah Menengah Seri Perak tahun 1973 - 1975 dulu (sekolah tempat dimana Atory Hussin pernah menuntut )psk. Kemudian daripada itu beliau dilantik menjadi Pegawai Pendidikan Negeri Perak dan di kurniakan gelaran Dato'. Kami semua bekas anak murid beliau memang kenal dia sebagai seorang yang berani dan seorang yang tidak suka berselindung.
TT,
ini namanya penyakit nak hidup.....
kah kah kah....
bodoh punya TT...sebab tu la blog ko org dh tak ramai masuk...chua jui meng dari MCA la bebal!
ala abang, saya sudah caci umno....boleh la letak nama saya sbg calon PRU13 ye....ramai nie yg sokong saya....cikgu2 semua mesti pangkah saya nie....saya kan winneble candidate....jgn lupa nama saya tau bang....
-tang makan gaji isap je telo, bila makan pencen baru brani tunjuk telo-
jui meng tu pun jgn letak jadi calon, ramai lagi otak yg berguna yg ada kat malaysia nie
DR TAN lah ni, aku dpt info dr org pkr w.maju
dah tua baru nak ingat nak sujud pada Allah...nak taubat...baru sedar bnyk kesalahan...masa ko jadi pengarah dulu bukan main berlagak ko....guna dana kementerian buat mcm2 sudah tentu angkat komisyen (sama cara dgn pemimpin UMNO lain buat)....DAH SAKIT NAK MAMPUS BARULA NAK DEDAHKAN LA...NAK TUNJUK DIRI DAH BAIK LA TU....LAHANAT! bodohla siapa percaya 100% org camni
Kepada Dah Sakit Baru Taubat: bagusla dia nak sujud pada Allah... nak taubat... baru sedar bnyk kesalahan walaupun dah tua. Tang tuduhan dia berlagak / angkat komisyen tu kena ada buktila... Tak baik "lontar batu sembunyi tangan".
Maaf bro TT, pendapat macam ni dari dulu lagi aku tak pernah setuju.
Menurut aku pendapat/attitude macam ni salah,terlalu berlebihan buruk sangka tak bertempat, paranoid & counter productive.
Kesedaran itu bukanlah sesuatu yg bersifat beku & statik. Otai sosialis cam kau ni patut dah mengaji abis dah bab ni.
Ingat balik bro penjelasan Marx tentang false consciousness. Hujah kau ni sebenarnya dah termasuk dalam bentuk kesedaran palsu yg ditentang oleh Marx.
Kesedaran boleh berubah melalui pengalaman, perenungan, penelitian, pembacaan dan perbandingan.
Hanya kerana mereka sekarang bersama kita & mula bersuara tak bermakna kesedaran itu baru muncul. Tak bermakna mereka hipokrit & tidak ikhlas.
Walaupun Pakatan ada pengalaman kes2 pembelotan tapi sejarah juga membuktian TAK SEMUANYA OPPORTUNIST & JAHAT.
Memukul rata & mencaci maki semua orang yg nak berjinak dengan Pakatan tetapi terlambat berbuat demikian dari awal hanya akan melemahkan Pakatan.
Tak semua orang berani ambil risiko menyertai pembangkang secara terbuka. Kita pun maklum cemana tekanan & ancaman yang dikenakan pada orang yg berani lawan UMNO/BN.
Bila diorang ni semua dah bersedia untuk menentang UMNO & BN secara terbuka & mau turut membantu perjuangan kita, kita patut welcome semua golongan, bukan bersikap curiga mencurigai dan berpuak2.
Dalam hal tersirat dlm tulisan kau ni nasihat dari aku, kau jgn terlalu dengar sangat citer dari comrade Kamunting kau tu. Se sosialis2 TC tu, dia pun makhluk politik. Kau akan jadi bodoh & diperbodohkan kalau kau terlalu banyak mengutip sumber berita dari dia & puak dia tanpa betul2 mempastikan kesahihan sebenar dari sumber2 lain juga.
Kalau kau teruskan juga modus operandi camni, kau sampai bila2 jadi alat puak ni Sham. Kau kena bukak mata & telinga kau betul2. Kalau kau biarkan benda ni berterusan, sosialisme itu hanya jadi topeng utk puak2 ni merekrut orang2 yg hanya bergerak dalam gelap utk tujuan politik puak ni cara pribadi Takkan ko yg otai tu nak terus diperkudakan oleh puak ni.Harap ko paham maksud aku.
Ayah mamat apek yg ko nak sindir dlm tulisan ko ni datang dari tradisi kiri yang kuat & pejuag rakyat yang punya track record yg cemerlang. Baca la sejarah Tan Cheen Koon cemana.
Skarang anak dia dah sedar & mau bersama2 kita, takkan nak hina2 bro, kamon laa. Atleast dia tak macam Pak Lah, atuk dia Syeikh Fahim tu Ketua Dewan Ulamak PAS yg pertama tapi sampai dah tua bangka camni pon Pak Lah tu masih karat UMNO. Dah kena maki & hina ngan Madey pon tak sedar2 lagi. Atleast apek ni tak macam Amid Osman Kedah. Bapak Amid ni dulu Ulamak Pondok Sik, orang kuat PAS. Pasal tu la orang Sik sampai skarang benci Amid Osman duk ampu & jilat Madey tak ingat punya walhal & terang lagi bersuluh segala macam kezaliman & penindasan UMNO & Madey buat kat orang2 Melayu.
Ingat baik2 bro, tak wajar kita hina orang yang akhirnya berjaya sedar & mencapai kesedaran baru untuk menolak UMNO, walaupun kesedaran tu datang terlambat. Kalau attitude penyokong opposition semua camni, kalah la PR dalam pilihanraya.
Bayangkan kalau DAP, PRM & PAS ambil sikap serupanya macam ni terhadap Anwar & penyokong reformasi bila kes Anwar meletop tahun 1998.
Depa boleh guna hujah yang sama, "Awat hangpa semua tak join kami dari dulu?" Bayangkan kalau ahli2 PAS, DAP & PRM bersikap bermusuh & curiga dengan niat golongan reformasi.
Memang jadi bodohla kita semua sampai skarang dgn UMNO.
Anwar, kak Wan, Azmin, Saif Nasution, Che Joe & lain2 semuanya diberi peluang utk membuktikan keikhlasan mereka dlm perjuangan. We should also treat others the same.
Dalam agama Islam pun ada konsep hidayah. Kita tak boleh mempertikaikan keikhlasan orang yang bersedia berjuang bersama kita, melainkan ada bukti, petunjuk & gerak geri yang menunjukkan sebaliknya.
Kita perlu betul2 insaf nak menumbangkan UMNO/BN ni bukan kerja yang senang. Dah 54 tahun golongan progressif cuba & mencuba berbagai upaya & strategi untuk menjatuhkan hegemoni UMNO/BN.
Kita perlu sedar untuk menumbangkan UMNO & BN ni kita perlu merangkul segala kekuatan yang ada. Berjuang melalui blog & demo belum cukup lagi nak tumbangkan puak2 ni. Aku cakap ni bukan nak menghina & memperlekehkan usaha kau. Ini fakta sejarah. Dari tahun 98 sampai skarang dah berapa ribu blog, website yg pernah muncul berjuang nak jatuhkan UMNO/BN?
Kesimpulannya, buangla sikap memperlekehkan orang lain. Tak semua benda kita tau & kita nampak.Tak ada sesapa yg ada monopoli kesedaran. Kesedaran tu boleh datang & mengetuk pintu hati sesiapa juga selagi dia bersedia merenung guna akal.
Kenkadang2 orang yg kita hina tu byk membantu secara diam2 utk memperkuatkan perjuangan yg kita dukung bersama ni. Orait bro? Peace
Catat Ulasan