Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Isnin, 30 Januari 2012

PROGRAM AMAL - PROGRAM MELAWAN







JANGAN LUPA SABTU INI







ISLAMIC AID MALAYSIA (IAM)

Islamic Aid Malaysia (IAM) dengan kerjasama IKIMfm & Jabatan Muzium Malaysia akan menganjurkan program jualan amal istimewa iaitu Bonanza Amal 'Hope To Walk’ pada 4 Februari 2012, bertempat di Muzium Negara.

Program ini bertujuan untuk mengumpul dana bagi mengisi tabung dana perubatan adik An-Nur yang menghidapi penyakit Cerebral Palsy.

Adik An-Nur menghidapi Celebral Palsy sejak dalam kandungan ibunya, sehingga beliau kini berusia lapan tahun. Program amal ini diadakan bertujuan bagi mengumpul dana bagi membiayai kos perubatan adik An-Nur ke Beijing, China. Kos keseluruhan rawatannya pula menjangkau sehingga RM500,000.

Melalui program yang istimewa ini, pelbagai barangan terpakai seperti pakaian, barang perhiasan, buku-buku, dan lain-lain peralatan rumah akan dijual pada harga serendah RM2. Kesemua barangan yang dijual ini telah disaring terlebih dahulu oleh para sukarelawan Islamic Aid Malaysia (IAM).

Selain itu, persembahan artis tempatan, penampilan istimewa penyampai IKIMfm, demonstrasi masakan, dan jualan pelbagai produk akan turut diadakan semasa program sehari ini.

Selain daripada mengumpul dana bagi membantu adik An-Nur mendapatkan rawatan, program santai ini juga bertujuan bagi mengeratkan lagi hubungan antara sukarelawan Islamic Aid Malaysia dan masyarakat. Dalam masa yang sama, ia juga bertujuan bagi memupuk rasa prihatin dan saling bantu-membantu sesama insan dalam kalangan pengunjung Bonanza Amal 'Hope To Walk'.

Bagi mendapat keterangan lanjut, atau jika tuan dan puan ingin menyumbang pakaian dan barangan terpakai bagi program ini, mohon kerjasama tuan dan puan bagi menghubungi En. Farouq Zauji di talian 019-3973558 / 03-89485939.




UBAHAN TEMPAT - INI BETUL



















DAPATKAN BAJU T INI



6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

eehhh? salah blog ke ni. Ni blog agama ke , blog politik?

tak kan pusing 360 darjah jugak? mesti dah kene tarbiyah ni.

Tanpa Nama berkata...

drp bagi duit kat penternak kondo, baik bagi duit tu kat budak nih.
ada jugak pahala masuk...

PENJEJAK BADAI berkata...

akhir2 ni rmai plak pengulas takde nama dlm tt ni.korg ni cybertroopers umngok ke?ataupun korg ni special branch?

Tanpa Nama berkata...

salam penjejak badai...

tak boleh nak salahkan dia orang jugak...

cuma malas nak bukak akaun gugal...

pukul butang "Tanpa Nama" lagi cool...

kah kah kah...

Tanpa Nama berkata...

@PENJEJAK BADAI
We r anonymous...kahkahkah
gurau jew...

Tanpa Nama berkata...

yang baik tetap baik. TT kadang kadang bangang, kadang kadang amat bagus..itu pasal aku suka baca TT, macam macam ada..
TT, teruskan penulisan, walaupun ada ketika engkau punya penulisan tah apa apa, tapi aku ada otak untuk fikir yang mana baik dan yang mana buruk. aku tak nak kontrol engkau dan engkau takkan suka orang kontrol engkau juga, so engkau tulis apa yang engkau suka dan aku tetap akan baca blog engkau.