Isnin, 30 Januari 2012

WASPADA - PRU 13 - KITA AKAN DITIPU





HANTU INDON DAN BANGLA MENGUNDI






NAJIB MULA UGUT RAKYAT UNTUK PERTAHAN PUTRAJAYA - harakah daily

GOMBAK, 29 Jan: Najib Razak, ternyata telah bertindak menyalahi undang-undang bagi mempertahankan Putrajaya agar tidak terlepas dari Umno BN dengan cara mengugut rakyat.

Dengan tindakan Najib itu ternyata Umno BN masih juga tidak berubah walaupun berjanji untuk melakukan perubahan bagi perjalanan pilihanraya di negara ini agar menjadi bersih, adil dan telus seperti yang dituntut oleh rakyat.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan terbaru Najib semalam jelas bertentangan dengan undang-undang dengan mengeluar kenyataan berbaur ugutan mengenai perkara itu.

"Pada hal dia Perdana Menteri sendiri. Mana boleh Perdana Menteri mengugut rakyat?" katanya ketika berucap pada Retreat Harakah Persiapan Menghadapi PRU ke-13 di Hutan Lipur Sungai Tua, dekat sini, hari ini.

Datuk Seri Najib seperti yang dilaporkan media semalam berkata, Umno BN akan tetap mempertahankan Putrajaya walaupun ke titisan darah yang terakhir.

Untuk mempertahankan Putrajaya, menurut Najib, pihaknya tidak mengalami kepayahan kerana Kerajaan BN ada polis, ada Rela dan ada tentera untuk digunakan.

Menurut Tuan Ibrahim, kenytaan Najib itu jelas bermaksud mengugut rakyat agar jangan menyokong PAS atau Pakatan, tetapi mesti terus menyokong BN jika tidak mahu susah.

"Tindakan Najib itu merupakan sesuatu yang amat merbahaya kepada rakyat. Ini jelas melambangkan elemen ugutan terhadap rakyat telah berlaku sekarang ketika negara kita akan menghadapi PRU Ke-13 tidak lama lagi," ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.


DARI ARKIB:

NAJIB: APA PUN TERJADI PUTRAJAYA MESTI DIPERTAHAN - mkini
12:16PM Okt 21, 2010

"Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!" kata Presiden Umno, Najib Razak ketika merasmikan perhimpunan agung Umno di PWTC pagi ini.

NAJIB MINTA BANTUAN BELIA PERTAHANKAN PURTAJAYA - mkini
10:30PM Mei 28, 2011

Perdana Menteri Najib Razak menggesa golongan belia Malaysia supaya membantunya mempertahankan Putrajaya agar BN terus berkuasa.

Dalam ucapannya ketika melancarkan Himpunan Sejuta Belia sempena Hari Belia Negara 2011 - Najib bermula dengan merujuk kepada bantahan pro-demokrasi yang berlaku di beberapa negara di Asia Barat.

"Saya percaya kita boleh tunjuk kepada dunia... negara (kita) aman dan stabil. Kita tidak bergolak. Apa yang berlaku di Mesir dan Tripoli itu soal negara lain.

"Negara kita, milik kita dan para belia hari ini tahu bahawa masa depan mereka bergantung kepada kejayaan dan pelan transformasi negara.



NOTA:
jelas pilihanraya yang akan datang ini
akan menjadi ladang penipuan
dimana gerombolan akan menipu pakatan
untuk meneruskan kuasa

pakatan rakyat yang ketika ini
sedang menjadi pilihan rakyat terbanyak
akan dikalahkan sekali lagi
bukan kerana tidak ada sokongan
tetapi kerana ditipu

kenyataan mat mongol
kenyatan malikul semabab
semuanya menunjukan bahawa
gerombolan akan kalah

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Itu cara kita..kita yang berkuasa..kita boleh buat apa yg kita suka..kita lawan lah pru nanti. Cara apa yg akan kita gunakan itu masing2 punye hal lah.. Awak pkr pas dap gunalah cara awak sendiri..jangan pertikai cara kita... Buang masa kamu jer...
Hidup UMNO.......

yobrizab berkata...

jika ini terjadi bersiaplah untuk demonstrasi jalanan menuntut hak yang batil!

Tanpa Nama berkata...

Jom bersih 3.0 la ni gak. Tunjuk kat depa ni, Kita Rakyat bersolidariti dgn semua Rakyat dunia yg harapkan kedamaian sebenar. Tanpa ugut tanpa tipu, Rakyat tentukan. Zaman dictator Dan feudal dah berakhir.

Tanpa Nama berkata...

Bermakna kini hanya terpulang kepada jentera kerajaan untuk sama-sama bersubahat meredhakan penipuan ini..

SPR, Polis, Tentera patutnya sedar dan jangan biarkan kerajaan Malaysia dikuasi orang2 seperti ini..

Juasseh Cafe berkata...

Apa apa pun kita tunggu saat dan ketikanya nanti, kalau pkr nak menang buat kerja betul betul

Tanpa Nama berkata...

YESS, kita buat apa yg kita suka. Kita buat ikut cara kita DAN KITA ADA CARA TERSENDIRI YG UMNGOK TAK SANGKA2. buat la PRU skg, kita tengok sapa yg kalah. let's the war begin.

-boboy kaninamai

Tanpa Nama berkata...

Apa masalah anda semua..kalau kamu nak menang kamu buatlah cara kamu..nanti jika kamu berkuasa nanti kamu juga akan buat cara kami juga...skrng polis askar ke apa2 jentera kerajaan ke ada lah dalam bidang kuasa kami..justeru apa yang kamj buat adah hak kami..harap jangan pertikaikan..jangan dengki pada kerajaan BN..jika kamu berkuasa kamu juga akan berbuat begitu..ini mmg dah perangai manusia...tak usah lah cakap kamu tu bagus..belum berkuasa boleh lah cakap..pptuiiihhh..

Tanpa Nama berkata...

Bro Isham,

Ini kisah luar topik tp wajar diberitahu...

Kelmarin ketika Majlis Perasmian Koperasi Melayu Petaling di Dewan MBPJ, Tmn Medan Baru yg dirasmikan oleh Noh Omar...

Sedang asyik dia mengutuk megeji kerajaan Selangor & PKR, tiba2 elektrik dewan padam...mmg luarbiasa...Noh Omar terus keluar dr dewan muka frust tak dapat buat kerja keji hina PR...

yg paling best, berlambak2 makanan tak habis...apa maknanya? org tak ramai...

last2 bapak mertua aku bawak 4-5 bakul makanan balik rumah....hancus program gerombolan!!!

albert magic berkata...

apa apa pun tindakan najib janganlah sampai mengundang kuasa asing untuk mempertahankan raayat yang tertindas. kuasa pdrm, atm, rela dsbnya tak kan mampu menghalang kuasa asing saperti usa atau pun cina maupun india, ada faham.

Tanpa Nama berkata...

Walaupun Pakcik Hisham dah cakap kene tipu. Pakatan akan sertai juge pilihanraye.

Lepastu kalah, lepastu jadi apa?

Aku tengok pakcik Hisham je yang beriye2 nak pilihanraya diBERSIHkan.

Yang lain mane? Dari atas sampai bawah, tak habis2 kate nak sertai pilihanraya tipu.

Bangang sungguh.

Tanpa Nama berkata...

barua2 umporno ni x sdar diri lg dah berpuluh thn ditipu.2 la mkn dwet haram jd la bangang cmne.. kesian... jentera kerajaan bkn milik umporno ye tp milik rakyat.umporno masih bernafas sbb conquer suma media prima dan massa serta jentera2 kerajaan x lupa juga mat2 indon bangla dsb. yg diberi ic utk mengundi.bodoh tol umno bangang ne.. bikin darah panas je...