Khamis, 16 Februari 2012
SEMUA TURUN KUANTAN AHAD 26 FEB - UNTUK MASA DEPAN
DEMO UNTUK MASA DEPAN CUCI CICIT
HENTIKAN LYNAS BUKAN BENAR BERHIMPUN- harakah daily
KUALA LUMPUR, 16 Feb: Kerajaan bukan hanya perlu membenarkan Himpunan Hijau 2.0, 26 Februari ini namun harus mendengar suara rakyat yang mahu operasi kilang nadir bumi Lynas di Gebeng dihentikan.
Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkefly Mohammad Omar berkata, di samping kebenaran berhimpun, perkara yang dituntut jauh lebih besar iaitu mahu Lynas menutup kilang yang membahayakan keselamatan dan kesihatan penduduk Kuantan.
"Sudah sampai masanya suara rakyat Kuantan didengar dan kita mahu Perdana Menteri dan Menteri Besar Pahang bukan sekadar benarkan kita berhimpun tapi apa yang lebih penting, bertindak menghentikan projek itu," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.
"Lagi baik kalau kerajaan hentikan projek itu sekarang, jadi rakyat tak payah susah-susah nak berhimpun.
"Mereka tak payah nak perli kita, seolah-olah cakap, buatlah himpunan besar-besaran tapi kerajaan akan tetap teruskan projek ini," katanya.
NOTA:
mari kita turun ramai ramai
mari kita buat ratus ratus
mari kita buat ribu ribu
mari kita buat juta juta
anak muda dari seluruh negara
pelajar dari selurtuh negara
mari datang buat ramai
kita bertemu dan bersuai kenal
kita berjumpa dan bersalaman
kita bersetiakawan dalam perjuangan
NOTA:
anak muda
dunia ini akhirnya adalah
milik orang muda
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
Apa dok nasihat ni? Dah ramai nk turun, join la sekali
jangan turun la
dia bagi turun, lepas tu dia akan dakwa sebab menghasut
tak caya?
cuba tanya azmin..
dia dah kena sebab 901
TT TOLONG GERAKKAN DEMO UNTUK GAGALKAN PLAN 1CARE SKIM YANG KONONNYA NAK PERBAIKI SISTEM KESIHATAN KITA TAPI HAKIKATNYA NAK MEROMPAK DUIT RAKYAT UNTUK KAYAKAN KRONI! TAK DENGAR PUN PEMIMPIN PAKATAN BISING2 PASAL NI. SILA BAGI PENCERAHAN KAT SEMUA PEMBACA PASAL SKIM 1CARE NI.SATU LAGI PENYELEWENGAN YANG KAN DILEGITIMASIKAN ATAS NAMA KESIHATAN KONONNYA!!!!
selagi takder pelajar yang bersemangat macam sondang.. lu sumer boleh belah la takat himpun saja..
buang duit, buat penat jer mcm anjing salak bukit...
Catat Ulasan