Rabu, 22 Februari 2012

ZIONIS DAN NEOCON SEDANG MERANCANG





INI MUKA MUSUH RAKYAT DUNIA




TUJUAN AKHIR NEOCON


After last week's explosions it's important to take an objective look at the evidence as the story unfolds rather than putting blind faith into the anti-Iran spin from Washington and Tel Aviv - dari BANGKOK POST 19/2/2012

Bom telah meletup di Bangkok minggu dahulu. Berita melaporkan bangunan kedutaan Israel sebagai sasaran. Seorang warga Iran telah ditahan di Kuala Lumpur. Sebelum di Bangkok, bom telah juga meletup di New Delhi dan di Georgia. Media dan ajensi berita yang bersimpati dengan Zionis telah menuduh Iran dibelakang semua letupan ini. Letupan ini adalah bukti bahawa Iran adalah negara sarang pengganas.

Tetapi Bangkok Post akbar harian Inggeris Siam telah melaporkan kenyataan Menteri Dalam Negeri Siam yang meminta semua pihak tidak melulu menuduh Iran. Apakah ada sesuatu lagi dibelakang letupan-letupan ini? Apa makna semua ini?

Dalam strateji media ini dipanggil strateji mengolah pesetujuan. Bom yang meletup itu adalah hasil operasi ‘false-flag’. Ini adalah mondus operadi yang sering dilakukan sebelum perang dilancar. Letupan kecil ini digunakan untuk mengolah persetujuan agar ‘letupan’ yang lebih besar dapat dilakukan.

Jika membaca buku memoir Said Zahari – bekas ketua pengarang Utusan Melayu - kita akan bertemu dengan naratif dimana Tunku telah diminta oleh British untuk meletupkan kapal British di Laut China Selatan. Kemudian British meminta Tunku menuduh letupan ini sebagai kerja sabotaj Sukarno. Ini berlaku ketika Bung Karno menentang pembentukan Malaysia pada tahun 1963 dahulu.

Jangan lupa – paling terbaru di Kuala Lumpur telah berlaku 3 letupan kecil pada 9 Januari lalu d Mahkamah Jalan Duta. Ini juga adalah operasi ‘false-flag’. Tidak susah untuk memahami siapa dibelakang letupan ini kerana pagi esoknya akhbar kesayangan gerombolan United Malays National Organistion telah menuduh : letupan bom ini adalah hasil kerja penyokong Anwar Ibrahim.

Seperti tulisan minggu dahulu saya telah menerangkan bahawa semua yang berlaku dalam dunia hari ini adalah perancangan gerombolan NeoCon. Babak dan drama politik dunia yang sedang kita saksikan adalah projek-projek untuk mengimplementasi Projek Kurun Baru Amerika yang telah dirancang oleh gerombolan NeoCon.

Rasa saya bukanlah bagitu susah untuk memahami garis dan jalan politik Amerika ini. Ianya tidak jauh dari apa yang sedang berjalan dalam negara kita. Cuma politik di Amerika skalanya lebih besar dan merangkumi politik dunia.

Semuanya bermula dengan kepentingan The American Military Industrial Complex – Perserikatan Senjata Amerika. Ini adalah kumpulan syarikat pembuat senjata gergasi yang sedang mendominasi politik dunia. Perserikatan Senjata ini akan memilih dan menyokong calon-calon untuk menduduki Rumah Puteh.

Perserikatan Senjata ini akan bersekongkol dengan Walls Street untuk memastikan dasar ekonomi yang terbaik untuk kaum pemodal. Perserikatan Senjata ini juga akan menaja kumpulan-kumpulan pemikir untuk mengolah pandangan melalui tulisan dan komentar mereka di media. Wartawan, penulis dan para pemikir akan juga diupah dan ditonjolkan sebagai pembuat pandangan/opinion maker. Gerombolan NeoCon adalah tajaan Perserikatan Senjata Amerika untuk menjadi jurufikir.

Perserikatan Senjata Amerika ini bergerak dengan licik dan terancang. Dalam masa yang sama Perserikatan Senjata ini berkerjasama dengan rejim Zionis Israel. Kerjasama intim ini berlaku kerana ada kepentingan bersama. Amerika memerlukan minyak mentah dari negara-negara Arab. Isreal ini dijadikan ‘polong’ untuk menakut-nakut dan menghuru harakan wilayah Timur Tengah. Kerana takutkan ‘polong’ maka negara Arab ini akan menjual minyak kepada Amerika dan membeli senjata dari Amerika. Sempoi!

Mondus operandi Perserikatan Senjata ini tidak ada bezanya dari peranan yang mainkan oleh Ananda Krishnan, Vincent Tan atau Syed Mokhtar. Cukong dan towkay ini akan melabor duit untuk memastikan calon-calon dari United Malays National Organisation akan terus berkuasa memerintah Malaysia.

Apa yang berbeza: Vincent Tan mahu tapak tanah penjara Pudu manakala Carlyle Group di Amerika mahukan wilayah Kirkuk di Iraq yang kaya dengan minyak. Syed Mokhtar mahu monopoli jual beli beras manakala Halliburton mahu kontrek pembuatan senjata di Amerika. Ananda Krishnan mahu 40 saluran Astro makala Time Warner mahu memiliki semua media dalam dunia ini.

Apa yang cuba saya lakarkan disini adalah bahan latar untuk kita semua memahami apa yang sedang berlaku. Hari ini pembudayaan, moral, nilai, tingkah laku, cara hidup malah cara manusia berfikir juga dibentuk oleh sistem ekonomi kapitalis. Justeru ramai warga dalam dunia ini secara tidak sedar telah memiliki pandangan dunia yang direkakarya oleh sistem ekonomi kapitalis. Justeru mereka akan menerima tuduhan dari media pro Zionis bahawa Iran adalah sebuah negara bahaya kerana sedang merancang untuk membuat bom nuklear.

Bagaimana semua ini ada sangkut paut dengan persediaan untuk menyerang Iran? Apakah betul Iran yang menjadi sasaran?

Jawabnya ia dan tidak. Betul pada ketika ini Iran sedang menjadi sasaran. Walau pun 16 badan risikan Amerika telah menerangkan kepada Kongres Amerika bahawa Iran TIDAK ada rancangan untuk membuat bom nuklear. Laporan badan nuklear dunia - International Aromic Energy Agency (IAEA) juga memiliki pandangan yang sama. Tetapi gembar gembur untuk menyerang Iran masih diteruskan. Kenapa?

Jawabnya senang sahaja. Perserikatan Senjata Amerika memerlukan suasana perang agar kilang persenjataan terus mendapat kontrek membuat senjata. Isreal, saperti yang telah saya nyatakan memainkan peranan ‘polong’ untuk terus menakut-nakutan dan menundukkan semua negara di Timur Tengah ini untuk menyembah Rumah Puteh.

Rakyat dunia wajib berwaspada dari sekarang kerana NeoCon, jurufikir Perserikatan Senjata ini memiliki rancangan masa depan yang berjangka panjang. NeoCon berfikir dan merancang bukan untuk setahun dua. Contohnya rancangan untuk menyerang Iraq telah mereka kupas panjang lebar semenjak tahun 1991 lagi. Iraq hanya diserang pada tahun 2003.

Sasaran utama NeoCon BUKAN Iran tetapi China. Mungkin ada pembaca yang merasa mushkil dan amat payah untuk menerima kenyataan ini. Disinilah kekuatan NeoCon – mereka dibayar untuk berfikir dan kemudian buah fikiran mereka dijadikan dasar negara. Dasar ini di kota dan dikuat kuasakan oleh kekuatan bala tentera Amerika. Justeru mereka memperincikan cadangan mereka sebagai Projek Kurun Baru Amerika.

Untuk memahami kenapa China menjadi sasaran sila rujuk kembali rukun iman NeoCon yang tertulis dalam Projek Kurun Baru Amerika. Jelas tertulis : tidak membenarkan mana mana negara muncul untuk menentang kepentingan Amerika atau berkeupayaan untuk menandingi kuasa Amerika. Justeru rukun iman ini boleh mentafsirkan China memiliki potensi untuk menandingi kuasa Amerika.

Hari ini ekonomi China adalah ekonomi kedua terbesar dalam dunia. China telah mengambil tempat Jepun. Memang betul hari ini kekuatan tentera laut dan darat China tidak mungkin menandingi Amerika. Memang betul pada ketika ini teknoloji China masih jauh ketinggalan berbanding dengan Amerika. Memang betul kemiskinan masih lagi menghantui beratus juta warga China.

Menyedari semua inilah maka NeoCon mencadangkan akan dijalankan ‘projek-projek’ untuk memastikan China akan terus mundur dan tidak gagah bangun berdiri. Kelemahan asasi China ialah bahan bakar petrolium. China perlu mengimpot 32% keperluan bahan bakar minyak. Sumber minyak ini datangnya dari Afrika, Telok Parsi dan Saudi Arabia.

Ketika Saddam Hussein berkuasa di Iraq banyak kawasan konsesi cari gali minyak telah diberikan kepada China. Apabila Amerika masuk dan mengambil alih Iraq, semua perjanjian cari gali ini telah dibatalkan. Di Libya China memiliki hubungan yang baik dengan Muammar Gadaffy. Justeru apabila Gaddafy dibunuh semua kepentingan China dilupuskan. Semua perjanjian cari gali minyak di Libya dibatalkan.

Dengan ini amat jelas perang di Iraq dan Libya telah menafikan kepentingan China. Pekara ini amat-amat disedari oleh China. Justeru China telah membuat perjanjian untuk membeli minyak mentah dan gas dari Iran. Telah wujud perancangan untuk membuat pembetongan aliran minyak dan gas dari Iran ke Pakistan dan berakhir di China. Aliran minyak ini mengikut Jalan Sutera Lama – The Old silk Road. Jika berjaya dilakukan maka China akan mendapat aliran minyak dan gas berterusan tanpa melintasi Selat Melaka.

Amerika melihat semua langkah-langkah China ini. Amerika sedar akan hubungan intim antara China dengan Iran dan Pakistan. Justeru apa yang berlaku di Libya, Syria, Iran dan Pakistan adalah strateji bala tentera Amerika untuk mengepong China dalam jangka panjang.

Menyedari semua ini maka kita lihat bagaimana Rusia telah sekata dengan China untuk TIDAK menyokong sekatan keatas Syria. Rusia juga sedar negara-negara boneka – Afghanistan, Tajikistan, Uzbekistan, Kyrgyzstan – adalah negara-negara boneka yang sedang di persenjatai oleh Amerika. Negara piliharan Amerika ini terletak dibawah perut Rusia. Negara ini juga bersempadan dengan China. Tidak dapat tidak negara-negara ‘tan’ ini akan menjadi ‘ israel’ untuk China dan Rusia.

Justeru tulisan saya ini adalah ingatan kepada warga dunia.Jika perang dilancarkan keatas Iran bermakna Perang Dunia Ketiga bermula. Serangan keatas Iran adalah mengimplementasi projek NeoCon sedang untuk melahir New World Order atau Tata Dunia Baru.

Sebelum perang pecah kita wajib membaca kembali sejarah dan pengalaman jenerasi sebelum kita yang menuntut Merdeka di zaman Perang Dunia Kedua. Jika perang pecah ianya akan membuka peluang untuk kita menumbangkan gerombolan United Malays National Organisation dan melahirkan Tata Malaysia Baru.(TT)





NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar
SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
: 03-22-72-40-45


27 ulasan:

Juasseh Cafe berkata...

Bagus sangat la, Amerika serang Iran kemudian China masuk campur kemudian Russia join sekali, Arab Saudi nak join sebelah mana? Iraq Syiah nak sokong sapa? kita kat sini duduk diam diam je la.

Tanpa Nama berkata...

T.T.,

Tulisan anda ini benar-benar membuka mata saya. My Godd! Saya termenung panjang selepas membacanya. Saya mendoakan kesejahteraan umat dunia. Dan semoga kita berjaya mengharungi perang dunia ke-3 ini jika berlaku. May Allah have mercy on us.

p/s And that stupid Hasan, Ibrahim Ali, Mat Maslan, Chua Soi Lek and all still talking about stupid and irrelevent thing. Akhirnya rakyat Malaysia akan mati kerana bodoh dan bukan mati sebab nuklear atau tembakan pistol!

Tanpa Nama berkata...

pencerahan minda yg baik ,taktik amerika ini diguna pakai oleh umnongok utk menghalalkan cara keatas rakyat malaysia,umnoporno bersaudara dgn israel,rujuk surat pm dahulu kepada pm israel,kalau org umnoracist tak caya tanya tun det,ker dia dah lupa,ingat tun det kubur kata datanglah padaku,rumah kata pergilah jauh engkau dariku,manusia kamu boleh tipu tapi Allah sedikitpun tidak terjejas dgn tipudayamu

Tanpa Nama berkata...

Wajah yang tuan paparkan adalah anjing-anjign yang bekerja untuk Zionis dunia. Di Malaysia ni pun ramai jugak.
Kerja mereka tak lain dan tak bukan untuk memastikan semua senjata mereka terjual dan dibeli dan digunakan oleh orang Islam termasuk lah Malaysia!
Mereka ini jugalah yang memastikan orang macam Maddey terus berkuasa sehingga terpaksa berundur 2003.
Kerja CIA pulak ialah pastikan ada kekacauan di seluruh dunia termasuk Asia Tenggara dengan memberi senjata kepada dua belah pihak seperti di Selatan Thai Acheh dan Filipina.
Siapa untung?? Anak bini CIA di yang duduk rumah US$500 ribu sampai 2 juta. Sebab bapak dia buat duit banyak tak kurang US$150 ribu setahun. Bayangkan bajet CIA tak pernah diwartakan dalam Kongres. Hanya sebut secara tertutup. Sama macam bajet IStana Negara dan PM sini.
Oleh itu sekiranya tak der perang di Lubnan dan Iraq. Aman damai di Pakistan dan Bolivia, maka kakitangan CIA ni kena buang kerja.
Untuk memastikan mereka ada kerja sampai umur 60 tahun dan kutip pencen 70% gaji akhir, mereka mesti buktikan mereka buat kerja.
Mereka ini akan bekerjasama dengan pengedar dadah Amerika Latin dan Mexico dan sapa saja hantu raya di Afrika dan Asia terutama dunia Arab.
Dengan adanya hantu raya ini semualah maka anak bini CIA yang duduk di Langley dan sekitar Prince George County di Maryland boleh bercuti di Cancun dan Barbados.
Mereka gelak ketawa dengan linangan darah rakyat Iraq Afghanistan Angola Congo Acheh dan banyak lagi.
Oleh itu kalau jumpa American atas kapal yang rosak enjin biarkan dimakan jerung. Kitaran makanan....hahahaha

Tanpa Nama berkata...

TT,
Sebelum Perang dunia KeIII ada saya berharap agar saudara TT@ Hisham tulong tanya duit yang Kerajaan Jepun bagi untuk buroh pembinaan Jambatan Maut dulu dok dimana sekarang?, sebabnya arwah ayah saya tunggu duit tersebut sehingga dia mati tahun 2002.

Sepukal berkata...

Tanpa Nama 22 Februari 2012 2:55 PTG

komen ko mmg terbaik!

Tanpa Nama berkata...

Minyak di rantau asia tenggara ni banyak ke macam di timur tengah dan asia minor? Nak gali kat laut dalam ni Amerika ni malas sikit. So kena pandailah main wayang politik. Tunjuk kat dunia ni kita bukan saingan dan ancaman mereka. Kan selamat? Consumerism dan brand user... Johol mali.

Tanpa Nama berkata...

elok jugak perang dunia ke 3 ni berlaku, tak payah aku bayar hutang belajar dulu kahkahkah ok2 serius..aku bergurau je.

aku rasa laa, aku rasa laa en..olimpik tahun ni mesti ada sesuatu yang besar berlaku untuk trigger the war, stadium kena bom ke apa ke, pastu macam biasa Amerika/israel guna tektik false flag dia tu tu meletakkan kesalahan pada iran..peghhh WW 3 dol! itu andaian aku laa en. 1 lagi aku yakin, perang besar kalau berlaku akan lumpuhkan amerika dan naik kan israel

Tanpa Nama berkata...

Kita mesti dok diam.
Lantak la depa serang menyerang.
Cuma, kalau iran bedal israel,saudi bedal israel, kita mesti nekad tempurrrrrr...pertahankan rakan daganggg brader, banyak pahala..

yg benar,
pejuang bangsa & bayangan hard rock

khah khah khah

kampong lad berkata...

''Tidak dapat tidak negara-negara ‘tan’ ini akan menjadi ‘ israel’ untuk China dan Rusia''.

tan2 ni tak termasok go-ahead & gostan adalah negara2 islam (konon2), mana fatwa ulaq dlm semak harunsani, jgn hanya dok pandai keluaq fatwa pasai valentine, melawat kuil2, pertahan bangsa & raja & apa ka jadah lagi. malaysia sendiri pun ada 'jiran israel'. jgn jadi jaguh kampong. apa kata grand master yusoff alqardawi tentang ini?

Tanpa Nama berkata...

Tapi tuan TT, baru-baru ni saya ada terbaca berita dan tengok kat youtube tentang Israel bertegas mahu serang Iran walaupun dilarang oleh Amerika. Tapi tak jelas pula yang menghalang tu Amerika cap apa. Ke ni pun 1 wayang juga?

Tanpa Nama berkata...

Taktik yahudi laknatullah inilah yg cuba ditiru oleh orang islam yg gila kuasa

budak kampar berkata...

Orang melayu kita banyak dilalaikan dgn hiburan kat tv,sebab tu masih tak sedar lagi.tak caya tengok tahun 2005 waktu mawi menang AF,yang kaya ananda krisnan sebab duit sms smua mengalir dalam kocek sluar dia.malaysia semakin jahanam kalau pemerintah tidak ditukar secara total.itupun kalau orang melayu dah sedar.dek kerana lalai la sampai kapal dagang israel masuk pelabuhan malaysia dan import minyak masak sawit pun kita masih tak sedar dan tak ambil peduli.inilah malaysia tanahairku....

Tanpa Nama berkata...

Shut up “immature” Mamak Kutty !

http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=28510:shut-up-“immature”-malaysians-dr-m-insults-the-king-pm-and-nation&Itemid=2

“Please don't lie to me, unless you're absolutely sure I'll never find out the truth.”
Ashleigh Brilliant quotes (English Author and Cartoonist, b.1933)

Bigfish berkata...

TT patut dilantik sebagai menteri luar negeri bila PR membentuk kerajaan persekutuan nanti. Cayalah sama lu!

Tanpa Nama berkata...

ini semua teori konspirasi takkan berlaku punya
kah........kah........kah......kah......kah........kah.......kah......kah

Tanpa Nama berkata...

Tak sabau dan memang suspen kali ni. Dari 1979 tunggu SATU peluru hidup Usa/Israel sampai kat Iran. Sebab abang aku yang reti Arab, Urdu, Parsi dan Inggeris kata sikap agama Syiah dan Yahudi terhadap Islam SAMA dalam banyak hal.Berlambak kitab2 muktabar Syiah dll kat rumah dia. Web2 Syiah dan perang cyber Islam-Syiah pun nampak memang cam tu lah juga. Jadi pelik bebeno kalau kali ni depa (YahudiSyiah) sanggup BETUL2 bergaduh. Tunggu je lah. Setakat ni aku perhatikan ramalan Bro TT tak boleh dipandang sepi.

imalaysiapost.blogspot berkata...

Akhirnya peperangan sebenar antara zionis dan islam. Nampaknya iran akan mengetuai blok islam, AS mengetuai blok zionis. Israel pula yg mencorakkan AS. Kalau perang berdepan confirm ialam akan menang. Sebab itu zionis suka perang proxy. Dari dulu bising AS akan serang Iran tapi tak serang2. Sbbnya takut kalah. Kalau ada negara yg serang Iran, AS akan sokong negara tu. Macam perang iran-iraq dulu. AS all out tolong iraq. Bagi senjata kimia lagi walau pun salah mengikut piagam antarabangsa. Tapi takda negara yg nak serang Iran.

Yg nak serang ialah pengganas. Pengganas ini dpt bantuan dari AS dan Israel spt Rigi yg berpengkalan di Pakistan, MKO, Wahabi/Salafi yg anti syiah dll. Sbb itu AS bantu senjata kpd penentang Assad di Syria sbb penentang Asad tu anti Iran dan Asad kawan Iran. Menentang Asad maknanya menentang Iran. AS jadikan penentang2 itu sebagai proxy utk berperang dgn Iran. Sbb itulah AS tidak bantu penentang Raja Hamad di Bahrain dan penentang Abdullah Salleh di Yemen. Sbb penentang2 itu menentang proxy AS dikedua negara itu.

Sikap Rusia dan China telah membantu Iran sedikit sebanyak terutama dlm pergolakan di Syria. Tetapi Iran lena lebih bekerja sbb yang hendak dijatuhkan oleh AS ialah Iran dan sekutunya, bukan Rusia atau China.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama 12:11 PG>>sikap agama Syiah dan agama Yahudi terhadap Islam...

Err...Syiah nie bukan Islam ker?

Klu die kapir kenape Saudi boleh kasi masuk Mekah mengadap Kaabah uth buat haji?
Kan orang kapir x boleh jejak tanah suci..?? hahaha

Tanpa Nama berkata...

tanpa nama 12:11 pagi kata :sikap agama Syiah dan Yahudi terhadap Islam SAMA
aku jawab: ini satu lagi taktik zionis, lagakan sesama Islam. biar org Islam majoriti ahli sunnah kafirkan syiah dan anggap syiah bukan Islam, jadi labelkan syiah ni macam2 spt kafir, sesat dll. ini semua strategi supaya nanti bila mereka serang Iran, orang Islam dan dunia Islam lain tak pertahankan Iran. setiap kali ada artikel ttg Iran saja, adalah komen bodoh macam 12:11 ni. - al-mufadhdhdhal

Tanpa Nama berkata...

satu lagi pencerahan yg baik dari tuan tt. mmg china dah jadi sasaran sejak lama dah. tapi nak serang china kena mula dengan melemahkan kawan2 perniagaan china dulu. nak buat secara terang tak boleh sbb china pegang bond us lebih dari 1 trillion dollar maknanya us hutang china byk tu. jadi kena mengolah persetujuan dulu. satu cara lain ialah vilify atau memburuk-burukkan imej org china dulu dan ini di lakukan menerusi filem2 'kayusuci'. skg ni makin byk karakter jahat dalam filem org china. dulu org arab.

Tanpa Nama berkata...

Manala aku tau syiah ni sbenonya Islam ke tak. Tapi kalo ko rajin baca buku2/kitab2 berkenaan atau layar web2 berkenaan, ko trpksa buat kesimpulan memang ulama2 Sunni trbahagi dua pasal ni. Ada yang kata syiah Islam ada yang kata kapir. Yang kata kapir tu kata: "Memangle dorang sepatutnya tak boleh dibenarkan masuk buat haji tapi nak buat camne kalau penguasa situ tak boleh buat apa padahal depalah (wahabi) yang paling terang kata syiah kapir." Ni yang aku baca. Ntahle...

md indera jr berkata...

kuty dah rembat

md indera jr berkata...

keling mabok tody ke ni? saudi nak serang israel saudara saudi sendiri kahkah

md indera jr berkata...

kita ada gurujib dgn rasak beginda yg suka main bontot

md indera jr berkata...

keling mabuk tody ni makan upah raja arab dgn upah pusat islam utk melaga lagakan sunni dgn syiah. kimak lu la lancau.

md indera jr berkata...

yg kata syiah kapir tu dah makan suap.raja saudi la bongok. dia syiah ke apa ke sukahati dia lah. yg raajgopal malaysia terang terang jadi barua british kapir harbi tu mana otak kau???? wahabi tu pun terima bantuan CIA jugak.