Khamis, 29 Mac 2012

KUASA DATNG DARI SURAT NIKAH - BILA CERAI SEMUA TUTUP




HIDUP TERSEKSA SIAG DAN MALAM








NOTA:
cuba teka
apa persamaan mat mongol
dengan menantu ayah?
kah kah kah






REMBAU BAKAL DITIPU LAGI ?

1. Berdasarkan beberapa perkembang ramai menyakini pilihanraya umum akan datang tidak lama lagi. Pasti Bn akan datang sekali lagi dengan janji – janji manis bagi menagih undi rakyat Rembau. Sehubungan dengan itu PKR Rembau ingin mengingatkan janji –janji (penipuan) kosong dalam PRU yang lepas.

2. Semua di ingatkan dengan laporan akhbar terbitan Utusan yang bertarikh 31 Januari 2008 yang menyatakan janji Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga merupakan pengerusi Barisan Nasional Negeri Sembilan dan Rembau. Dalam laporan media tersebut menyatakan janji akan menukar Rembau sebagai pusat pelancongan porpular jika orang Rembau terus memilih Bn. Dia mengatakan akan menukar wajah kawasan kolam air panas Rembau dengan hotel bertaraf antarabangsa yang lengkap dengan dewan persidangan. Beliau juga dengan bangga mengumumkan akan membina Kampus UITM Rembau. Semua ini dengan jelas bagi menarik undi pengundi Rembau ketika PRU 2008 terlalu hampir.

3. Dalam Akhbar Utusan Malaysia 21 Febuari 2008 pula Menteri besar yang sama menjanjikan akan membina Lapangan terbang di Batu Hampar, Rembau. Bukan sahaja lapangan terbang tetapi turut akan dibina ialah pusat latihan penerbangan bagi Kelab Penerbangan Awam.

4. Janji untuk membina Hospital pula bukan sekadar kenyataan atau ucapan sebaliknya telah diadakan upacara meletakkan batu asas dalam tempoh kempen PRU 2008 bagi mengelirukan atau menipu rakyat pada 7 Mac 2008.

5. Isu hospital Rembau pula tiba tiba kawasan yang yang 'berhutan' tempat konon nak bina Hospital itu tiba - tiba berpagar dan naik papan tanda tertulis "Cadangan Tapak Projek Membina Hospital Rembau". Persoalanya siapa di Rembau yang tidak tahu di situ tapak projek yang dijanjikan ? Kenapa perlu dinaikkan pagar, dibersihkan kawasan hutan dan membina pagar serta papan tanda di kawasan tersebut ? Persoalanya ialah berapa perbelanjaan yang dibelanjakan hanya untuk memperdayakan rakyat Rembau sekali lagi dengan janji lama ini ? Siapa menanggung perbelanjaan tersebut ? Jika benar tender nak dikeluarkan seharusnya syarikat yang mendapat tender projek tersebutlah yang perlu membina pagar keselamatan termasuk membuat kerja pembersihan tersebut, mengapa wang rakyat terus terbazie sedemikian rupa.

6. Berapa banyak buget atau nilai wang yang terpaksa ditambah rakyat dengan kelewatan pembinaan hospital ini ? (itupun jika dibina) Jika Hospital ini dibina pada tahun 2008 kosnya hanya sekitar RM100juta sahaja memandangkan peningkatan kos bahan binaan kemungkinan kerana kelewatan ini kosnya akan meningkat sekitar 100%. Ini semua kerana kelemahan pentadbiran kerajaan.

7. Dari segi nilai tanah tapak projek hospital tersebut juga amat meragukan. harus diingatkan untuk projek landasan berkembar tanah orang kampung yang berdekatan dengan tapak hospital diambil dengan pampasan hanya sekitar RM1.20 - RM 2.80 sekaki manakala tanah tapak projek Hospital tersebut diambil dengan nilai RM22.00 sekaki. Kenapa wujud begitu jauh perbezaan ? Adakah berlaku penipuan dalam isu penilaian tanah orang kampung yang diambil dalam projek landasan berkembar atau berlaku kegiatan 'mark up' melampau dalam menentukan nilai harga tanah Hospital tersebut yang membawa kepada perbezaan sekitar RM900,000 seekar. Itu belum lagi dibesakan dengan nilai pengambil alihan tanah untuk projek bekalan air yang mengambil tanah orang kampung (secara paksarela) dalam kawasan Rembau (Batu Hampar dan sekitarnya) yang jauh lagi rendah.

8. Namun setiap kali program Bn di Rembau khususnya asyik menuduh konon orang di negeri bawah Pakatan rakyat terniaya dan ditipu dengan janji tak di tunai.... adakah Bn Rembau itu sendiri di mana Ketua Umno Rembau ialah Menteri Besar dan Ketua Pemudanya Ketua Pemuda Umno Malaysia sudah tertunai janji PRU mereka ?

9. Orang Rembau harus sedar dan pengundi di seluruh negara harus tahu apa yang jadi Rembau khususnya mengenai janji PRU yang tak tertunai di Rembau ini. Khabar yang terakhir ialah bagaimana projek UITM akan dibina tetapi bukan di Rembau sebaliknya di kawasan yang dimenangi PR di NS. Maknanya pengundi Umno akan terus dianak tiri kerana mereka menganggap pengundi Umno bodoh dan akan berjaya terus diperbodoh dengan janji yang akan diguna semula pada PRU akan datang. Projek ditumpukan dikawasan PR di N.S ialah untuk memujuk pengundi memilih Bn semula. Akhirnya pengundi perlu cerdik pilih Umno hanya dapat janji, undi PR akan dapat projek pembangunan dan seumpamanya.

10. PKR Rembau juga mengecam tindakan terbaru dimana pimpinan utama Umno Rembau sendiri memperbodohkan pengundi Rembau dengan mengatakan kononya lapangan terbang yang dijanjikan Cuma lapangan terbang mainan.

11. Itu belum menyebut janji – janji kecil seperti menyediakan tuisyen percuma kepada semua anak pengundi Rembau (Pusat tuisyen Emas).


BADRUL HISHAM SHAHARIN (che’GuBard)
Ketua Cabang PKR Rembau





7 ulasan:

yb berkata...

Hairan, ada orang diarah keje di sepital Rembow. Agaknya, peluasan sempadan atau salah key-in?

Tanpa Nama berkata...

Salam untuk semua... saya amat sangat2 bersetuju dengan atikal ini sbb saya berasal dari rembau. Sepanjang KJ menjadi Ahli parlimen disana, saya tak pernah dengar dia datang jumpa2 penduduk kampung terutma bila sya naik kan isu2 hal bayaran pampasan landasan keretapi yang agak rendah. wakil wakyat haram jadah ! Inilah kesilapan saya memilih dia tahun 2008 , nak kata tak gunanya wakil rakyat ni, org kampung mininggal pun bukan nak ziarah spserti mertua saya baru lagi meninggal, ini nasihat den sebagai anak rombau, ko kalau setakat nak jadi ahli parlimen untuk mewah sendiri tanpa ambil tahu penduduk maka lebih baiklah ko cari tempat lain.... saya berjanji tak akan sokong ko lagi dan akan minta seluruh keluarga saya disni agar jangan percaya kat ko lagi walaupun den orang kuat UMNO... kasihan tanah org kampung... itu tanah adat yang ada geran ko tak tolong pun...Kpa cig gu bud, ko kalau ada rezeki, jangan jadu mcm mamat KJ ni..... sekadar luahan hati ir lan ///III///

panglima selatan berkata...

persamaan antara mat monggol dan menantu ayah:-
-dua2 bini kuat makan

Tanpa Nama berkata...

Bye.bye... Beruk here you go...!!!!
So long... Beruk this the only way you can go...!!!!
Bye.bye... Beruk this is the bad-pie you have to swallow...!!!!
So long... Beruk this the bad-part you have to take...!!!!

That's life, Beruk...... !
NO ONE will blame you , but have to curse you !
Make sure make a come back if you want it ..... !

Don't tell me , Puddle dog is cleverer than you.....
Kah....kah.............kah...........

Don't tell me , you have no more "bullet" to fight on.....
Kah....kah.............kah...........

Don't tell me , you are a coward and idiot of all in UMNGOK.....
Kah....kah.............kah...........

Be brave
Be straight
Be smart
There must be a way out !

I know you can, unless you are a true "COWARD" !
I know you have no conscience, but you have a DEVIL's brain !
Iknow you may have ball but whether one or NONE !

Bye.bye... Beruk here you go...!!!!
So long... Beruk this the only way you can go...!!!!
Bye.bye... Beruk this is the bad-pie you have to swallow...!!!!
So long... Beruk this the bad-part you have to take...!!!!

That's life, Beruk...... !
NO ONE will blame you , but have to curse you !
Make sure make a come back if you want it ..... !

Tanpa Nama berkata...

Persamaan jib n kj - tak payah beli tilam

Tanpa Nama berkata...

Org rombau kono tipu..bodoh..aka dek AmNgok..

apo kono eh jang berkata...

kj dan mat asan

kau orang ni boto2 macam kato orang tuo dulu2

Rombau so rombau eh...

Pokong sodoalah eh...

jang ooi pokong kau orang
dah nampak dah..tapi yang mangkak
orang rombau la..kono tipu kek mangkok2
ni,mangkok ni gomok2 kek projek(kuaso dah ado) orang kampong dapek apo,dapek bulu jo la..

tapi kito tabek kek cikgu bard
cikgu bard mesti kito naik kan

timo kasih cikgu...
berjuang dengan fakta bukan auta

ABU