Khamis, 19 April 2012
TUKAT TIUB PEMECAH BERITA - WORLD BREAKING NEWS
3 BUAH KHEMAH TERUS BERTAHAN
berita terkini
lebih dari 30 orang
anak muda dan mahasiswa
masih bertahan walau pun telah diserang
tiga khemah masih terpasang
suasana am,an dan tenang
PENGUMUMAN
anak muda akan mengadakan didang akhbar
pada jam 11.00 pagi
PERMINTAAN
anak anak muda
meminta oarang ramai datang
meminta anak anak muda datang
meminta orang yang baik hati
menderma khemah lagi
TUNTUTAN ANAK MUDA
KENYATAAN SOLIDARITI ANAK MUDA MALAYSIA
Umno dicabar bertanggungjawab terhadap serangan terhadap pelajar di Dataran Merdeka.
Seperti yang dijangka Umno yang terdesak dengan sekumpulan pelajar yang membuat keputusan nekad untuk berkhemah di Dataran Merdeka dalam protes mereka terhadap PTPTN dan tuntutan pendidikan percuma telah bertindak diluar norma biasa. Regim takut menggunakan polis kerana pilihanraya yang terlalu hampir, kerana imej kekasaran polis terhadap kumpulan pelajar ini pasti akan memberi kesan besar terhadap undi rakyat. hanya DBKL digunakan malangnya DBKL tidak mampu berdepan semangat kental kumpulan pelajar ini yang walaupun beberapa kali 'diserbu' DBKL tetapi terus bertahan.
Kumpulan yang mulanya kecil mula membesar, ramai teman muda lain mula sama mendirikan khemah berkampung bersolidariti bersama menemani pelajar ini. Ramai yang tampil menyumbang. SAMM dalam kemampuan terhad turut hadir memberikan bantuan seperti tikar dan makanan sekadar termampu.
Kumpulan pelajar ini yang mula meraih perhatian dalam dan luar negara terus cuba diburukkan imej mereka sebagai alat politik pihak tertentu oleh media dan pemimpin regim. Namun mereka terus mendapat perhatian. Bukan sekadar itu pelajar ini juga telah berjaya menjawab kekeliruan yang cuba dibuat termasuk oleh Menteri, malah mereka sedia mencabar Menteri dan pimpinan parti politik penguasa regim untuk berdebat terbuka. Ini semua meletakkan regim dalam keadaan serba salah.
Mati akal dengan perkembangan ini semalam awal pagi tadi gangster telah digunakan oleh pihak yang tertekan untuk menyerang tapak perkhemahan pelajar tersebut. Dalam serangan itu ada yang cedera, barang - barang mereka dirosakkan dan diberitakan ada pelajar yang hilang diculik. Penggunaan gangster ini menjadi taktik yang semakin biasa digunakan setelah kalah berhujah dan seperti biasa juga polis akan terus lambat bertindak. Dalam serangan di Dataran Merdeka, Polis yang berada di tempat kejadian dilaporkan olek saksi hanya memerhatikan sahaja kejadian.
Yakinlah seperti peristiwa lain termasuk serangan gangster secara fizikal dan bersifat perkauman masih belum ada tindakan walaupun ditampilkan bukti bergambar jelas. Malah lebih malang lagi kumpulan penyerang di Jalan Kebun dapat pula berada dalam majlis bersama PM baru - baru ini.
Ini semua juga taktik sama dengan beberapa regim di hujung usia. Perhatikanlah regim Mubarak ketika hujung usianya juga menggunakan gangster memukul dan menyerang demonstran dan kemudian bersembunyi disebalik hujah kononya serangan dibuat oleh rakyat yang marah. Percaya dan yakinlah begitu juga di sini pasti media akan memainkan hujah serupa kononya serangan oleh rakyat yang marah.
SAMM mencabar Umno supaya jangan bacul dan tampil bertanggungjawab terhadap kejadian serangan terhadap pelajar ini. Sepatutnya Umno tampil berhujah dengan kumpulan pelajar ini bukan menjawab dengan keganasan fizikal.
Dengan perkembangan ini SAMM menyeru seluruh anak muda supaya membuat pertimbangan terhadap kejadian ini dan menolak Umno dan Barisan Nasional yangs emakin hilang rasional mereka.
SAMM juga menyeru rakyat untuk tampil sama memberikan bantuan kepada teman - teman pelajar yang berjuang ke arah pendidikan percuma dalam negara. SAMM juga tidak menolak kemungkinan dengan perkembangan ini akan menyemarakkan lagi semangat rakyat untuk turun bersama dalam Himpunan BERSIH 28 April ini yang kebetulan akan diadakan dilokasi yangs ama , Dataran Merdeka. SAMM juga tidak menolak kemungkinan akan turut sama 'berkampung' bersama para pelajar ini kemudianya.
Terima kaseh.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Kalau mahasiswa tak tunjuk perasaan hati mereka, tiada siapa yang mengetahui bahawa mereka dalam keadaan susah. Kalau mereka tidak bersuara, tiada siapa yang tahu bahawa mereka perlukan bantuan.
Sehingga hari ini ada ke diantara menteri kabinet Datuk Seri Mohd. Najib turun padanng melihat mahasiswa yang berkampong di Dataran Merdeka, kenapa mereka tidak datang menjengok seketika sebagai tanda prihatin kerajaan kepada rakyat khasnya mahasiswa. Tapi menghantar sekumpulan samseng buat huru-hara. Apakah tindakan itu menggembirakan rakyat… ?
Ini menunjukkan pemimpin Barisan Nasional adalah hipokrit. Mereka mahu rakyat menyokong calon dan parti mereka agar mereka terus memerintah Malaysia tapi dalam masa yang sama mereka tunjukkan sikap kurang ajar pada rakyat. Tahukah hei...pemimpin UMNO baru bahawa perbuatan kasar itu sedang diperhatikan oleh ibu bapa, saudara mara, rakan, jiran mahasiswa yang layak mengundi pada pilihanraya akan tiba nanti ?
Apakah dengan kekerasan dan kekasaran cara mendidik mahasiswa yang bermasaalah dengan PTPTN? Kami akan melawan anda dengan menghina dan memaki anda dimana saja anda berada......UMNO Baru FUCK U
teruskan kental, tabah dan sabar.....bertahan....melihatkan keadaan anda diserang samseng gengster membuatkan saya terfikir kalau inilah rupa dan kualiti kerajaan yg saya undi dan saya sokong suatu masa dulu, hal mahasiswa ditangani dgn hantar samseng gengster polis pulak halalkan tindakan buat xtahu tgk dari jauh jer???.....terus terang saya cakap, UMNO mahupun BN xlayak dapat undi saya....
mahasiswa dibelasah samseng gengster polis xmasuk campur, mmg sahla geng2 UMNO dan BN ni komplot dengan polis bunuh altantunya dan ramai lagi yg lain dlm tahanan dan siasatan SPRM/polis/ISA....
saya nak undi pembangkang insyaallah walaupun terpaksa pangkah undi utk karpal singh, lim guan eng, lim kit siang....xde hal janji BN sama UMNO kasi lingkup....
Catat Ulasan